The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Raja Berperlembagaan Simbol Perpaduan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raziqmaster45, 2022-05-14 11:28:08

E-FOLIO KUMPULAN 6

Raja Berperlembagaan Simbol Perpaduan

SESI II 2021/2022

DKM5A

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)

RAJA BERPERLEMBAGAAN SIMBOL PERPADUAN
(KUMPULAN 6)

PENSYARAH
EN. MOHD ASRI BIN ABD. GHANI

AHLI KUMPULAN
1. MUHAMMAD IZHAM RAZIQ BIN MOHD FAIZUL (23DKM19F2019)
2. MUHAMMAD MUHIDIN BIN BEDOH LAHATA (23DKM19F2020)

3. MUHAMMAD SALAHUDDIN SHAH BIN MOHD NOR (23DKM19F2023)

UNIT ISI KANDUNGAN M/S
1.0 1
KANDUNGAN
2.0 PENGHARGAAN 2-3
3.0 4
4.0 PENGENALAN 5-6
4.1 OBJEKTIF 7
4.2 8
4.3 PENGENALAN INSTITUSI BERAJA 9
4.4 KOMPONEN PARLIMEN 9
5.0 10
6.0 IMBANGI KEGAWATAN POLITIK 11
MEMELIHARA HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
7.0 12
8.0 MENJAGA KEPENTINGAN MASYARAKAT 13
CABARAN MENGEKALKAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
KEPENTINGAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DALAM NEGARA

DEMOKRASI
KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGHARGAAN

Assalamulaikum dan selamat sejahtera , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya
dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Encik Mohd Asri Bin Abdul Ghani pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika Dan
Peradaban (MPU21302), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu,Tidak lupa juga
penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental
sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna .

1

2.0 PENDAHULUAN Justeru itu ruang-lingkup dan tumpuan artikel ini tidak
hanya peruntukan-peruntukan perlembagaan sahaja2 .
Konsep raja berperlembagaan (constitutional Amalan-amalan perlembagaan yang konsisten selama
monarchy) timbul sebagai implikasi tuntutan dan ini juga akan turut dibincangkan. Di dalam undang-
batasan demokrasi khususnya kedaulatan rakyat undang perlembagaan, amalan atau konvensyen
yang mahukan kuasa ditentukan oleh rakyat adalah penting kerana ia menjelaskan atau
terbanyak. Dengan demikian ada beberapa ciri yang melengkapkan aspek-aspek yang samar atau tidak
menjadikan konsep tersebut bersifat sejagat. jelas; sama ada yang berpunca dari tidak wujudnya
Bagaimanapun ada aspek-aspek tertentu yang peruntukan perlembagaan atau apabila peruntukan-
menjadikan konsep raja berperlembagaan dalam peruntukan yang ada kabur atau saling bertentangan
sesebuah negara itu unik dan tersendiri. Inilah yang satu sama lain.
terdapat di Malaysia .
Akhir ini terlalu banyak suara sumbang berkenaan
Sebahagian besar daripada dasar dan kesahan
(legitimacy) institusi tradisi seperti sistem beraja atau institusi Raja kita. Adakah mereka ini cuba untuk
monarki berkait rapat dengan sejarah negara
berkenaan. Selain tidak menyalahi demokrasi ini merubah sistem yang sudah kita dokong beratus-ratus
semua, sebagaimana di negara-negara monarki
lainnya, memberikan negara ini identiti dan jati dirinya. tahun yang lalu atau mereka ini mengamalkan politik
Monarki juga adalah lambang perpaduan negara dan
kesinambungan masa lalu. populis untuk menarik perhatian masyarakat selepas

merasakan diri sudah tidak mendapat tempat lagi di

hati pengundi? Kita sama-sama meneliti apakah

kepentingan institusi beraja ini. 2

Tidak dinafikan kepemimpinan beraja adalah antara sistem Peranan utama Raja adalah memberi kepemimpinan dan
kepemimpinan tertua di dunia. Pada hari ini, 193 negara menjadi contoh teladan, di samping memberikan panduan
berdaulat merangkumi 192 negara anggota Pertubuhan untuk disandarkan harapan serta memberi naungan.
Bangsa-Bangsa Bersatu dan Vatican. Daripada jumlah itu,
hanya 44 negara yang memilih sistem beraja. Daripada 44 Hakikatnya, Raja dihormati - dimuliakan, dinobatkan -
negara itu, 16 daripadanya mengiktiraf Ratu Elizabeth II didaulatkan, kerana raja diiktiraf untuk memiliki segala
sebagai Raja Pemerintah di bawah sistem Raja kelebihan, baik dari segi akal bicara, kebijakan, hikmah,
Berperlembagaan, di samping baginda melantik Gabenor kegagahan, pengetahuan, sahsiah, keberanian, malah
Jeneral mewakilinya di 15 negara lain. Sebanyak 16 negara lagi mempunyai keupayaan mengatasi segala cabaran.
mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, lima sistem
separa autonomi, manakala tujuh negara mengamalkan sistem Sistem Raja Berperlembagaan ditafsirkan sebagai
Raja secara mutlak. perkongsian kuasa antara Raja dan rakyat. Raja menjadi
sumber rujukan ketika berlakunya krisis dalam kalangan
Analisis taburan secara geografi menunjukkan dalam kalangan rakyat. Raja memastikan bahawa berlakunya secara adil
negara yang mempunyai Raja, 11 terletak di Eropah, tiga di mekanisme semak dan imbang antara cabang perundangan
Afrika dan 14 di Asia, sementara enam negara Oceania dan 10 eksekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan
negara yang terletak di sekitar benua utara. Sepuluh negara institusi demokrasi dalam negara.
yang mengamalkan sistem beraja ini adalah negara Islam,
sembilan di Asia dan satu di Afrika. Secara teorinya, Raja bertindak berasaskan nasihat pimpinan
kerajaan pilihan rakyat. Namun, Raja tidak harus berasa
Takhta kerajaan dan Raja pemerintah adalah satu bentuk tertekan dan tidak semestinya memberi penekanan jika
rangkaian institusi dan individu; ia melambangkan jawatan dan nasihat yang disembahkan bercanggah dengan semangat
kuasa, di samping menjadi ikon perwatakan Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-
kebertanggungjawaban dalam memberi nafas dan pengisian undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat.
kerohanian kepada institusi itu.
3

3.0 OBJEKTIF
➢ Memberi justifikasi sejarah pembentukan Raja-Raja Melayu
➢ Mengaplikasikan pemahaman yang lebih mendalam tentang raja berperlembagaan symbol

perpaduan rakyat
➢ Memberikan pencerahan berkenaan cabaran yang dihadapi bagi membentuk perpaduan negara

daripada system Raja Berperlembagaan
➢ Mengutarakan kepentingan menghormati Raja-Raja Melayu
➢ Kesan tidak menghormati Perlembagaan Negara

4

3.0 PENGENALAN INSTITUSI BERAJA

Institusi raja mempunyai kedudukan selesa dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri.
Perkara 32 mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara. Pengisytiharan ini
tentunya bersebab.
Ia bukanlah sengaja diada-adakan. Sejarah awal kedudukan Raja Melayu perlu dihayati oleh seluruh rakyat
negara ini. Begitu juga dengan sejarah kemerdekaan negara. Dalam proses mencapai kemerdekaan dan
menggubal Perlembagaan Persekutuan, terma rujukan yang diberikan kepada Suruhanjaya Reid
menyatakan dengan jelas kemestian menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu.
Ia juga antara syarat kemerdekaan. Fakta sejarah jelas menyokong pengisytiharan ini. Hakikat sejarah ini
yang tidak boleh dinafikan. Dalam Perlembagaan, baginda Yang di-Pertuan Agong secara undang-
undangnya menganggotai tiga institusi kerajaan, iaitu badan eksekutif, perundangan dan juga memainkan
peranan berkaitan badan kehakiman. Pada peringkat negeri, kedudukan Raja-Raja Melayu adalah lebih
kukuh.

5

6

4.1 KOMPONEN PARLIMEN

Raja-Raja memegang kuasa eksekutif yang penting.
Menurut Perkara 39 kuasa eksekutif terletak hak atau
dikuasai sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa ini boleh dilaksana oleh baginda sendiri, atau
jemaah menteri atau mana-mana menteri atau mana-
mana orang yang dibenarkan oleh Parlimen. Oleh itu,
segala urusan negara dilakukan di bawah kuasa
baginda, dengan frasa 'Urusan Seri Paduka Baginda.'

Berkaitan badan perundangan, Perkara 44
menyatakan bahawa baginda adalah salah satu
komponen Parlimen. Baginda mempunyai kuasa
memanggil, menangguh dan membubar Dewan. Kuasa
ini disebut dalam Perkara 55. Kuasa berkaitan
memanggil dan menangguhkan Parlimen adalah kuasa
yang dilaksana mengikut nasihat, tetapi kuasa
membubar Dewan adalah kuasa budi bicara baginda
yang disebut di bawah Perkara 40(2)(b).

7

4.2 IMBANGI KEGAWATAN POLITIK

Berkaitan badan Perundangan juga, Raja akan hanya memainkan peranan apabila keadaan genting, terutama
apabila tiada bilangan kerusi majoriti selepas pilihan raya dan kemungkinan wujudnya pertelingkahan dalam
kalangan parti politik. Sebagai institusi di luar parti politik, institusi Raja boleh menjaga dan mengimbangi
keadaan.

Pendek kata, institusi Raja memainkan peranan apabila keadaan negara sudah tidak selamat dan berada di luar
kawalan parti politik atau sistem demokrasi.

Berhubungan juga Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Ini dimaktubkan di
bawah Perkara 41. Mungkin dalam keadaan negara makmur, aman dan sejahtera, ada antara kita yang tidak
menghargai kepentingan peruntukan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera.

Ditambah pula peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera tidak pernah
menjadi isu hangat. Walaupun begitu peranan dan fungsi Raja dalam hal ini ia hendaklah diketahui dan diberi
perhatian sewajarnya oleh setiap lapisan masyarakat. Ia amat penting ketika negara menghadapi kesukaran
politik atau juga serangan dan ancaman dari dalam atau luar negara, atau dengan kata mudah, sekiranya
berlaku rampasan kuasa.

8

4.3 MEMELIHARA HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU 4.4 MENJAGA KEPENTINGAN MASYARAKAT

Dari aspek perpaduan negara Yang di-Pertuan Agong Sekiranya diteliti dengan baik, dan diterima dengan
bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan rasional Perkara 153 ini adalah aspek penting yang
dan hak istimewa orang Melayu dan masyarakat anak membolehkan kita merdeka. Ketika bersetuju
negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu,
kaum-kaum lain. Ini dapat dilihat dalam Perkara 153. British amat mementingkan kedudukan dan
perpaduan semua pihak di Tanah Melayu. British
Sepanjang pemerhatian saya, Perkara 153 ini telah membenarkan kemerdekaan apabila benar-benar
disalah anggap. Ia diaktakan sebagai peruntukan yang pasti wujudnya perpaduan.
membeza-bezakan antara warganegara. Keistimewaan
yang diberikan kepada bangsa Melayu dalam Perkara Selain itu, pengisian Perkara 153 juga telah
153 ini sering dianggap sebagai diskriminasi kepada dibincangkan dengan terperinci sekali. Ini dapat dilihat
kaum lain dan seterusnya telah mempertikaikannya. dalam dokumen sejarah sejak dari Perjanjian
Salah anggap ini berlaku kerana Perkara 153 dibaca Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi.
sebahagiannya sahaja, dan tidak difahami dengan
sepenuhnya dari segi sejarah dan rasional. Dalam Perkara 153, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab menjaga kepentingan semua
kelompok masyarakat Malaysia. Baginda adalah 9
simbol kepada perpaduan masyarakat Malaysia.
Justeru Perkara 153 ini sepatutnya menjadi asas
kepada perpaduan masyarakat; bukan punca
perpecahan.

5.0 CABARAN MENGEKALKAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Cabaran terhadap Institusi Raja hari ini sangat berbeza daripada apa yang berlaku sebelum ini. Perlembagaan
Negara memperuntukan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Peranan
dan kedaulatan institusi Raja adalah dipelihara oleh Undang-undang Negara. Namun, kedudukan Institusi Raja
pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh segelintir masyarakat yang
menidakkan peranan Institusi Raja itu sendiri,akibat daripada pengaruh permainan politik dan perebutan kuasa.
Antara cabaran-cabarannya ialah:

❖ Hari ini masyarakat mula mempertikaikan peranan dan kedailatan raja-raja secara terang-terangan .

❖ Ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Institusi Raja di Malaysia .

❖ Berlakunya pertembungan di antara nilai lama dengan nilai moden yang dibawa arus globalisasi sehingga
meletakkan masyarakat berada dalam keadaan dilemma krisis nilai .

❖ Kegiatan politik yang cuba meruntuhkan Raja Berperlembagaan

10

6.0 KEPENTINGAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mengamalkan sebuah sistem unik iaitu konsep raja perlembagaan
yang bermaksud kuasa raja yang dibatasi oleh perlembagaan. Raja Berpelembagaan juga bermaksud kerajaan
yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.Raja
Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Yang di-
pertuan Agong merupakan ketua utama negara. Namun, apakah kepentingan raja berperlembagaan dalam
sebuah negara demokrasi?

Pertama sekali konsep raja berperlembagaan memastikan setiap pemimpin memimpin dan memerintah
mengikut kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Hal ini juga dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam
kalangan badan pemerintah dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kedaulatan Negara.Yang di-Pertuan
Agong harus bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.Baginda tidak boleh
bertindak sendirian dalam melaksanakan tugasnya kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara
baginda untuk membuat keputusan.

Konsep raja berperlembagaan ini juga dapat membantu dalam memantapkan kewibawaan institusiberaja di
negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat disamping memberikan
keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi olehraja. Raja-raja juga
merupakan harapan rakyat bagi tujuan keadilan dalam segala urusan pentadbiran negara .

11

7.0 KESIMPULAN

Mengekalkan Institusi Raja sebagai Raja Berperlembagaan adalah sesuatu yang sangat relevan pada masa
kini. Hal ini kerana Institusi Raja adalah sebahagian daripada sistem pemerintahan dan pentadbiran negara
yang berfungsi dalam bidang esekutif,perundangan dan esekutif diperingkat negara dan negeri.Walaupun
mereka dinasihati oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Besar,Raja-raja tetap bertahta dan pembuat
keputusan setelah dipersetujui oleh wakil-wakil mereka didalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri.Raja sebagai payung negara dan penyumbang kepada kelangsungan tradisi,kemajuan, keselamatan
dan keamanan negara. Walaupun Institusi Raja merupakan pemerintah tertinggi, namun ia tidak akan
menganggu kuasa politik yang menjadi perebutan bagi sebilangan rakyat. Masyarakat perlu bijak dalam
membuat pilihan dan penilaian, untuk memastikan kedudukan Institusi Raja terus bersinar tanpa ancaman
dari mana-mana sudut. Sehubungan itu, kewujudan Pusat ini diharap dapat memberi pendedahan dan
pendidikan berkaitan Institusi Raja kepada rakyat Malaysia.

12

8.0 RUJUKAN Samsudin A. Rahim (2001). Media Dan Identiti Budaya:
Cabaran Media Terhadap Masyarakat Malaysia Di Alaf Ke-21.
Abd. Rahman Embong, 2002. Faktor ideologi politik dan Kertas kerja di Sirnposium Kebangsaan Masyarakat Malaysia
budaya dalam penutupan minda Melayu Islam. Himpunan - Isu dan Cabaran Abad Ke 21. Universiti Malaya. 22-24 Julai
kertas kerja isu dan proses pembukaan minda umat Melayu 2001.
Islam. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur.
Shamrahayu Abdul Aziz (2013). Kedaulatan Islam Sebagai
Henslin, J. M. (2007). Sociology: a down-to-earth approach. Agama Negara – Peranan RajaRaja Melayu Berpaksi
9th ed. Boston: Allyn & Bacon, Inc. Perlembagaan Persekutuan. Kertas Kerja Seminar
Mendaulatkan Islam Agama Negara. Kuala Lumpur pada 5hb
Historic Royal Palaces (2013). Diperoleh dari Januari 2013.
http://www.hrp.org.uk/
Shamsul Amri Baharuddin (2007). Budaya Yang Tercabar.
Khoo Kay Kim (2009). Kedaulatan Raja Dan Peranannya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Dalam Sesebuah Negara Berbilang Bangsa.Kertas kerja
dalam Wacana: Kedaulatan Raja Yang Mesti Dipertahankan. Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (2009).
Majlis Agama Islam Selangor, 23 November 2009. Serangan globalisasi hapuskan sejarah bangsa. Utusan
Malaysia, 20/04/2009.
NBC News. (2007). Japan opens imperial tombs for
research? diperoleh dari Ravivaddhana Sisowath (2012). Prince from Cambodian
http://www.nbcnews.com/id/16471340/#.UYnqX1fIuSp. Royal Family. Interview by Charney, N. for Blouin Artinfo.
Diperoleh dari
Salehuddin Saidin (2009). Kedaulatan Raja Dari Perspektif http://www.blouinartinfo.com/news/story/846970/preserving-
Perlembagaan Persekutuan. Kertas kerja dalam Wacana: patrimony-prince-ravivaddhanasisowath-on-the
Kedaulatan Raja Yang Mesti Dipertahankan. Majlis Agama
Islam Selangor, 23 November 2009. 13


Click to View FlipBook Version