The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Folio Ciri-Ciri Teater Bangsawan ini telah disediakan oleh Syed Muhammad Danial bin Said Zaidi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYARIFAH FARAH SYAZLEEN BINTI SAID ZAIDI KPM-Guru, 2023-06-05 03:23:22

CIRI-CIRI TEATER BANGSAWAN

Folio Ciri-Ciri Teater Bangsawan ini telah disediakan oleh Syed Muhammad Danial bin Said Zaidi.

Pengkhususan Seni Teater Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia Perak Disediakan oleh : Syed Muhammad Danial bin Said Zaidi


Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian yang menggabungkan elemen-elemen lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Ia dimainkan di atas pentas proscenium menggunakan teknologi yang dibawa masuk dari Barat seperti sistem pencahayaan pentas dan juga penggunaan props realistik. Bangsawan juga dikenali sebagai satu bentuk teater yang menggunakan tirai latar, dipersembahkan dalam lakonan stylized, serta diiringi dengan pengucapan berirama. Bangsawan merupakan teater pertama yang dipersembahkan secara professional berbanding kesenian Makyong dan Wayang Kulit. PENGENALAN


CIRI-CIRI TEATER BANGSAWAN Muzik, Tarian dan Nyanyian Lakonan Lawak Jenaka Gurindam/ Syair/Pantun Bahasa dan Pengucapan Berirama Tirai Latar, Sebeng dan Mahkota Alam AdatIstiadat Tarik Nasib Extra-Turn Tasmat Tauke Panggung


MUZIK, TARIAN & NYANYIAN Muzik, tarian dan nyanyian dapat memperindahkan persembahan bangsawan Sepanjang babak mahupun segmen extra-turn Ketiga-tiga elemen ini berkait antara satu sama lain bagi menghiburkan penonton Dalam babak, repertoire muzik, tarian dan nyanyian bergantung kepada jalan cerita Dalam extra-turn, pemilihan muzik, tarian dan nyanyian mengikut kehendak pengarah atau permintaan semasa


Lakonan bangsawan mempunyai keunikan yang tersendiri apabila menampilkan cara improvisasi dan stylized. Kedua-dua gaya lakonan ini menjadikan bangsawan sebagai sebuah kesenian yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Pada masa silam, pelakon-pelakonnya mempelajari ilmu lakonan menerusi kaedah latih-pandang. LAKONAN


Latih-pandang merujuk kepada cara pelakon baharu zaman silam mempelajari cara lakonan bangsawan daripada pelakon yang lebih lama. Pelakon baharu meneliti dan mempelajari watak pilihan mereka dan melakukan peniruan. Tempoh latih-pandang memakan masa berbulan-bulan. Pelakon baharu hanya boleh memegang watak berkenaan apabila pengarah berpuas hati dengan hasil peniruan yang dilakukan. Apa itu latih-pandang?


LAWAK JENAKA Lawak jenaka menjadi pelengkap dalam persembahan bangsawan. Lawak jenaka dapat menjadikan persembahan bangsawan sebagai sebuah teater yang menampilkan semua corak emosi dalam apa saja cerita yang disampaikan dalam segmen extra-turn. Ia sebagai strategi untuk menjadikan penonton berminat untuk menonton persembahan sehingga tamat.


Puisi tradisional seperti gurindam dan syair disampaikan dalam kisah bangsawan Melayu sewaktu bahagian pembukaan Fungsi utama adalah untuk menyampaikan sinopsis cerita kepada penonton. Contoh, lirik dalam puisi biasanya menyebut nama Sultan dan kerajaan yang diperintah Berfungsi juga untuk menyatakan secara ringkas tentang konflik cerita yang dipersembahkan GURINDAM/SYAIR/ PANTUN


Dalam persembahan bangsawan, cara pengucapan watak menggambarkan kedudukannya dalam kelompok masyarakat Golongan istana bercakap dengan cara yang halus dan teratur, manakala golongan rakyat bercakap dengan cara kolokial Apabila golongan rakyat bertemu dengan golongan istana, mereka akan bertutur dengan cara yang halus dan teratur BAHASA DAN PENGUCAPAN BERIRAMA


Penggunaan tirai yang sangat sinonim dengan persembahan bangsawan menyebabkan persembahan ini turut dinamakan sebagai drama tirai. Kualiti kumpulan bangsawan pada masa silam diukur daripada jumlah tirai yang dimiliki. Tempoh untuk menyiapkan sebuah tirai mengambil masa beberapa minggu dengan kos pembikinan yang tinggi. Jumlah tirai yang dimiliki menandakan status ekonomi sesebuah kumpulan bangsawan. TIRAI LATAR, SEBENG DAN MAHKOTA ALAM


Tirai Latar •Tirai latar adalah lukisan pemandangan di atas kain atau kanvas yang digantung di pentas sebagai latar kepada babak dalam pementasan bangsawan. Saiz tirai latar adalah pelbagai bergantung kepada ketinggian dan kelebaran proscenium. Sebeng •Sebeng merupakan tirai lukisan yang dipasang di kiri dan kanan pentas bagi memberikan perspektif dimensi dari sudut pandangan penonton. Oleh sebab lukisan pada tirai latar bersifat mendatar, kewujudan tirai sebeng akan memberikan ilusi perspektif tiga dimensi. Mahkota Alam •Mahkota alam merupakan tirai paling hadapan yang dipasang bagi menutup bingkai proscenium dan nama kumpulan dipasang di bahagian tengah atas mahkota alam. Tanpa mengira keluasan pentas, pemasangan mahkota alam menentukan batasan penggunaan ruang pentas. Mahkota alam merupakan bingkai hadapan pentas dari sudut pendangan penonton


•Adat berpakaian mempunyai peraturan tertentu. Terdapat perbezaan dalam cara pemakaian baju dan keris dalam kalangan keluarga Diraja dan Pembesar Istana. •Adat bertutur yang telah diterangkan dalam bahagian Bahasa dan Pengucapan Berirama. Adat berpakaian dan bertutur •Adat menyembah raja termasuklah tatacara untuk masuk dan menghadap di hadapan raja khususnya daripada segi perlakuan dan tutur bicara. •Contoh adat menyembah raja seperti melangkah 3 tapak kemudian duduk untuk mengangkat sembah. Adat menyembah raja ADAT-ISTIADAT


Nyanyian tarik nasib akan didendangkan untuk meratapi situasi sedih Menyuarakan rintihan, rayuan, kekesalan dan kesedihan terhadap nasib malang yang dihadapi Tarik nasib biasanya dinyanyikan oleh watak utama dalam persembahan Contoh watak Seri Panggung, Permaisuri, Orang Muda atau Sultan Boleh dinyanyikan oleh watak lain berdasarkan jalan cerita yang disampaikan TARIK NASIB


Extra-turn merupakan ciri unik dalam kesenian bangsawan. Segmen extra-turn atau persembahan selingan berlaku apabila tirai diturunkan sementara menunggu pertukaran babak. Pelbagai persembahan boleh dilakukan untuk mengisi segmen ini. Persembahan extra-turn tidak mempunyai kaitan dengan jalan cerita bangsawan yang dipersembahkan di belakang tirai. Fungsi extra-turn adalah untuk menarik perhatian penonton dan menahan mereka daripada meninggalkan persembahan lebih awal. EXTRA-TURN


Tasmat merupakan elemen kesan khas atau disebut sebagai unsur kekaguman dalam persembahan bangsawan Tasmat yang dilakukan dengan teliti dan berhatihati akan menunjukkan kemegahan sebuah produksi menerusi penciptaan unsur keajaiban di atas pentas Tasmat bertujuan menimbulkan perasaan kagum dan teruja dalam hati penonton Unsur tasmat tidak dilakukan dengan kerap dan mungkin hanya sekali sahaja sepanjang pementasan supaya ia kekal sebagai kejutan. TASMAT


TAUKE PANGGUNG Watak tauke panggung kerap dimunculkan dalam segmen extra-turn Tujuannya untuk mengalu-alukan ketibaan para penonton dan mengucapkan terima kasih atas sambutan yang diberikan Tauke panggung sebagai juruacara persembahan Jika kerja set dan props masih belum disiapkan di belakang tirai, tauke panggung akan meneruskan komunikasi bersama penonton di hadapan tirai Tauke panggung berfungsi sebagai pelawak yang membuat persembahan lawak jenaka semasa segmen extraturn


GAMBAR-GAMBAR TEATER BANGSAWAN


Halimi bin Mohamed Noh, H. b. (2016). SENI TEATER TINGKATAN 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Marlenny Deenerwan, H. T. (2019). Pengkhususan Seni Teater Tingkatan 4. Selangor: Unggul Printing (KL) Sdn.Bhd. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version