Ust. Hasmadi bin Hassan
1. Hukum Bersuci
Erti Bersuci:
Bersuci pada bahasa ialah bersih dan
terhindar daripada segala kekotoran
sama ada dalam bentuk hissiah iaitu
yang boleh dirasa seperti najis atau
ma’nawiyyah seperti perkara yang
mengaibkan atau sifat keji.
Bersuci mengikut istilah ialah
perbuatan yang apabila dilakukan akan
mengharuskansembahyang didirikan
atau apa-apa perkara yang berkaitan
dengan hukum sembahyang.
2. Bahagian-bahagian air
• Air terbahagi kepada empat bahagian:
1. Suci lagi menyucikan (Mutlak)
Iaitu air mutlak yang kekal dengan sifat
kejadiannya yang telah dijadikannya oleh
Allah.
2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh (musyamas)
Iaitu air yang panas disebabkan cahaya
matahari dan hukumnya makruh dengan syarat:
a) Ia berlaku di negeri panas
b) Ia diletakkan dalam bekas yang ditempa
daripada selain emas dan perak seperti besi
dan tembaga.
c) Ia digunakan pada badan manusia @ haiwan.
3. Suci tetapi tidak menyucikan (Musta’mal)
Terbahagi kepada dua:
a) Air yang sedikit yang telah digunakan untuk
taharah yang wajib seperti mandi wajib dan
wudhuk.
b) Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu
yang suci yang kebiasaannya air tersebut
tidak berhajat kepadanya dan ia tidak boleh
dipisahkan setelah bercampur, kemudian ia
berubah dengan suatu perubahan yang tidak
lagi dipanggil dengan air mutlak.
4. Bernajis (Mutanajjis)
Iaitu air yang terjatuh najis ke dalamnya.
Ia terbahagi kepada dua bahagian:
a) Air yang sedikit iaitu kurang daripada
dua kolah.( 11 @ 13 tin minyak tanah) @ 174 L
b) Air yang banyak iaitu air yang sampai
dua kolah atau lebih. Air ini tidak
menjadi najis.
4. Istinja’
• Erti istinja’ ialah menghilangkan najis atau
mengurangkannya daripada tempat keluar
kencing atau air besar.
• Hukumnya adalah wajib.
• Benda yang boleh dibuat istinja’:
Air mutlak atau semua benda yang keras
lagi kesat yang boleh menghilangkan najis
seperti batu, daun dan lain-lain.
• Tidak sah beristinja’ dengan benda-benda yang
najis atau yang terkena najis.
5. Wudhuk
Fardhu wudhuk:
•
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke
siku
4. Menyapu kepala
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku
lali
6. Tertib
Sunat-sunat wudhuk:
•
1. Membaca bismillah
2. Membasuh dua tapak tangan sebanyak
tiga kali sebelum dimasukkan ke dalam
bekas air.
3. Menggunakan sugi
4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke
hidung serta mengeluarkannya dengan
tangan kiri
5. Menyelati janggut yang tebal
6. Menyapu semua kepala
7. Menyelati antara celah-celah jari kedua-
dua tangan dan kaki dengan air.
8. Membasuh/menyapu semua fardhu
wudhuk dan sunat-sunatnya sebanyak tiga
kali.
9. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
ketika membasuh tangan dan kaki.
10. Berturut-turut
11. Melebihkan membasuh bahagian kepala
dan membasuh bahagian atas daripada dua
siku dan dua buku lali.
12. Bersederhana ketika menggunakan air.
13. Mengadap kiblat
14. Tidak bercakap-cakap ketika berwudhuk.
• Perkara-perkara yang makruh ketika wudhuk
.
1Berlebih-lebihan dalam menggunakan air
2. Mendahulukan yang kiri dari yang kanan
3. Mengelap wudhuknya.
4 Membasuh atau menyapu lebih dari tiga kali
5. Meminta tolong orang lain membasuh
anggota wudhuknya tanpa ada keuzuran.
6. Berlebih-lebihan dan melampau ketika
berkumur dan memasukkan air ke dalam
hidung serta mengeluarkannya bagi orang
yang berpuasa.
Perkara yang membatalkan wudhuk:
•
1. Semua yang keluar drpd salah satu dari
dua jalan
2. Tidur yang tidak tetap
3. Hilang akal dengan sebab mabuk,
pitam,sakit atau gila.
4. Lelaki/suami menyentuh isterinya atau
perempuan ajnabiyyah tanpa berlapik.
5. Menyentuh kemaluan diri sendiri atau
orang lain sama ada qubul atau dubur
dengan tapak tangan dan perut-perut
jari tanpa berlapik.
Makna mandi:
6. Mandi wajib
Dari sudut bahasa: mengalirkan air ke atas
apa •sahaja benda.
Dari sudut syarak: mengalirkan air ke atas
badan dengan niat yang tertentu.
Sebab-sebab mandi wajib:
1. Janabah
•
2. Haid
3. Melahirkan anak
4. Mati
MANDI
• Cara mandi wajib:
❑ Fardhu – fardhu mandi:
1. Niat ketika mula membasuh tubuh.
2. Membasuh seluruh badan yang zahir
dengan air termasuk kulit atau rambut.
❑ Perkara-perkara makruh ketika mandi:
1. Berlebih-lebihan ketika menggunakan air
2. Mandi di air yang bertakung
❑
Perkara-perkara yang disunatkan:
1. Membasuh kedua tangan di luar drpd bekas air.
Kemudian membasuh kemaluannya dengan
tangan kiri.
2. Berwudhuk.
3. Menyelati rambut kepala dengan air.
4. Membasuh bahagian kanan dahulu.
5. Menggosok tubuhnya dan berturut-turut dalam
membasuh anggota.
6. Bersungguh-sungguh membasuh bahagian
lipatan pada tubuh.
7. Membasuh sebanyak tiga kali.
Tayammum
7. Tayammum
• Erti tayammum:
Tayammum pada bahasa ialah qasad @ tuju.
Pada syarak ialah menyampaikan tanah yang
suci ke muka dan ke dua tangan dengan niat
dan cara tertentu.
Syarat Tayammum:
•
1. Mengetahui masuk waktu
2. Mencari air selepas masuk waktu
3. Tanah yang suci dan menyucikan yg tidak
berdebu, bertepung atau bersemin
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu
5. Berijtihad menentukan arah kiblat
sebelum bertayammum.
Sebab-sebab tayammum:
•
1. Ketiadaan air sama ada secara hissi atau syarie
2. Air terlalu jauh daripadanya
3. Tidak boleh menggunakan air secara hissi atau
syarie
4. Cuaca yang terlalu sejuk
•
Rukun-rukun tayammum
1. Niat.
2. Menyapu muka dan kedua tangan hingga ke
siku dengan dua kali tepuk.
3. Tertib.
•
Sunat-sunat tayammum
1. Semua perkara yang disunatkan ketika wudhuk
2. Membuka jari tangan ketika menepuk tanah.
3. Menipis ketebalan tanah.
•
Perkara-perkara yang membatalkan tayammum:
1. Semua perkara yang membatalkan wudhuk
2. Ada air selepas ketiadaannya
3. Mampu menggunakan air bagi yang sembuh
daripada penyakit
4. Murtad
8. Bersuci ketika luka atau cedera
Sekiranya tempat luka dibalut, tiga perkara
•
yang wajib dilakukan:
1. Membasuh bahagian yang selamat pada
anggota yang luka dan patah.
2. Menyapu seluruh balutan atau ikatannya.
3. Bertayammum.
Sekiranya balutan tidak diperlukan:
•
1. Membasuh bahagian anggota yang sihat
2. Bertayammum
• Wajib mengulangi tayammum pada setiap kali
sembahyang fardhu sekali pun tidak berhadas.
• Manakala anggota-anggota lain, ia tidak wajib
dibasuh semula melainkan sekiranya dia
berhadas.
• Wajib qada’ sembahyang jika:
1. Meletakkan balutan tersebut dalam keadaan
berhadas.
2. Balutan berlaku pada anggota tayammum
3. Kawasan yang sihat dibalut melebihi kadar
balutan pada tempat sakit
9.
•
Hukum orang yang meninggalkan solat:
1. Kafir sekiranya meninggalkannya kerana
mengingkari kewajipannya atau
mempersenda-sendakannya.
2. Fasiq sekiranya meninggalkan sembahyang
kerana malas. Pemerintah mesti
menyuruhnya mengqadakkan
sembahyangnya dan jika ia enggan maka ia
wajib dibunuh tetapi dia tetap dianggap
muslim.
Syarat sah sembahyang:
•
1. Bersuci
2. Mengetahui masuk waktu sembahyang
3. Menutup aurat
4. Mengadap kiblat
Rukun-rukun sembahyang
•
1. Niat
2. Berdiri bagi yang berkuasa
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal selepas rukuk
7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir
10. Membaca tasyahhud pada duduk akhir rakaat
11. Selawat ke atas nabi s.a.w selepas tasyahhud
Akhir.
1 Salam pertama
2 Tertib
1
3
•
Perkara sunat ketika sembahyang
Ia terbahagi kepada dua:
1. Sunat ab’ad (digantikan dengan sujud
sahwi jika ditinggalkan)
i. Tasyahud awal
ii. Selawat ke atas nabi selepas tasyahud
awal
iii. Duduk untuk membaca tasyahud awal
iv. Selawat ke atas keluarga Nabi selepas
tasyahud akhir
v. Membaca qunut
2. Sunat Hai’ah
i. Mengangkat kedua tangan ketika
takbiratul Ihram, rukuk dan bangkit
daripadanya.
ii. Meletakkan tangan kanan di atas
bahagian belakang tangan kiri ketika
berdiri
iii. Melihat tempat sujud
iv. Membaca doa iftitah
v. Membaca al-Isti’azah selepas doa iftitah
vi. Membaca dengan kuat dan perlahan di
tempat-tempat tertentu
vii. Menyebut amin selepas selesai fatihah
viii. Membaca ayat al-Quran selepas fatihah
ix. Mengucap takbir ketika berpindah dari satu
rukun ke satu rukun
x. Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
xi. Meletakkan kedua tangan di atas permulaan
kedua peha ketika duduk membaca tasyahud
awal dan akhir
xii. Duduk tawarruk ketika duduk yang akhir dan
duduk iftirasy pada tempat yang selainnya.
xiii. Membaca selawat ibrahimiah dan doa
selepas tasyahud akhir
xiv. Memberi salam yang kedua
xv. Sentiasa dalam keadaaan khusyuk
Perkara makruh ketika sembahyang
•
1. Meninggalkan perkara-perkara sunat dalam
sembahyang
2. Memalingkan tengkok ketika sembahyang
kecuali kerana keperluan. Jika berpaling
dengan dada maka batal sembahyangnya
3. Mengangkat pandangan ke langit
4. Bermain dengan hujung rambut dan
menyinsing hujung baju
5. Sembahyang ketika makanan telah
dihidangkan yang mana hatinya teringin
memakannya.
6. Sembahyang dlm keadaan menahan
kencing dan air besar
7. Sembahyang dalam keadaan terlalu
mengantuk
Perkara yang membatalkan sembahyang
•
1. Bercakap dengan sengaja
2. Perbuatan/pergerakan yang banyak
3. Baju atau badan terkena najis
4. Aurat terbuka
5. Makan dan minum
6. Berhadas sebelum salam yang pertama
7. Berdehem, ketawa, menangis,
mengerang sakit jika jelas dari setiap
perbuatan dua huruf
8. Mengubah niat
9. Membelakangkan kiblat