The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(BDP ESEI 1) NUR SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAYAN - F10

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahira09-314, 2022-05-22 18:52:49

LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

(BDP ESEI 1) NUR SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAYAN - F10

13

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NUR SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAYAN
NO. KAD PENGENALAN: 011028-02-0788
ANGKA GILIRAN: 2020192340189
KUMPULAN/ UNIT PISMP F10
NAMA PENSYARAH: PN. NOR RUL AZLIFAH

TAJUK TUGASAN PROJEK: PENULISAN AKADEMIK

TARIKH PENYERAHAN: 18 APRIL 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM Tarikh:
BALAS DARIPADA
PENSYARAH

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN..................................................................................................................... 2

1.0 PENGENALAN ................................................................................................. 3

2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA............................................................. 3

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ....4

3.1 ASPEK FIZIKAL .......................................................................................... 4

3.2 ASPEK EMOSI .......................................................................................... 5

3.3 ASPEK SOSIAL .......................................................................................... 6

3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK................................................................................. 7

4.0 KESIMPULAN ................................................................................................. 8

RUJUKAN................................................................................................................................. 9

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkat limpah kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Kami telah diberi
tugasan kerja kursus bagi kursus Budaya Dan Pembelajaran dengan kod kursus
EDUP3073. Tugasan kedua ini merupakan penulisan akademik mengenai
pengurusan bilik darjah mesra budaya.

Pertama, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nor
Rul Azlifah pensyarah kursus Budaya Dan Pembelajaran kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan sokongan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan pengetahuan yang bermanfaat
kepada saya untuk terus melakukan yang terbaik dalam kerja kursus ini.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana tidak putus memberikan
sokongan dan kata-kata semangat. Maka dengan itu, saya dapat mengekalkan
kestabilan emosi yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kasih dan
keprihatinan mereka terhadap diri saya telah membantu saya untuk menghasilkan
tugasan yang terbaik.

Jutaan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang
berkongsi maklumat yang berfaedah. Perkongsian kalian amat bermakna dan telah
meringankan sedikit sebanyak bebanan saya ketika melangsaikan tugasan ini.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

1.0 PENGENALAN

Malaysia dikenali sebagai negara yang harmoni dengan rakyat yang berbilang kaum
dan etnik serta wujud kepelbagaian adat dan budaya. Kepelbagaian sosiobudaya ini
menjadi salah satu kelebihan dan keunikan sebagai negara kecil yang harmoni dan
disegani. Secara umumnya, budaya dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Setiap
masyarakat itu dikenali berdasarkan budaya mereka tersendiri. Bagi negara Malaysia,
budaya Melayu iaitu rakyat bangsa Melayu diketengahkan sebagai budaya
kebangsaan negara yang menjadi identiti Malaysia itu sendiri. Namun begitu,
kepelbagaian budaya masyarakat lain seperti masyarakat Cina, India atau daripada
kepulauan Borneo tidak diketepikan. Malah adat atau perayaan daripada masyarakat
lainnya boleh diamalkan dan disesuaikan dengan keadaan dan undang-undang
negara Malaysia serta tidak mengganggu prinsip agama Islam. Bahkan daripada itu,
kepelbagaian sosiobudaya ini juga secara tidak langsung mendidik rakyat negara
Malaysia supaya bertoleransi, hormat-menghornati dan bertolak ansur antara satu
masa lain walaupun berbeza warna kulit.

2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang
pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik,
keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendapat pendidikan yang
adil dan sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah
dengan baik (Halim Tamuri dan Hanani Hussin, 2017). Perkara ini juga memberikan
implikasi yang baik terhadap bidang pendidikan yang umum mengetahui adanya
percampuran murid dari pelbagai kaum dalam satu sekolah terutama sekolah
kebangsaan. Pendidikan dengan pencampuran pelbagai budaya adalah pendekatan
pendidikan yang bertujuan untuk mencapai peluang pendidikan yang sama dengan
mengambil kira keperluan pelajar yang berbeza secara individu dan budaya. Umum
mengetahui, masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina,
India serta beberapa kaum daripada Sabah dan Sarawak. Demikian ini, guru harus
peka terhadap kepercayaan dan amalan sosiobudaya pelajar yang berbeza.
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendek
kata, guru harus peka terhadap perbezaan ini agar kumpulan pelajar tertentu tidak

merasa tersisih kerana tidak mengambil berat terhadap keperluan mereka. Keadaan
ini turut mempengaruhi cara pelajar berkomunikasi dan memahami dunia sekeliling.

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA

Di abad yang penuh cabaran ini, pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran terutama yang
melibatkan murid daripada variasi latar belakang etnik. Maka, pengurusan fizikal
sahaja tidak berkemampuan untuk menghasilkan suasana bilik darjah yang efektif
kepada murid tetapi juga perlu mengambil kira perspektif dari aspek emosi, sosial dan
sosiolinguistik.

3.1 ASPEK FIZIKAL

Pengurusan bilik darjah yang jelas terlihat adalah dari aspek fizikal bilik darjah itu
sendiri. Fizikal bilik darjah merujuk kepada ruang, penyusunan tempat duduk, perabot,
bilangan murid dan sebagainya. Pengurusan fizikal bilik darjah merujuk kepada satu
proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan daripada ahli
demi mencapai objektif dan matlamat organisasi atau kumpulan dalam seseuatu
gerak kerja. Ini menjelaskan bahawa dengan pengurusan fizikal bilik darjah yang baik
dapat merangsang kerjasama daripada murid dengan kompeten sewaktu
berlangsungkan ativiti PdP dalam bilik darjah. Perkara ini penting supaya pengajaran
yang dilaksanakan itu memberikan input yang maksima kepada murid yang terlibat.

Bagi aspek pengurusan fizikal, langkah yang perlu diambil adalah dari segi
penyusunan bilik darjah. Bilik darjah yang teratur dan sistematik sangat membantu
guru serta murid untuk menjalankan aktiviti PdP dengan selesa dan berkesan. Bilik
darjah yang sempurna haruslah mempunyai peralatan yang lengkap dan kondusif.
Peralatan asas seperti papan putih, papan kenyataan, meja dan kerusi perlu
disediakan dalam keadaan yang baik untuk memudahkan aktiviti pengajaran. Hal ini
kerana kekurangan atau ketempangan peralatan asas itu mampu menjejaskan
kelancaran PdP dan seterusnya mengganggu dapatan murid. Sebagai contoh,
keadaan papan putih yang pecah atau rosak akan mengganggu guru untuk
menyampaikan maklumat dengan selesa. Ini kerana, guru tidak dapat menulis
dengan baik serta menyukarkan murid untuk memahami apa yang disampaikan oleh

guru. Maka, peralatan asas seperti itu sangat penting supaya penyampaian PdP guru
itu dapat dilaksanakan dengan jelas dan berkesan kepada murid.

Penyediaan papan kenyataan juga adalah penting sebagai ruang untuk guru dan
pihak sekolah menyampaikan maklumat bertulis kepada murid. Papan kenyataan
harus mempunyai jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan,
undang-undang dan peraturan kelas, sudut mata pelajaran, kata semangat dan
sebagainya. Perkara di atas adalah sebagai persediaan kepada guru dan murid untuk
menghasilkan PdP yang berkesan serta merangsang bilik darjah yang mesra budaya.
Sebagai contoh adanya undang-undang atau peraturan kelas pada papan kenyataan.
Undang-undang dan peraturan kelas ini termasuklah arahan berkaitan menjaga
tatasusila dengan rakan yang berbeza agama seperti menghormati adat mereka
semasa belajar selagi tidak mengganggu ketenteraman kelas. Hal ini membantu
murid agar sentiasa menjaga tingkah laku semasa bergaul dan memastikan kelas
sentiasa aman.

3.2 ASPEK EMOSI

Dalam pendidikan aspek emosi antara aspek yang perlu dititikberatkan bukan sahaja
untuk murid tetapi juga untuk guru sebagai pendidik. Dengan kepada emosi murid
dan guru yang baik, secara tidak langsung dapat merangsang semangat murid untuk
terlibat dengan aktiviti pdp. Hal ini penting terutamanya melibatkan aktiviti
berkumpulan bagi murid berbilang kaum. Latar belakang murid yang berbeza juga
mampu menjejaskan sosioemosi murid. Justeru, penting bagi guru untuk sentiasa
cakna dan mempedulikan emosi anak-anak murid agar mereka bersemangat dan
dapat terus terlibat dengan aktif dalam aktiviti PdP.

Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan layanan yang adil kepada
semua murid tidak kira bangsa atau agama. Perkara ini sangat penting kerana
layanan yang berbeza boleh menyinggung perasaan mana-mana murid dan
membawa kepada perselisihan faham antara murid yang boleh menyebabkan
pergaduhan. Demikian itu, guru haruslah professional dan adil semasa melibatkan
aktiviti di dalam bilik darjah dengan menetapkan tugasan kerja dalam bentuk
kumpulan yang adil dan saksama bagi semua murid. Contohnya, tugasan
membersihkan kelas dibahagikan dengan adil dan tidak berat sebelah kepada
mana-mana kumpulan serta tidak diberikan tugasan khusus kepada satu-satu kaum.
Ini kerana, pengkhususan tugasan boleh menyebabkan murid berasa mereka
terasing dan tersisih daripada rakan yang lain.

Selain daripada itu, guru perlu membina hubungan yang positif antara rakan
sekelas. Perkara ini perlu supaya murid dapat berkomunikasi dengan rakan meskipun
hadir daripada latar belakang yang berbeza. Bimbingan dari aspek pertuturan yakni
perkataan-perkataan yang sensitif bagi sesuatu kaum adalah perlu untuk menjaga
kehormatan budaya masing-masing. Setiap kaum tertentu ada menggunakan bahasa
tersendiri terutama bagi kaum Cina, India dan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak.
Justeru, setiap daripada mereka mempunyai perkataan tertentu yang memberikan
maksud yang kurang disenangi dan segelintir perkataan itu digunapakai oleh
masyarakat lain yang memberikan maksud yang berbeza. Maka, perbezaan ini harus
diketahui oleh murid sebagai ilmu sosial tambahan. Hal ini sangat penting untuk
memastikan emosi setiap murid dalam keadaan yang baik serta mendidik murid untuk
sentiasa menjaga percakapan dan tatasusila.

3.3 ASPEK SOSIAL

Istilah sosial lazimnya dikaitkan dengan perkara yang mempunyai hubungannya
dengan masnusia dalam masyarakat, suatu sifat yang merangsang rasa empati
terhadap kehidupan manusia hingga wujudnya sifat tolong-menolong dan sebagainya.
Aspek sosial bukan sahaja tertumpu kepada kehidupan bermasyarakat tetapi
menyeluruh termasuklah dalam pendidikan. Pada ketika zaman kanak-kanak inilah
aspek sosial ini memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk
keperibadian yang baik dalam diri individu itu. Maka, zaman persekolahan adalah
salah satu zaman yang diperlukan murid untuk membina jati diri yang kuat sebagai
persediaan menempuh cabaran hidup kelak.

Rentetan itu, besar peranan guru untuk mendedahkan murid dengan sosialisasi
yang kukuh dan terpuji. Antara perkara yang boleh dilaksanakan guru ialah dengan
menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid. Menurut Albert Bandura (1977),
pelajar merupakan golongan yang masih berada dalam lingkungan kanak-kanak dan
mereka berkelakuan serta mengikuti berdasarkan apa yang mereka lihat dan
perhatikan. Maka disini, guru merupakan salah satu insan yang sering diperhatikan
gerak geri dan tingkah lakunya kerana mereka antara yang dihormati oleh murid
selepas ibu dan bapa. Demikian ini, penting bagi guru untuk menunjukkan peribadi
yang baik dengan pengamalan nilai-nilai yang terpuji. Sebagai contoh guru
berinteraksi dan bergaul dengan guru yang berbeza kaum dan agama sama seperti
guru lain tetapi masih menjaga tatasusila tertentu. Misalnya, menjaga pertuturan,
sopan dalam bercakap dan sebagainya. Secara tidak langsung, murid akan melihat
dan turut mengaplikasikannya dalam kehidupan serta dijadikan amalan.

Seterusnya, guru juga boleh memupuk kasih sayang antara murid dengan
menraikan hari lahir murid. Guru boleh menyediakan memo yang mencatatkan tarikh
lahir setiap murid dan ditampalkan di dalam kelas. Apabila tiba hari lahir bagi setiap
murid, guru menyediakan kad ucapan dan memberikannya kepada murid berkenaan.
Dengan kaedah ini, murid akan berasa diri dihargai dan merangsang keyakinan serta
semangat mereka untuk terlibat dan aktiviti kelas. Selain daripada itu, perkara ini juga
dapat merangsang nilai empati dan kecerdasan interpersonal murid melalui
penghargaan seperti ucapan hari lahir murid lain kepada murid yang menyambut
ulang tahun kelahiran tersebut. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan
hubungan baik antara rakan supaya lebih mesra dan akrab. Perkara ini sangat
membantu dalam membina bilik darjah yang mesra budaya yakni dari aspek
pergaulan murid dengan rakan sama ada berlainan budaya atau tidak.

3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik merujuk kepada satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi
variasi bahasa serta mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang
digunakan (Noriati Abd Rashid et, al. 2017). Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka pula, sosioliguistik ialah kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur
dan sikap masyarakat. Secara ringkasnya, sosiolinguistik menghuraikan mengenai
bahasa yang dipengaruhi oleh budaya bagi sesuatu masyarakat. Misalnya di
Malaysia, kepelbagaian bahasa berpunca daripada rakyat yang berbilang bangsa dan
budaya memperlihatkan adanya percampuran dialek mengikut masyarakat tertentu
ke dalam bahasa utama yakni Bahasa Melayu. Demikian itu, rakyat dapat
mengenalpasti dialek-dialek itu yang menjelaskan asal-usul penutur hanya daripada
percakapannya. Oleh kerana setiap kelompok masyarakat membawa budaya yang
berbeza, sosioliguistik ini dapat memberikan impak yang positif di mana masyarakat
mampu saling menghormati dan menjaga adab mengikut fahaman budaya
masing-masing.

Bertitik tolak daripada itu, langkah yang dapat dilakukan untuk mewujudkan bilik
darjah mesra budaya adalah dengan melaksanakan aktiviti berbahasa. Contoh aktiviti
berbahasa ialah aktiviti main peranan atau dialog, radio ajaib dan sebagainya. Aktiviti
berbahasa sedemikian sama ada secara lisan atau bertulis penting untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa semua murid termasuklah yang bukan asli
penutur bahasa Melayu. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran
bahasa yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini bukan sahaja
membantu murid dalam pembelajaran, bahkan berupaya membantu mereka untuk

bersosialisasi dengan masyarakat dengan lebih berkesan. Tambahan daripada itu, ia
juga dapat meningkatkan jati diri dan semangat patriotik terhadap negara melalui
bahasa kebangsaan.

Selain daripada itu, guru juga boleh menerapkan elemen budaya atau adat
pelbagai kaum dalam aktiviti yang dilaksanakan semasa proses PdP. Guru perlu bijak
mempelbagaikan aktiviti PdP dengan aktiviti yang menarik dan kompetif untuk murid.
Potensi murid perlu dipertingkatkan dengan maksimum melalui guru
mempelbagaikan kaedah pengajaran (Shukri, 2007). Aktiviti main peranan (Role Play)
dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) antara aktiviti yang sesuai untuk
dijalankan dalam usaha menerapkan elemen budaya dan adat pelbagai kaum. Aktiviti
ini boleh dijalankan dengan murid memainkan watak daripada animasi atau situasi
yang melibatkan kaum yang pelbagai. Contohnya, sambutan perayaan bagi setiap
kaum. Daripada aktiviti ini, murid dapat maklumat mengenai amalan perayaan bagi
sesuatu kaum serta mendidik mereka untuk menghormati budaya tersebut.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan demi memperbaiki
dan meningkat kesejahteraan manusia sejagat. Malaysia juga tidak terkecuali dalam
melalui era transformasi yang memberikan kesan kepada segenap masyarakat.
Tambahan pula, masyarakat kini sangat prihatin dengan perkembangan pendidikan
untuk memajukan diri dalam menempuhi cabaran kehidupan abad-21. Masyarakat
terutamanya ibu bapa tekal mengikuti perkembangan pendidikan dengan kritikalnya
terhadap isu-isu berkaitan prestasi dan kemajuan anak-anak. Maka dengan itu, pihak
berkenaan seharusnya lebih peka terhadap isu berbangkit mengenai pendidikan dan
bergegas menyelesaikannya secara komprehensif dan kompeten. Golongan pendidik
juga perlu selangkah lebih cekap ke hadapan untuk mendepani paradigma baru di
mana pendidikan dalam era globalisasi ini ditafsirkan secara holistik. Hal ini supaya
pendidik negara tidak kekok untuk meneruskan perjuangan mendidik generasi pelajar
seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Malaysia. Begitu juga dengan
pendidikan yang melibatkan kepelbagaian budaya. Meskipun, negara Malaysia masih
kekal harmoni dengan rakyat berbilang kaum ini, penerapan sosiobudaya dalam
kalangan anak muda masih diperlukan supaya perkara seperti peristiwa 13 Mei tidak
berulang semula. Justeru penting bagi pihak pendidik supaya cekap melaksanakan
tindakan yang sewajarnya seperti pelaksanaan bilik darjah mesra budaya ini agar
kesejahteraan negara dan global dapat dikekalkan.

RUJUKAN

Ab Halim Tamuri dan Nur Hanani Hussin. (2017) . Pendidikan Abad Ke-21 Dalam
Kepelbagaian Budaya : Cabaran dan Harapan. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS)

Albert Bandura. (1977). Social Learning Theory, Eaglewood Clifts, N. J : Practice Hall.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan; Edisi Keempat. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Noriati Abd Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad, Zuraidah A.
Majid. (2017). Budaya Dan Pembelajaran. Edisi kedua. Oxford Fajar.

Shukri. (2007). Pengantar Pemikiran. Quantum Books.


Click to View FlipBook Version