The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-02321974, 2024-04-23 15:35:23

DIALOG PRESTASI HEM BIL 3 2023

DP

Keywords: DPHEM 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT JALAN AU4, LEMBAH KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR DIALOG PRESTASI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SEKOLAH UNIT HEM 2023/2024 TARIKH : 11/1/2024 MASA : 12.00 – 2.00 PETANG TEMPAT : BILIK GERAKAN, SMK SERI KERAMAT BIL KEHADIRAN JAWATAN 1 HJH NORAINI BINTI HJ IBRAHIM PENGETUA 2 MOHD ZAIKHAM BIN HUSIN PK PENTADBIRAN 3 SURIANI BINTI SHAARI PK HEM 4 MOHD KAMARUL AZLI BIN ROSILI PK PETANG 5 HASHIDA BINTI HASHIM SU HEM 6 OSMAN BIN ADNAN AJK PEMBANGUNAN 7 MOHAMAD AZAHAR BIN MAMAT AJK PEMBANGUNAN 8 KHAIRIL ANUAR BIN ZAKARIA AJK PEMBANGUNAN ISU / PUNCA MASALAH: 1. Pembentangan pembaikan lokasi sekolah yang mengalami kerosakan dan perbelanjaan peruntukan Menteri Besar Selangor 2023 sebanyak RM15,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Ribu Sahaja) dalam akaun tumpang PIBG SMK Seri Keramat. 2. Membincangkan kertas kerja pembangunan membaik pulih infrastruktur sekolah, laluan susur gajah dan permohonan kelulusan daripada MPAJ untuk dipanjangkan ke peringkat PPD/JPN/KPM. AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN: ISU 1 Antara lokasi yang telah dilaksanakan untuk pembaikan peruntukan Menteri Besar Selangor 2023 sebanyak RM15,000.00 adalah :- a) Tandas murid yang tersumbat di Blok B – kontraktor Syarikat Hazwani Iwan Enterprise b) Bumbung Blok A & C – Tingkat atas di Kelas 4 Abu Bakar dan Bilik Pendidikan Seni Visual berlaku kebocoran di mana air hujan menitis masuk dengan banyak semasa waktu hujan. c) Pintu yang rosak di kelas 5 Uthman & 3 Hamzah – engsel pintu grill tercabut dan perlu dilakukan welding untuk membaikinya. d) Paip laluan air tercabut di Bilik Persediaan Peperiksaan / Kurikulum – perlu digantikan dan dipasang paip saluran air baru semula. e) Membaik pulih kelas 3 Uthman dan 3 Abu Bakar di tingkat atas Blok B – lantai tile yang pecah dan perlu dicat semula dinding kelas tersebut. f) Taman RBT – Jaring untuk kegunaan bagi perteduhan pokok digantikan dengan jaring yang lebih berkualiti dan tahan lebih lama. g) Pintu Pagar B yang rosak dan tidak selamat akibat dilanggar oleh Lori atau kenderaan yang masuk melalui pintu pagar ini. ISU 2 Anggaran permohonan dalam kertas kerja sebanyak RM97,000.00 (Ringgit Malaysia : Sembilan Puluh Tujuh Ribu Sahaja) adalah berkaitan dengan perkara seperti berikut:- a) Susur gajah tempat menunggu ibu bapa di hadapan pagar sekolah (Anggaran 100 kaki). PIBG sekolah telah menghantar surat permohonan berkaitan isu ini kepada pihak MPAJ iaitu pada 7 Ogos 2023 & 20 September 2023 b) Laluan murid 100 meter untuk ke Masjid Al-Ridhuan di luar pagar sekolah tepi padang sekolah (dalam proses MPAJ dan Menteri Besar Selangor, Parlimen Gombak Kewangan ICU 2024)


PENYELESAIAN YANG DICADANG: 1. Lokasi yang dicadangkan untuk pembaikan bagi baki yang masih ada sebanyak RM9000.00 daripada peruntukan Menteri Besar Selangor 2023 adalah: a) Membina susur gajah tempat menunggu ibu bapa bagi murid-murid terutama ketika waktu hujan di hadapan pintu pagar sekolah. PIBG sekolah telah menghantar surat permohonan berkaitan isu ini kepada pihak MPAJ iaitu pada 7 Ogos 2023 & 20 September 2023. Anggaran pembinaan tempat menunggu ini adalah 20 kaki panjang X 5 kaki lebar. b) Gelanggang futsal di Anjung SEMAT – perlu menggunakan simen merah untuk membaiki bahagian lantai yang berlubang dan pecah. c) Pemegang besi untuk laluan jalan kaki yang menuruni cerun ke pintu pagar B d) Tandas guru yang suram dan kurang selesa. (*Pihak sekolah juga akan menjalankan tabung sumbangan secara dalaman, jika ada guru-guru SEMAT yang ingin menyumbang bagi membaik pulih Tandas Guru ini) e) Bilik Gerakan, Bilik Guru & Bilik PK Kokurikulum yang perlu dibaiki bahagian lantai tile yang pecah f) Penutup longkang di sekitar Kawasan Anjung SEMAT g) Membina Rumah Sampah di kawasan berdekatan Kantin. h) Mengecat meja murid yang berconteng. i) Membaiki kipas dan mengecat siling Pondok Pengawal Keselamatan yang sudah rosak. j) Pintu Bilik PPKI yang tiada tombol pemegang k) Cermin tingkap nako di kelas-kelas dan bilik khas yang masih belum mencukupi. l) Mengalihkan tempat binaan batu untuk Bukit Safa dan Bukit Marwa yang ditambah baik daripada yang melekat kekal pada lantai kepada bentuk yang boleh dipindahkan atau digunakan semasa waktu pembelajaran sahaja. Kaedah ini adalah bagi memastikan keselamatan murid ketika menjalankan aktiviti sukan di kawasan Anjung SEMAT tersebut. 2. Ahli mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan sekolah bersetuju dengan cadangan seperti yang dinyatakan di atas dalam memastikan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif, selamat dan mewujudkan suasana yang lebih seronok untuk murid hadir ke sekolah. HAL-HAL LAIN 1. Pihak sekolah bersetuju untuk mencari kontraktor yang lain yakni selain daripada kontraktor yang sedia ada iaitu Syarikat Hazwani Iwan Enterprise, dengan syarat kontraktor tersebut memenuhi kriteria seperti berikut:- • Harga kos upah yang rendah dan berpatutan • Hasil kerja yang berkualiti • Senang dihubungi jika diperlukan 2. PIBG telah menyumbang 3 buah Penapis Air kepada pihak sekolah bagi kegunaan murid-murid dan warga SEMAT. Lokasi Penapis Air tersebut adalah ditempatkan di bahagian hadapan laluan tangga PPKI, bersebelahan Makmal Kimia dan berdekatan Makmal Sains 1. 3. PIBG juga menyumbang kewangan lajur pembangunan / pembaikan infrastruktur sekolah – pembaikan simen lantai kelas 3 Abu Bakar & 3 Uthman yang telah dibuat di Blok B tingkat 3 dengan kontraktor Encik Iwan dan kos pembaikan tersebut adalah RM5,000.00. 4. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk memindahkan parkir motor murid yang berdekatan kawasan Kantin ke kawasan sebelah luar pagar sekolah. Ini adalah untuk memastikan pihak sekolah tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kes yang diluar kawasan sekolah. 5. Kawasan sekitar berdekatan Kantin sekolah akan diratakan untuk dijadikan tempat permainan sukan 6. ‘Vending Machine’ dibenarkan berada dalam kawasan sekolah jika pihak Pengusaha Kantin bersetuju dan membenarkannya beroperasi di sekolah. Pihak Kantin juga bersetuju untuk membenarkan penggunaan tenaga elektrik kepada pihak pengusaha ‘Vending Machine’ ini dan bil elektrik tersebut akan dibayar kepada Pengusaha Kantin. 7. Pengetua juga bercadang untuk mewujudkan Galeri Pameran untuk hadiah-hadiah yang berjaya dimenangi oleh pihak sekolah dalam Pertandingan 3R/5R dengan menggunakan duit yang dimenangi tersebut dalam akaun tumpang SUWA sekolah dan disokong oleh ahli jawatankuasa mesyuarat.


Disediakan oleh; …………………………………….. (HASHIDA BINTI HASHIM) Setiausaha HEM SMK Seri Keramat Disemak oleh; ………………………………………….. (SURIANI BINTI SHAARI) PK HEM SMK Seri Keramat Disah oleh; ………………………………………….. (NORAINI BINTI IBRAHIM) Pengetua SMK Seri Keramat


Click to View FlipBook Version