PELAJARAN 1
BIDANG QURAN
ALLAH SWT
PENGURNIA HIDAYAH
BUKU TEKS
M/S 2-4
BACA DAN HAFAZ AYAT DENGAN BETUL DAN BERTAJWID
FIRMAN ALLAH SWT
Surah al-Imran: ayat 8
TERJEMAHAN AYAT :
Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pesongkan hati kami
sesudah Engkau berikan petunjuk
kepada kami dan kurniakanlah
rahmat daripada sisi Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha
Pemberi Kurnia.
Aktiviti....rujuk buku teks
m/s 2-3
Berada dalam kumpulan:
-baca berulang kali dengan pasangan
anda hingga dapat menghafaznya
-bincangkan dan lukiskan peta
pemikiran tentang intisari ayat
tersebut.
Baca dan hafaz ikut potongan ayat
INTISARI AYAT
Umat islam perlu berdoa agar ditetapkan hati dalam
1
hidayah
Allah meneguhkan hati mukmin dalam keimanan sebagai
2
tanda rahmat dan kasih sayang
Allah suka untuk memberikan hidayah dan rahmat kepada
3
hambanya agar mereka terus kekal berada dalam keimanan
Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang
4 dikehendakinya kerana hidayah itu milik Allah yang
mutlak
Tiada jaminan seseorang itu kekal berada dalam hidayah
5 Allah kerana mereka boleh terkeluar daripada landasan
iman
MAKSUD HIDAYAH
BAHASA : Petunjuk
ISTILAH :
Petunjuk ALLAH SWT
ke arah kebenaran
CARA MEMPEROLEH DAN MENGEKALKAN
HIDAYAH
1-Mensyukuri nikmat
ALLAH.
2-Yakin kebenaran
akidah.
3-Berakhlak mulia.
4-Bersungguh-
sungguh menimba
ilmu.
KELEBIHAN
MENDAPAT HIDAYAH
Orang yang mendapat hidayah sentiasa
mentaati ALLAH SWT sehingga
mendapat keredhaan dan kebahagiaan
hidup.
Orang yang tidak mendapat hidayah
akan hidup dalam kesesatan dan
kebatilan.
CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT
HIDAYAH
• Tabah dan sabar menghadapi
cabaran hidup.
• Berfikiran terbuka dan
berpandangan jauh.
• Senang menerima kebenaran.
• Hidup dalam keadaan tenang
dan gembira.
• Mudah melakukan kebaikan.
AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH
• Mudah kecewa apabila
gagal.
• Berfikiran sempit dan
bertindak melulu.
• Susah menerima
kebenaran.
• Hidup dalam keadaan
keluh kesah.
• Sukar melakukan
kebaikan.
PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH
ALLAH SWT
1. Meninggalkan ibadat
wajib.
2. Melakukan maksiat
seperti minum arak dan
berjudi.
3. Memiliki sifat
mazmumah.
4. Tidak menghormati
ibubapa dan guru.
PENGAJARAN AYAT
1. Kita hendaklah meninggalkan segala
perbuatan yang menghalang kita mendapat
hidayah Allah SUPAYA hidup diberkati Allah.
2. Kita hendaklah sentiasa berdoa untuk
memperoleh hidayah Allah.
3. Kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat
KERANA mendapat hidayah daripada Allah.
PERTANYAAN.....
LATIHAN.......
KBAT
BAGAIMANAKAH ANDA
MEMBUDAYAKAN AMALAN
BERDOA DALAM KEHIDUPAN
ANDA SEBAGAI SEORANG
MURID?
SEKIAN...
TERIMA KASIH
Semoga diamalkan sebagai doa harian