The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH SI IKAN EMAS DAN NELAYAN YANG TAMAK (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhafsah26, 2022-05-11 10:24:22

KISAH SI IKAN EMAS DAN NELAYAN YANG TAMAK (3)

KISAH SI IKAN EMAS DAN NELAYAN YANG TAMAK (3)

KISAH
SI IKAN EMAS

DAN
NELAYAN YANG TAMAK




NOR HAFSAH BT ZAHEER HUSSAIN

Di sebuah kampung, hidup sepasang
suami isteri bernama pak mail dan

makcik kiah.
Pak mail merupakan seorang nelayan

manakala makcik kiah hanya
seorang suri rumah.

Mereka menjalani kehidupan yang sangat susah kerana hasil
tangkapan pak mail tidak mencukupi untuk makanan
dan minuman mereka.

Setiap pagi pak mail akan keluar untuk menjala ikan di laut.
Seperti hari-hari biasa, pagi itu pak mail pergi ke laut mencari ikan. Pak mail

mencari ikan menggunakan jala.

Pak mail menebar jala beberapa kali untuk menangkap ikan. Hampir
seharian pak mail menjala, tetapi pak mail hanya mendapat sedikit ikan.
Pak mail kecewa kerana tangkapannya yang sedikit yang hanya cukup buat

makan bersama isterinya. Namun pak mail tidak putus asa, pak mail
menjala sekali lagi selepas seketika. Hingga akhirnya, jala pak mail

bergerak kencang.

Pak mail segera mengangkat jalanya. Ternyata pak mail mendapat seekor ikan mas .
Pak mail berjaya menangkap ikan , tetapi ikan ditangkapnya kelihatan pelik.

Pak mail terkejut saat melihat ikan mas tersebut. Pak Mail terdengar suara menjerit
seperti manusia. Suara itu berasal dari mulut ikan mas.Ternyata ikan mas hasil

tangkapan Pak mail boleh berbicara. Pak mail bingung dan takut melihat ikan emas itu
bersuara.

Ikan mas meminta tolong kepada pak mail untuk dilepas kembali ke laut. Sebagai
balasannya , ikan mas akan memenuhi tiga permintaan pak mail.




Lepaskan aku ,
lepaskan aku

Kerana terkejut , tanpa berpikir panjang pak mail langsung
melepaskan ikan mas kembali ke laut.

“Terima kasih kerana lepaskan aku, katakan tiga permintaan kau aku
akan tunaikan kesemuanya sebagai balasan kau melepaskan aku”
kata ikan emas kepada pak mail.
Pak mail ragu-ragu terhadap ikan emas itu , tetapi pak mail ingin
melakukan permintaan.

“Apakan benar kata-kata kau wahai ikan emas” ujar pak mail ke ikan
emas.

“Percaya lah pada aku, akan aku bukti kan kata-kataku” kata ikan
emas kepada pak mail.

Aku mahu sebuah sampan
baharu dan jadikan hasil

tangkapan ikan aku
banyak

Aku akan tunaikan
permintaan kau

Pak mail pulang ke rumah dengan gembira kerana
permintaannya telah ditunaikan.

Pak mail menceritakan kisah tersebut kepada mak kiah. Mak
kiah terkejut dan juga memarahi pak mail kerana tidak
meminta untuk menjadi kaya.
Pada esok hari nya pak mail pergi semula ke laut itu dan
memanggil ikan emas itu.
“Ikan emas ! ikan emas !”. jerit pak mail

kabulkan permintaan
ketiga aku, jadikan aku

orang paling kaya di
kampung aku



Pulang ke rumah
kau, kau telah jadi

orang kaya



Selama beberapa hari pak mail tidak lagi pergi menjala kerana kehidupan
pak mail dan isteri sangat mewah.

Mereka menjadi boros dan membazirkan wang untuk memenuhi kehendak
mereka serta membelanjakan duit mereka untuk membeli barang yang
mahal.
Pak mail yang dulu seorang yang pemurah, menjadi seorang yang
kedekut dan tidak berkongsi rezeki yang dimilikinya dengan orang lain.
Pada suatu hari, kampung yang didiami pak mail telah dilanda banjir
yang teruk yang menyebabkan kerosakan harta benda.
Penduduk kampung yang miskin mencari pak mail untuk mendapatkan
bantuan dan bekalan makanan.
Tetapi pak mail tidak endahkan mereka dan terus leka dengan dunia
yang dimilikinya sekarang.
Pak mail angkuh dan sombong kerana berangapan rumahnya yang
mewah itu tidak akan dihanyut oleh banjir seperti rumah-rumah
penduduk lain.

Malangnya , rumah mewah pak mail dihanyut banjir.Mereka
kehilangan semua nya termasuk lah kekayaan yang diminta dari
ikan emas itu. Mereka kembali menjadi orang miskin disebabkan

sikap tamak pak mail.
Pak mail kembali semula ke laut untuk mencari ikan tersebut bagi

meminta permintaannya untuk menjadi kaya semula.
“Ikan emas!! Ikan emas !!! muncul lah aku ingin melakukan

permintaan”. Jerit pak mail memanggil ikan emas.
Akan tetapi , ikan emas itu tidak muncul .

Pak mail tidak putus asa, dia menjerit semula memanggil ikan emas
tersebut.

“Ikan emas tolonglah aku, kabulkan lah permintaan aku” pak mail
memangil ikan emas.

Selepas beberapa saat, ikan emas tersebut muncul di permukaan
dasar laut.

Kenapa kau Aku telah kembali menjadi miskin
memangil aku? kerana banjir telah musnahkan
kekayaan aku.

Wahai ikan emas tunaikan

permintaan aku untuk menjadi
kaya seperti dahulu.

kau telah menggunakan ketiga-tiga
permintaan kau, aku tidak boleh

menunaikan lagi permintaan kau.Sifat
kau yang tamak menyebabkan kau
kehilangan kekayaan itu.

Lalu ikan emas itu pun pergi meninggalkan pak mail.
Pak mail sedar akan kesalahannya dan menyesal dengan
tindakan mereka yang tamak sehingga mereka rugi dan

kehilangan semuanya.
Pak mail berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya

dan berjanji untuk berdikari mencari rezeki buat
keluarganya.

PENGAJARAN
kite haruslah bersyukur dengan segala rezeki yang
dimiliki dan sentiasa hidup bersederhana supaya

tidak dikuasai oleh sifat tamak yang akan
membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan

orang di sekeliling.

TAMAT


Click to View FlipBook Version