The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by progbestarismktr2, 2021-04-19 00:37:12

SMK TAMAN RINTING 2-PUTERI NUR ATIQAH

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Keywords: TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Tokoh
Pemimpin

Johor

HALAMAN (I)

NAMA: PUTERI NUR ATIQAH BINTI ABDUL MALEK

KELAS: 4 SAINS

ALAMAT E-MAIL:

[email protected]

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN RINTING 2

ALAMAT SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2, JALAN RINTING, TAMAN
RINTING, 81750 JOHOR BAHRU

PENDAHULUAN

Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan
bertapak di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan
Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama. Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah
dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang
membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu
negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.

Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik Temenggong
Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni Temenggong
Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura. Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti
Temenggong memerintah Johor. Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai
Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng
Ibrahim dilantik Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. Perlantikan Baginda
disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan
Sultan Husain. 10 Mac 1855 Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri
Johor melainkan jajahan Kesang kepada Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali
pada 20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah mempunyai ketuanan Johor,
Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada. Bermula dari tarikh itu
zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan
diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar.

TEMENGGONG DAENG IBRAHIM

BIODATA. BIODATA

o Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Temenggong Abdul Rahman
yang telah mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor

o Mendapat kepercayaan penuh daripada Inggeris dan kebijaksanaan
baginda, pemerintahan Johor diserah kepada Temenggong Daeng
Ibrahim

o Anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche
Yah,

o Dikenali sebagai Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil
o Mangkat pada 31 Januari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan

dimakamkan di Makam Temenggong

PENDIDIKAN
o Menerima pendidikan swasta di Singapura

KERJAYA SUMBANGAN
o Pemerintah negeri Johor
o Mengasaskan pusat pentadbiran
. baru Johor di Tanjung Puteri

o Memajukan ekonomi Johor
dengan menggalakkan kemasukan
orang Cina Singapura untuk
mengusahakan ladang lada hitam
melalui Sistem Kangcu

o Memperkenalkan sistem Kangcu

.

SULTAN ABU BAKAR

BIODATA

o Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1933 apabila

Temenggong Daeng Ibrahim mangkat

o Dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor dan

dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan taraf Baginda

dikalangan antarabangsa

o Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris

Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran

Sultan Johor

KERJAYA SUMBANGAN
o Pemerintah Johor
o Mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan
Johor

o Menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri
Johor

o Jabatan Perbendaharaan , Polis, Penjara,
Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan
Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan
Jabatan Pelajaran pada tahun 1883

o Memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor

o Memajukan ladang lada hitam dan gambir

SULTAN ISMAIL

BIODATA
o Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan pada 28

Oktober 1894 di Istana Semayam, Johor
o Pada 7 September 1895, Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota

Johor, dan dimasyhurkan perlantikannya sebagai Sultan Johor apabila
Paduka Ayahandanya mangkat di London pada 8 Mei 1959
o Baginda telah dimahkotakan pada 10 Februari 1960.
o Pernah dilantik beberapa kali menjadi Pemangku Raja
o Mangkat pada 10 Mei 1981 bersamaan 6 Rejab 1401 H dan
dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah Johor Bahru

PENDIDIKAN
o Sultan Ismail mula menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di Johor Bahru dan meneruskan

pendidikan Baginda di England bersama dua orang adindanya dan Onn Jaafar pada tahun 1904.
o Pada tahun 1910 Baginda kembali ke Johor meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
o Pada 1913, sekali lagi Baginda berangkat ke London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri.

KERJAYA SUMBANGAN
o Pemerintah negeri Johor
o Pemangku Raja o Merasmikan Kongres Melayu pada
11 Mei 1946 yang membawa
. kepada penubuhan UMNO

o Memberi perhatian kepada
pembangunan negeri Johor seperti
Projek Johor Barat dan Pelabuham
Pasir Gudang

o Lapangan Terbang di Senai mula
operasi pada tahun 1973

o Menubuhkan Majlis Agama Islam

.

SULTAN ISKANDAR

BIODATA
o Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam
o Dimasyhurkan menjadi sultan Johor pada 11 Mei 1981
o Pada 12 Disember 1981, Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor
o Pada 9 Februari 1984-1989, Baginda dilantik menjadi Yang Di-

Pertuan Agong Malaysia kelapan
o Mangkat pada 22 Januari 2010 dan dimakamkan pada 23 Januari

2010 di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor

PENDIDIKAN
o Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru
o Menerima pendidikan menengah di English College, Johor Bahru
o Pada tahun 1952, Baginda berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar

School
o Selepas tamat persekolahan menengah Baginda meneruskan pelajaran tinggi di Isle of Wight, United

Kingdom

KERJAYA SUMBANGAN

o Pemerintah negeri Johor o Pembangunan prasrana,
o Canselor Universiti Teknologi perumahan, ekonomi pelajaran,
agama berkembang dengan pesat
(UTM) Skudai, Johor
o Merasmikan Pembangunan
Wilayah Selatan Johor yang
dikenali sebagai Iskandar Malaysia

o Merasmikan Pusat Pentadbiran
Baru Kerajaan Johor yang dikenali
sebagai Kota Iskandar Nusajaya

.
.

SULTAN ISMAIL

BIODATA
o Tunku Ibrahim dilantik sebagai waris apabila Duli Yang Maha Mulia

Sultan Iskandar menaiki takhta Kerajaan Johor
o Dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.
o Mulai 25 April 1984-25 April 1989, Tunku Mahkota Tunku Ibrahim

dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia
Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong.
o Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk
menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping
dengan rakyat.
o Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor
pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Iskandar.

PENDIDIKAN
o Pernah melanjutkan pelajaran ke England

KERJAYA SUMBANGAN
o Pemerintah Negeri Johor
o Merupakan Raja Melayu yang
menjelajah setiap pelusuk negeri
pada setiap tahun untuk
merapakan diri dengan rakyat
melalui Kembara Mahkota
semenjak tahun 2001

.
.

NILAI KEPIMPINAN

o Nilai kegigihan dan kesungguhan tokoh pemimpin Johor mempertahankan kedaulatan kerajaan
o Nilai kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintah yang telah digunakan yang membawa ke arah

kegemilangan dan keagungan negeri Johor
o Nilai kecekalan dan kebijaksanaan tokoh menghadapi cabaran getir telah membawa negeri Johor ke

arah kegemilangan

PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang terdapat di dalam anyflip ini. Antaranya mempelajari latar
belakang tokoh-tokoh pemimpin Johor dan mengakui kehebatan-kehebatan tokoh terbilang yang ada di negeri
Johor. Kebijaksanaan tokoh-tokoh terbilang pada zaman dulu yang dapat memajukan negeri Johor adalah sesuatu
yang sangat mengagumkan dan boleh dibanggakan.
Sebagai anak jati Johor, kita mestilah menghargai dan mendalami lagi sejarah tokoh-tokoh pemimpin Johor yang
telah berjaya membangunkan negeri Johor menjadi negeri yang maju dan moden

.

SUMBER RUJUKAN
o https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
o Buku teks Sejarah Tingkatan 2

.
.


Click to View FlipBook Version