APRESIASI SENI VISUAL
MENGENALI DAN MEMAHAMI
Pengenalan Seni Visual
Bidang Seni Visual
1. Pengkaryaan 2. Perekaan
Pengertian Pengkaryaan Pengertian Perekaan
Seni Halus : a. Komunikasi Visual : b. Reka Bentuk Teknologi :
Lukisan, Catan, Arca, Grafik Industri, Fesyen, Seramik,
Cetakan, Multimedia Logam Halus, Tekstil
Fotografi, Animasi
Digital Art Laman Web c. Reka Bentuk Persekitaran :
Landskap
Hiasan Dalaman
Apresiasi Seni Visual
o Memahami sesebuah karya SV.
o Memahami kedua-dua bidang SV iaitu pengkaryaan dan perekaan.
o Kedua-dua bidang ini dihasilkan berdasarkan organisasi rekaan iaitu aspek formal - unsur seni dan prinsip rekaan.
(gabungan US & PR mewujudkan sebuah kesatuan iaitu sebuah karya SV.
Pengertian Seni Visual
❖ Ekspresi atau ciptaan yang mempunyai nilai keindahan
❖ Karya yang ada ciri-ciri kreatif dihasilkan pelukis atau pandai tukang
❖ Objek 2D dan 3D yang berfungsi atau mempunyai makna dan nilai estetik
Pengertian Seni Visual dari aspek pengkaryaan
Sesuatu karya atau objek yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kreativiti serta mengutamakan makna dan nilai estetik.
Contoh : Lukisan, catan, arca, cetakan
Pengertian Seni Visual dari aspek perekaan
Sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kreativiti serta mengutamakan fungsi dan nilai
estetik
Contoh : Komunikasi Visual, Reka bentuk teknologi, Reka bentuk Persekitaran
PENGKARYAAN
Lukisan
• Suatu karya seni yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk,
cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.
• Lukisan juga merupakan persediaan asas sebelum catan, arca, cetakan dan lain-lain.
• Contoh media kering : pensel, pensel warna, pastel, charcoal dan lain-lain.
• Pelbagai garisan dapat dihasilkan dengan berbagai-bagai jenis gred pensel yang memberi
kesan dan kualiti garisan serta jalinan yang berbeza.
• Lakaran yang dihasilkan dengan garisan-garisan condong, menegak, melintang atau
melengkung dengan tahap tekanan lakaran yang berbeza akan mewujudkan kesan jalinan
dan tona/terang gelap.
• Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis
secara teliti.
• Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektualan dan spiritual manusia.
TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
Teknik pointilisme
Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej.
Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.
Teknik hatching
Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk
mendapatkan imej dan ton.
Teknik hatching
Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej dan ton.
Teknik cross hatching
Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton.
PENSEL PEN
WARNA PENSEL
PASTEL
Sejarah Lukisan
• Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada
zaman purba.
• Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian
seperti perburuan dan pengembaraan.
• Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua Niah,Sarawak dan Gua
Tambun,Perak.
• Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej
binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang
perburuan,komposisi yang hampir sama,iaitu memanjang dan berkumpulan serta
menggambarkan palbagai binatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada
zaman itu
L
U
K
I
S
A
N
JENIS-JENIS LUKISAN
Lukisan Figuratif : Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami
anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar banding adalah
perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Lukisan Kajian : Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis
perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu
kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Lukisan Informasi : Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk
ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.
Lukisan Teknikal : Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan
kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis
kenderaan dan alatan pengguna.
Lukisan Konseptual : Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya
sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis
perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
Lukisan Artistik : Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk
mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni.
Lukisan Ilustrasi : Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan
bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama
dalam kemahiran melukis figuratif.
Lukisan figuratif
Lukisan kajian Lukisan teknikal
Lukisan informasi
Lukisan konseptual Lukisan ilustrasi
Lukisan Artistik
CATAN
1. Satu proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan.
2. Media yang biasa digunakan ialah bahan basah.
3. Melalui catan pelukis dapat meluahkan perasaan, kepekaan dengan apa yang berlaku akhirnya dizahirkan.
4. Membuat komen sosial, menghayati keindahan, merakam persekitaran atau peristiwa yang diolah dengan daya
kreativiti, pengalaman serta kemahiran pengkarya dengan gaya tertentu menggunakan alat, media dan tenik
yang sesuai.
Contoh : Cat minyak, cat air, gouce, media campuran dan lain-lain.
TEKNIK-TEKNIK CATAN
Teknik catan cat air
Teknik basah atas kering
Teknik basah atas basah Warna yang basah disapu atas Teknik kering atas kering
permukaan yang sudah kering.
Campuran warna yang basah Warna disapu tanpa campuran
disapu atas permukaan kertas air atau campuran air yang
yang basah dan sesuai untuk
menampakkan kesan air atau sedikit di atas permukaan yang
mempunyai warna yang sudah
awan.
kering.
Campuran warna yang agak
pekat atau likat.
Untuk menampakkan kesan
jalinan pada sesuatu objek.
Kesan legap.
Teknik impasto Teknik catan cat minyak Teknik titik/ pointilisme
Teknik sapuan tepat/hard edge
Menggunakan warna Menpunyai gubahan yang teratur Sapuan warna terhasil
yang tebal dan dan mempunyai batas sapuan warna mempunyai gabungan warna
dari titik-titik kecil.Titik-titik
menimbulkan kesan yang kemas dan tepat.Catan
jalinan pada kelihatan seolah-olah dipotong dan warna yang berdekatan
permukaan. biasanya pengkarya menggunakan seolah-olah bercampur
masking tape untuk memisahkan melalui mata audien.
warna-warna yang disapu.
Teknik Alla Prima
Teknik melembut/ scumbling
Teknik kilatan/ glazing
Sapuan warna yang nipis dan Menggunakan warna yang Menggunakan warna terus
dihasilkan lapisan demi sederhana tebal dan mempunyai daripada tiub tanpa
lapisan dan mempunyai
kesan lut sinar. kesan sapuan warna yang mencampur dengan warna
memberi permukaan jalinan yang lain.Warna yang kurang
natural,sapuan warna
lembut. biasanya rata dan
menggunakan warna yang
agak terang.
CETAKAN
• Proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan.
• Cetakan juga mempunyai pelbagai kelebihan kerana hasilan boleh dilakukan berulang kali yang disebut edisi.
• Hasil cetakan yang terbaik ditulis AP(Artis proof)
Cetakan timbul
- Dipanggil juga relief seperti cetakan lino, cetakan kayu dan cetakan kolagraf.
- Kaedah cetakan adalah dengan mengukir permukaan blok atau plat dengan alat pengukir.
- Kemudian permukaan blok diratakan dengan cat air atau dakwat atau cat minyak dengan penggelek
warna.
- Akhirnya ia dicetak pada permukaan kertas, kain atau bahan-bahan lain.
Cetakan benaman
- Seperti cetakan intaglio dan gurisan asid(etching).
- Bahan yang biasa digunakan ialah kepingan logam – diguris menggunakan alat yang tajam atau gurisan asid.
- Kaedah mencetak sama dengan teknik timbulan.
- Perbezaannya cat hanya berada di bahagian yang diguris dan cat yang berada di luar dibersihkan terlebih
dahulu sebelum dicetak.
A. CETAKAN TIMBULAN(Relief)
• Cetakan timbulan ialah hasil imej yang terdapat pada blok atau plat lino yang disapu dengan dakwat atau
pewarna.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
• Cetakan timbulan menggunakan kaedah potongan kayu atau plat lino, kaedah ini merupakan kaedah yang
paling lama. .
• digunakan kerana bahan dan peralatan mudah didapati dan kos adalah rendah.
• Cetakan timbulan merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Cetakan Stencil/skrin
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan di atas pemidang kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
Cetakan Benaman (Intaglio)
• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul
manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau
warna ke dalam hasil turisan.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
Cetakan Gurisan Asid
• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan
untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan Teknik
ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan di atas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang
kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
CONTOH :
MESIN FOTOSTAT
PRINTER