MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI TAMAN SRI BELIMBING
ALOR SETAR , KEDAH
NAMA : NUR BALQIS HUSNINA BT MOKHZANI
NO IC : 070911020306
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 21/10/2021
ISI KANDUNGAN M/S
KANDUNGAN 1
2
PENGHARGAAN 3
PENDAHULUAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 6
KAWASAN KAJIAN 7
KAEDAH KAJIAN 11
HASIL KAJIAN 12
RUMUSAN 13
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya untuk menjayakan kajian ini.
Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar iaitu Puan Zaiton binti Ismail, kerana beliau
telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Selain itu, kepada guru mata pelajaran geografi saya Puan Arhamni binti Robian,
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya Zainab binti Hussain
dan bapa saya Mokhzani bin Md Khir, mereka telah banyak memberi sokongan
dan dorongan kepada saya demi memastikan kajian dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada
tiga orang rakan saya, iaitu Farheen Aufa, Nurin Zharifah dan Nurayeesha Athira
yang telah banyak membantu saya dalam mengumpul dan merekod maklumat
kajian ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 3 orang
responden yang telah sanggup memberi kerjasama yang baik terhadap saya
semasa kajian ini dijalankan. Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua
pihak sama ada secara langsung atau tidak lansung maka kerja kursus ini
dapat disiapkan dengan jayanya.
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk “ Kajian Penggunaan Sistem Komunikasi di
Sekitar Taman Sri Belimbing, Alor Setar, Kedah ” sebagai tajuk kerja lapangan
saya.
Saya memilih tempat ini kerana ia berada di kawasan tempat tinggal
saya. Ini membantu saya untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan
cepat.
Saya menjalankan kajian ini selama tiga minggu bermula pada akhir
bulan September sehingga pertengahan bulan Oktober. Pengumpulan data
dan maklumat dilakukan selepas sahaja tamat waktu pembelajaran alam maya.
Manakala, penulisan laporan kerja lapangan dilakukan pada waktu pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Geografi.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Sri Belimbing, Alor Setar, Kedah
bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:
(a) Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.
(b) Melukis peta lakar kawasan kajian.
(c) Menghuraikan tiga (3) jenis - jenis alat telekomunikasi yang digunakan
di kawasan kajian.
(d) Menjelaskan tiga (3) kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi di
kawasan kajian.
(e) Mencadangkan tiga (3) langkah penggunaan alat telekomunikasi
secara beretika.
KAWASAN KAJIAN
Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Sri Belimbing, Alor Setar,
Kedah. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya. Antaranya
ialah sungai, tanah pamah dan sungai. Kedudukan kawasan kajian saya adalah
di barat daya bandar Alor Setar. Jaraknya kira - kira 10 km dari bandar Alor Setar.
Antara contoh ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian saya pula adalah masjid
dan taman perumahan.
Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini
adalah kawasan yang maju dan kawasan ini juga terdapat banyak kemudahan
asas antaranya syesen minyak, kedai runcit, kedai makan dan di samping itu,
sekolah saya juga cuma 6 km dari kawasan Taman Sri Belimbing.
KAWASAN KAJIAN
PETA LAKAR SEKITAR TAMAN SRI BELIMBING
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan kajian ini. Antaranya
ialah:
(1) PEMERHATIAN: Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk
mengenal pasti ciri - ciri budaya di kawasan kajian.
(2) TEMUBUAL: Saya telah menemubual 4 orang responden untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.
(3) SOAL SELIDIK: Saya telah memberi soal selidik kepada 20 orang
responden untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini.
(4) RUJUKAN: Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapat
maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan berdasrkan buku teks.
HASIL KAJIAN
KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM TELEKOMUNIKASI
Mengikut wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi
elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi
menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Sistem telekomunikasi pula merupakan semua sistem atau komponen yang
terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.
JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DAN PENGGUNAANNYA
Terdapat banyak alat telekomunikasi. Berdasarkan soal selidik / temu bual,
berikut adalah alat telekomunikasi yang responden berikan.
1. Mesin Faks
Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan
salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan
dengan rangkaian telefon.
2. Komputer
3. Telefon pintar
MEMBINA JADUAL DAN GRAF UNTUK MENERANGKAN JENIS ALAT
TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN KAJIAN
Saya telah menjalankan soal selidik / (temu bual) terhadap 20 / (3) oramg responden
di kawasan kajian untuk mendapatkan maklum balas terhadap jenis - jenis alat
telekomunikasi yang mereka guna. Hasil soal selidik digunakan dalam jadual 1 dan
dipersembahkan dalam carta pai 1.
HASIL KAJIAN
BIL. JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI BILANGAN RESPONDEN
1. Mesin Faks 3
2. Komputer 7
3. Telefon Pintar 10
20
Jumlah
HASIL KAJIAN
Jadual 1 dan carta pai 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di sekitar Taman
Sri Belimbing, Alor Setar, Kedah iaitu mesin faks, komputer dan telefon pintar.
Melalui soal selidik / temu bual, seramai 3 orang responden menggunakan
mesin faks untuk memudahkan urusan pekerjaan mereka. Sebagai contoh,
Encik Ariq seorang peniaga menggunakan mesin faks untuk urusan
perniagaannya.
Seterusnya, sejumlah 7 responden menggunakan komputer untuk
menyimpan maklumat dan data peribadi pekerjaan mereka. Sebagai contoh,
Encik Aryan seorang pengusaha syarikat menggunakan komputer untuk
urusan syarikatnya.
Berdasarkan soal selidik / temu bual, didapati 10 responden menggunakan
telefon pintar untuk mendapatkan maklumat terkini dan menjadi alat
perhubungan atau komunikasi jarak jauh. Sebagai contoh, Puan Erika
seorang suri rumah menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi dengan
ahli keluarganya pada musim pandemik ini.
Kesimpulannya, alat telekomunikasi memberikan impak besar terhadap
manusia pada zaman serba canggih ini. Ia juga mempunyai kelebihan dan
keburukan kepada penggunanya. Jadi kita haruslah bijak menggunakannya.
HASIL KAJIAN
KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
KESAN POSITIF
1) Kemudahan komunikasi
- Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan
komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah,
hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo
Messenger, Email dan sebagainya.
Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia.
Jika dahulu, surat khabar, telefon, dan televisyen merupakan antara
media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini
dengan perkembangan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan
saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.
Kemudahan komunikasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan
dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan
kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.
KESAN NEGATIF
1) Kurang Pergaulan
- Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan
kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak - kanak. Sekiranya
ianya berlautan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh
mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan
diri ketika begaul dengan masyarakat sekeliling.
Ini jelas memberi kesan negatif kepada individu tersebut. Perkembangan
teknologi juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah
keluarga. Ianya terjadi apabila masing - masing sibuk dengan telefon
atau gadget masing - masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain.
Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang
datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing - masing
sibuk dengan alat komunikasi masing - masing. Inilah yang berlaku pada
masa kini.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti telefon
pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya di kawasan kajian saya.
Alat telekomunikasi ini mempunyai banyak kepentingan, antaranya ialah untuk
mengeratkan silaturahim, membantu pembelajaran dan memudahkan kerja
seharian.
Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi kesan positif
seperti kemudahan komunikasi. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif
terhadap perkembangan sistem telekomunikasi ini seperti kurang pergaulan.
Sama - samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat
telekomunikasi dengan betul dan elakkan menyebar berita - berita atau maklumat
tidak tepat kepada orang ramai.
RUJUKAN
Buku
- Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam dan Kang Chai Yeong,
2017. Geografi Tingkatan 2. Johor Bahru: IMS Books Trading Sdn. Bhd.
Internet
-https://ms.Wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
-https://balebaleblogs.blogspot.com/2020/05/kepentingan-telekomunikasi-di-
malaysia.html?m=1
-https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-teknologi/
-https://www.pelbagaimacam.com/2020/11/5-kebaikan-telefon-pintar-tahun-
2020.html?m=1
-https://anyflip.com/ruvqg/nfjj/basic
-https://geografipbs.blogspot.com/2013/04/penghargaan-saya-ingin-merakamkan-
rasa.html?m=1
-https://youtu.be/w5htc7-FKhg
LAMPIRAN