HASMADI HASSAN
SIRI ULANGKAJI
SOLAT
PENGERTIAN SOLAT
❑Solat dari segi bahasa ialah doa untuk kebaikan.
❑ Dari segi istilah ialah perkataan dan perbuatan
tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan
diakhiri dengan salam.
3
SYARAT-SYARAT WAJIB
SOLAT
1) ISLAM
- Tidak diwajibkan bagi orang kafir. Apabila mereka
memeluk Islam,tidak perlu qada’ solat yang tidak dibuat
semasa kekufuran.
2) BALIGH
- Kanak-kanak tidak wajib solat selagi belum baligh.
Tetapi ibu bapa wajib melatih anak apabila mereka
mumaiyiz (dapat bezakan yang baik dan buruk) dalam
umur 7 tahun. Jika berumur 10 tahun tetapi enggan
solat maka dibolehkan pukul.
4
SYARAT-SYARAT WAJIB
SOLAT
3) BERAKAL
- Orang gila tidak wajib solat.Orang pitam atau
pengsan juga dimaafkan. Apabila sedar, mereka
perlu solat dengan segera. Orang mabuk kerana
minum arak apabila sedar, harus qada’ solatnya
yang ditinggalkan.
4) SUCI DARIPADA HADAS (HAID DAN NIFAS)
5
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
◼ Suci daripada hadas dan najis.
◼ Menutup aurat.
◼ Berdiri di tempat yang suci.
◼ Yakin telah masuk waktu.
◼ Menghadap kiblat
6
RUKUN-RUKUN SOLAT
1) Niat ( Syarat Niat ):
- Hendaklah yakin dan berkekalan dalam solat.
Jika dia berniat hendak batalkan solat atau
ragu-ragu (taraddud) hendak meneruskan solat,
maka solatnya batal ketika itu juga.
- Hendaklah disertakan niat tatkala takbiratul
ihram. Tempat niat adalah di hati.
2007 KBM 1 FIQH BAB 7 7
RUKUN-RUKUN SOLAT
2) Berdiri bagi yang mampu
- Bagi mereka yang tidak mampu berdiri kerana sakit
dan sebagainya, maka harus duduk dalam solat. Kalau
tidak berdaya juga maka harus berbaring.
3) Takbiratul Ihram
- Hendaklah dilafazkan dalam bahasa Arab.
- Jangan hentikan antara lafaz ‘Allah’dan ‘Akbar’.
- Jangan ditambah dengan huruf yang mencacatkan
makna.
- Hendaklah dibaca dengan sempurna semasa berdiri
tegak. 8
RUKUN-RUKUN SOLAT
4) Membaca Surah Al-Fatihah
- Tidak sah kalau tidak dibaca, kecuali jika solat masbuq,
ianya dimaafkan kerana mengikut imam.
5) Rukuk dengan tuma’ninah
- Cara rukuk adalah dengan membongkokkan kepala
hingga sama lurus dengan belakang, serta letakkan
tangan ke lutut sambil baca ‘Allahu Akbar’ sewaktu
hendak rukuk.
9
RUKUN-RUKUN SOLAT
6) Iktidal dengan tuma’ninah
- Iaitu tegak kembali berdiri seperti sebelum rukuk
7) Sujud dengan tuma’ninah
- Caranya dengan meletakkan dahi dan hidung dengan
sempurna atas bumi (tempat sujud). Jika dia sujud atas
rumput atau hamparan gebu, wajib menekankan dahinya
10
11
RUKUN-RUKUN SOLAT
8) Duduk antara dua sujud dengan tuma’ninah.
9) Duduk tahiyat akhir, membaca tasyahud akhir
dan selawat ke atas Nabi s.a.w.
10) Salam pertama
- sekurang-kurangnya dengan mengatakan
‘Assalamualaikum’.
12
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
SUNAT-SUNAT SOLAT
Sunat Ab’adh Sunat Hai’ah
Sunat yang perlu diganti Sunat yang tidak perlu
dengan sujud sahwi jika diganti dengan sujud
ditinggalkan sahwi jika ditinggalkan
13
SUNAT-SUNAT AB’AD
1) Tasyahud awal
2) Membaca doa Qunut dalam solat
3) Duduk kerana tasyahud awal
4) Berdiri kerana Qunut
5) Selawat atas Nabi sesudah tasyahud awal
6) Selawat atas Nabi sesudah qunut
7) Selawat atas ahli keluarga Nabi sesudah Qunut.
8) Selawat atas ahli keluarga Nabi sesudah tasyahud
akhir
14
SUNAT-SUNAT HAI’AH
1) Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram.
2) Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri semasa
berdiri.
3) Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram.
4) Ta’awuz (baca a’uzubillah) selepas doa iftitah
5) Menyaringkan suara pada solat yang sunat nyaring dan
perlahankan suara pada solat yang sunat perlahan.
6) Membaca ‘Amin’ sesudah baca Al-Fatihah.
7) Membaca surah sesudah baca Al-Fatihah.
15
SUNAT-SUNAT HAI’AH
8) Takbir semasa hendak rukuk, sujud dan bangun
darinya.
9) Membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ ketika
iktidal.
10) Membaca tasbih pada rukuk:
ي
يي ي
ي
هدمبِو ميظعْلا ي بّر ناحبس
َ
َْ
ْ َ ِ
َ ُْ
َ َ
َ
11) Membaca tasbih pada sujud:
يي ي
هدمبِو ىَ لعَ لأا ي بّر ناحبس 16
َ
ْ
ِ
َْ
َ ُْ
َ َ
َ
SUNAT-SUNAT HAI’AH
12) Sunat meletakkan anak-anak jari tangan di atas
paha semasa duduk antara dua sujud. Begitu juga
pada tasyahud awal dan akhir, jari-jari kanan
hendaklah digenggam kecuali jari telunjuk.
13) Disunatkan duduk iftirasy pada tempat2 yang
dikehendaki duduk selain daripada duduk kerana
tasyahud akhir.
14) Sunat duduk tawaruk pada tahiyat akhir.
17
PERKARA YANG
MEMBATALKAN SOLAT
1) Sengaja bercakap-cakap
- samada perkataan yang boleh difahami
walaupun satu, maka batal solat.
2) Bergerak tiga kali berturut-turut
- samada seperti tiga langkah atau pukulan yang
berturut-turut maka batal solat.
3) Berhadas
- samada terlupa atau sengaja, batal solat.
18
PERKARA YANG
MEMBATALKAN SOLAT
4) Terkena najis
- jika terkena najis yang tidak boleh dimaafkan maka batal
solat. Jika najisnya boleh dimaafkan seperti bangkai
nyamuk maka sah solatnya.
5) Terbuka aurat
- Jika terbuka aurat kerana ditiup angin lalu ditutupi
kembali dengan segera, sah solatnya. Jika tidak,
solatnya batal.
19
PERKARA YANG
MEMBATALKAN SOLAT
6) Berubah niat dan membelakangkan kiblat
- batal solat seseorang jika berniat hendak keluar dari
solat juga jika belakangkan kiblat.
7) Makan, minum dan ketawa dengan kuat
8) Murtad
- Perbuatan seperti sujud kepada matahari atau
perkataan seperti tuhan itu tiga atau iktikad seperti
percaya di dalam solat yang alam ini kekal,
semuanya membatalkan solat.
20
PERKARA YANG MAKRUH
DALAM SOLAT
1) Membaca dengan kuat di waktu perlahan dan
sebaliknya.
2) Menundukkan kepala lebih dari paras pinggang
semasa rukuk.
3) Menghamparkan tangan ketika sujud.
4) Tidak merenggangkan tangan di waktu rukuk dan
sujud (bagi lelaki)
5) Solat dengan terburu-buru.
6) Doa khusus untuk dirinya sendiri sedangkan ia
menjadi imam. 21
PERKARA YANG MAKRUH
DALAM SOLAT
7) Mengusap muka kerana debu.
8) Bercekak pinggang ketika solat.
9) Menoleh dan memandang ke langit, ke kiri
dan kanan dengan mukanya.
22