The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS_PANDUAN_PENGURUSAN_DAN_PENGOPERASIAN_SEKOLAH_DALAM_NORMA_BAHARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sittimariam1991, 2021-03-04 00:12:35

GARIS_PANDUAN_PENGURUSAN_DAN_PENGOPERASIAN_SEKOLAH_DALAM_NORMA_BAHARU

GARIS_PANDUAN_PENGURUSAN_DAN_PENGOPERASIAN_SEKOLAH_DALAM_NORMA_BAHARU

10.7.2 surau/bilik/ruang untuk solat Zohor bagi semua
10.7.3 calon. Calon dikehendaki menunaikan solat Asar di
10.7.4 rumah/asrama selepas tamat peperiksaan.
Pihak sekolah/Ketua Pengawas Peperiksaan
hendaklah memastikan penjarakan fizikal satu (1)
meter dipatuhi di surau/bilik/ruang solat.
Pihak sekolah/Ketua Pengawas Peperiksaan
hendaklah menggunakan kaedah penggiliran di
surau/bilik/ruang solat untuk mengelakkan
kesesakan.
Calon hendaklah membawa kelengkapan solat
sendiri seperti sejadah, telekung, songkok, kopiah
dan selipar untuk kegunaan semasa di
surau/bilik/ruang solat.

10.8 Pengurusan Makan dan Minum Calon Peperiksaan

10.8.1 Pengurusan makan dan minum bagi calon sekolah
10.8.2 adalah merujuk kepada garis panduan ini.
Pengurusan makan dan minum bagi calon
persendirian adalah seperti yang berikut:
a. Calon persendirian yang ingin makan pada

waktu rehat di antara sesi pagi dan petang
hendaklah membuat tempahan makanan
berbungkus dari kantin sekolah melalui
Pengawas Peperiksaan yang bertugas;
b. Calon dikehendaki makan di tempat yang telah
ditetapkan; dan

95

10.8.3 c. Kantin sekolah hendaklah menyediakan
makanan dan minuman yang berbungkus.

Calon dikehendaki mencuci tangan menggunakan
air botol/singki dengan kawalan penjarakan fizikal.

10.9 Pengurusan Pengisytiharan Kesihatan

10.9.1 Calon sekolah dan calon persendirian hendaklah
10.9.2 membuat pengisytiharan kesihatan pada setiap hari
melalui salah satu kaedah seperti yang berikut:
a. Calon boleh mendapatkan Borang Deklarasi

Saringan COVID-19 seperti di Lampiran 6,
yang disediakan oleh pihak sekolah/Sektor
Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan
Pendidikan Negeri (SPP, JPN). Borang yang
telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada
Ketua Pengawas Peperiksaan; atau
b. Calon boleh memuat turun Borang Deklarasi
Saringan COVID-19 dari portal rasmi Lembaga
Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my
atau Majlis Peperiksaan Malaysia melalui
pautan mpm.edu.my. Borang yang telah
lengkap diisi perlu diserahkan kepada Ketua
Pengawas Peperiksaan.
Saringan imbasan suhu badan hendaklah
dilakukan pada setiap hari di pintu masuk
sekolah/pusat peperiksaan sebelum sesi
peperiksaan bermula.

96

10.9.3 Calon yang mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke
10.9.4 bawah serta tidak bergejala dibenarkan masuk ke
dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang mempunyai suhu badan melebihi
37.5°C tidak dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah dan hendaklah mendapatkan rawatan di
klinik/hospital untuk mendapatkan surat/dokumen
pengesahan tahap kesihatan diri. Sekiranya
pengesahan perubatan mendapati bahawa:
a. Calon sakit dan disahkan boleh menduduki

peperiksaan. Calon dibenarkan untuk
menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan
atau klinik/hospital yang dibenarkan;
b. Calon sakit dan disahkan perlu menjalani
kuarantin/menerima rawatan lanjut. Calon tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan. Calon
hendaklah menyerahkan surat/dokumen
pengesahan tahap kesihatan diri/arahan
kuarantin kepada pihak sekolah bagi proses
permohonan menduduki kertas peperiksaan
yang dijadualkan semula; dan
c. Sekiranya tempoh mendapatkan rawatan di
klinik/hospital telah melewati tempoh
menjawab bagi sesuatu kertas peperiksaan,
calon akan dipertimbangkan untuk menduduki
peperiksaan pada hari yang sama atau
dibenarkan menduduki kertas peperiksaan
yang dijadualkan semula.

97

10.10 Pengurusan Calon Bergejala

10.10.1 Sebelum Tempoh Peperiksaan Bermula

Bagi calon yang menunjukkan gejala COVID-19

sama ada mengalami demam (suhu badan

melebihi 37.5°C), batuk, selesema, sakit tekak atau

sesak nafas, tindakan adalah seperti yang berikut:

a. Calon Sekolah:

Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah

menghubungi pihak sekolah. Calon

mendapatkan rawatan awal di klinik/hospital

untuk mendapatkan surat/dokumen

pengesahan tahap kesihatan diri bagi

menduduki peperiksaan.

b. Calon Persendirian:

Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah

menghubungi pihak SPP, JPN tempat calon

mendaftar. Calon mendapatkan rawatan awal

di klinik/hospital untuk mendapatkan

surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan

diri bagi menduduki peperiksaan.

c. Sekiranya calon disahkan bebas gejala

COVID-19 dan boleh menduduki

peperiksaan, calon dibenarkan untuk

menduduki peperiksaan di pusat

peperiksaan.

d. Setelah mendapatkan rawatan di

klinik/hospital dan calon hadir di pusat

98

peperiksaan tidak melepasi 30 minit
daripada waktu mula peperiksaan, calon
akan dibenarkan untuk menduduki
peperiksaan pada hari yang sama di pusat
peperiksaan dan diberi gantian masa
menjawab.
e. Sekiranya setelah mendapatkan rawatan di
klinik/hospital dan calon hadir di pusat
peperiksaan melepasi 30 minit daripada
waktu mula peperiksaan, calon tidak
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan
pada hari yang sama tetapi dibenarkan
untuk menduduki peperiksaan yang
dijadualkan semula.
f. Calon yang disahkan mempunyai gejala
COVID-19 hendaklah menyerahkan
surat/dokumen pengesahan tahap
kesihatan diri/arahan kuarantin kepada
pihak sekolah bagi proses permohonan
menduduki kertas peperiksaan yang
dijadualkan semula.
10.10.2 Semasa Tempoh Peperiksaan
Bagi calon yang menunjukkan gejala COVID-19
sama ada mengalami demam (suhu badan
melebihi 37.5°C), batuk, selesema, sakit tekak
atau sesak nafas, tindakan adalah seperti yang
berikut:
a. Ketua Pengawas Peperiksaan perlu
menghubungi PKD bagi mendapatkan

99

nasihat dan tindakan selanjutnya;
b. Calon perlu ditempatkan di bilik peperiksaan

khas;
c. Calon hendaklah dipastikan tidak ada kontak

dengan mana-mana calon/warga sekolah
sehingga PKD tiba di pusat peperiksaan;
d. Calon sekolah: Pihak sekolah perlu
memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga;
e. Calon persendirian: Ketua Pengawas
Peperiksaan perlu memaklumkan kepada
SPP, JPN;
f. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
memastikan Pengawas Peperiksaan
memakai pelitup separuh muka dan sarung
tangan pakai buang serta menggunakan
pensanitasi tangan;
g. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
memastikan pergerakan calon di antara
selang masa peperiksaan, waktu makan dan
rehat adalah tidak bertembung dengan calon
yang sihat;
h. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
memastikan ruang solat berasingan dari
calon yang sihat disediakan;
i. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
memastikan SJP dimasukkan ke dalam
sampul lut sinar yang dibekalkan dan proses
sanitasi dilaksanakan sebelum dibungkus;
dan

100

j. Bungkusan SJP hendaklah dibawa ke
dewan/bilik peperiksaan utama dan
diletakkan dalam kotak berasingan untuk
proses penghantaran ke bilik kebal.

10.11 Pengurusan Calon Diarahkan Kuarantin

10.11.1 Sebelum Tempoh Peperiksaan Bermula
a. Bagi calon yang diarahkan untuk menjalani
kuarantin, tindakan adalah seperti yang
berikut:
i. Calon Sekolah:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak sekolah dan
mengemukakan maklumat mengenai
kuarantin berserta dokumen berkaitan.
ii. Calon Persendirian:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak SPP, JPN tempat
calon mendaftar dan mengemukakan
maklumat mengenai kuarantin berserta
dokumen berkaitan.
b. Calon perlu menjalani kuarantin dan
dibenarkan menduduki peperiksaan bagi
kertas peperiksaan yang masih berlangsung
selepas tempoh kuarantin.
c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.

101

10.11.2 Semasa Tempoh Peperiksaan
a. Bagi calon yang diarahkan untuk menjalani
kuarantin, tindakan adalah seperti yang
berikut:
i. Calon Sekolah:
Sekiranya mendapat arahan kuarantin
semasa berada di rumah/asrama,
calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak sekolah.
ii. Calon Sekolah:
Sekiranya mendapat arahan kuarantin
semasa berada di pusat peperiksaan:
 Ketua Pengawas Peperiksaan
hendaklah menempatkan calon di
bilik peperiksaan khas;
 Pihak sekolah perlu menghubungi
ibu bapa/penjaga; dan
 Akur kepada arahan PKD untuk
tindakan selanjutnya.
iii. Calon Persendirian:
Sekiranya mendapat arahan kuarantin
semasa berada di rumah, calon/ibu
bapa/penjaga hendaklah menghubungi
pihak SPP, JPN tempat calon mendaftar.
iv. Calon Persendirian:
Sekiranya mendapat arahan kuarantin
semasa berada di pusat peperiksaan:
 Ketua Pengawas Peperiksaan
menempatkan calon di bilik

102

peperiksaan khas;
 Ketua Pengawas Peperiksaan perlu

menghubungi SPP, JPN; dan
 Akur kepada arahan PKD untuk

tindakan selanjutnya.
b. Calon perlu menjalani kuarantin dan

dibenarkan menduduki peperiksaan bagi
kertas peperiksaan yang masih berlangsung
selepas tempoh kuarantin.
c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.

10.12 Pengurusan Calon Disahkan Positif COVID-19

10.12.1 Sebelum Tempoh Peperiksaan Bermula
a. Bagi calon yang disahkan positif COVID-19,
tindakan adalah seperti yang berikut:
i. Calon Sekolah:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak sekolah dan
mengemukakan maklumat mengenai
kuarantin berserta dokumen berkaitan.
ii. Calon Persendirian:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak SPP, JPN tempat
calon mendaftar dan mengemukakan

103

maklumat mengenai kuarantin berserta
dokumen berkaitan.
b. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan
bagi kertas peperiksaan yang masih
berlangsung selepas tempoh kuarantin dan
disahkan sihat.
c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.
10.12.2 Semasa Tempoh Peperiksaan
a. Bagi calon yang disahkan positif COVID-19,
tindakan adalah seperti yang berikut:
i. Calon Sekolah:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak sekolah.
ii. Calon Persendirian:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak SPP, JPN tempat
calon mendaftar.
b. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan
dengan kadar segera status calon sekolah
yang disahkan positif COVID-19 kepada JPN.
c. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan
bagi kertas peperiksaan yang masih
berlangsung selepas tempoh kuarantin dan
disahkan sihat.
d. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.

104

e. Bagi calon yang sedang menjawab kertas

peperiksaan dan menerima pemakluman

pengesahan keputusan positif COVID-19,

tindakan yang perlu diambil adalah seperti

yang berikut:

i. Ketua Pengawas Peperiksaan

hendaklah memindahkan calon yang

disahkan positif COVID-19 ke bilik

isolasi;

ii. Calon dibenar untuk meneruskan

peperiksaan bagi kertas peperiksaan

yang sedang dijawab; dan

iii. Ketua Pengawas Peperiksaan

hendaklah melaporkan kepada PKD dan

akur arahan selanjutnya.

10.12.3 Calon lain yang berada di dewan/bilik peperiksaan

di mana terdapat kes positif COVID-19 hendaklah

ditempatkan di bilik peperiksaan khas atau bilik

peperiksaan alternatif untuk meneruskan

peperiksaan sementara proses sanitasi dilakukan.

10.12.4 Bagi calon sekolah dan calon persendirian yang

disahkan positif COVID-19, calon tidak dibenarkan

menduduki peperiksaan sehingga tamat tempoh

kuarantin dan disahkan sihat.

105

10.13 Pengurusan Calon Lain Yang Tidak Dijangkiti
COVID-19

10.13.1 Calon yang duduk berhampiran dengan tempat
duduk calon yang disahkan positif COVID-19
hendaklah dipindahkan ke bilik peperiksaan khas
untuk meneruskan peperiksaan.

10.13.2 Calon yang berada pada kedudukan yang jauh dari
tempat duduk calon yang disahkan positif
COVID-19 hendaklah dipindahkan ke bilik
peperiksaan alternatif untuk meneruskan
peperiksaan.

10.13.3 Semua calon yang terlibat dengan perpindahan dari
dewan/bilik peperiksaan akan diberikan gantian
masa menjawab.

10.13.4 Dewan/bilik peperiksaan yang telah digunakan oleh
calon positif COVID-19 hendaklah disanitasi oleh
pihak sekolah atau mengikut ketetapan PKD.

10.13.5 Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memberi
kerjasama kepada pihak PKD dalam membuat
pengesanan kontak rapat dan akur arahan
selanjutnya.

106

PELAKSANAAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

107

11. Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk
Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

11.1 Pendahuluan

11.1.1 Panduan Pelaksanaan Standard Kecergasan
11.1.2 Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) ini disediakan sebagai rujukan dan
panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah
rendah dan menengah di bawah KPM untuk
melaksanakan ujian SEGAK.
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016 Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK), surat siaran dan
arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

11.2 Peranan dan Tanggungjawab

Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat
adalah seperti berikut:

11.2.1 Pentadbir Sekolah
a. memaklumkan kepada guru bahawa ujian

SEGAK dibenarkan dengan mengambil kira
penjarakan fizikal, kebersihan dan
keselamatan;

108

11.2.2 b. mengadakan sesi taklimat prosedur
pelaksanaan ujian SEGAK kepada guru serta
warga sekolah;

c. menyebarluaskan prosedur dan panduan
pelaksanaan ujian supaya mudah dirujuk oleh
guru serta murid;

d. mendapatkan kebenaran bertulis daripada
ibu bapa/penjaga dan memaklumkan jadual
pelaksanaan ujian SEGAK kepada mereka;

e. memastikan murid yang bergejala tidak
dibenarkan mengikuti ujian SEGAK;

f. memastikan murid mempunyai imuniti badan
yang rendah telah mendapat kebenaran
daripada ibu bapa/penjaga sebelum
menjalani ujian SEGAK;

g. memastikan ujian SEGAK yang dijalankan
oleh guru mematuhi prosedur ujian yang telah
ditetapkan;

h. memastikan ujian SEGAK dilaksanakan
berdasarkan SOP yang sedang berkuat
kuasa dengan mengambil kira penjarakan
fizikal, kebersihan dan keselamatan; dan

i. memberi penekanan kepada aspek
kebersihan sebelum, semasa dan selepas
ujian dijalankan.

Guru Pendidikan Jasmani
a. merancang ujian SEGAK mengikut bilangan

murid yang boleh menjalani ujian pada satu-
satu sesi dan mengikut kesesuaian saiz

109

ruang ujian dalam kawasan sekolah dengan
mengambil kira penjarakan fizikal;
b. menyediakan pelan susun atur dengan
mengoptimumkan penggunaan ruang yang
bersesuaian seperti kawasan lapang
berbumbung, gelanggang atau dewan
dengan pintu dan tingkap dibuka untuk
pengudaraan;
c. menyediakan laluan terarah dan sehala di
kawasan ujian bagi mengawal pergerakan
murid pada satu-satu masa dan mengelakkan
kesesakan ruang; dan
d. melakukan sanitasi pada setiap permukaan
peralatan setiap kali sebelum dan selepas
digunakan oleh murid.

11.3 Pelaksanaan Ujian SEGAK

Pihak sekolah hendaklah memastikan perkara yang berikut
dilaksanakan:

11.3.1 Sebelum
a. kehadiran guru dan murid berdasarkan

kepada jadual dan penggiliran pelaksanaan
ujian SEGAK;
b. guru dan murid perlu mencuci tangan dengan
air dan sabun/pensanitasi tangan;
c. murid yang mempunyai suhu badan melebihi

110

11.3.2 37.5°C tidak dibenarkan menjalani ujian
SEGAK;
d. murid yang mempunyai gejala seperti
demam, batuk, selesema, sakit tekak atau
sesak nafas dan tidak sihat, tidak dibenarkan
menjalani ujian SEGAK sehingga sembuh;
e. melakukan sanitasi pada tapak kasut murid
dan guru sebelum masuk dan keluar dari
kawasan pelaksanaan ujian;
f. peralatan berada dalam keadaan bersih,
selamat dan disanitasikan;
g. peralatan disusun dengan mematuhi
penjarakan fizikal satu (1) hingga lima (5)
meter;
h. bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam
keadaan bersih; dan
i. bilangan murid yang menggunakan bilik
mandi/ persalinan/tandas dihadkan mengikut
kapasiti bilik.
Semasa
a. penjarakan fizikal tiga (3) hingga lima (5)
meter dan prosedur ujian perlu dipatuhi:
i. aktiviti memanaskan badan, regangan,

Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI),
ujian Naik Turun Bangku, Tekan Tubi
atau Tekan Tubi Ubah Suai, Ringkuk
Tubi Separa dan Jangkauan Melunjur;
dan
ii. semasa murid menunggu giliran untuk

111

melakukan ujian SEGAK.
b. maklumat disampaikan secara lisan tanpa

melibatkan sentuhan fizikal. Sekiranya
penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan
atau sentuhan tidak dapat dielakkan,
pemakaian pelitup separuh muka dan
mencuci tangan dengan air dan
sabun/pensanitasi tangan perlu diamalkan;
c. guru hendaklah sentiasa membasuh tangan
dengan air dan sabun/pensanitasi tangan
semasa dan selepas mengendalikan setiap
murid;
d. murid hendaklah membawa air minuman,
pakaian, tuala muka, peralatan peribadi
sendiri dan alat tulis serta tidak dibenarkan
berkongsi dengan murid lain;
e. Murid hendaklah menulis sendiri skor
dapatan SEGAK setiap ujian pada borang
SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau
Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM);
f. guru dan pembantu hendaklah memakai
pelitup separuh muka semasa pelaksanaan
SEGAK. Murid yang sedang menjalani ujian
SEGAK tidak perlu memakai pelitup separuh
muka;
g. tilam senaman ditutup dengan bahan kalis air
yang boleh disanitasi berulang kali atau lapik
pakai buang;
h. span bagi ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi

112

11.3.3 Ubah Suai hendaklah dibalut dengan bahan
kalis air agar mudah disanitasi setiap kali
selepas digunakan;
i. memastikan murid memakai stoking dan
kasut yang bersih bagi ujian Naik Turun
Bangku, Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah
Suai dan Ringkuk Tubi Separa; dan
j. memastikan murid memakai stoking bagi
Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) dan
ujian Jangkauan Melunjur.
Selepas
a. peralatan dibersihkan/disanitasi dan
disimpan dengan baik selepas digunakan;
b. ruang/tempat yang digunakan dibersihkan
selepas aktiviti dijalankan;
c. murid tidak dibenarkan bersentuhan dan
bersalaman selepas tamat aktiviti;
d. murid dan guru perlu mencuci tangan dengan
air dan sabun/pensanitasi tangan selepas
tamat aktiviti; dan
e. murid dan guru perlu meninggalkan kawasan
aktiviti dengan kadar segera selepas tamat
aktiviti.

11.4 Penyesuaian Prosedur Ujian SEGAK Berdasarkan Buku
Panduan SEGAK 2016

Jawatankuasa hendaklah memastikan prosedur berikut
dilaksanakan:

113

11.4.1 Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI):
11.4.2 Guru sahaja dibenarkan untuk mengukur tinggi dan
menimbang berat badan murid.
11.4.3 Ujian Naik Turun Bangku 3 Minit:
11.4.4 Seorang pelaku sahaja dibenarkan pada satu
11.4.5 bangku dan pembantu berdiri satu (1) hingga tiga
(3) meter di hadapan pelaku.
Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai:
Pembantu berada satu (1) hingga tiga (3) meter di
hadapan pelaku.
Ujian Ringkuk Tubi Separa:
Pembantu berada satu (1) hingga tiga (3) meter di
hadapan pelaku.
Ujian Jangkauan Melunjur:
a. guru sebagai pembantu untuk membaca jarak

yang dicapai murid; dan
b. guru tidak perlu menyentuh lutut murid

semasa murid melakukan ujian.

114

Penutup
Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
Dalam Norma Baharu 2.0 ini diharap dapat memastikan pengurusan dan
pengoperasian sekolah serta proses PdP berjalan dengan lancar.
JPN dan PPD hendaklah memantau pelaksanaan pengurusan sekolah
di negeri dan daerah masing-masing bagi memastikan pematuhan
kepada garis panduan ini. Pihak sekolah dinasihatkan untuk
menghubungi PKD bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan
jangkitan COVID-19 di daerah masing-masing.
Sekiranya kerajaan mengisytiharkan sekolah ditutup semula kerana PKP,
maka JPN dan PPD perlu memastikan pihak sekolah melaksanakan
PdPR sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, setelah tamat
tempoh PKP, pengurusan dan pengoperasian semula sekolah masih
tertakluk kepada garis panduan ini.

115

LAMPIRAN

116

Lampiran 1

Pengurusan Asrama Sekolah

CARA PEMASANGAN PENGHADANG FABRIK

Penghadang fabrik dipasang dari tiang
bahagian kepala katil.

satu (1) meter

Nota:

1. Penghadang fabrik selebar satu (1) meter dipasang bermula dari tiang di

bahagian kepala katil di sisi kiri dan kanan dari lapik tilam tingkat atas ke
lapik tilam tingkat bawah katil dua tingkat.

2. Penghadang fabrik mesti disanitasi sekurang-kurangnya sekali sehari.

117

Lampiran 2

LETTERHEAD SEKOLAH

BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN

Nama Penuh Murid:
Tingkatan:
No Kad Pengenalan:
Nama Ibu bapa/Penjaga:
No Tel:

1. Adakah anak tuan/puan mengalami gejala-gejala berikut: Ya Tidak
Ya Tidak
Demam (Suhu badan: …………) Ya Tidak
Batuk Ya Tidak
Selesema Ya Tidak
Sakit Tekak Ya Tidak
Sesak Nafas Ya Tidak
Sakit Dada Ya Tidak
Menggigil
Hilang Deria Rasa
Lain lain: …………………………

2. Adakah anak tuan/puan pernah disahkan positif COVID-19? Ya Tidak
Ya Tidak
3. Adakah anak tuan/puan mempunyai kontak rapat dengan
individu yang disahkan positif COVID-19?

4. Adakah anak tuan/puan mempunyai kontak rapat kepada Ya Tidak
individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah?

5. Adakah anak tuan/puan sedang menjalani Perintah Kawalan Ya Tidak
Kuarantin di rumah seperti yang diarahkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia?

6. Adakah anak tuan/puan mempunyai ahli keluarga yang tinggal Ya Tidak
serumah dengan Patient Under Investigation (PUI) atau Person
Under Surveillance (PUS)?

7. Adakah anak tuan/puan melancong ke kawasan yang berisiko Ya Tidak
dalam tempoh 14 hari?
Jika YA, nyatakan tempat dilawati:
Tarikh :

8. Adakah anak tuan/puan pernah menghadiri majlis/perjumpaan Ya Tidak
yang dikaitkan dengan kes positif COVID-19?

Dengan ini saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.
Tandatangan Ibu bapa/Penjaga:
Tarikh:

Nota: Borang ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah semasa pendaftaran
masuk ke asrama

118

Lampiran 3

BORANG AKUAN PENGISYTIHARAN KESIHATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

A. MAKLUMAT DIRI MURID :
1. Nama Murid

2. No. Kad Pengenalan/No. MyKid :

3. Nama Ibu bapa/Penjaga :

4. No. Telefon Ibu bapa/Penjaga :

5. Murid tinggal di asrama (bulatkan) : YA / TIDAK

6. Jika menaiki VAN/BAS SEKOLAH sila nyatakan nombor pendaftaran kenderaan:

B. KEADAAN KESIHATAN TERKINI MURID DAN GEJALA BERKAITAN COVID-19

Anak/Anak jagaan saya mempunyai gejala seperti di bawah: YA TIDAK
1. Demam (suhu badan melebihi 37.5 ˚C).

2. Gejala Selesema

3. Gejala pernafasan akut seperti batuk/sakit tekak/sesak nafas.

4. Melakukan perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari bergejala.

5. Mempunyai kontak rapat kepada kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari bergejala.

6. Menghadiri majlis/perjumpaan yang mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19.

C. MAKLUMAT KESIHATAN MURID

MBK yang mempunyai masalah perubatan berisiko terhadap komplikasi COVID-19 yang serius.
Maklumat masalah perubatan MBK akan membantu guru membuat keputusan kehadiran ke
sekolah bagi mengurangkan risiko MBK mendapat jangkitan COVID-19.

Anak/Anak jagaan saya mempunyai masalah perubatan seperti berikut: YA TIDAK
1. Penyakit paru-paru yang kronik.
2. Penyakit asma yang sederhana teruk dan teruk.
3. Penyakit jantung yang serius.
4. Penyakit kencing manis.
5. Penyakit buah pinggang yang menjalani dialisis.
6. Penyakit hati.
7. Mengalami kekurangan zat makanan serius.

119

8. Mempunyai imuniti yang rendah (immunocompromised) termasuk: YA TIDAK
i. di bawah rawatan steroid.

ii. mempunyai kanser dan sedang dalam rawatan kanser.

iii. mempunyai penyakit HIV/AIDS yang tidak terkawal.

iv. menjalani pemindahan organ dalam masa terdekat (1 hingga 2 tahun).

v. sedang dalam pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan imuniti
badan yang rendah.

D. KESEDARAN MURID MENGENAI COVID-19 DAN PENJAGAAN KEBERSIHAN KENDIRI

Kesedaran dan kefahaman mengenai COVID-19 serta keupayaan MBK untuk YA TIDAK
melaksanakan langkah kebersihan adalah penting bagi mencegah jangkitan
COVID-19.

i. Mencuci tangan dengan kerap dengan menggunakan air dan sabun atau
pensanitasi tangan.

ii. Memakai pelitup separuh muka.

iii. Mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter.

iv. Mengelak daripada menyentuh bahagian muka dengan kerap.

v. Mengelak daripada berkongsi cawan, perkakas makanan, makanan dan
minuman dengan orang lain.

vi. Menjaga kebersihan diri tanpa bantuan (mengelap air liur meleleh, boleh
berdikari pergi ke tandas, mengelap hingus dan lain-lain yang melibatkan
kontak rapat).

E. PERAKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya memperaku dan mengisytiharkan bahawa maklumat kesihatan yang diberikan berkenaan
anak/anak jagaan saya adalah BENAR bagi melindungi serta menjamin keselamatan anak/anak
jagaan saya atau orang lain daripada risiko jangkitan COVID-19 semasa berada di kawasan sekolah.

Diperakukan oleh, Disahkan oleh,

Tandatangan: Tandatangan dan cop rasmi:
Nama: Nama:
(Ibu bapa/Penjaga) (Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/
Tarikh: Penyelaras Pendidikan Khas)

Tarikh:

120

Lampiran 4

PELAN TEMPAT DUDUK

PUSAT PEPERIKSAAN AWAM MENGIKUT
KESESUAIAN KELUASAN DEWAN ATAU BILIK

PEPERIKSAAN

Meja Ketua 1.5 meter Meja Ketua
Pengawas Pengawas
Peperiksaan Peperiksaan

1.5 meter

1.5 meter Meja 1.5 meter Meja 1.5 meter
calon calon

1.5 meter

Nota:
1. Meja tidak boleh disusun rapat ke dinding.
2. Bilangan meja disusun mengikut kapasiti bilik.

121

Lampiran 5
PELAN TEMPAT DUDUK BILIK PEPERIKSAAN KHAS

Meja
Pengawas
Peperiksaan

dua (2) meter atau lebih

Meja dua (2) meter atau
calon lebih

dua (2)
meter
atau
lebih

122

Lampiran 6

BORANG DEKLARASI SARINGAN COVID-19

PEPERIKSAAN: __________________________ TAHUN: ___________
Nama:
No.Kad Pengenalan:
Angka Giliran:
No. Telefon:
No. Telefon Waris:

Panduan: Sila lengkapkan semua bahagian.

RISIKO (TANDAKAN ) YA TIDAK

1. Adakah anda baru balik dari melawat LUAR NEGARA dalam tempoh 14 hari yang
lepas?

Jika YA, nyatakan negara yang dilawati:

2. Adakah anda pernah menghadiri acara atau mengunjungi mana-mana tempat
yang melibatkan kes yang disyaki atau positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari
yang lepas?

3. Adakah anda ada KONTAK RAPAT dengan individu disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari
yang lepas?
a. Bekerja/bersemuka dalam ruang tertutup yang sama, dalam jarak kurang
dari 1 meter melebihi 15 minit?
b. Menaiki kenderaan yang sama melebihi 2 jam dalam jarak
2 kerusi (2 meter) dari individu positif COVID-19?
c. Tinggal serumah dengan individu yang disahkan positif
COVID-19?
d. Berada bersama di dalam bilik tertutup yang menggunakan pendingin
hawa lebih dari 2 jam?

e. Memberi rawatan atau melawat pesakit positif COVID-19 tanpa
menggunakan alat perlindungan diri yang sesuai?

4. Adakah anda melakukan Ujian Calitan (Swab Test)?
Jika Ya, nyatakan:
Tarikh Ujian Calitan:______________ Keputusan Ujian Calitan:_________

5. Adakah anda menjalani kuarantin?
Jika Ya, nyatakan tarikh tamat tempoh kuarantin? ____________

6. Adakah anda mempunyai gejala-gejala berikut?

a. Demam

b. Batuk

c. Selesema
d. Sakit tekak

e. Sesak nafas

Tandatangan Calon: _______________________________

Tarikh: __________________________________________

Sila serahkan borang ini kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada setiap hari anda hadir di pusat peperiksaan.
Terima kasih atas kerjasama dan kejujuran anda melengkapkan borang dengan maklumat yang tepat.

123

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version