The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abi.nurhans, 2020-11-11 20:04:57

SUJUD SAHWI

SUJUD










- SUJUD SAHWI


- SUJUD TILAWAH



- SUJUD SYUKUR

SUJUD SAHWI








• Ulama dan mazhab bersepakat bahawa orang yang




meninggalkan SUJUD SAHWI , samada




terlebih@kurang rekaat dalam solatnya dengan





sengaja maka solatnya BATAL






• Dan jika ia meninggalkan SUJUD SAHWI, disebab




kan was-was@ragu-ragu kerana LUPA, WAJIB





menggantikannya dengan sujud sahwi

MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TIDUR




DAN TIDAK LUPA









KETERANGAN TENTANG INI ADA PADA KITAB-KITAB FIQIH ANTARA LAIN

TULISAN IBNU NAWAWI AL-JAWI YANG BERNAMA NIHAYATUZ ZAIN PADA JUZ 1
HALAMAN 81 DAN KITAB HASYIAH AT-TAHAWIYAH ALA MARAQIL FALAH KARYA


AT-TAHAWI AL-HANAFI JUZ 1 HALAMAN 298

A.SUJUD SAHWI KERANA TERLEBIH



REKAAT












• Barangsiapa terlupa dalam solatnya kemudian





dia menambah ruku', atau sujud, maka dia harus





sujud dua kali sesudah menyelesaikan solatnya




dan salamnya. Hal ini berdasarkan hadits berikut:

"DARI IBNU MAS'UD RADHIALLAAHU ANHU, BAHWA NABI

SOLLALLAAHU ALAIHI WASALLAM SOLAT ZOHUR LIMA REKAAT,


KEMUDIAN BELIAU DITANYA, 'APAKAH SOLAT ZOHUR DITAMBAH

REKAATNYA?', BELIAU BERTANYA, 'APA ITU ?' PARA SAHABAT

MENJELASKAN, 'ANDA SOLAT LIMA REKAAT.' KEMUDIAN BELIAU PUN

SUJUD DUA KALI SETELAH SALAM. DALAM RIWAYAT LAIN


DISEBUTKAN, BELIAU MELIPAT KEDUA KAKINYA DAN MENGHADAP

KIBLAT KEMUDIAN SUJUD DUA KALI, KEMUDIAN SALAM.“




(MUTTAFAQ 'ALAIH)

•Salam sebelum solat selesai bererti termasuk





PENAMBAHAN dalam solat, sebab ia telah





menambah salam dipertengahan perbuatan





solatnya. Barangsiapa menghadapi hal itu





dalam keadaan lupa, lalu dia teringat, maka dia






harus menyempurnakan solatnya kemudian





salam, setelah itu dia sujud sahwi, kemudian





salam lagi. Dalilnya adalah hadits Abu Hurairah





radhiallaahu anhu:

"DARI ABU HURAIRAH RODHIALLAAHU ANHU, BAHWASANYA NABI SHALLALLAAHU ALAIHI

WASALLAM SOLAT ZUHUR ATAU ASHAR BERSAMA PARA SAHABAT. BELIAU SALAM SETELAH
SOLAT DUA REKAAT, KEMUDIAN ORANG-ORANG YANG BERGEGAS KELUAR DARI PINTU

MASJID BERKATA, ‘SOLAT TELAH DIQASHAR (DIKURANGI)?' NABI PUN BERDIRI UNTUK
BERSANDAR PADA SEBUAH KAYU, SEPERTINYA BELIAU MARAH. KEMUDIAN BERDIRILAH

SEORANG LAKI-LAKI DAN BERTANYA KEPADANYA, 'WAHAI RASULULLAH, APAKAH ANDA LUPA
ATAU MEMANG SOLAT TELAH DIQASHAR?.' NABI BERKATA, 'AKU TIDAK LUPA DAN SOLAT PUN
TIDAK DIQASHAR.' LAKI-LAKI ITU KEMBALI BERKATA, 'KALAU BEGITU ANDA MEMANG LUPA

WAHAI RASULULLAH.' NABI SHALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM BERTANYA KEPADA PARA
SAHABAT, 'BENARKAH APA YANG DIKATAKANNYA?'. MEREKA PUN MENGATAKAN, 'BENAR.'

MAKA MAJULAH NABI SHALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM, SELANJUTNYA BELIAU SOLAT
UNTUK MELENGKAPI KEKURANGAN TADI, KEMUDIAN SALAM, LALU SUJUD DUA KALI, DAN
SALAM LAGI."




(MUTTAFAQ 'ALAIH)

B. SUJUD SAHWI KERANA



KEKURANGAN REKAAT








• Barangsiapa terlupa dalam solatnya, kemudian ia meninggalkan


salah satu sunnah muakkadah (iaitu yang termasuk kategori hal-hal



wajib dalam solat), maka ia harus sujud sahwi sebelum salam,



seperti KITA lupa melakukan tasyahhud awal dan dia BETUL-


BETUL TERLUPA, atau dia ingat setelah berdiri tegak dengan



sempurna, maka dia tidak perlu duduk kembali, cukup baginya



sujud sahwi sebelum salam. Dalilnya ialah hadits berikut

"DARI ABDULLAH BIN BUHAINAH RADHIALLAAHU ANHU,


BAHWA RASULULLAH SAW. SOLAT ZOHUR BERSAMA


MEREKA, BELIAU TERUS BERDIRI SETELAH DUA REKAAT


PERTAMA DAN TIDAK DUDUK IFTIRASYI. PARA JEMA'AH

MENGIKUTI BELIAU SAMPAI BELIAU SELESAI


MENYEMPURNAKAN SOLAT, ORANG-ORANG PUN MENUNGGU


SALAM BELIAU, AKAN TETAPI BELIAU MALAH BERTAKBIR


PADAHAL BELIAU DALAM KEADAAN DUDUK (TASYAHHUD


AKHIR), KEMUDIAN BELIAU SUJUD DUA KALI SEBELUM

SALAM, LALU SALAM."


(MUTTAFAQ 'ALAIH)

C. SUJUD SAHWI KERANA RAGU-



RAGU








Iaitu ragu-ragu antara dua hal, yang mana





yang terjadi. Keraguan terdapat dalam dua





keadaan, iaitu lebih atau kurang. Umpamanya





seseorang ragu-ragu apakah dia sudah solat





tiga rekaat atau empat rekaat.

KERAGUAN INI ADA DUA JENIS:




1. Seseorang lebih cenderung kepada satu hal,


samada lebih atau kurang rekaat, maka dia harus


ambil yang lebih ia yakini, kemudian dia


melakukan sujud sahwi setelah salam. Dalilnya



hadits berikut:











"Dari Abdullah Ibnu Mas'ud rodhiallaahu anhu,

bahwasanya Nabi SAW bersabda,


'Apabila salah seorang dari kamu ada yang ragu-ragu dalam solatnya,


maka hendaklah lebih memilih kepada yang paling mendekati kebenaran,

kemudian menyempurnakan solatnya, lalu melakukan salam, selanjutnya sujud dua


kali'.

(Muttafaq 'alaih)

2. Ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya, tidak kepada


kelebihan dalam pelaksanaan shalat dan tidak pula pada kekurangan. Maka


dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebe-narannya,


yaitu jumlah rakaat yang lebih sedikit. Kemudian menutupi kekurangan


tersebut, lalu sujud dua kali sebelum salam, ini berdasarkan hadits berikut:













"Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiallaahu anhu, bahwasanya Nabi sollallaahu alaihi


wasallam bersabda, 'Apabila salah seorang di antara kamu ragu-ragu dalam


solatnya, dia tidak tahu berapa rekaat yang telah dia lakukan, tigakah atau empat?

Maka hendaknya ia meninggalkan keraguan itu dan mengambil apa yang ia yakini,


kemudian ia sujud dua kali sebelum salam. Jika ia telah solat lima rakaat, maka hal

itu menggenapkan perbuatan solatnya, dan jika ia solat sempurna empat rakaat,


maka hal itu merupakan penghinaan (pengecewaan) terhadap syaitan'."


(HR. Muslim)

Ringkasnya, bahwa sujud sahwi itu adakalanya sebelum


salam dan adakalanya sesudah salam.






• Adapun sujud sahwi yang dilakukan setelah salam ialah pada dua keadaan :



- Apabila disebabkan TERLEBIH (dalam pelaksanaan solat).


- Berasa ragu-ragu antara dua kemungkinan, tapi ada



kecenderongan pada salah satunya.


• Sedangkan sujud sahwi yang dilakukan sebelum salam, juga pada dua keadaan :



- Apabila disebabkan kurang (dalam pelaksanaan


solat).



- Apabila disebabkan ragu-ragu antara dua kemungkinan dan


tidak merasa lebih berat kepada salah satunya.

HAL-HAL PENTING BERKENAAN




DENGAN SUJUD SAHWI








• Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat, dan
yang tertinggal itu adalah takbiratul ihram, maka solatnya

tidak dikira, hal itu terjadi secara sengaja ataupun kerana

lupa, kerana solatnya tidak sah. Dan jika yang tertinggal itu
selain takbiratul ihram, dan ditinggalkan secara sengaja,

maka batallah solatnya. Jika tertinggal secara tidak sengaja,
dan dia berada dalam rukun yang tertinggal tersebut pada

rekaat kedua, maka rekaat yang tertinggal rukunnya tadi itu

dianggap tidak ada, dan dia ganti dengan rakaat yang
berikutnya. Dan jika ia belum sampai pada rakaat kedua,

maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal tersebut,
kemudian dia laksanakan rukun itu, begitu pula apa-apa yang

setelah itu. Pada kedua hal ini, wajib dia melakukan sujud

sahwi setelah salam atau sebelumnya

• Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula


melakukan salam sekali lagi


• Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunnah


muakkadah (hal-hal yang wajib dalam solat) secara sengaja, maka

batallah solatnya. Jika tertinggal kerana terlupa, kemudian dia

ingat sebelum beranjak dari sunnah muakkadah tersebut, maka


hendaklah dia melaksanakannya. Jika ia teringat setelah

melangkau tetapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka

hendaklah dia kembali untuk melaksanakan rukun tersebut.


Kemudian dia sempurnakan solatnya serta melakukan salam.

Selanjutnya sujud sahwi kemudian salam lagi. Jika ia ingat setelah

sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunnah (muakkadah)


itu gugur dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk

melakukannya, akan tetapi terus melaksanakan solatnya kemudian

sujud sahwi sebelum salam seperti dinyatakan di atas pada


masalah tasyahhud awal.

HANAFI










• Hanafi - sujud sahwi 2 kali, membaca taysahud dan dan



memberi salam, dilakukan setelah salam, dengan syarat




waktunya ada. Contoh : jika lupa dalam solat subuh, matahari




telah naik, maka gugur kewajiban sujud sahwi





• Syaratnya kerana menambah atau mengurangkan rukun




solat

MALIKI










• Sujud sahwi sebanyak 2 kali diakhir bacaan taysahud




tanpa doa dan solawat keatas nabi






•Dilakukan sebelum salam jika kekurangan rekaat,




dan jika dilakukan kerana disebabkan terlebih sahaja





maka sujud sahwi dilakukan setelah salam

HAMBALI







•Sujud sahwi boleh dilakukan







sesudah atau sebelum salam









•Jumlahnya dua kali sujud diakhiri








dengan tasyahud dan salam

MAZHAB SYAFII








•Waktu sujud sahwi adalah









sesudah tasyahud dan solawat









atas Nabi dan sebelum salam

Tidak ada bagi orang yang dibelakang






imam sujud sahwi, namum apabila






imam yang lupa maka imam harus






sujud sahwi begitulah orang-orang






yang ada dibelakangnya ( makmum )







(HR. Daruqutni)


Click to View FlipBook Version