The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suerecto, 2024-05-23 09:04:59

BUKU PROGRAM MAT PIBG SMKG2 2024

BUKU PROGRAM MAT PIBG SMKG2 2024

S M K G U N S A N A D I I PIBGMesyuarat AgungKE-17 2024 Dirasmikan oleh: ENCIK DAVY GEOFFREY YANGGUT YDP PIBG SMK GUNSANAD II 7:00 pagi JUMAAT 24.05.2024 DEWAN SMK GUNSANAD II BERILMU BERADAB


PERKARA HALAMAN Atur Cara 3 Agenda Mesyuarat 4 Jawatankuasa PIBG SMK Gunsanad II Sesi 2023/2024 5 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG SMK Gunsanad II Sesi 2024/2025 6-8 Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-16 Sesi 2023 9-25 Laporan Setiausaha PIBG Sesi 2023 26 Lampiran A 27-30 Penghargaan 31 2 isi kandungan


3 atur cara MASA ATUR CARA 7:30 pagi Pendaftaran ibu bapa dan guru-guru 8:00 pagi Ketibaan YDP dan AJKT PIBG 8:00 pagi - majlis selesai Majlis bermula Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanahairku Bacaan doa Ucapan YDP PIBG Ucapan Tuan Pengetua Mesyuarat Agung PIBG bermula (rujuk agenda mesyuarat) Jamuan Bersurai


4 aGENDA MESYUARAT 1 Ucapan Pengerusi 2 Ucapan Penasihat 3 Membentangkan dan Mengesahkan minit Mesyuarat PIBG kali ke-16/2023 4 Perkara-perkara berbangkit 5 Sumbangan ketidakhadiran ibu bapa ke aktiviti PIBG 6 Laporan Setiausaha 7 Laporan Bendahari 8 Pembentangan usul-usul 2024 9 Pembubaran AJKT PIBG Sesi Tahun 2022-2023 10 Pemilihan dan pelantikan AJKT PIBG 2024 11 Pemberian cenderahati AJKT PIBG 2023 12 Ucapan YDP PIBG yang baru dan penangguhan mesyuarat


PENASIHAT En. Ng Min Hoo @ Mike Eping (Pengetua) YDP PIBG En. Davy Geoffrey Yanggut NAIB YDP PIBG Pn. Jessinta Ng @ Jach Rombituon SETIAUSAHA Pn. Norsyafinah binti Sailieh NAIB SETIAUSAHA Pn. Lidya Stephen BENDAHARI Pn. Shiela Liduas @ Ladius NAIB BENDAHARI Cik Damiann Shandra Metesie AJK IBU BAPA 1. Pn. Hannah Chung (Zon Senagang) 2. En. Severinus Truly (Zon Dalit) 3. Pn. Emma Connie Auang (Zon Bandar) 4. En. Joyice Sumping Saibun (Zon Pegalan) 5. En. Parait Grrow (Zon Pekan) AJK GURU 1. Pn. Hjh. Noormah binti Hj. Tahir (PK Pentadbiran) 2. En. Ahmad Wahide (PK HEM) 3. En. Johnny Rudolf Rudai (PK Kokurikulum) 4. En. Aidley bin Matahir (wakil guru) 5. En. Cassius Stephen Sipaut (wakil guru) 6. Pn. Shahirazan binti Muhasip (wakil guru) 7. Pn. Norhayati binti Masiun (wakil guru) 5 jawatankuasa pibg smk gunsanad ii sesi 2023-2024


PENGERUSI En. Ng Min Hoo @ Mike Eping (Pengetua) NAIB PENGERUSI Pn. Hjh. Noormah binti Hj. Tahir (PK 1) En. Ahmad Wahide (PK HEM) En. Johnny Rudolf Rudai (PK Kokurikulum) SETIAUSAHA Pn. Norsyafinah binti Sailieh NAIB SETIAUSAHA Pn. Lidya Stephen BENDAHARI Pn. Shiela Liduas @ Ladius NAIB BENDAHARI Cik Damiann Sandra Metesie PENYAMBUT TETAMU G8 AJKT PIBG Pn. Norsia binti Mohamad Timhal En. Jackfereddu Simpong Cik Lydiana Lius PEMILIHAN AJKT PIBG En. Wan Azli bin Wan Ibrahim (K) Pn. Felly L. Umbul Cik Nooraziah binti Mokti Pn. Thecla Paun Pn. Norsia binti Mohamad Timhal Cik Lydiana Lius En. Jackfereddu Simpong Pn. Veronaica AK. William Ibai Pn. Sumiyati binti Mohd Arun Pn. Wan Rahmah binti Wan Mohd En. Mohd Ashahryl Neyzan Hasnal En. Afdal Syahid bin Sabili TAPISAN USUL PIBG Semua AJKT PIBG 6 jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung pibg sesi 2024/2025


BUKU PROGRAM Cik Sumarti Recto (K) Pn. Emily binti Kaudon Cik Fifley Poulus Cik Edriana Engel PA SISTEM En. Yamatus @ Abd. Halim bin Dalimas (K) En. Shahrul Munir bin Rubani PENGACARA MAJLIS Pn. Reynilda Paul @ Fadhilah Fazrul (K) Pn. Anne Jeffrey Kihob FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI En. Bernord Adih (K) En. Slyvister Sanusin PERSIAPAN DEWAN (SEBELUM DAN SELEPAS) En. Abdul Hadi bin Ibrahim (K) En. Ronald Deck Yami En. Yaspo Yasili En. Ronald Francis En. Hassan bin Bakil En. Jude James En. Asdi bin Pg. Abd Razak En. Lee Phang Kong (dibantu murid asrama) PERSIAPAN PENTAS Cik Eva Lorna Jay Stanley (K) Pn. Anita Usman Pn. Evelin bt Mathurine @ Evelyn Michael Cik Roshelva Salimun Pn. Sabturati binti Lakunsim Cik Carrey Cussy Lee Pn. Raznani binti Maidin Cik Balqis binti Sailih (dibantu murid asrama) PENDAFTARAN IBU BAPA/PENJAGA Ting. 1 - Pn. Iv Ape & Cik Nurshahiera binti Ribin Ting. 2 - Pn. Eng Meau Loi & Pn. Ervina Raimon Ting. 3 - Cik Vun Sze Tshin & Cik Nur Syakirah binti Jee Roslaile Ting. 4 - Pn. Munirawati binti Umaryadi & Pn. Emmy Olen Ting. 5 - Pn. Sherrie Kellin bt Selvester & Pn. Khairunnisa binti Kamsin PROTOKOL Pn. Shellynie Rusain (K) Pn. Clarice Stimon @ Desmond 7 jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung pibg sesi 2024/2025


BACKDROP DAN SIARAYA En. Azuan bin Awang Namit (K) En. Velarian Francis @ Velarian Anggi BACAAN DOA En. Muhammad Nizamudin bin Dianuddin KESELAMATAN DAN LALULINTAS En. Ronny @ Mohd Hamka bin Apin (K) En. Ambun Mawar En. Ahmad Adib Aiman Che Hamid En. Suljuhan bin Sulaiman En. Cloina Corllind Juni En. Mohammad Firdauz bin Mohd Ridzuan Pengawal Keselamatan KEBERSIHAN En. Bobby Spencer bin Pius (K) En. Nicholas Edward Joinol En. Mail Matidis JAMUAN Pn. Zainab binti Ampah (K) Pn. Nur Azurah Tuamin Ustazah Suarni binti Munib Pn. Siti Nora binti Md. Noh Pn. Felesia binti J.D Awang (dibantu AJK murid) 8 jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung pibg sesi 2024/2025


9 minit mesyuarat agung pibg ke-16 sesi 2023 TARIKH: 25 Mac 2023 HARI: Sabtu TEMPAT: Dewan Sekolah MASA: 8:30 pagi AGENDA: 1.Ucapan Pengerusi 2.Ucapan Penasihat Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil.15/2023 3. 4.Perkara-perkara berbangkit 5.Laporan Setiausaha 6.Laporan Bendahari 7.Pembentangan usul-usul 2023 8.Ucapan Penangguhan mesyuarat KEHADIRAN: Rujuk Lampiran A LAPORAN SETIAUSAHA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II PETI SURAT 2085, 89008 KENINGAU, SABAH


10 BIL AGENDA BUTIRAN TINDAKAN/ CATATAN 1 Ucapan Pengerusi 1.1 YDP mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat datang kepada barisan pentadbir sekolah, AJKT PIBG, ketua-ketua bidang, guruguru, dan para ibu bapa serta semua waris murid yang datang ke mesyuarat agung kali ke-16 tahun 2023. 1.2 YDP begitu teruja dan bersemangat kerana kehadiran ibu bapa yang begitu memberangsangkan walaupun mesyuarat agung pada kali ini dibuat pada hujung minggu. Ini menunjukkan semua ibu bapa memberikan sokongan pada mesyuarat ini walaupun terikat dengan komitmen yang lain. 1.2 Seterusnya, YDP memaklumkan bahawa minit mesyuarat telah diedarkan kepada semua ibu bapa yang hadir. YDP meminta semua ibu bapa yang hadir agar melihat buku program dan melihat kehadiran, jika tidak ada nama maklumkan kepada YDP. Ibu bapa diberikan masa untuk membaca minit mesyuarat.


11 2 Ucapan Penasihat Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pentadbir, ketua-ketua bidang, AJKT PIBG, guru dan semua ibu bapa kerana hadir ke program yang paling penting. MAT pada kali ini dilaksanakan sebelum 31 Mac berakhir. Penerangan Tuan Pengetua disampaikan melalui paparan slaid iaitu berkaitan dengan: 2.1 Pengetua memaklumkan mengenai penerapan konsep ABC (Anak Baik Lagi Cerdik) di sekolah. 2.2 Pengetua juga menerangkan berkaitan Fasal 3 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) 1998 di bawah Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan tujuan penubuhan Persatuan (PIBG) adalah untuk: a. Mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalammeningkatkan imej sekolah. b. Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.


12 2 Ucapan Penasihat c. Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. d. Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. e. Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 2.3 Fasal 4 juga memperuntukkan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas, PIBG berfungsi menjalankan aktiviti atau program seperti: -Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. -Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah. -Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.


13 2 Ucapan Penasihat -Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. -Pertambahan Bilangan Pelajar menyebabkan sekolah menghadapi sedikit masalah iaitu : -kekurangan kerusi meja -kekurangan buku teks 2.4 Antara aktiviti PIBG ialah: · Pembelian 4 buah tangki air. · Pemberian vitamin untuk pelajar SPM · Kutipan sumbangan kerusi dan meja · Aircond bilik guru masih dalam proses permohonan. Aircond bilik guru ini adalah usaha daripada NYDP. · Bus stop telah keluar BQ. Ini juga adalah hasil usaha daripada NYDP. · Manakala 2 buah kipas besar dalam dewan merupakan usaha dan tindakan daripada YDP. · Usaha untuk membaiki meja dan kerusi yang rosak juga telah dilaksanakan untuk menampung kekurangan meja dan kerusi.


14 2 Ucapan Penasihat 2.5 Terdapat beberapa masalah disiplin yang perlu diambil perhatian antaranya: · Pergaduhan yang berpunca daripada telefon bimbit, ejek-mengejek dan pasangan “bf” atau “gf”. · Masalah ponteng yang menyebabkan 67 orang telah dibuang sekolah yang mana 8 daripadanya adalah tingkatan 1 manakala 45 orang dalam senarai KIV yang mana 8 daripadanya adalah tingkatan 1. · Terdapat juga murid yang tidak menghormati atau biadap serta melanggar peraturan sekolah serta tidak menunjukkan minat untuk belajar. · Selain itu, masalah disiplin yang lain ialah merokok, membawa vape dan pod, membawa telefon bimbit ke sekolah serta tingkah laku lucah. 2.6 Oleh itu, pengetua menasihatkan bahawa terdapat beberapa kawalan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap anak masing-masing: · Ibu bapa/penjaga yang perlu membuat keputusan Ibu bapa/penjaga perlu mengawal anak-anak iaitu dengan memantau


15 2 Ucapan Penasihat · dengan siapa dia berkawan, apa mereka buat serta mengawal dan menyemak penggunaan telefon bimbit mereka. · Pengetua juga memohon kerjasama agar ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak iaitu dengan mengambil tahu jadual waktu sekolah, memberikan jadual waktu di rumah serta kerja-kerja rumah yang perlu anak-anak selesaikan. 2.7 Pengetua juga memohon kerjasama daripada semua ibu bapa agar tahu nama dan nombor telefon bimbit guru kelas anakanak serta memyerahkan nombor telefon kepada guru kelas. Ibu bapa dinasihatkan untuk masuk ke group PIBG sekolah. sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, ibu bapa perlu berhubung terus dengan guru kelas, PK HEM ataupun pengetua.


16 3 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 3.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 15/2022: Pencadang: Puan Dorotea Duali Penyokong: Encik Janudin Bin Antikoh 4 Perkara berbangkit 4.1 Semua ahli mesyuarat yang hadir bersetuju sumbangan PIBG dikekalkan kepada RM25.00 bagi setiap keluarga. 4.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju sumbangan kewangan atau sumbangan ganti diri sebanyak RM20.00 dikenakan kepada ibu-bapa yang tidak hadir tanpa sebab ke program-program wajib PIBG. 4.3 Program 1 Kerusi 1 Keluarga, semua ibu bapa bersetuju agar program ini diteruskan pada tahun depan iaitu tahun 2024 namun tiada paksaan pada keluarga yang tidak berkemampuan. 5 Laporan Setiausaha 5.1 Laporan Setiausaha: Puan Norsyafinah Binti Sailieh selaku Setiausaha melaporkan aktiviti yang berkaitan berdasarkan paparan slaid.


17 6 Laporan Bendahari 6.1 Laporan Bendahari: Puan Shiela Ladius membentangkan laporan kewangan Bendahari dan meminta ibu bapa untuk merujuk penyata kewangan yang telah disertakan di dalam buku program. 6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas laporan yang diberikan dan meminta supaya laporan setiausaha dan bendahari disahkan serta disokong: Pencadang: Encik Lazurus Lajiun Penyokong: Encik Mohd Azlie 7 Pembentangan usul Pembentangan usul dikendalikan oleh Tuan Pengetua selaku penasihat PIBG: Usul pertama: Buat pemeriksaan murid-murid sekolah yang merokok di atas bukit dekat perumahan Kerajaan Jalan Punai waktu pagi dan tengah hari. (Pencadang: Encik Amin Bin Anam) Respon Pengetua: · Tuan pengetua respon itulah sebab perlu adanya PIBG. Kuasa pengetua dalam kawasan sekolah sahaja, di luar adalah dalam bidang kuasa polis.


18 . Tuan pengetua juga respon, murid-murid yang membawa motosikal ke sekolah tanpa lessen akan dirampas kunci motor dan ibu bapa akan dihubungi. Ibu bapa datang barulah pelajar dibenarkan balik. · Pelajar yang parking di kawasan “bustop” luar pula pengetua minta bantuan daripada pegawai perhubungan awam (polis) untuk bantu. · Oleh itu, pengetua meminta agar smua ahli PIBG untuk berganding bahu berfikir dan bekerjasama dalam membanteras hal ini. Respons YDP: · YDP respons, kita sudah sedia maklum bahawa bidang kuasa pihak sekolah hanya di dalam kawasan sekolah sahaja. Oleh itu, peranan ibu bapa yang perlu dimainkan apabila menghadapi situasi seperti ini. Masalah yang berlaku di luar sekolah adalah tanggungjawab bersama. Ibu bapa yang sepatutnya bertanggungjawab memberi nasihat kepada anak-anak sekiranya melihat mereka melakukan perkara tidak baik seperti merokok. Adalah menjadi peranan kita bersama untuk menegur walaupun yang ditegur itu bukanlah anak kita sendiri. Hal ini kerana sekiranya tidak ditegur, mereka boleh mempengaruhi anak kita pada masa hadapan. Namun begitu, ibu bapa dinasihatkan untuk menegur dengan cara yang baik. Tidak menyebarkan aib dengan menularkan rakaman video.


19 Usul kedua: Penambahbaikkan kepada asrama. (Pencadang: Encik Prichard Sipil) Respons: · Tuan pengetua respons, sebenarnya sudah dijanjikan penambahbaikkan asrama tetapi berlaku tiga kali perubahan menyebabkan peruntukan yang dijanjikan tidak sampai ke pihak sekolah. Semasa Menteri datang ke sekolah, dijanjikan untuk memberi peruntukan sebanyak 150 ribu untuk asrama tetapi peruntukan tersebut tiada sehingga sekarang. . Tuan pengetua juga respons bahawa sekolah daif di Sabah adalah yang paling banyak di Malaysia. Kategori sekolah kita masih dalam kategori yang baik. Peruntukan untuk pembaikan sudah 10 tahun tiada walaupun dimohon setiap tahun, hanya dapat 25 ribu sahaja. Peruntukan untuk kerusi dan meja juga telah dimohon tetapi tiada. · Pengetua juga meminta bantuan daripada YDP untuk mendapatkan kipas di dewan sekolah agar anak-anak yang menggunakan dewan sekolah selesa. Hal ini kerana dewan sekolah sentiasa digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti ujian mendengar dan bengkel. Meja dan kerusi juga belum cukup. · Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk membuat pembaikan dengan memastikan semua prasarana berfungsi dengan baik. Semua kemudahan seperti kipas dan lampu dipastikan untuk berfungsi dengan baik.


20 Usul Ketiga: Mohon untuk perbaiki laluan pejalan kaki murid untuk ke sekolah. (Pencadang: Puan Marina Salipah) Usul keempat: Mohon diperketatkan lagi undang-undang sekolah (membuli pelajar lain). (Pencadang: Puan Laura Jaini) Usul kelima : Mempertingkatkan lagi disiplin murid-murid di sekolah dan juga dapat melaksanakan program-program yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun lalu. (Pencadang : Encik Mohd Fazlie Matnih) Usul keenam: Masalah tandas perlu dibaikpulih dan sikap tidak bertanggungjawab perlu ditangani dengan sebaiknya. Jika perlu kenakan tindakan tatatertib. Terima kasih. (Pencadang: Puan Siti Rugayah) Respons: · Tuan pengetua respons bahawa tandas sebenarnya dirosakkan oleh beberapa murid yang menggunakan tandas itu sendiri. Pembaikan yang dilakukan hanya bertahan sekejap sahaja. Tambahan pula, bilangan murid kita yang ramai iaitu 1000 orang seperti tahun lalu juga merupakan antara punca tandas sekejap rosak apabila dibaiki. AJKT PIBG yang baru Unit Disiplin


Usul ketujuh: Sepanjang Ramadan mungkin boleh wujudkan bantuan untuk pelajar miskin dalam bentuk bakul makanan atau wang riggit (Pencadang : Encik Mohamad Khairi) Respons: · Pengetua respons, sedang diusahakan di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, pengetua mengalu-alukan kepada mana-mana ibu bapa yang mahu menderma. Usul kelapan: Buka akaun pelajar, sekiranya ada bantuan perlu dimasukkan dalam akaun pelajar ataupun secara manual diagihkan di dalam dewan untuk elak kecurian di asrama. (Pencadang: Mohd Firdaus Bin Abdullah) Respons pengetua: · Pengetua respons bahawa cadangan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Perkara ini akan dirujuk kepada PK HEM untuk tujuan pembukaan akaun. Pengetua sangat berterima kasih terhadap cadangan ini. Respons YDP: · YDP respons bahawa di sekolah ada 1 bank yang sering kali datang ke sekolah untuk menggalakkan anak membuka akaun. Manamana murid yang sudah membuka akaun, teruskan sahaja guna akaun tersebut di sekolah menengah dan maklumakan nombor akaun tersebut kepada guru kelas. YDP juga akan berusaha untuk berbincang dengan mana-mana bank agar datang ke sekolah untuk memudahkan murid membuka akaun. 21


Usul kesembilan: Tolong pertimbangkan supaya anak yang dibuang asrama diterima masuk kembali ke asrama kerana jarak dari Gaulan agak jauh. Kenderaan juga selalu rosak, ada masalah kewangan untuk sewa bas dan tiada pendapatan tetap. Beri peluang sekali lagi. Cadangkan buat aku janji, sekiranya buat masalah sekali lagi akan dibuang asrama. (Pencadang: Encik Lazurus) Respons: · Pengetua respons bahawa anak-anak yang tinggal jauh dan ada masalah kewangan memang dibantu untuk tinggal di asrama dari mula. Pelajar sebenarnya tidak pernah dibuang asrama sekiranya kesalahan yang dilakukan hanya sekali dan kesalahan kecil. Pengetua sentiasa memberi peluang. Namun, sekiranya tidak diterima rayuan tersebut, maksudnya pelajar telah melakukan kesalahan berat berulang kali dan melanggar aku janji yang telah ditandatangani sehingga pihak warden tidak mahu menerima mereka kembali untuk masuk ke asrama. · Pengetua juga respons supaya ibu bapa sentiasa menasihatkan anak-anak agar menghargai peluang kerana kekosongan yang ada di asrama sangat terhad. 22


23 Usul kesepuluh: Memberikan kertas peperiksaan kepada murid setelah selesai peperiksaan untuk ibu bapa menilai perkembangan anak-anak dengan melihat mana-mana subjek yang lemah. (Pencadang:Puan Marylene Yakut) Respons: Pengetua respons bahawa perkara ini sudah dalam perancangan di peringkat sekolah. Kertas peperiksaan dicadangkan untuk diberi sebelum tukar tahun. Soalan-soalan sudah disediakan. Namun begitu, KPM telah mengeluarkan pekeliling baharu iaitu pelajar tingaktan 1,2 dan 3 perlu mengambil UASA yang mana soalan tersebut disediakan oleh KPM sendiri dan soalan tersebut tertutup. Manakala bagi tingkatan 5, kertas peperiksaan sudah diserahkan pada bulan September. Keputusan tingkatan 4 juga boleh dirujuk di SAPS.


24 Usul Kesebelas: Wujudkan hari bertemu ibu bapa untuk ambil Keputusan. (Puan siti) Respons: Pengetua respons bahawa Hari Bertemu Pelanggan atau Hari Bertemu Waris sudah dalam perancangan di dalam peringkat sekolah. Ia akan dilaksanakan pada minggu hadapan. Usul keduabelas: Berhentikn group Whatsapp. (Pencadang: Puan Nancy) Respons: Pengetua respons bahawa semua ibu bapa diwajibkan perlu ada dalam group Whatsapp dengan guru kelas. Guru kelas perlu ada nombor telefon ibu bapa kerana sebarang maklumat penting perlu dimaklumkan oleh guru kelas kepada ibu bapa. Selain itu, SOP anak sakit di sekolah mesti di maklumkan kepada ibu bapa. Guru tidak dibenarkan untuk menghantar pelajar dan tiada jaminan kepada guru sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa perjalanan. Oleh itu, group Whatsapp perlu bagi membina saluran komunikasi yang baik.


25 8 Ucapan penangguhan mesyuarat 8.1 Encik Davy Geoffrey selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua AJKT PIBG dan semua hadirin yang telah memberikan kerjasama dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 ini. YDP memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan sepanjang beliau mempengerusikan majlis. 8.2 YDP berharap agar kerjasama ibu bapa tetap utuh untuk membantu sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum SMK Gunsanad II. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:15 pagi Disediakan oleh, Disemak oleh, ............................................. (NORSYAFINAH BINTI SAILIEH) Setiausaha PIBG SMK Gunsanad II Keningau, Sabah ............................................ (DAVY GEOFFREY YANGGUT) Yang Di-Pertua PIBG SMK Gunsanad II Keningau, Sabah Pengesahan Minit Mesyuarat; Penyokong oleh: Pencadang oleh:


Bil Aktiviti/Program Tempat Tarikh Catatan (Sumber Kewangan PIBG/Sumbangan persendirian) 1 Majlis Apresiasi Pelajar Dewan Sekolah 08.06.2023 RM 5,636.10 (PIBG) 2 Sumbangan 4 buah pendingin hawa Bilik Guru 16.06.2023 Hasil usaha NYDP Pn. Jessinta Ng (Sumbangan daripada Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan) 3 Arena Juara 2023 Kompleks Sukan Keningau 26-28.7.2023 Kehadiran ibu bapa: 209 orang 4 Sumbangan atlet MSSD Keningau 2023 Dewan Makan Asrama 12.08.2023 RM1,100.00 (Sumbangan daripada NYDP Pn. Jessinta Ng) 5 Gotong Royong Madani Kawasan Sekolah 15.09.2023 RM 1,000.00 (PIBG) 6 Sumbangan atlet MSSM Keningau 2023 Pejabat Pentadbiran Sekolah 10.10.2023 RM 500.00 (PIBG), RM 500.00 dan Baju Tshirt (sumbangan daripada NYDP Pn. Jessinta Ng) 7 Hari Bertemu Waris Peringkat SMK Gunsanad II 2024 Kelas 1.12.2023 Kehadiran ibu bapa: 613 orang 8 Pendaftatan Murid Tingkatan 1 2024 Dewan Sekolah 1-2.02.2024 9 Sumbangan 30 kotak air mineral Dewan Makan Asrama 15.05.2024 Sumbangan daripada NYDP Pn. Jessinta Ng 10 Arena Juara 2024 Kompleks Sukan Keningau 8-10.5.2024 Kehadiran ibu bapa: 212 orang 11 Mesyuarat Persediaan MAT PIBG Bil 1/2024 Bilik Pirumaan 30.04.2024 12 Mesyuarat Susulan Persediaan MAT PIBG Bil 2/2024 Bilik Pirumaan 20.05.2024 26 laporan SETIAUSAHA pibg sesi 2023


27 KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA MAT PIBG KE-16 2023 LAMPIRAN A


28 KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA MAT PIBG KE-16 2023


29 KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA MAT PIBG KE-16 2023


30 KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA MAT PIBG KE-16 2023


31 penghargaan Ucapan jutaan terima kasih kepada En. Davy Geoffrey Yanggut (YDP PIBG SMK Gunsanad II) En. Ng Min Hoo @ Mike Eping (Pengetua SMK Gunsanad II) Barisan AJK PIBG SMK Gunsanad II Barisan Guru Penolong Kanan SMK Gunsanad II Guru-guru SMK Gunsanad II Ibu Bapa/Penjaga Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 2024/2025


32 catatan


Click to View FlipBook Version