Wuduk @ (Mengambil air sembahyang) Untuk menunaikan
sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang
atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Hadis riwayat Abu
Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di
antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia
berwuduk". Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya,
begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan,
diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-
Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib
berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang
baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan,
yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam
Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda
yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke
kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah,
tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku,
gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang
fardhu dan sunat.
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
BERSIHKAN KEDUA-DUA BERKUMUR & BERSIHKAN
BELAH HIDUNG
• iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk,
bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya
"Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah
Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud
"Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah
Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung
tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca
"Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
Mengalirkan air serta
meratakannya keseluruh muka
yang dibasuh itu, dari dahi
sampai ke dagu (jika ada janggut
hendaklah diratakan seluruhnya)
dan dari telinga kanan hingga ke
telinga kiri - 3 Kali.
NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN
Dimulai dari siku hingga sampai
kedua hujung jari. Mulakan dari
tangan kanan dahulu diikuti
tangan kiri, lakukan sebanyak - 3
Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN
KANAN/KIRI
Merata dan menyapu kepala
dengan air sekurang-
kurangnya tiga helai rambut
dan yang lebih baik ialah
menyapu seluruh kepala. - 3
Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA
( sunat sahaja )
Mengalir dan meratakan
air kepada dua kaki serta
celah-celah jari kaki tumit
hingga bukulali atau
matakaki, mulakan sebelah
kanan dahulu. - 3 Kali.
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
Mengikut urutan atau
turutan yang dahulu
didahulukan dan yang
kemudian
dikemudiankan.
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
•1. Menghadap ke arah Kiblat.
•2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan
"Bismillah hirrahman nirrahim".
•3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan
tangan sebelum berwuduk.
•4. Berkumur atau bersugi.
•5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk
membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
•6. Menyapu air ke kepala.
•7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
sambungan
•8.Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air
sehingga rata.
•9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
•10. Mendahulukan basuhan anggota kanan
daripada yang kiri.
•11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
•12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti
tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
•13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota
wuduk dengan kain atau sebagainya.
•14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh
semula ke bekas atau ketimba.
•15. Berjimat ketika menggunakan air.
•16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika
mengerjakan wuduk.
•17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai
berwuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
•1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti
kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
•2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
•3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan
sebagainya.
•4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau
perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
•5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik
kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya
seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan
lain-lainnya).
•6. Murtad.
1. Sehabis keluar darah dari hidung.
2. Sesudah mengantuk.
3. Hendak berjalan jauh.
4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki,
mencaci,mengadu domba, marah atau
mengeluarkan kata-kata kotor.
7. Kerana hendak tidur siang ataupun
malam.
SAMBUNGAN : perkara sunat wuduk
8.Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-
Quran, Hadith atau Zikrullah.
9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10. Hendak bertabligh, pidato atau
mengajarkan ilmu agama.
11. Ziarah ke kubur.
12. Memegang atau memikul mayat.
13. Jika dalam keadaan marah.