The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayanamokhtar, 2022-05-22 10:15:36

BUKU PROGRAM HARI GURU 2022

BUKU PROGRAM HARI GURU 2022

1.15 petang : Murid berkumpul (Pelajar asrama T1, T2 & T3)
1.30 petang
1.40 petang : Perarakan masuk guru-guru

3.30 petang : Ucapan aluan pengacara majlis
Nyanyian Lagu ‘Negaraku’
Bacaan Doa dan Surah Al-Kahfi
Ucapan Wakil Pelajar
Ucapan Pengetua
Ucapan Cg. Edward anak Nickolas
Bacaan Doa Hari Guru
Bacaan Ikrar Hari Guru
Nyanyian Sambutan Hari Guru
Simbolik Perasmian Hari Guru dan Persaraan Guru
Persembahan 1
Tayangan Video
Persembahan 2
Penyampaian Hadiah Persaraan Guru
Nyanyian lagu ‘Ibu Pertiwiku’

: Bersurai

Penasihat : En. Yusri bin Tokis
Pengerusi (Pengetua)
Timbalan Pengerusi
Setiausaha : En. Asdullah bin Ahmadun
Timbalan Setiausaha (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

: Tn. Hj. Ahmat@Ibrahim bin Sah
(Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran)

: Pn. Norhayana binti Mohtar
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

: Pn. Angelyn anak Beta
(Guru Penyelaras Pengawas)

Pengacara Majlis Buku Program
Saudara Mohd. Syukri bin Julaini Pn. Norhayana binti Mokhtar
Cik Nurdini binti Abdul Mutalip
Kawalan Pelajar
Persiapan Tempat Sebelum dan Selepas En. Pilly anak Man (K)
En. Muhammad Zaimin bin Mat Junoh (K) En. Hasburlah bin Ismail
En. Mohamad Shamsuri bin Jebat
Cenderamata Guru
Jamuan Guru Pn. Norhayana binti Mokhtar (K)
Pn. Rahmatunnisha bt. Abdul Kadir (K) Pn. Emy Tan
Pn. Sejerah bt. Jol

Persembahan Video Persiapan Teknikal
Pn. Mayrin anak Ranying Pn. Angelyn anak Beta
Pn. Felicia Emilia anak Jihen En. Awang Farhan bin Awg. Ali

Cenderamata Persaraan Guru Jurufoto
Pn. Siti Norfishah Mohamad Zain Us. Omarulrizam bin Abu Omar
Pn. Siti Norasikin binti Jamain Pn. Wena anak Litar

Bacaan Ikrar Guru Bacaan Doa
En. Zulfikar Izzat Us. Omarulrizam bin Abu Omar
Saudara Ammirul bin Kepeni

Ucapan Wakil Pelajar
Saudara Adib Harith bin Jaya

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

• Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.

• Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan
penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

• Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
• Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
• Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui

seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang
diadakan pada Hari Guru.
• Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan
Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh
berkesan.

‘’

‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru
Tahun 2022. Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan
dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga
memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta
daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara
semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif
yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk
dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan
dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf
“E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud
adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil,
huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud
artikulasi.

Konsep ‘SEKOLAHKU SEJAHTERA’ adalah penerapan nilai, etika, kerohanian dan
identity nasional bagi melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada
kemakmuran negara, masyarakat, negara dan komuniti global. KPM yakin bahawa
tema ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ dapat memberi semangat baharu
kepada guru dan murid untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah
masing-masing dengan lebih dedikasi dan ikhlas.

Bahawasanya kami guru Negara Malaysia
dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami
dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni

pekerjaan kami.

Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara
kami.

Kami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami
dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada
setiap masa.

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA

Bangkitlah,
Generasi pewaris negara

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA

Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera Puteri Negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap
kami tunaikan…

Mari kita menuju wawasan,
Berketerampilan bergerak seiringan,

Dari utara hingga selatan,
Kita pacu menyusur gelombang.

Dasar dipadu cita dituju,
Bumi kenyalang saujana memandang,

Pelosok kota rantau dan desa,
Meneruskan agenda pendidikan.

Ayuh terbang kita seiringan,
Menggapai bintang menjejak awan,

Tekad yang jitu semangat juang,
Pendidikan dijulang zahirkan harapan.

Terbanglah tinggi menuju gemilang,
Laungan keramat penuh iltizam,
Rapatkan jurang satukan impian,
Semangat juang kita laungkan.

Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x)
Kita sematkan…

Bak air yang mengalir
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,

Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia, ucap salam anak-anak remaja,

Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil
bersalut di hati,

yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang
kurang dilengkapi, Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,

Tersirna cebisan amarah, terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,

Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,

Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

TERIMA KASIH CIKGU!!!

Selamat datang persaraan…
Kerana segalanya hanya kesementaraan
Melengkapi perjalanan sebuah kehidupan

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah, bercampur gembira bersisip gundah,

Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,

Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,

Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!

Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala bakti dan keringat

Pasti beroleh kesejahteraan abadi

TERIMA KASIH CIKGU!!!

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK BAKO
KOPERASI SMK BAKO

BANK RAKYAT KUCHING, SARAWAK.
UNION STATIONERY SDN. BHD.
FINCO MALAYSIA

TECHNOLOGY COLLEGE SARAWAK
JAWATANKUASA PENGURUSAN SMK BAKO
JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN SMK BAKO
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID SMK BAKO

JAWATANKUASA ASRAMA SMK BAKO
JAWATANKUASA PENGAWAS SMK BAKO
JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAKO

GURU-GURU SMK BAKO
Serta

SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG MENJAYAKAN MAJLIS SANJUNG BUDI DAN MAJLIS SAMBUTAN

HARI GURU PERINGKAT SMK BAKO TAHUN 2022.

TERIMA KASIH!!!


Click to View FlipBook Version