Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Kebangsaan NURUL FAHANA BINTI ZAMRI
(16DKM19F1037)
MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN NUR ATHIKAH BINTI JAMALUDIN
PERADABAN (16DKM19F1016)
Nama pensyarah : WAN MOHAMMAD
FISOL BIN WAN MIN
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. ASAL – USUL BAHASA MELAYU
3. CIRI – CIRI BAHASA
4. FUNGSI BAHASA
5. KESIMPULAN
6. RUJUKAN
Pengenalan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang
dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai
fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan
pembelajaran telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996).
Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas
menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil
oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan
dan perindustrian negara.Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai
bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan
perdagangan antarabangsa.
Asal – Usul
Bahasa Melayu
Terdapat beberapa bukti sejarah yang Terdapat beberapa bukti sejarah yang
mengaitkan asa mengaitkan asal-usul bahasa Melayu.
Antaranya ialah :
• Catatan orang Antaranya ialah Catatan orang China yang menyatakan bahawa
sebuah kerajaan Mo-lo-yeu ada mempersembahkan hasil bumi kepada raja
China sekitar 644-645 Masihi.
• Dikatakan orang Mo-lo-eu menghantar utusan untuk mempersembahkan untuk
mempersembahkan hasil bumi tersebut.
• Ada juga sesetengah pendapat mempercayai yang kerajaan Mo-lo-yeu berpusat
di daerah Jambi, Sumatera, kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir
deras airnya, dikenali sebagai Sungai Melayu.
• Terdapat satu lagi catatan orang cina mengenai orang Melayu, seorang rahib
Buddha bernama I-Tsing telah menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah
kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
• Dalam bahasa Jawa kuno pula, perkataan “Mlayu”bermaksud berlari atau
mengembara.
• Pergerakan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang
bergerak dari Yunan boleh dipadankan dengan
perkara ini.
Penemuan 4 batu bersurat di
✓ Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi
✓ Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masih
✓ Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi
✓ Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi pada 686
Masihi
• Terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa
bangsa Melayu berasal dari Asia Tengha dan juga ada
setengah pendapat menyatakan bangsa Melayu
memang sudah wujud di kepulauan Malayu atau di
Nusantara ini.
Bahasa Melayu ini dikatakan berasal Bahasa Melayu ini dikatakan berasal dari
golongan Austronesia dari daerah Yunan di negara China. Mereka berpindah
secara berperingkat-peringkat.
kumpulan pertama dikenali sebagai kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu
Melayu Proto. Kumpulan Melayu Proto Deutro. Mereka berpindah ke Asia
ini berpindah ke Asia Tenggara pada Tenggara pada Zaman Logam iaitu kira-
Zaman Batu Baru iaitu lebih kurang kira Sebelum Masihi. Mereka menduduki
2500 Sebelum Masihi. Keturunan kawasan-kawasan pantai dan tanah-tanah
mereka membentuk keturunan orang lembah. Keturunan mereka membentuk
asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di masyarakat Melayu di tanah semenanjung.
Sarawak dan Batak di Malaysia, Dayak Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan
di Sarawak dan Batak di Sumatera. mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak
dalam bidang astronomi, pelayaran dan
bercucuk tanam. Bilangan mereka lebih
angan mereka lebih ramai berbanding
Melayu Proto.
Ada juga sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa
Melayu bukan berasal dari Asia Tengah. Mereka mendakwa
bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu sendiri. Hal ini
berdasarkan penemuan orang jawa yang telah menghuni
Kepulauan Melayu sejak ribuan tahun terdahulu. Sebagai bukti,
penemuan tengkorok yang terdapat di Nusantara ini
mengukuhkan bahawa manusia telah lama wujud di
Nusantara. Penemuan tersebut antaranya ialah :
• Pithecanthropus Mojokerto(Jawa),yang berusia kira-kira
670,000 tahun
• Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun
• Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
Ciri – Ciri Bahasa
Pada mulanya, kita melihat setiap bahasa di dunia berbeza antara satu sama lain.
Namun berdasarkan logik akal di mana bahasa dicipta oleh manusia yang
mempunyai sama bentuk dan fungsi, sudah tentu tidak boleh ditolak jika
dikatakan semua bahasa mempunyai ciri universal dan ciri sepunya untuk
dikongsikan bersama. Terdapat beberapa ciri bahasa yang mengklasifikasikan
sesuatu ujaran bunyi itu sebagai satu bahasa iaitu:
o Bahasa sebagai satu simbol
o Bahasa sebagai satu sistem
o Bahasa sebagai alat komunikasi
o Bahasa bersifat arbitrari
o Bahasa bersifat unik
o Bahasa bersifat sejagat
o Bahasa bersifat dinamis
o Bahasa bersifat bervarias
Fungsi bahasa
Secara literalnya, bahasa Melayu mempunyai dua peranan penting, iaitu sebagai bahasa
yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa Malaysia dalam segala
lapangan. Malahan, bahasa juga berfungsi sebagai alat komunikasi masyarakat serta alat
perpaduan rakyat yang berbilang bangsa.
Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk iaitu bentuk formal dan tidak formal. Bahasa
Melayu bentuk formal ialah Bahasa Melayu standard yang dituturkan dengan cara sistematik
mengikut peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan. Bentuk ini adalah lebih teratur bersifat
objektif serta tiada pembaziran kata. Kebiasaannya, bahasa Melayu formal diajar melalui
pendidikan yang formal seperti di sekolah.
Bahasa Melayu bentuk tidak formal pula ialah bentuk bahasa umum yang digunakan
dalam kalangan masyarakat di negara ini. Bentuk ini bebas daripada peraturan tatabahasa
dan digunakan dalam pelbagai keadaan. Malahan, bentuk ini juga bersifat peribadi dan
kemesraan serta penggunaan ayatnya yang mudah, sederhana dan ringkas. Bahasa
Melayu tidak formal ini kebiasaanya diturunkan melalui pendidikan oleh ibu bapa, kawan –
kawan dan masyarakat kawan dan masyarakat sekeliling.
Bahasa Rasmi
➢ Bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah
oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. Bahasa
rasmi digunakan dalam situasi rasmi seperti urusan
seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem
pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan,
kehakiman dan antarabangsa.
➢ Bahasa rasmi berfungsi sebagai sistem penulisan
dokumen dan rekod kerajaan, penulisan semua jenis
borang urusan rasmi kerajaan, media untuk menulis
semula undang-undang dan peraturan negara serta
sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu
menjalankan tugas-tugas rasmi negara.
Bahasa Kebangsaan
❑ Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan nasional dan lambang bagi
sesuatu bangsa atau negara. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi
bahasa utama sesebuah negara. Ia merupakan Ia lambang jati diri dan kedaulatan
sesebuah negara. Bahasa kebangsaan juga menjadi bukti tentang kebolehan sesebuah
negara itu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang
lain.
❑ Bahasa kebangsaan ini digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi seperti
perbincangan antara pemimpin negara dan juga pemimpin parti-parti politik. Sebuah
negara yang berdaulat akan memiliki bahasa kebangsaan mereka sendiri. Kebiasaannya,
setiap negara hanya akan mempunyai satu bahasa kebangsaan, namun di beberapa
negara lain mereka mempunyai lebih daripada satu Bahasa kebangsaan seperti di Kanada.
Kanada mempunyai dua bahasa kebangsaan iaitu bahasa kebangsaan iaitu Bahasa
Inggeris dan Bahasa Perancis.
❑ Fungsi utama bahasa kebangsaan ialah untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan
semangat kebangsaan dan juga kemerdekaan. Ia juga bertindak sebagai alat perhubungan
dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai
pandangan hidup yang hampir sama.
Bahasa Ilmu
• Bahasa ilmu ialah bahasa yang mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran
bangsa dalam segala lapangan.
• Bahasa ilmu juga adalah yang bahasa yang mampu menjadi pengantara untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.
• Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan turut kekal
walaupun bahasa Inggeris juga digunakan untuk menimba ilmu.
• Hal ini selaras dengan dasar pendidikan negara yang ingin melahirkan pelajar yang
bersifat dwibahasa.
• Bahasa ilmu mampu menjadi alat komunikasi dalam masyarakat yang boleh
membentuk dan mengembang kan identity kebang saan.
Bahasa Pengantar
• Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, institusi pendidikan tinggi dan juga maktab
perguruan.
• Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
negara ini dengan melalui beberapa peringkat peralihan daripada bahasa
pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bermula pada tahun 1968 dan
diperkukuh dengan pelaksanaan Dasar Pelajaran diperkukuh dengan pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan.
• Di peringkat pengajian tinggi pula, peranan yang dimainkan oleh pihak institut amat
berkesan dalam menyemarakkan usaha kerajaan dalam menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
• Pihak berkenaan mewajibkan para pelajar mereka mengambil kursus yang
berkaitan dengan bahasa Melayu dan diwajibkan untuk lulus dalam peperiksaan
yang berkaitan dengan bahasa Melayu untuk penganugerahan ijazah dan diploma
❑ Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan akan peranannya sebagai bahasa
perpaduan.
❑ Hal ini demikian kerana, hanya bahasa Melayu yang mempunyai syarat-syarat untuk
memenuhi keperluan menjadi bahasa kebangsaan serta melambangkan kesatuan dan
perpaduan negara, iaitu menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.
❑ Peranan kerajaan atau pihak berwajib jelas dilihat dalam menjadikan Bahasa sebagai kunci
untuk perpaduan. Rakyat harus diberi pemahaman bahawa Bahasa akan menghapuskan
jurang kaum dan perbezaan agama.
❑ Kemampuan bahasa lain seperti bahasa Inggeris untuk menjadi bahasa perpaduan
sememangnya tidak akan menjadi kenyataan kerana penduduk di Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Malahan, hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang
mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan ini akan menyukarkan lagi
proses komunikasi antara dua pihak yang berlainan latar pihak yang berlainan latar belakang.
❑ Namun, dengan penggunaan bahasa Melayu, perpaduan antara pelbagai kaum boleh dicapai
kerana hampir kesemua rakyat Malaysia fasih bercakap dalam bahasa Melayu yang
merupakan bahasa asli bumi Melayu
kesimpulan
Tuntasnya,Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Negara Malaysia.Oleh itu,kita mestilah mempelihara bahasa melayu agar
generasi muda sedar akan kepentingan bahasa melayu.Namun,masyarakat perlu
menguasai bukan bahasa ibunda sahaja namun,bahasa-bahasa utama yang
lain.Perkembangan dunia tanpa sempadan mewarnai ke arah cabaran dalam
memartabatkan bahasa melayu.
Rujukan
https://www.academia.edu/13588718/KEDUDUKAN_BAHASA_MELAYU_DALAM_NEG
ARA_MASA_KINI
http://repo.uum.edu.my/14549/1/32.pdf
https://www.slideserve.com/nusa/mpw-1113-bahasa-kebangsaan
https://www.slideserve.com/gene/mpw-1113-bahasa-kebangsaan
https://slideplayer.info/slide/14355113/
Terima kasih