The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam sistem Pendidikan
kebangsaan: Cabaran Guru Untuk Melaksanakan Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimahismail94, 2024-05-12 08:19:22

KUMPULAN 7

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam sistem Pendidikan
kebangsaan: Cabaran Guru Untuk Melaksanakan Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran

Keywords: falsafah

KUMPULAN 7: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam sistem Pendidikan kebangsaan: Cabaran Guru Untuk Melaksanakan Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran 1.0) Pengenalan: -Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. -Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merujuk kepada tiga kemahiran yang berada pada aras keempat, kelima, dan keenam dalam Taksonomi Bloom, iaitu analisis, sintesis, dan penilaian 2.0) Kandungan: Konsep Salah satu perubahan yang diperlukan untuk melahirkan individu yang holistik adalah dengan menggunakan konsep pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan keperluan industri pada masa kini. Salah satu konsep yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan pada tahun 2014 iaitu Pembelajaran Abad ke-21. Salah satu elemen dalam Pembelajaran abad ke 21 ini ialah Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) di mana ianya kemahiran pembelajaran yang menuntut pelajar berfikir secara kristis dan inovatif. Definisi: Kemahiran berfikiran arah tinggi pengajaran Pembelajaran abad 21 Sistem Pendidikan Kebangsaan Pedagogi Teori kognitif Taksonomi Bloom Penerapan Teori: -Teori pembelajaran kognitif -Peningkatan kemahiran kognitif pelajar seperti pemikiran kritis, penaakulan, pemikiran reflektif dan kemahiran


-Guru-Guru memerlukan panduan pedagogi yang berkesan bagi membantu menerapkan KBAT di dalam pengajaran di sekolah. Isu-Isu 1. Kekurangan pengetahuan dalam kalangan Guru mengenai bagaimana elemen KBAT ini dapat diaplikasikan di dalam PdP. 2. Kekangan penghayatan dan pengamalan- masa yang terhad 3.Guru lebih berminat untuk menggunakan kaedah traditional seperti kaedah komunikasi satu hala. -pembelajaran berpusatkan guru dimana guru sebagai pemberi maklumat -pelajar sebagai pendengar dan penerima maklumat sahaja 4. Guru tidak bersedia -Guru kurang melaksanakan unsur-unsur kemahiran berfikir KBAT menerusi aktiviti-aktiviti penyoalan, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan aktiviti-aktiviti PdP -Guru kurang jelas tentang kbat -Kbat menuntut guru untuk memiliki pengetahuan yang luas -Guru perlu hasilkan bahan soalan yang berunsur bukan rutin contohnya subjek matematik. Guru hanya bagi satu jalan kira. Kalau bukan rutin guru perlu teroka kaedah jalan kira yang lain dan meraikan pendapat pelajar. -Segelintir guru berpendapat bahawa pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum mereka boleh digalakkan berfikir 6. Guru tidak mahir ict dan tidak dapat mengikuti perkembangan teknologi 3.0) Mini Kajian Tujuan Untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan dua orang guru di dua buah sekolah rendah di Selangor. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti cara guru menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran


2. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran Persoalan 1) Bagaimanakah guru mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran? 2) Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan KBAT? Metodologi Kajian Kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian kes yang menggunakan teknik temu bual terhadap dua orang guru di dua buah sekolah rendah di Selangor. Dapatan Kajian Cadangan Penyelesaian 1. Guru perlu memastikan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan pengajaran 2. Guru harus memberi peluang dan menggalakkan murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat 3. Guru juga perlu bijak mempelbagaikan strategi pembelajaran dan pengajaran menggunakan konsep abad 21. Contohnya, kaedah inquiry yg mencabar aspek kognitif murid, kaedah berasaskan projek yang melibatkan aspek kognitif dan psikomotor murid dan kaedah penyelesaian masalah yang memberi autonomi kepada murid. 4. Guru juga perlu kreatif dalam mengemukakan soalan bersifat membina, meminpin, terbuka serta menggalakkan murid berfikir secara kritis dan luar kotak sesuai dengan peranan guru sebagai pemudahcara mengikut kaedah pengajaran abad 21. 5. Perubahan di dalam sistem pendidikan di Malaysia memerlukan guru-guru bersedia dan menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Kejayaan sesuatu kurikulum baru yang digubal memerlukan kerjasama dari setiap pihak


terutamanya guru yang memainkan peranan penting bagi menjayakan objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam memupuk kemahiran berfikir aras tinggi di dalam kalangan murid-murid. 6. Bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri pelajar, guru-guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa bagi pelajar berkongsi idea, ciptaan dan penghasilan peribadi yang bermakna. 4.0) Rumusan, 1. Kbat mestilah sejajar dengan kurikulum sedia ada 2. Kbat jelas membantu murid untuk lebih mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisis, mencipta hasil sebagai contoh dalam kaedah pembelajaran berasakan projek, membuat kesimpulan dimana ianya berupaya meningkatkan kefahaman sekaligus meningkatkan kualiti proses pembelajaran murid. 3. Kbat juga membantu murid untuk mengenal pasti potensi prestasi dan pencapaian diri. Hal ini akan meningkatkan motivasi murid kerana murid dapat mengatasi masalah tersebut dengan cara yang tersendiri dan dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah murid 4. Kbat juga sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Sistem pendidikan juga seharusnya berevolusi seiring dengan dunia yang berorientasikan teknologi. 5. Kbat juga membantu guru dalam meningkatkan kualiti proses pdp dimana kaedah mengajar guru dapat divariasikan dan menyentuh semua aspek kaedah pembelajaran murid seperti visual, audio dan kinestatik. 5.0) Rujukan. Norfaizah M.K. & Mahizer H. 2019. Kesediaan Guru Matematik Daerah Kuala Langat Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21. Diperolehi pada 17 march 2023 daripada: http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2019/05/ISPEN19_13.pdf


Click to View FlipBook Version