The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abi.nurhans, 2021-10-17 22:15:51

T2 IBADAH - SOLAT BERJEMAAH..MASBUK MUAFIQ

SOLAT BERJEMAAH







Takrif/Pengertian solat:


Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia


bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului

dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat


yang tertentu. Firman Allah swt:

ركنملا و ءاشحفلا نع ىهنت ةلاصلا نا ةلاصلا مقاو




"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat

mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut :


45)


Takrif/Pengertian solat berjemaah:



Solat yang di kerjakan bersama-sama, salah seorang di antaranya

sebagai imam dan yang lain sebagai makmum. Hukum solat


berjemaah bagi lelaki yang sihat dan tidak dalam perjalanan ialah

sunnat muakad kecuali dalam solat jumaat hukumnya wajib.

DALIL SARANAN SOLAT BERJEMAAH









ةلاص : لاق ) ( ص للها لوسر نأ : امهنع للها يضر رمع نبا نع



ةجرد نيرشع و عبسب ذفلا ةلاص لضفت ةعاملجا.







Diriwayatkan dari ibn umar, Rasullulah (S.A.W) pernah


bersabda: darjat solat berjemaah dua puluh lima kali


lebih utama daripada solat bersendirian.


(hadis riwayat bukhari)


Dalil lain:


“Rasulullah bersabda yang bermaksud: solat


berjemaah itu lebih utama pahalanya dari solat


bersendirian sebanyak 27 darjat.


(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

HUKUM SOLAT BERJEMAAH








1. Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain.


2. Sebahagian yang lain mengatakan fardhu kifayah.


3. Sebahagian yang lain pula berpendapat sunat muakkad dan inilah


pendapat imam syafii.


4. Apabila dalam satu kawasan terdapat sekumpulan orang muslim dan

mereka tidak mendirikan solat secara berjemaah maka berdosalah mereka


semuanya.


5. Namun solat berjemaah boleh di tinggalkan sekiranya terdapat keuzuran .

Ini berdasarkan dalil berikut:


رذع نم لاا هل ةلاص لاف هتأي ملف ءادنلا عمس نم




Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak hadir maka


tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan keuzuran.


(Riwayat Ibn Majah)

KEUZURAN UTK MENINGGALKAN SOLAT BERJEMAAH



Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali sekiranya

terdapat keuzuran, sebagaimana sabda Rasulullah (S.A.W):



رذع نم لاا هل ةلاص لاف هتأي ملف ءادنلا عمس نم



Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak

hadir maka tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan

keuzuran.

(Riwayat Ibn Majah)

Sebab-sebab keuzuran itu adalah:

1) Hujan Lumpur

2) Angin

3) kuat / Ribut

4) Malam yg gelap

5) Siang yg panas

6) Terlampau sejuk

7) Terpaksa membuang air besar / kecil

8) Lapar / Dahaga

9) Takut
10) sakit

SYARAT SAH MENGIKUT IMAM









1. Berdiri dibelakang imam.



2. Makmum hendaklah mengetahui perpindahan



imam.



3. Mengikut imam dalam segala perbuatannya.




4. Hendaklah jarak antara imam dengan makmum


tidak melebihi 300 hasta (135 meter).




5. Berada di tempat yang sama.



6. Hendaklah solat imam itu sah.



7. Janganlah ketinggalan jauh daripada imam.

SYARAT SAH MENJADI IMAM





1. Imam itu hendaklah qari’



2. Memiliki lidah yang fasih.


3. Janganlah imam itu sedang mengikut imam


yang lain.


4. Baligh.


5. Berakal.



6. Lelaki.


7. Imam hendaklah lebih berilmu daripada


makmum.


8. Sihat tubuh badan.



9. Suci daripada najis dan hadas.

SUSUNAN MAKMUM / SAF







1) Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang makmum.


IMAM


















MAKMUM LELAKI







Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu


hanya terdiri daripada seorang imam dan seorang



makmum, maka disunatkan makmum berdiri di sebelah


kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.

2) APABILA JEMAAH ITU TERDIRI DARIPADA


DUA ORANG MAKMUM







IMAM















MAKMUM – MAKMUM

LELAKI



Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri

daripada seorang imam dan dua orang makmum, maka
disunatkan makmum berdiri disebelah kiri imam. Setelah itu

hendaklah imam ke hadapan dan kedua orang makmum

merapatkan semula saf.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang

kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian yang

pertama mundur kebelakang untuk menyamai saf.

3) APABILA JEMAAH TERDIRI DARIAPADA

SEORANIMAM, MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI














IMAM







MAKMUM

KANAK-

KANAK








Apabila kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang



dengan imam sedangkan kanak-kanak itu seorang diri



sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.

4) APABILA JEMAAH ITU TERDIRI DARIPADA SEORANG

IMAM, MAKMUM LELAKI DAN MAKMUM WANITA.










IMAM






MAKMUM LELAKI











MAKMUM PEREMPUAN





Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri



daripada seorang imam, seorang makmum lelaki dan


seorang makmum wanita, maka makmum wanita itu



hendaklah berdiri dibelakang sebelah kiri saf lelaki.

5) APABILA JEMAAH TERDIRI DARI LELAKI DEWASA

DAN KANAK-KANAK.










IMAM



MAKMUM LELAKI




MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI




MAKMUM KANAK-KANAK

PEREMPUAN







Apabila makmum terdiri dari lelaki dewasa dan melebihi satu, maka di saf pertama

hendaklah orang yang pandai-pandai, dan yang di saf kedua ialah orang yang

kurang pandai. Manakala kanak-kanak hendaklah berdiri di belakang mereka.

Namun jika kanak-kanak itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka kanak-

kanak perempuan hendaklah berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki

6) APABILA JEMAAH TERDIRI DARIPADA LELAKI

DEWASA, KANAK-KANAK, DAN KHUNSA.









IMAM



MAKMUM LELAKI






MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI






MAKMUM KHUNTHA






Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan khunsa


mushkil maka hendaklah mereka berdiri di belakang


saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf kanak-


kanak perempuan.

7) APABILA JEMAAH TERDIRI DARIPADA SEMUA


PERINGKAT DAN GOLONGAN.







IMAM


MAKMUM LELAKI








MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI




MAKMUM KHUNTHA



MAKMUM KANAK-KANAK
PEREMPUAN



MAKMUM PEREMPUAN






Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat dan golongan, maka kaum
lelaki hendaklah berada di saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak lelaki,
kemudian khunsa mushkil, kemudian kanak-kanak perempuan, kemudian kaum
perempuan.

8) APABILA JEMAAH TERDIRI DARIPADA WANITA


SAHAJA.















IMAM















MAKMUM PEREMPUAN







Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita sahaja maka imam akan berdiri

ditengah diantara jemaah wanita yang lain.

HIKMAH SOLAT BERJEMAAH





1) Melatih umat islam mematuhi ketua.



2) Melatih umat islam berdisiplin.



3) Menimbulkan rasa persamaan antara umat islam.



4) Membuka peluang berkenal-kenalan.



5) Memupuk persaudaraan.



6) Menumbuhkan rasa sosial.



7) Menunjukkan bagaimana sikap kepimpinan



dalam islam.



8) Menunjukkan sikap demokrasi yang



bertnggungjawab.

MASBUQ





Takrif Masbuq:

Merujuk Kamus Istilah Fiqh, masbuq bererti orang yang datang lambat

ketempat solat berjemaah, sedangkan imam sudah menyelesaikan satu
rakaat lebih, tetapi belum mengucapkan salam.





Menurut Al Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus, masbuq ialah, makmum yang

ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak

mendapat masa yang cukup untuk membaca fatihah bersama imam. Ini
di sebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau

hampir-hampir akan rukuk.





Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia
takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu

makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan
rukun fatihah

DALIL MASBUQ





























Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat

sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat.

Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam, maka ia telah mendapat satu


rakaat."(H.R. Abu Daud).

PERBAHASAN MASBUQ






1. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna

(sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal,

dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum

tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki

solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat

dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu

("masbuq").





2. Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir,

tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa

tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.

Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti
di dalam rakaat kedua. Setelah solat berakhir dan imam memberi

salam maka makmum tersebut hendaklah bangun dan

menyelesaikan solatnya dengan menambah rakkatnya yang

tertinggal.

3. Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum ditegah

duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai solatnya. Jika
makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah

sembahyang itu.




4. Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di

rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang

tadi.




5. Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua
dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu

dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi sekiranya

makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat, maka ia dikira

solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat.




6. Kesimpulannya orang yang masbuq tidak wajib membaca fatihah melainkan kalau
ia berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah ia membaca dalam kadar

semampunya hingga imam rukuk.

MUWAFIQ








Takrif Muwafiq:






Menurut Ibn Muhammad El-Fandahari, di dalam bukunya


kaifiyat solat, muwafiq ialah orang yang solat di belakang

imam setelah imam mengucapkan takbiratul ihram dan

memperoleh waktu hanya sekadar membaca Al-Fatihah.






Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, tulisan Muhammad Firdaus,


Nurul Huda, dan Muhammad Ramzi Omar, mendefinisikan

muwafiq sebagai,orang yang sempat bersama imam dalam


satu rakaat sama ada rakaat pertama atau lainnya

sekadar dapat menyelesaikan bacaan fatihah.

PERBAHASAN












1. Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca

Al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia

menghabiskan Al-Fatihah itu sehinggalah imam selesai sujud

dan bangun dari sujud yang kedua.






2. Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan

imam sudah pun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir,


maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah

(mufaraqah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan

rakaat itu tidak diambil kira. Kalau tidak berbuat salah satu di

antara kedua hal tersebut maka batallah solatnya.

ISTIKHLAF.








Takrif istikhlaf:







Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada

makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan


sembahyang mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu.










Menurut Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, istikhlaf bermaksud


melantik salah seorang daripada makmumnya yang sesuai


menjadi imam untuk menggantikannya bagi menyempurnakan


solat, disebabkan keuzuran yang berlaku kepada imam.

BILA BERLAKUNYA ISTIKHLAF?










Istikhlaf berlaku apabila imam keluar



daripada solat disebabkan berhadas atau




kerana telah terbatal solatnya biarpun



tanpa sebab.




Maka jika ini terjadi maka diharuskan bagi



salah seorang makmum untuk




menggantikan kedudukan imam tersebut.

SYARAT SAH ISTIKHLAF









1) Makmum yang menggantikan imam



(mustakhlif) mestilah orang yang layak



menjadi imam.



2) Mustakhlif adalah orang yang berada di saf



pertama dan di belakang imam.



3) Berlaku serta-merta.



4) Makmum yang lain tidak perlu untuk berniat


semula.

JENIS-JENIS MUSTAKHLIF









Mustakhlif Muwafiq


Makmum yang ada bersama-sama imam dan mengikuti


tertib imam bermula dari awal solat hingga imam terbatal


solatnya.


Mustakhlif Umum


Imam digantikan oleh orang luar, (bukan dari kalangan


makmum)


Menurut imam Nawawi & Jumhur ulama sah solatnya dgn


syarat dia masuk pada rakaat pertama atau ketiga.


Mustakhlif Masbuq


Makmum masbuq yang menggantikan kedudukan imam

yang keluar kerana telah terbatal solatnya. Mustakhlif


iniharuslah menjaga tertib imam yang awal tadi.

CARA PERLAKSANAAN ISTIKHLAF.







Imam memegang pakaian salah seorang makmumnya (walaupun yg masbuq) dan

menariknya ketempat imam, lalu dia berundur kebelakang dengan menundukkan dirinya

sambil memegang hidung seolah-olah ada darah yang keluar daripadanya.


Istikhlaf boleh berlaku secara lisan & pergerakkan dan orang yang menggantikannya

hendaklah menyambung di mana tempat imam itu berhenti, samaada pada rukuk fi’li atau
kauli.



Mustakhlif hendaklah maju setapak kehadapan atau memenuhkan tempat imam bagi
membezakan keduudkannya dengan makmum. Sementara makmum memenuhkan saf yang

kosong itu.



Jika imam batal pada ketika duudk antara dua sujud / duduk tahiyyat awal / akhir,
mustakhlif tidak perlu maju ke hadapan cukup dengan memberi arahan di tempatnya sahaja

dengan menggunakan isyarat suara.



Jika imam terbatal solatnya ketika sedang sujud maka dia perlu menggunakan suaranya
untuk membangunkan makmumnya danselepas itu barulah imam boleh memberi isyarat

bahawa solatnya telah batal & barulah dia beredar.

ISTIKHLAF DALAM SOLAT JUMAAT








Imam keluar selepas membaca dua khutbah & tidak sempat mengangkat takbir, maka imam harus diganti
oleh mustakhlif yang ada bersama mendengar khutbah.jika tidak maka tidak perlu dia menggantikannya.



Jika imam keluar setelah mengangkat takbirratul ihram pada rakaat pertama dan tidak sempat rukuk pada

rakaat kedua maka harus dia digantikan oleh makmum yang ada bersama –sama imam sebelum dia
keluar.



Jika di tidak bersama imam sebelum imam keluar daripada jamaah maka tidak harus baginya untuk
menggantikan imam kerana dia buka ahli jumaat.



Jika imam keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua solat jumaat, maka imam tidak harus di ganti oleh
mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum imam keluar dari solat jumaat. Namun jika mustakhlif itu

ada bersama imam sebelum imam keluar, tetapi tidak bersamanya ketika sebelum rukuk rakaat kedua(

mustaklif masbuq) maka difardhukan baginya untuk solat zuhur.


Bagi makmum pula mereka haruslah mengikuti imam yang di fardhukan untuk solat zuhur itu tadi,

sementara mustakhlif haruslah menjaga tertib imam pertama. Bagi makmum ada dua pilihan sama ada

mahu berniat mufaraqah atau menunggu imam dan memberi salam bersamanya.

MUFARAQAH









Takrif mufaraqah:


Bahasa: Mengasingkan diri.




Istilah syarak: perbuatan makmun mengasingkan diri daripada imam




atau membatalkan niat untuk menjadi makmum dan




meneruskan solat secara bersendirian.



Menurut Datuk Hassan Din Al-Hafiz, mufaraqah adalah perbuatan

makmum Keluar daripada solat berjemaah dan makmum tidak lagi
mengikut imam.



Hukum mufaraqah:






Hukum mufaraqah adalahharus.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA MUFARAQAH.







Mufaraqah terjadi disebabkan tiga perkara, iaitu:










1) Bilamana makmum mendapati imam melakukan perkara


yang membatalkan solat.




2) Bilamana makmum mendapati ada terdapat najis pada


imam. Sama ada pada pakaian / diri / tempat solat.




3) Bilamana makmum mendapati bacaan imam tidak betul



sama ada dari segi tajwid / bahasa / makhraj hingga


boleh merosakkan solat.

Sekian Terima Kasih










&









Selamat Beramal


Click to View FlipBook Version