The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH KOTA KINABALU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junaidayassin, 2021-03-21 08:08:35

PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH KOTA KINABALU

PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH KOTA KINABALU

MAJLIS GURU BESAR DAERAH
KOTA KINABALU

PERLEMBAGAAN MGBKK 2020-2022

PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR DAERAH KOTA KINABALU

FASAL 1

1. NAMA DAN TEMPAT

1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu atau
ringkasnya MGBKK dan selepas ini disebut Majlis.

1.2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan oleh
Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis ini.

1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir
Majlis dari semasa ke semasa.

FASAL 2

2. DEFINISI

2.1. Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah rendah
dalam Daerah Kota Kinabalu.

2.2. Penasihat maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Pendaftar
maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

2.3. Penasihat 2 maknanya Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

1/17

2.4. Pegawai Perhubungan maknanya Ketua Penolong Pengarah (Kanan)
Unit Prasekolah & Rendah

2.5. Ahli maknanya Guru-guru Besar Sekolah Rendah di bawah pentadbiran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

2.6. Pegawai Tadbir Majlis maknanya Guru Besar yang dipilih atau dilantik
dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Daerah yang terdiri daripada Yang
Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua 1, Naib Yang
Dipertua 2, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

2.7. Ahli Exco Majlis maknanya Pengerusi dan Setiausaha Majlis Guru Besar
Daerah-daerah dalam Negeri Sabah ataupun mana-mana nama yang
dicadangkan oleh Majlis Guru Besar Daerah tersebut.

2.8. Jawatankuasa Tadbir Majlis merupakan sebuah jawatankuasa yang
bertanggungjawab mentadbir urus Majlis dengan diketuai oleh YDP dan
barisan PegawaiTadbir Majlis yang lain bersama-sama dengan barisan Ahli
Exco Majlis.

2.9. Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) maknanya Majlis
peringkat kebangsaan yang menggabungkan semua Majlis Guru Besar
Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

2/17

FASAL 3

3. TUJUAN

3.1. Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru-guru Besar di semua
peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam pentadbiran Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.

3.2. Membantu memastikan Majlis Guru Besar Daerah memberi kerjasama
kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan memastikan Majlis Guru Besar
Negeri memberi kerjasama kepada Jabatan Pendidikan Negeri dalam usaha
melicinkan pelaksanaan dan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan serta
program dan aktiviti pendidikan

3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman-pengalaman
pentadbiran dan pendapat-pendapat yang boleh meningkatkan prestasi
pengurusan sekolah, dan pengajaran & pembelajaran di sekolah-sekolah
rendah Negeri Sabah.

3.4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

3.5. Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan dan
profesion guru besar.

3.6. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila guru
besar.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

3/17

FASAL 4

4. KEAHLIAN

4.1. Keahlian Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu terdiri daripada Guru-
Guru Besar sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan
dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

FASAL 5

5. KEWAJIBAN AHLI

5.1. Mematuhi Perlembagaan

5.2. Menjelaskan yuran mengikut kehendak perlembagaan

5.3. Melaksana segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Tadbir Majlis atau dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan Biasa / Luar
Biasa.

FASAL 6
6. HAK AHLI

6.1. Mendapat faedah mengikut Fasal 3
6.2. Hak bersuara
6.3. Hak mengundi

FASAL 7

7. PELUCUTAN KEAHLIAN

7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan
Jawatankuasa Tadbir Majlis maka keanggotaannya boleh digantung atau

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

4/17

diberhentikan daripada menjadi ahli setelah diputuskan oleh Jawatankuasa
Tadbir Majlis.

7.2. Mana-mana ahli yang telah digantung atau diberhentikan keanggotaannya
maka ia boleh membuat rayuan bertulis kepada Yang Dipertua (Pengerusi )
untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Keputusan majoriti Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah
muktamad.

7.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar, pindah
tugas di luar negeri Sabah, pindah tugas ke Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-
lain agensi telah lucut keahlian.

FASAL 8
8. PENTADBIRAN

8.1. Penasihat
8.2. Penasihat 2
8.3. Pegawai Perhubungan
8.4. Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu akan ditadbir oleh Jawatankuasa

Tadbir Majlis yang terdiri daripada:
8.4.1. Tujuh orang Pegawai Tadbir Majlis seperti berikut:

8.4.1.1. Seorang Yang Dipertua ( Pengerusi )*
8.4.1.2. Seorang Timbalan Yang Dipertua
8.4.1.3. Seorang Naib Yang Dipertua 1
8.4.1.4. Seorang Naib Yang Dipertua 2
8.4.1.5. Seorang Setiausaha

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

5/17

8.4.1.6. Seorang Penolong Setiausaha

8.4.1.7. Seorang Bendahari

• Tertakluk kepada keperluan MGB Daerah masing-masing

8.4.2. Ahli Exco Majlis yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha
Majlis Guru Besar setiap daerah.

8.5. Pegawai Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana Pegawai
Tadbir Majlis atau Ahli Exco Majlis jika berlaku kekosongan jawatan Pegawai
Tadbir Majlis.

8.6. Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan Jawatankuasa Kecil.

8.7. Mana-mana Yang Dipertua atau Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah yang
dipilih/dilantik menjadi Pegawai Tadbir Majlis, maka MGB Daerah tersebut
perlu mencadangkan calon pengganti kuota Ahli Exco Majlisnya
berdasarkan jawatan yang disandang oleh calon tersebut di daerahnya atau
berdasarkan merit, kekananan, keperluan dan kepentingan kepada Majlis.

.

FASAL 9

9. MESYUARAT-MESYUARAT

9.1. Mesyuarat Agung Perwakilan Negeri hendaklah diadakan setiap tahun
sebelum bulan Ogos tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada Pendaftar.

9.2. Mesyuarat Agung Perwakilan ini diadakan untuk membentang dan
meluluskan hal-hal seperti berikut:

9.2.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung
Perwakilan Negeri yang lepas.

9.2.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa
Tadbir Majlis.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

6/17

9.2.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan Majlis.

9.2.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan Tahunan

9.2.5. Setiap tiga (3) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan
seorang Timbalan Pengerusi Tetap;

9.2.6. Setiap tiga (3) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Majlis bagi

jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.1 hingga 8.3.1.4).

* Jawatan 8.3.1.1 - 8.3.1.4 ini hendaklah dipilih dari
kalangan Pegawai Tadbir Majlis (yang baru
dibubarkan) dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Daerah.

9.2.7. Jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.5 hingga 8.3.1.7) iaitu
9.2.8. Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha adalah lantikan
oleh Yang Dipertua dari kalangan mana-mana Ahli Exco Majlis.
Setiap tiga (3) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam.

* Tidak boleh dipilih dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis

9.2.9. Setiap tiga (3) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan

seorang Timbalan Pengerusi Tetap.

* Tidak boleh dilantik dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis.

9.2.10. Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh perwakilan atau
daripada Jawatankuasa Tadbir.

9.2.11. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit
Dalam atau Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap,
Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik dengan
kadar segera mana-mana ahli untuk menggantikannya.

9.3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Jawatankuasa Tadbir Majlis
yang tidak dapat hadir perlu dinyatakan secara bersurat.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

7/17

9.4. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa boleh diadakan dalam mana-mana
keadaan berikut:

9.4.1. apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir

9.4.2. atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 daripada
jumlah ahli Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu.

9.4.3. atas arahan Pendaftar

9.5. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa

9.5.1. hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
keputusan Jawatankuasa Tadbir, atau tarikh penerimaan
permintaan Ahli Majlis Guru Besar atau tarikh arahan Pendaftar
mengikut mana yang berkenaan.

9.5.2. Notis Bertulis Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa hendaklah
dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7 hari dari
tarikh persidangan hendak diadakan dan perlu menyatakan tujuan
persidangan tersebut diadakan.

9.5.3. Urusan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa hendaklah
dihadkan kepada tujuan persidangan tersebut sahaja.

9.6. Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa dan Luar Biasa hendaklah
dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi
Tetap Persidangan.

9.7. Pengerusi Tetap Persidangan mempunyai hak undi pemutus yang
muktamad sekiranya tiada majoriti

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

8/17

FASAL 10

10. KUORUM

10.1. Ahli-ahli Mesyuarat Agung Perwakilan adalah terdiri daripada ;

10.1.1. Semua Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Jawatankuasa Tadbir
Majlis.

10.1.2. 10 orang ahli yang dipilih oleh setiap Majlis Guru Besar Daerah
(selain daripada 10.1.1 di atas).
*Hanya mereka yang telah membayar Yuran Tahunan
layak menjadi perwakilan.

10.2. Kuorum Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa atau Luar Biasa hendaklah
tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan Pegawai Tadbir Majlis dan
Jawatankuasa Tadbir Majlis

10.3. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya satu
perdua ( ½ ) daripada jumlah Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Exco.

FASAL 11

11. TANGGUNGJAWAB

11.1. Yang Dipertua * Pengerusi

11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
11.1.3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir

Majlis yang diluluskan.
11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis
11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam

perlembagaan ini dipatuhi oleh Ahli-ahli Gabungan Majlis.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

9/17

11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat jika
diundang oleh mana-mana pihak.

11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang
maklumat mengenai perjalanan badan ini dari semasa ke semasa.

11.1.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran
bagi pihak Majlis

11.1.9. Menjadi Pengerusi Disiplin dan Tatatertib Majlis.

11.2. Timbalan Yang Dipertua

11.2.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa..

11.2.2. Membantu Yang Dipertua Majlis dan menjalankan tugas Yang
Dipertua semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan.

11.2.3. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1
kecuali 11.1.8

11.2.4. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.3. Naib Yang Dipertua 1

11.3.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.

11.3.2. Membantu Yang Dipertua Majlis dan Timbalan Yang Dipertua dan
menjalankan tugas Yang Dipertua / Timbalan Yang Dipertua
semasa ketiadaan mereka atau apabila diarahkan.

11.3.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.4. Naib Yang DiPertua 2

11.4.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

10/17

11.4.2. Membantu Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang Dipertua dan
Naib Yang Dipertua 1 menjalankan tugas Yang Dipertua /
Timbalan Yang Dipertua / Naib Yang Dipertua 1 semasa ketiadaan
mereka atau apabila diarahkan.

11.4.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.5. Setiausaha

11.5.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua.
11.5.2. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.5.3. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.
11.5.4. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.5.5. Menyedia Laporan Tahunan.
11.5.6. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen Majlis.
11.5.7. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa

Tadbir.
11.5.8. Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek, baucar dan

dokumen kewangan bersama-sama Bendahari semasa ketiadaan
Yang Dipertua.
11.5.9. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran
berita, mengenai aktiviti Majlis kepada media massa setelah
mendapat persetujuan Yang Dipertua.
11.5.10. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.5.11. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis, Mesyuarat
Agung Perwakilan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa yang
dikehendaki.
11.5.12. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
dan dokumentasi.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

11/17

11.6. Penolong Setiausaha

11.6.1. Membantu kerja-kerja Setiausaha.
11.6.2. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau

apabila diarahkan seperti FASAL 11.5 kecuali 11.5.8.
11.6.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.7. Bendahari

11.7.1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
11.7.2. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.
11.7.3. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan

Majlis ini.
11.7.4. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis ataupun kira-kira

semasa jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.7.5. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan

dalam Mesyuarat Agung Perwakilan
11.7.6. Membayar bil-bil Majlis
11.7.7. Bendahari bersama-sama Yang Dipertua atau Setiausaha

hendaklah menandatangani cek dan baucar yang dikeluarkan oleh
Majlis ini.
11.7.8. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.7.9. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis
kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis.
11.7.10. Mengutip Yuran Tahunan Ahli sebelum bulan Mei setiap tahun
11.7.11. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli dibuat kepada
Bendahari Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia diselesaikan
sebelum bulan Julai setiap tahun.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

12/17

11.8. Ahli Exco Majlis

11.8.1. Menjadi penghubung dan penyampai maklumat antara MGB
masing-masing dengan Majlis

11.8.2. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.

11.8.3. Menyedia Laporan Tahunan MGB masing-masing
11.8.4. Menyediakan Laporan Aktiviti apabila dikehendaki
11.8.5. Membantu mengurus pembayaran Yuran Tahunan Ahli MGB

masing-masing dibayar kepada Bendahari Majlis sebelum bulan
Julai setiap tahun.
11.8.6. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.8.7. Sentiasa bersedia dan aktif memberi buah fikiran dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.9. Jawatankuasa Tadbir Majlis

11.9.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah
Majlis Guru Besar Negeri dan Daerah-Daerah.

11.9.2. Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan
Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa, Luar Biasa Majlis Guru Besar
Negeri.

11.9.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan
mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan
tempat menyimpan wang.

11.9.4. Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki
oleh Perlembagaan.

11.9.5. Bekerjasama dengan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
Majlis Guru Besar Daerah, agensi-agensi yang dibenarkan oleh
Pendaftar, Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Negeri Sabah dan Daerah-daerah.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

13/17

FASAL 12

12. KEWANGAN

12.1. Tahun Kewangan Majlis

12.1.1. Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari hingga
31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh Juruaudit
Dalam.

12.2. Yuran

12.2.1. Yuran Tahunan Ahli bagi tiap-tiap Guru Besar Daerah Kota
KInabalu ialah sebanyak RM50.

12.2.2. Yuran untuk Majlis dan GMGBM dikutip dari Majlis Guru Besar
Daerah-daerah sebelum bulan Mei setiap tahun.

12.2.3. Yuran Tahunan Ahli akan diperuntukkan RM10 kepada Majlis
Guru Besar Negeri dan RM10 kepada Gabungan Majlis Guru
Besar Malaysia.

12.3. Derma

12.3.1. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
memungut derma atau sumbangan daripada orang ramai atau
syarikat bagi tujuan menambah kewangan.

12.3.2. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
membuat perjanjian dengan agensi perniagaan bagi mencetak,
mengedar bahan-bahan pengeluarannya atau apa-apa jua
kerjasama dengan mana-mana agensi yang berkaitan.

12.3.3. Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-mana
pihak hendaklah diluluskan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis.

12.3.4. Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank yang
diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

14/17

FASAL 13

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali
mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (⅔) jumlah
perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa atau Luar
Biasa.

13.2. Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Majlis ini mengikut FASAL
13.1 hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Majlis untuk kelulusan
terlebih dahulu.

13.3. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang
dicadangkan.

13.4. Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada tarikh
permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Majlis.

FASAL 14

14. PEMEGANG AMANAH

14.1. Mana-mana Majlis Guru Besar sama ada Malaysia atau Negeri atau
Daerah/Jajahan mestilah membuka akaun di mana-mana Bank Tempatan
di Malaysia yang mudah bagi Pegawai-pegawai Majlis Guru Besar
menyimpan wang atau harta atau berurus niaga.

14.2. Pegawai-pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Yang
Dipertua, Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).

14.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga orang
penandatangan cek.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

15/17

14.4. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih
daripada RM500 dalam satu-satu masa.

14.5. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih
daripada RM1000 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir Majlis.

14.6. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis ialah dari 1hb. Januari hingga
31hb. Disember setiap tahun.

FASAL 15

15. PENTAFSIRAN

15.1. Jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pentafsiran Perlembagaan
Majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis ini.
Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah
muktamad.

FASAL 16

16. PEMBUBARAN

16.1. Gabungan Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan
daripada Pendaftar Majlis.

16.2. Sekiranya Majlis ini dibubarkan, segala hutang-hutang Majlis ini hendaklah
dijelaskan. Wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-bahagikan
kepada ahli-ahli Majlis ataupun mengikut budi bicara dan keputusan
Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi tujuan kepentingan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah seluruh negeri.

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

16/17

FASAL 17
17. PERTIKAIAN

17.1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ia
hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh
Pendaftar Majlis.

MAJLIS GURU BESAR DEARAH KOTA KINABALU
- TAMAT -

Perlembagaan Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu

17/17


Click to View FlipBook Version