Santapan Bahasa Tingkatan 4 sesi akademik 2024/2025 isnin [7:15 pAgI – 7:30 pAgI] smk munshi ibrahim, labis
1 SET 1 – KOSA KATA Arahan: Salin perkataan/frasa menarik yang berikut dan maksudnya. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. merealisasikan impian mencapai sesuatu yang dihasratkan 2. bunga bangsa harapan negara 3. kecindan jenaka; unsur kelakar 4 mergastua binatang-binatang di hutan; binatang liar Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Ekopelancongan di Taman Negara memberi peluang kepada kita untuk mengenali beberapa spesies .............................. seperti tapir dan harimau Malaya. 2. Aktiviti sukan merupakan antara wahana yang dapat .............................. kita untuk memiliki kecergasan fizikal dan mental. 3. Sorak-sorai semangat yang kreatif dan mempunyai unsur .............................. dapat menghiburkan hati. 4. Generasi yang sihat merupakan .............................. yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara kelak. JAWAPAN: 1. mergastua 2. merealisasikan impian 3. kecindan 4. bunga bangsa Tarikh: ............................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
2 SET 2 – KATA TUNGGAL Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. 1. Kata tunggal ialah satu (1) perkataan yang tidak mengalami tiga (3) proses yang berikut: i. pengimbuhan contoh: tolak – kata tunggal penolakan – bukan kata tunggal (ada imbuhan) ii. penggandaan contoh: pohon – kata tunggal pohon-pohon – bukan kata tunggal (kata ganda penuh) pepohon – bukan kata tunggal (kata ganda separa) iii. pemajmukan contoh: kerja – kata tunggal kerjasama – bukan kata tunggal (kata majmuk mantap) Latihan: Senaraikan 5 kata tunggal yang terdapat dalam petikan di bawah. 1. Aktiviti rekreasi mampu mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti setempat. Melalui aktiviti rekreasi, individu dapat bertegur sapa dengan individu lain, lantas mengeratkan hubungan silaturahim. JAWAPAN: 1. Aktiviti 3. mampu 5. kalangan 7. individu 2. rekreasi 4. dalam 6. komuniti Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
3 SET 3 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah. 2. bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. Saling membantu; tolong-menolong. 3. kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar. 4 belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Mencapai dua atau tiga matlamat daripada satu tindakan. Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 1. E-sukan bukan sahaja mampu membentuk kecekapan berfikir seseorang justeru menjanakan pendapatan yang lumayan dan mengharumkan nama negara ibarat ................................................ . Jawapan: 1. belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Tarikh: .............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
4 SET 4 – KOSA KATA Arahan: Salin perkataan/frasa menarik yang berikut dan maksudnya. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. kesenjangan ketidakseimbangan; perbezaan (jurang) 2. ideal dianggap paling sesuai 3. kronik sangat teruk; sukar sembuh 4 buku digital buku yang boleh dibaca secara dalam talian (Internet) Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Ativiti pembacaan di Malaysia boleh disemarakkan melalui inisiatif meningkatkan kebolehcapaian .............................. sejajar dengan hasrat Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia. 2. Pendidikan tanpa batasan membolehkan murid yang mempunyai masalah kesihatan .............................. untuk mengikuti Program Sekolah dalam Hospital. 3. Sukan air dapat membantu seseorang memiliki berat badan yang .............................. kerana peningkatan metabolisme. JAWAPAN: 1. buku digital 2. kronik 3. ideal Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
5 SET 5 – KATA MAJMUK (Siri 1) Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. 1. Kata majmuk ialah dua (2) perkataan yang terdiri daripada dua (2) bentuk yang berikut: i. kata majmuk mantap – dieja cantum contoh: antarabangsa, beritahu, jawatankuasa ii. kata majmuk tidak mantap – dieja terpisah kecuali menerima imbuhan apitan. - kata majmuk tidak mantap boleh terdiri daripada: 1. jawatan/ gelaran. Contoh: Guru Besar 2. istilah. Contoh: kuat kuasa 3. simpulan bahasa. Contoh: anak emas 4. rangkai kata bebas. Contoh: nasi minyak 2. Kata majmuk boleh dikenal pasti dengan mematuhi prinsip berikut: i. tidak boleh menerima apa-apa sisipan (contoh: yang, dan, di, ke) di antara perkataan tersebut. Contoh: kertas yang kerja X, kertas dan kerja X, kertas di kerja X, kertas ke kerja X. Oleh itu, kertas kerja ialah contoh kata majmuk. iii. membawa maksud baharu apabila dimajmukkan. Contoh: anak emas (maksudnya ‘anak kesayangan’ bukannya ‘anak yang bersifat emas’) Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
6 SET 6 – KATA MAJMUK (Siri 2) Arahan: Nyatakan sama ada perkataan berikut ialah kata majmuk atau bukan kata majmuk. Latihan: 1. gambar rajah - ____________ 2. jalan raya - ____________ 3. sukan rakyat - ____________ 4. sekolah menengah - ____________ 5. beritahu - ____________ 6. luncur udara - ____________ 7. kera sumbang - ____________ 8. makanan segera - ____________ 9. minda sihat - ____________ 10. darah panas - ____________ Jawapan: 1. kata majmuk (‘gambar rajah’ tidak boleh terima sisipan seperti ‘gambar di rajah’) 2. kata majmuk (‘jalan raya’ tidak boleh terima sisipan seperti ‘jalan yang raya’) 3. bukan kata majmuk (‘sukan rakyat’ boleh terima sisipan ‘sukan untuk rakyat) 4. bukan kata majmuk (‘sekolah menengah’ boleh terima sisipan ‘sekolah peringkat menengah’) 5. kata majmuk (‘beritahu’ tersenarai dalam 15 kata majmuk mantap) 6. bukan kata majmuk (‘luncur udara’ boleh terima sisipan ‘luncur di udara’) 7. kata majmuk (‘kera sumbang’ ialah simpulan bahasa yang mendukung maksud baharu) 8. kata majmuk (‘makanan segera’ ialah istilah dalam bidang kesihatan) 9. bukan kata majmuk (‘minda sihat’ boleh terima sisipan ‘minda yang sihat’) 10. kata majmuk (‘darah panas’ ialah istilah dalam bidang sains yang merujuk kepada ‘spesies mamalia’ bukannya darah tersebut berasa panas) Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
7 SET 7 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. disiplin umpama akar tunjang disiplin sangat penting dalam setiap perkara 2. hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai jika kita hendak mengetahui sesuatu perkara, bertanyalah kepada orang yang mahir dalam perkara itu. 3. cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 1. Imam Syafie pernah menyatakan bahawa ilmu itu umpama gedung dan kuncinya ialah pertanyaan. Lantaran itu, seseorang murid bolehlah bertanya kepada gurunya tentang perkara yang tidak difahami bak kata peribahasa ................................................ . 2. Kejayaan seseorang atlet turut bergantung kepada disiplin yang tinggi kerana ................................................ . Jawapan: 1. hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai 2. disiplin umpama akar tunjang Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
8 SET 8 – KOSA KATA Arahan: Salin frasa menarik yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. Frasa menarik untuk ‘kerjasama’ 1. bersendel bahu 2. menggembleng kudrat 3. berganding bahu bagai aur dengan tebing 4 menjalinkan sinergi Latihan: Contoh ayat: 1. Sesungguhnya, prakarsa membasmi gejala tumbuk rusuk (rasuah) sehingga ke akar umbi menuntut semua pihak untuk saling bersendel bahu mencegahnya. 2. Sudah terang lagi bersuluh bahawa semua pihak seyogianya menggembleng kudrat ibarat habis kapak berganti beliung dalam usaha merealisasikan aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021 sehingga 2030. 3. Demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, pihak alma mater (sekolah) bolehlah menjalinkan sinergi dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau lebih dikenali sebagai NIOSH. Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
9 SET 9 – KATA NAMA AM (SIRI 1) Arahan: Salin nota kata nama am yang berikut. Nota: 1. Kata nama am merujuk kepada orang, benda, atau konsep yang bersifat umum. 2. Kata nama am boleh dikenal pasti dengan beberapa cara: i. boleh dihitung/dikira Contoh: guru – seorang guru () menjual – tiga menjual (X) ii. boleh menerima ‘itu’ atau ‘ini’ selepas perkataan tersebut Contoh: perjanjian itu / hal ini () besar itu / cantik ini (X) iii. melihat kepada imbuhan kata nama: imbuhan awalan: peN-..., peR-..., ke-..., dan juru-... Contoh: pendapat, ketua, kekasih, jurutera imbuhan akhiran: ...-an Contoh: siasatan, ruangan, lapisan imbuhan apitan: peN-...-an, peR-...-an, ke-...-an Contoh: peletakan, pembuangan, peralihan, kebebasan Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
10 SET 10 – KATA NAMA AM (SIRI 2) Arahan: Salin petikan yang diberi. Kemudian, gariskan 15 kata nama am yang terdapat dalam petikan tersebut. Latihan: KUALA LUMPUR, Selasa: Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan Planetrade dengan penahanan tiga lelaki dan enam wanita tempatan termasuk seorang pengarah syarikat yang mengendalikan skim berkenaan. "Ada antara pesalah yang ditahan ialah pelabur atau mangsa skim yang berperanan sebagai 'authorised introducer' iaitu menerima komisen bagi setiap pelabur yang dibawa masuk ke dalam skim itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya sejak Januari 2021 hingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menerima 92 laporan polis berkaitan skim penipuan pelaburan itu dengan nilai kerugian RM17,547,414.50. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 7 April 2023) Jawapan: 1. polis 11. pesalah 2. skim 12. pelabur 3. penipuan 13. mangsa 4. pelaburan 14. komisen 5. penahanan 15. kenyataan 6. lelaki 16. hari 7. wanita 17. laporan 8. tempatan 18. nilai 9. pengarah 19. kerugian 10. syarikat Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
11 SET 11 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya. 2. belum tahu di masin garam Belum ada pengalaman. 3. orang mengantuk disorongkan bantal Memperoleh perkara yang diingininya. Latihan: Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa berikut: 1. Orang haus diberi air. .......................................................................................... . 2. Hati hendak semua jadi. .......................................................................................... . 3. Masih berbau pupuk jerangau/ Belum tahu di pedas lada. .......................................................................................... . Jawapan: 1. orang mengantuk disorongkan bantal 2. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 3. belum tahu di masin garam Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
12 SET 12 – KOSA KATA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. platform saluran untuk mencapai sesuatu/ wahana 2. kumpulan marginal kelompok kecil/ tidak penting 3. intervensi inklusif usaha mengatasi sesuatu masalah secara menyeluruh 4 aspirasi keinginan untuk mencapai sesuatu/ cita-cita Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Pemerkasaan nilai integriti dapat merealisasikan .............................. Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah. 2. Pelancongan hijau mampu menjadi .............................. yang memangkinkan persekitaran rendah karbon. 3. Impak pasca-COVID-19 terhadap ekonomi negara memerlukan pihak kerajaan memikirkan .............................. yang bersesuaian. 4. Pendidikan Kesihatan dalam kalangan .............................. seperti golongan kurang upaya (OKU) dan warga asing turut dijalankan. JAWAPAN: 1. aspirasi 3. intervensi inklusif 2. platform 4. kumpulan marginal Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
13 SET 13 – KATA KERJA (SIRI 1) Arahan: Salin nota kata kerja yang berikut. Nota: 1. Kata kerja merujuk kepada perbuatan atau tindakan. 2. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu: i. kata kerja transitif (KKT) aktif/ pasif. KKT ialah kata kerja yang memerlukan objek (kata/frasa nama) selepasnya, dan boleh dipasifkan. Contoh: Saya sedang membaca buku di ruang belajar. (KKT Aktif) Buku sedang saya baca di ruang belajar. (KKT Pasif) Buku dibaca oleh Siti sebelum peperiksaan. (KKT Pasif) ii. kata kerja tak tansitif (KKTT) berpelengkap/ tidak berpelengkap KKTT ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, dan tidak boleh dipasifkan. Contoh: Kakak telah menjadi guru. () Guru telah dijadi oleh kakak. (X) *tak boleh dipasifkan Adik sedang tidur dalam buaian. () Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
14 SET 14 – KATA KERJA (SIRI 2) Arahan: Salin nota kata kerja yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberi. Nota: 3. Kata kerja boleh dikenal pasti dengan cara: i. boleh menerima kata bantu seperti ‘telah/ sedang/ akan’ dihadapannya. Contoh: sedang memasak () telah cepat (X) ii. melihat kepada imbuhan kata kerja: imbuhan awalan: meN-, ber-, di-, ter-, memper-, dipeRContoh: mengecat, berlari, dipukul, tersepak, memperkemas, diperoleh imbuhan akhiran: ...-kan, ...-i Contoh: masakkan, baiki imbuhan apitan: meN-...-kan/i, mempeR-...kan/i, ber-...- kan, di-...-kan/i, diper-...-kan/i Contoh: menaikkan, dibaiki Latihan: Gariskan 3 kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Dalam menongkah arus pemodenan, tidak dapat dinafikan bahawa kecanggihan teknologi kini semakin meluas dan membawa pelbagai manfaat kepada kehidupan seharian kita. Peratusan penggunaan peranti oleh masyarakat pelbagai lapisan umur termasuklah golongan kanakkanak semakin menunjukkan peningkatan dari hari ke hari. Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
15 SET 15 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. mencurahkan air di daun keladi. memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. 2. menconteng arang di muka memberi malu (aib) 3. membuka pekung di dada menceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain. Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Puan Laila suka bercerita tentang masalah keluarganya kepada Puan Selvi. Tanpa disedari dia telah .............................. . Puan Goh berasa malu kerana anak-anaknya yang terlibat dalam masalah dadah itu telah .............................. kepada dirinya sebagai ibu. Jawapan: 1. membuka pekung di dada 2. menconteng arang di muka Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
16 SET 16 – KOSA KATA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. intensif berkaitan usaha yang giat dan bersungguhsungguh 2. insentif pemberian sesuatu seperti wang/ benda sebagai dorongan atau galakan 3. mapan mantap/ stabil 4 mampan mampu terus berkembang maju (biasanya berkaitan ekonomi dan pembangunan) Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa komited memberikan latihan .............................. berkaitan penggunaan teknologi dron dalam bidang pertanian sebagai usaha memperkukuh peranan serta sumbangan teknologi dan inovasi terhadap agenda pembangunan .............................. . JAWAPAN: 1. intensif 2. mampan Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
17 SET 17 – KATA ADJEKTIF Arahan: Salin nota kata adjektif yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberi. Nota: 1. Kata adjektif merujuk kepada sifat sesuatu perkara. 2. Jenis-jenis kata adjektif: sifat/keadaan – contoh: pandai warna – contoh: merah ukuran – contoh: luas bentuk – contoh: bulat waktu – contoh: cepat jarak – contoh: jauh cara – contoh: cekap perasaan – contoh: cinta pancaindera – contoh: kasar 3. Kata adjektif boleh dikenal pasti dengan cara: i. boleh menerima kata penguat seperti ‘paling/ sekali/ sangat’. Contoh: paling cantik () sangat kereta (X) Latihan: Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Mengikut sejarah, pada mulanya penduduk awal Kadazan Dusun tidak membenarkan penerokaan dan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kerana bimbang roh nenek moyang mereka berasa marah dan bertindak mengganggu penduduk setempat. Jawapan: 1. awal 2. bimbang 3. marah Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
18 SET 18 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga hubungan persaudaraan yang tidak akan terputus 2. seperti kaca terhempas ke batu perasaan yang sangat sedih atau kecewa 3. sirih pulang ke gagangnya kembali ke tempat asalnya Latihan: Nyatakan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud. 1. bagai kaca retak seribu .................................................................................. 2. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua .................................................................................. 3. air dicencang tidak akan putus .................................................................................. Jawapan: 1. seperti kaca terhempas ke batu 2. sirih pulang ke gagangnya 3. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
19 SET 19 – KOSA KATA PINJAMAN BAHASA ARAB Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. halakah kalangan/ lingkungan 2. mujtamak masyarakat 3. uswah teladan/ contoh yang baik 4 uslub kaedah/ cara Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit telah mengambil pelbagai .............................. untuk membina semula rumah pusaka Sutan Mangatas agar warisan negara itu terus terpelihara. 2. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu yang berdaulat telah berjaya menjadi agen perpaduan .............................. . 3. Perjanjian Paris menetapkan komitmen dalam .............................. negara anggota untuk memerangi perubahan iklim global. JAWAPAN: 1. uslub 2. mujtamak 3. halakah Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
20 SET 20 – SUBJEK DAN PREDIKAT Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberi. Nota: 1. Subjek merujuk kepada: - perkara utama yang hendak diterangkan. - menjawab konsep ‘siapa’ atau ‘apa’. - terdiri daripada frasa nama. 2. Predikat pula merujuk kepada: - perkara yang menerangkan subjek. - boleh terdiri daripada frasa nama, kerja, adjektif, atau sendi nama. Latihan: Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat yang digariskan dalam petikan. Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengadakan siri lawatan ke negara serantau (1). Lawatan tersebut sebenarnya mencerminkan kepentingan dasar orientasi baharu negara. Malaysia ialah pemacu ekonomi baharu terutamanya dalam sektor semikonduktor dan ekonomi digital (2). Jawapan: 1. Subjek : Perdana Menteri Predikat : telah mengadakan siri lawatan ke negara serantau baru-baru ini 2. Subjek : Malaysia Predikat : ialah pemacu ekonomi baharu terutamanya dalam sektor semikonduktor dan ekonomi digital Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
21 SET 21 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA 1. Tulang belakang 2. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. 3. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Latihan: Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksudnya. 1. Maksud: Adat yang tidak berubah. Peribahasa: .................................................................................. 2. Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam perbincangan/ bersatu hati. Peribahasa: .................................................................................. 3. Maksud: Tidak akan tercapai matlamat kalau tidak mahu berusaha. Peribahasa: .................................................................................. Jawapan: 1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas 2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 3. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
22 SET 22 – KOSA KATA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. toksik bahan buangan kimia yang beracun dan menyebabkan pencemaran 2. toksin racun yang dihasilkan oleh bakteria – seperti najis manusia/ bahan kumuh daripada badan 3. melancong pergi melawat untuk bersenang-senang 4 melancungkan memalsukan sesuatu yang asli Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Penjenayah itu diberkas ketika sedang ............................... wang. 2. Kilang itu disaman kerana melepaskan sisa .............................. ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. JAWAPAN: 1. melancungkan 2. toksik Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
23 SET 23 – SISTEM BAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. Penggunaan ‘pun’ dalam bahasa Melayu Terdapat dua bentuk ejaan bagi perkataan yang menggunakan ‘pun’. 1. Dieja bercantum - berfungsi sebagai partikel ‘–pun’. - Hanya ada 13 perkataan yang dieja bercantum dengan ‘-pun’ Contoh: adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun, dan walaupun. 2. Dieja terpisah - berfungsi sebagai penegas. - membawa maksud: i. juga Contoh: Saya pun hendak ke pasar = Saya juga hendak ke pasar. ii. menguatkan ayat Contoh: Tiada seorang calon pun yang gagal. iii. turutan Contoh: Kemudian, mereka pun pulang ke rumah. Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
24 LATIHAN 24 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. Seumpama telur sesarang dierami induknya anak-anak yang sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan penjagaan yang teliti. 2. Sudah terhantuk baru tengadah Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. 3. Biar lambat asal selamat Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. Latihan: Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 1. Keenam-enam orang anaknya _______________ apabila memiliki kerjaya yang hebat seperti doktor, guru dan usahawan hasil daripada didikan ibu bapa yang baik. 2. Pihak kerajaan perlulah mengambil langkah proaktif memperkasakan sektor pertanian demi menjamin sekuriti makanan negara agar tidak berlaku situasi _______________ . Jawapan: 1. seumpama telur sesarang dierami induknya 2. sudah terhantuk baru tengadah Tarikh: ........................................ Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
25 SET 25 – KOSA KATA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. diimplimentasikan dilaksanakan 2. bernafsi-nafsi mementingkan diri 3. utuh kuat 4 minhaj usaha Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. Dalam kerancakan kita mengejar bayang-bayang kemodenan, semangat kejiranan yang dahulunya ............................... telah kian terlerai. Benarlah kata pepatah, sekali air bah, pantai berubah. Sikap ............................... yang beraja di hati dan agama materialistik dijadikan kiblat menjadi faktor amalan kejiranan kian dilupakan. Lantaran itu, sebelum kudis menjadi tokak, ............................... proaktif memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat perlu ............................... . JAWAPAN: 1. utuh 2. bernafsi-nafsi 3. minhaj 4. diimplimentasikan Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
26 SET 26 – AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF (SIRI 1) Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberi. Nota: 1. Binaan ayat aktif ialah: Subjek + Kata bantu (*jika ada) + kata kerja meN-... + objek (kata/frasa nama) + keterangan (*jika ada - bila/di mana/bagaimana/mengapa) Contoh: Saya/ sedang/ menonton/ perlawanan bola sepak/ di stadium. (S) (*KB) (KK) (Obj) (*keterangan) 2. Susunan binaan ayat pasif jika subjek dalam ayat ialah kata ganti nama diri (kgnd) pertama dan kedua: Objek (kata/frasa nama) + Kata bantu (*jika ada) + Subjek + kata kerja (*imbuhan meN-... digugurkan) + keterangan (*jika ada - bila/di mana/bagaimana/mengapa) Contoh: Ayat pasif (subjek ialah kgnd pertama/kedua): Perlawanan bola sepak/ sedang/ saya/ tonton/ di stadium. (Obj) (*KB) (S) (KK) (*ket) Latihan: 1. Kita seharusnya melestarikan alam sekitar dengan tidak melakukan pencemaran alam. ................................................................................................................................ Jawapan: 1. Alam sekitar seharusnya kita lestarikan dengan tidak melakukan pencemaran alam. Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
27 SET 27 – AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF (SIRI 2) Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberi. 1. Binaan ayat aktif ialah: Subjek + Kata bantu (*jika ada) + kata kerja meN-... + objek (kata/frasa nama) + keterangan (*jika ada - bila/di mana/bagaimana/mengapa) Contoh: Abang/ sedang/ menonton/ perlawanan bola sepak/ di stadium. (S) (*KB) (KK) (Obj) (*keterangan) 2. Susunan binaan ayat pasif jika subjek dalam ayat ialah kata ganti nama diri (kgnd) ketiga (selain ‘dia’): Objek (kata/frasa nama) + Kata bantu (*jika ada) + kata kerja (*imbuhan di-...) + oleh + Subjek + keterangan (*jika ada - bila/di mana/bagaimana/mengapa) Contoh: Ayat pasif (subjek ialah kgnd ketiga selain ‘dia’): Perlawanan bola sepak/ sedang/ ditonton/ oleh/ abang/ (Obj) (*KB) (KK) (S) di stadium. (*ket) Latihan: 1. Pihak kerajaan sentiasa memberikan penekanan terhadap bidang pertanian demi sekuriti makanan negara. ................................................................................................................................ Jawapan: 1. Penekanan terhadap bidang pertanian sentiasa diberikan oleh pihak kerajaan demi sekuriti makanan negara. Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
28 SET 28 – AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF (SIRI 3) Arahan: Salin nota yang berikut. 1. Binaan ayat aktif ialah: Subjek + Kata bantu (*jika ada) + kata kerja meN-... + objek (kata/frasa nama) + keterangan (*jika ada - bila/di mana/bagaimana/mengapa) Contoh: Dia/ sedang/ menonton/ perlawanan bola sepak/ di stadium. (S) (*KB) (KK) (Obj) (*keterangan) 2. Susunan binaan ayat pasif jika subjek dalam ayat ialah kata ganti nama diri (kgnd) ketiga ‘dia’: Objek (kata/frasa nama) + Kata bantu (*jika ada) + kata kerja (*imbuhan di-...-nya) + keterangan (*jika ada - bila/di mana/bagaimana/mengapa) Contoh: Ayat pasif (subjek ialah kgnd ketiga ‘dia’): Perlawanan bola sepak/ sedang/ ditontonnya/ di stadium. (Obj) (*KB) (KK) (S) (*ket) Latihan: 1. Dia yang sedang kebosanan telah menghubungi rakan-rakanya untuk diajak beriadah. ........................................................................................................................... Jawapan: 1. Rakan-rakanya telah dihubunginya yang sedang kebosanan untuk diajak beriadah. Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
29 SET 29 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. Malang tak berbau Kecelakaan yang terjadi dengan tibatiba/ kejadian buruk tidak dapat dielakkan. 2. Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Sikap mementingkan diri sendiri. 3. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Mengikut sesuatu aturan/ adat selagi masih hidup. Latihan: 1. Berdasarkan peribahasa di atas, nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi diberi. 1. Marcapada, masyarakat khususnya yang tinggal di bandar lebih cenderung untuk tidak cakna terhadap persekitaran mereka. ................................................................................ 2. Kita perlulah sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya kerana kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa. ................................................................................ JAWAPAN: 1. Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing 2. Malang tak berbau Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
30 MINGGU 30 – KOSA KATA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. bitara unggul; tiada tandingnya; hebat 2. lestari kekal; terpelihara 3. sejagat seluruh dunia; antarabangsa Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Inovasi bahan terbuang berupaya memberikan impak kepada kehidupan .................... . 2. Universiti Harvard di Amerika Syarikat merupakan antara institusi pendidikan yang .................... . 3. Teknologi hijau yang mesra alam merupakan antara inisiatif untuk memastikan alam terus ............................ . JAWAPAN: 1. sejagat 2. bitara 3. lestari Tarikh: ........................................ Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
31 SET 31 – PENYUNTINGAN Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberi. Contoh kesalahan umum bahasa: 1. Anjakkan pemikiran sangat penting... (X) Anjakan pemikiran sangat penting... () Sebab: Imbuhan –kan ialah imbuhan akhiran kata kerja yang membawa maksud ‘tindakan/ perbuatan’. Imbuhan –an ialah imbuhan akhiran kata nama yang merujuk kepada konsep. 2. ...berpunca daripada sikap mempilih pekerjaan... (X) ...berpunca daripada sikap memilih pekerjaan... () Sebab: Kata dasar (bukan perkataan pinjaman) yang bermula huruf P,T,S,dan K akan mengalami pengguguran apabila menerima imbuhan meN-... . meN- + p = mem- contoh: meN- + pukul = memukul meN- + t = men- contoh: meN- + tembak = menembak meN- + s = meny- contoh: meN- + sayang = menyayangi meN- + k = meng- contoh: meN- + kumpul = mengumpul P, T, S, dan K yang merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa asing tidak akan mengalami pengguguran apabila menerima imbuhan meN-. Contoh: meN- + proses = memproses meN- + syukur = mensyukuri Tarikh: ................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
32 SET 32 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. ukur baju di badan sendiri setiap perkara yang hendak dilakukan perlulah sesuai dengan kebolehan kita. 2. indah khabar dari rupa sesuatu perkara yang dilebihlebihkan tetapi tidak bagus seperti yang diperkatakan. Latihan: Berdasarkan peribahasa di atas, nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi diberi. Arina: Saya agak kecewa kerana kemeriahan karnival sukan rakyat itu tidak seperti yang diperkatakan (1). Tidak banyak acara sukan rakyat dipertandingkan dalam karnival itu. Intan: Ya, betul. Harga busana tradisional yang dijual juga agak mahal. Sebab itulah saya berbelanja di sana mengikut kemampuan (2). JAWAPAN: 1. indah khabar dari rupa 2. ukur baju di badan sendiri Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
33 SET 33 – FRASA MENARIK Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. KOSA KATA 1. acuan segelintir generasi baharu 2. agar tidak hilang serinya 3. media arus perdana 4 tindakan bersifat preventif 5 aktiviti yang berorientasikan Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan frasa menarik yang sesuai. 1. Usaha membendung masalah buli dalam kalangan murid menuntut ............................... di sekolah. 2. ............................... kekeluargaan perlu diperkasa oleh ibu bapa demi melahirkan sebuah keluarga sakinah. 3. Mempromosi gaya hidup mendewa-dewakan budaya Barat seolah-olah menjadi ............................... sehingga menggadai nilai-nilai luhur. 4. Semangat kejiranan perlu dimekarkan dalam sanubari mujtamak ............................... . 5. Peranan ............................... seperti televisyen tidak boleh dinafikan dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat. JAWAPAN: 1. tindakan bersifat preventif 4. agar tidak hilang serinya 2. Aktiviti yang berorientasikan 5. media arus perdana 3. acuan segelintir generasi baharu Tarikh: ............................. Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
34 SET 34 – JENIS-JENIS AYAT Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. JENIS AYAT FUNGSI 1. Ayat penyata - menyatakan sesuatu perkara 2. Ayat tanya - menanyakan sesuatu perkara - diakhiri dengan tanda soal (?) 3 Ayat seruan - menyatakan perasaan - ada kata seru seperti ‘wah’, ‘amboi’, ‘eh’ - diakhiri dengan tanda seru (!) 4 Ayat perintah - meminta sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu perkara Latihan: Nyatakan jenis ayat yang berikut. 1. “Wah, tenangnya suasana di hutan lipur Bantang ini!” ........................................................................................................................... 2. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. ........................................................................................................................... 3. Mereka berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersamasama. ........................................................................................................................... 4. Apakah kepentingan hutan bandar kepada alam sekitar? ........................................................................................................................... JAWAPAN: 1. Ayat seruan 3. Ayat penyata 2. Ayat perintah 4. Ayat tanya Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
35 SET 35 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. bagai menatang minyak yang penuh menjaga sesuatu dengan berhati-hati dan sempurna 2. seperti kacang lupakan kulit melupakan jasa orang lain setelah mendapat kesenangan Latihan: Berdasarkan peribahasa di atas, nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi diberi. Puan Marlia tidak mahu anak-anaknya menjadi manusia yang tidak mengenang budi orang lain (1). Dia dan suaminya bekerja keras untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang terbaik kepada anakanaknya. Anak-anaknya dipelihara dengan penuh kasih sayang (2). JAWAPAN: 1. seperti kacang lupakan kulit 2. bagai menatang minyak yang penuh Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
36 SET 36 – KOSA KATA ARAHAN: Salin kosa kata dan maksudnya. Kemudian, jawab latihan yang diberi. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. teknologi hijau teknologi yang mesra alam/ tidak mencemarkan alam. 2. komersial boleh diperdagangkan/ dijual/ dipasarkan 3. hibrid kacukan dua spesies; penggabungan beberapa sistem Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Durian MDUR 78 merupakan durian .................... kerana dihasilkan daripada kacukan beberapa baka durian. 2. Mangga Harumanis dari Perlis memiliki nilai .................... yang tinggi kerana dieksport ke beberapa buah negara. 3. Penggunaan kenderaan elektrik tanpa pembebasan gas berplumbum daripada bahan api fosil merupakan antara satu ............................... . JAWAPAN: 1. hibrid 2. komersial 3. teknologi hijau Tarikh: ........................................ Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
37 SET 37 – JENIS-JENIS AYAT PERINTAH Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. JENIS AYAT KLU 1. Ayat perintah silaan sila, jemput 2. Ayat perintah permintaan harap, minta, mohon, tolong 3 Ayat perintah suruhan penggunaan kata kerja sebagai arahan. 4 Ayat perintah larangan jangan, usah, tidak boleh, tidak dibenarkan, dilarang Latihan: Nyatakan jenis ayat perintah bagi setiap ayat yang berikut. 1. Mohon mana-mana murid yang memerlukan bantuan untuk merujuk kepada pihak Hal Ehwal Murid. ........................................................................................................................... 2. Dilarang merokok di tempat awam. ........................................................................................................................... 3. “Silakan masuk,” beritahu Pn. Siti kepada para tetamunya. ........................................................................................................................... 4. Buangkan sampah itu di tong sampah yang disediakan. ........................................................................................................................... JAWAPAN: 1. Ayat perintah permintaan 3. Ayat perintah silaan 2. Ayat perintah larangan 4. Ayat perintah suruhan Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
38 SET 38 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. Kemudian, jawab latihan yang diberikan. BIL. PERIBAHASA UNTUK PENEGASAN AYAT 1. belum berkilat sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh 2. sudah terang lagi bersuluh 3 siang bagai hari, terang bagai bulan 4 bergelanggang mata orang Contoh: 1. Belum berkilat sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh, terdapat pelbagai uslub yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menyamai benih-benih perpaduan di sekolah. 2. Tuntasnya, siang bagai hari, terang bagai bulan bahawa pemugaran semangat kejiranan menuntut masayarakat saling mengatur langkah sederap seia sekata. 3. Kesimpulannya, bergelanggang mata orang bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Semua pihak seyogianya ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam memperkasakan bahasa kebangsaan kerana tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa. Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
39 SET 39 – KOSA KATA ARAHAN: Salin kosa kata dan maksudnya. Kemudian, jawab latihan yang diberi. BIL. KOSA KATA MAKSUD 1. anjakan paradigma perubahan ke arah yang lebih baik 2. polemik perdebatan sesuatu isu 3. mendabik dada berbangga terhadap sesuatu 4. ketempangan jiwa keadaan dalaman diri yang bermasalah Latihan: Lengkapkan tempat kosong dengan kosa kata luas yang sesuai. 1. Sedasawarsa ini, minat terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) yang dikatakan semakin sirna dalam halakah segelintir murid sering melatari landskap ............................... para golongan intelegensia di negara kita. 2. Biarpun negara kini sedang melangkah penuh bergaya menuju ke ambang era Revolusi Industri 5.0, namun kita tidak seharusnya ............................... sekiranya ............................... yang menjadi imbalannya. 3. Usaha menyuburkan amalam kitar semula dalam kalangan mujtamak menuntut ............................... daripada kita semua. JAWAPAN: 1. polemik 2. mendabik dada; ketempangan jiwa 3. anjakan paradigma Tarikh: ........................................ Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA
40 SET 40 – PERIBAHASA Arahan: Salin nota yang berikut. BIL. PERIBAHASA MAKSUD 1. jika yang baik dibuat bersilang, cerana datang, jika yang buruk dibuat bersilang, telunjuk di bibir perbuatan yang baik akan mendapat pujian, perbuatan yang buruk akan mendapat celaan 2. mahal dibeli sukar dicari perkara yang sukar untuk diperoleh 3 asal ditugal, adalah benih. setiap usaha tentu ada hasilnya 4 Seperti memalu ular dalam benih, ular biar mati, benih jangan rosak. bersikap bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah 5 rendah gunung, tinggi harapan harapan yang sangat besar Tarikh: .................................... Nama guru: ........................................ SANTAPAN BAHASA