The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by progbestarismktr2, 2021-04-19 00:06:17

SMK TMN RINTING 2-NUR AQILAH-PDF

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Keywords: TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

NAMA: NUR AQILAH BINTI ROZI

KELAS: 4 SAINS

EMEL: [email protected]

SEKOLAH: SMK TAMAN RINTING 2
ALAMAT: JALAN RINTING, TAMAN
RINTING, 81750 MASAI, JOHOR

PENDAHULUAN:

Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor
dan bertapak di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh
kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bintan).
Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor
berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan
Melaka. Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor
berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.

Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik
Temengggung Abdul Hamid sebagai Temengggung Johor. Inggeris mengiktiraf Temengggung Abdul
Rahman Ibni Temengggung Abdul Hamid sebagai Temengggung Johor Singapura. Perlantikan ini
merupakan titik permulaan Dinasti Temengggung memerintah Johor. Inggeris seterusnya melantik
Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda
Temengggung Abdul Rahman iaitu Temengggung Daeng Ibrahim dilantik Temengggung Johor
selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. Perlantikan Baginda disahkan 14 tahun selepas
kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain. Pada
10 Mac 1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan
negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada Temenggung Ibrahim melalui satu perjanjian.
Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah
mempunyai ketuanan Johor, Temengggung Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri
pada tahun 1855. Bermula dari tarikh itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh
Temengggung Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar.

1. TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM

Biodata Temenggung Daeng Ibrahim :

 Baginda dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan
Riau, anak kepada Temenggung Abdul Rahman
dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan
merupakan kerabat Wangsa Temenngung serta
beragama Sunni Islam. Beliau juga dikenali
dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku
Chik dan Daeng Kechil.

 Nama sebenar beliau ialah Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul
Rahman dan merupakan Maharaja Johor atau Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatan
Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862.Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk
menghormati Sultan Ali. Temenggung Daeng Ibrahim mempunyai tiga orang isteri iaitu Inche
Ngah, Engku Long Muda dan Tengku Andak serta mempunyai tujuh orang anak lelaki dan lima
orang anak perempuan.

Pendidikan Temenggung Daeng Ibrahim;
 Beliau menerima pendidikan swasta di Singapura.

Kerjaya Temenggung Daeng Ibrahim ;
 Pemerintah negeri Johor.

Sumbangan Temenggung Daeng Ibrahim;

 Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Baginda Temenggong Abdul Rahman yang telah
mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor. Dengan kebijaksanaan Baginda di
samping mendapat kepercayaan penuh daripada Inggeris, pemerintahan Johor diserah kepada
Temenggong Daeng Ibrahim daripada Sultan Ali melalui Persetiaan 10 Mac 1855. Dengan ini
bermulalah Kesultanan Johor moden dibawah pemerintahan Dinasti Temenggong. Hasrat
British yang ingin menjadikan Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu
pertumbuhan. Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa, telah membolehkan
Temenggong Ibrahim menjadikan Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir
melalui Sistem Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa.

 Tahun 1855 merupakan titik permulaan pemodenan Johor, Temenggong Ibrahim membuka
Iskandar Puteri sebagai Pusat Pemerintahan Johor dengan mendirikan balai polis, mahkamah dan
jabatan-jabatan lain secara berperingkat. Usaha untuk memajukan Johor bermula dengan
mewujudkan keamanan dengan menghapuskan kegiatan pelanunan dan memajukan pelajaran
anak-anak Melayu.

2. SULTAN ABU BAKAR

Biodata Sultan Abu Bakar;

 Nama penuh baginda ialah Sultan Abu Bakar Al – Khalil Ibrahim Shah Ibni Al- Marhum
Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim. Baginda telah mendapat diputerakan
pada 3 Februauri 1833 di Istana Lama, Teluk Belanga, Singapapura. Sultan Abu Bakar
merupakan putera sulung di mana moyang baginda ialah Sultan Abdul Jalil Shah IV,
Sultan Johor petama dari keturunan Bendahara. Baginda telah menggantikan
ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim, bagi mentadbir Johor dari tahun 1862 hingga
1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat. Baginda
memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah sultan Johor era moden
pertama. Tempoh pemerintahan baginda ialah dari 13 Februari 1886 hingga 4 Jun 1895.

Pendidikan Sultan Abu Bakar :

Semasa kecil, baginda diajar berkenaan adat istiadat Melayu dan agama Islam di Teluk Belanga
sebelum dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Belamga yang dikendalikan oleh Reverand Benjamin
Peach Keasberry. Di sinilah, Sultan Abu Bakar membentuk keperibadian sebagai seorang lelaki
budiman Inggeris dan fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara
pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara
Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan memepelajari cara orang Barat
memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabakan baginda dihormati oleh
pedagang dan pemerintah British.

Kerjaya Sultan Abu Bakar :

Apabila usia Sultan Abu Bakar mencecah 18 tahun, Temenggung Ibrahim menghantar baginda
sebagai wakil untuk berunding dengan Sultan Ali yang mahu mendapatkan semula kedudukannya
sebagai pemerintah Johor. Dan apabila ayahanda baginda semakin uzur, Sultan Abu Bakar secara
perlahan-lahan diberi tugas mentadbir negeri Johor. Pada masa inilah, kemampuan diplomatik
baginda mendapat pehatian dan pujian ramai pegawai British termasuklah William Napier,
penasihat perundangan baginda.

Sumbangan Sultan Abu Bakar;

Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila
Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862, Abu Bakar
dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor, dan pada
tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan
taraf Baginda dikalangan antarabangsa. Baginda berjaya
mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi
Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun
1877. Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan
waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris
memakai gelaran Sultan Johor. Berikutan Perjanjian Setia, Baginda
menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Terdahulu dari itu
pada tahun 1866, Baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri
kepada Johor Bahru. Pada tahun 1871, Baginda mereka semula
bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja

Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik sebagai
Menteri Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan,
Polis, Penjara, Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan
Pelajaran. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
yang merupakan Negeri Melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan
gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun 1883 Jabatan
Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor. Baginda telah dimahkotakan
pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda
menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan

Johor negeri pertama berbuat demikian.

3. SULTAN ISMAIL

Biodata Sultan Ismail;

 Nama penuh baginda ialah Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-
Masyhur . merupakan Sultan Johor ke-23 (Sultan Johor Era Moden ke-4 daripada keturunan
Wangsa Temenggung) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan
ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda juga
merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti
tersebut. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10
Februari 1960. Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan Sultanah Aminah
binti Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1922. Kemudian baginda
sultanah mangkat pada tahun 1976 akibat kemalangan jalanraya di Muar pada tahun 1976.
Baginda dikurniakan 7 orang putera dan 3 puteri.

 Pendidikan baginda ;. Sultan Ismail mula menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di Johor
Bahru dan kemudian meneruskan pendidikan Baginda di England bersama dua orang adindanya
dan Onn Jaafar pada tahun 1904. Pada tahun 1910 Baginda kembali ke Johor meneruskan
pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1913, sekali lagi Baginda berangkat ke
London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri.

 Kerjaya Sultan Ismail ialah Pemerintah negeri Johor.

Sumbangan Sultan Ismail;

 Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan pada 28 Oktober 1894 di Istana Semayam,
Johor Bahru. Pada 7 September 1895, Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor, dan
dimasyhurkan perlantikannya sebagai Sultan Johor apabila Paduka Ayahandanya mangkat di London
pada 8 Mei 1959. Baginda telah dimahkotakan pada 10 Februari 1960.

 Semasa pemerintahan Baginda Sultan Ismail, Negeri Johor menjadi maju dan makmur. Sebelum
ditabalkan menjadi sultan, Baginda telah beberapa kali dilantik menjadi Pemangku Raja dan berupaya
melaksanakan pemerintahan dan tugas penting . Baginda telah merasmikan Kongres Melayu pada 11
Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru yang membawa kepada penubuhan UMNO. Sultan Ismail telah
menerima tabik hormat perarakan raksasa menyambut kemenangan Inggeris memerintah semula
Tanah Melayu pada 8 Jun 1946 di Jalan Ibrahim, Johor Bahru, setelah Jepun menyerah kalah.

 Ketika menjadi Sultan, Baginda sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan Negeri Johor,
antaranya ialah Penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ), Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Projek Johor Barat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir
Gudang. Lapangan Terbang di Senai, mula beroperasi pada tahun 1973. Bagi memajukan Agama
Islam, Majlis Agama Islam juga ditubuhkan ketika pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada 10
Mei 1981 bersamaan 6 Rejab 1401 H dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah Johor Bahru.

Nilai yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang;

Nilai yang boleh dicontohi;
 Kita seharusnya berusaha mengekalkan kestabilan politik dan berusaha
meningkatkan kebolehan diri agar dapat mengelakkan dapat melahirkan
masyarakat yang berkelayakan tinggi untuk menjawat jawatan yang tinggi
seperti pemimpin negara.
 Kita hendaklah mempunyai perancangan dan strategi yang rapi dalam
segala perkara supaya dapat menghindari sebarang tindakan yang dapat
mencetuskan provokasi kaum.
 Kita mestilah sentiasa memperkukuhkan jati diri dan sentiasa berfikiran
terbuka supaya dapat melahirkan masyarakat atau individu yang
berwawasan dan berpandangan jauh.
 Sebagai contoh; Sultan Ibrahim mempunyai sifat berfikiran terbuka yang
perlu dicontohi walaupun Baginda menerima tekanan Inggeris melantik
D.G Camphell pada tahun 1910 sebagai penasihat.

KESIMPULAN:

 Johor meneruskan warisan Keultanan Melayu Melaka dari tahun 1511-1699.
 Pergolakan politik dalaman negeri Johor telah mebawa kepada campur tangan luar.
 Pemerintahan negeri Johor mengalami beberapa fasa perubahan dari tahun 1511- 1875
 Kesetiaan rakyat menjamin kedaulatan Sultan.

Sumber Rujukan

 Buku teks Sejarah Tingkatan 2
 Internet;

*https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
*https://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_of_Johor


Click to View FlipBook Version