MELANGKAH KE KEBUN Fathanah Rashid
Dahulu kala, terdapat seorang budak perempuan bernama Maya. Maya tinggal di bandaraya Kuala Lumpur dan dia berumur 10 tahun. Cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Ianya sangat istimewa dan berbeza pada kali ini.
TAMAN CEMPAKA Hal ini demikian kerana, ibu bapa Maya ingin menghantarnya untuk tinggal bersama datuk di kampung, Taman Cempaka. Tujuan ibu bapa Maya mengambil keputusan sedemikian adalah untuk memberi pengalaman baru kepada Maya. Tambahan pula, datuknya yang dikenali dengan nama Tok Mat mempunyai tanah kebun yang luas di dalam kampung itu.
Ibu bapa Maya menghantarnya pulang ke kampung dengan menaiki kereta. Sesampainya Maya di kampung, atok mengajak Maya untuk makan pagi bersama-sama sambil berbual-bual. Bagaimana dengan keadaan kamu, Maya?
Keadaan saya sangat baik, atok jangan risau.
Okey, baguslah kalau begitu.
Lega atok mendengarnya.
Sebenarnya, hari ini atok merancang untuk mengajak kamu berkelah di kebun atok.
Wah, seronoknya. Saya berasa sangat teruja.
Jom atok, kita teruskan rancangan itu.
Okey, boleh. Kita habiskan makanan terlebih dahulu sebelum bertolak.
Selepas selesai makan, atok dan Maya mengemas kelengkapan yang perlu dibawa untuk berkelah seperti bekal makanan, tikar, pengait, sabit, bakul dan peti pertolongan cemas. Tanpa membuang masa, mereka memulakan perjalanan ke kebun.
Di pertengahan jalan, mereka bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang bermain di halaman rumahnya. Assalamualaikum Malik. Sudah lama kita tidak berjumpa.
Waalaikumussalam atok. Iya, sebab sekarang cuti sekolah, jadi baru boleh datang ke sini.
Atok hendak ke mana ini?
Atok hendak ke kebun untuk berkelah dengan cucu atok, Maya.
Jom Malik sertai kami.
Wah, terima kasih atok kerana sudi mengajak Malik.
Jom kita teruskan perjalanan.
Untuk pengetahuan Maya, Malik merupakan cucu Tok Min.
Ini merupakan kali kedua Malik datang ke kebun atok.
Ouh, begitu. Gembira dapat berkenalan dengan awak, Malik.
Gembira juga dapat berkenalan dengan awak, Maya.
Atok sering bercerita tentang awak.
Sepanjang perjalanan, mereka menemui pelbagai jenis flora dan fauna. 30 minit kemudian, mereka sampai di kebun.
Maya dan Malik menghampar tikar dan mengeluarkan semua barang yang mereka bawa. Atok pula meronda di sekeliling kebunnya sambil mencantas semak samun. Mereka datang pada waktu yang tepat kerana pokok buah-buahan di kebun atok berbuah dengan lebat.
Antara pokok yang terdapat di situ ialah pisang, jambu dan mangga. Mereka mengutip buah-buahan bersama-sama dan memasukkannya ke dalam bakul. Ianya lebih menyeronokkan lagi apabila Malik memutuskan untuk memanjat pokok bagi mendapatkan buah yang segar.
Namun, nasib malang menimpa Malik. Semasa Malik cuba mencapai buah yang tinggi di atas pokok, dia tergelincir dan terjatuh. Maya dan atok sangat terkejut dan terus meluru ke arah Malik. Auchhh
Malik tercedera sedikit di bahagian lutut serta mengalami sedikit kesukaran untuk bergerak. Mereka bernasib baik kerana mereka membawa peti pertolongan cemas. Atok menunjukkan cara-cara untuk merawat luka tersebut.
Pertama sekali, alirkan air bersih pada luka.
Selepas itu, keringkan dengan kain bersih dan lembut.
Kemudian, bersihkan keliling luka dengan kapas atau guna kain bersih dan lembut yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
Langkah terakhir, balut dengan kain bersih atau pembalut.
Ouh, begitu. Saya dapat ilmu baru hari ini.
Bagaimana dengan keadaan kamu sekarang Malik?
Saya okey, cuma cedera ringan sahaja. Jadi, jangan risau.
Atok terlupa untuk mengingatkan kamu tadi supaya lebih berhati-hati.
Ini kerana, pokok buah-buahan ini mempunyai lumut pada batang pokok, jadi ia sangat licin.
Tidak mengapa atok, ia bukan salah atok.
Ini merupakan pengalaman baru untuk saya supaya berhati-hati pada masa depan.
Selepas selesai makan dan berehat, mereka berkongsi buah yang mereka kumpul tadi. Ketika matahari terbenam, mereka bertiga pulang ke rumah.
MELANGKAH KE KEBUN Product ion By : Studio Shodwe www.great s i te.com Melangkah ke Kebun mengi sahkan tentang seorang budak perempuan yang t inggal di bandar bernama Maya. Maya pulang ke kampung semasa cut i per sekolahan untuk t inggal ber sama datuknya, Tok Mat . Cut i per sekolahan pada kali ini berbeza kerana Maya diberi peluang dan pengalaman baru untuk berkelah di kebun datuknya untuk per tama kali. Adakah segalanya berjalan lancar semasa perkelahan ter sebut ? Ikut i buku ceri ta kanak-kanak ‘Melangkah ke Kebun’ untuk ceri ta penuh.