13
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2019)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP 3023)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: NUR SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAYAN
NO. KAD PENGENALAN: 011028-02-0788
ANGKA GILIRAN: 2020192340189
KUMPULAN/ UNIT PISMP F10
TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN
NAMA PENSYARAH:
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
PROJEK: 4 NOVEMBER 2020
TARIKH PENYERAHAN:
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS Tarikh:
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN.........................................................................................................1
1.0 PENGENALAN......................................................................................................2
2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK......................................... 2
2.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI JEAN PIAGET.......................3
3.0 KEPENTINGAN KEPADA GURU...................................................................... 5
4.0 KESIMPULAN....................................................................................................... 7
RUJUKAN..................................................................................................................... 9
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkat limpah kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Kami telah
diberi tugasan kerja kursus bagi kursus Perkembangan Kanak-Kanak
dengan kod kursus EDUP3013. Tugasan ini merupakan penulisan esei ilmiah
berkenaan kepentingan seseorang guru menguasai peringkat perkembangan
kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget atau Lev Vygotsky
dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia
Pertama, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Tuan Haji Omar bin Chek Man, pensyarah Perkembangan Kanak-Kanak
kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan
pengetahuan yang bermanfaat kepada saya untuk terus melakukan yang
terbaik dalam kerja kursus ini.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana tidak putus
memberikan sokongan dan kata-kata semangat walaupun tinggal berjauhan
daripada mereka. Maka dengan itu, saya dapat mengekalkan kestabilan emosi
yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kasih dan keprihatinan meraka
terhadap diri saya telah membantu saya untuk menghasilkan tugasan yang
terbaik.
Jutaan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan
saya yang berkongsi maklumat yang berfaedah. Perkongsian kalian amat
bermakna dan telah meringankan sedikit sebanyak bebanan saya ketika
melangsaikan tugasan ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
1
1.0 PENGENALAN
Manusia dilahirkan dengan sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah
semulajadi proses tumbesaran. Perkembangan yang dialami adalah berbeza
mengikut peringkat umur dan juga dipengaruhi oleh faktor dalaman dan juga
faktor luaran. Perkembangan merujuk kepada perubahan yang bersifat
kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi
ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada
peringkat sebelumnya (Mohd Sharani Ahmad, 2004). Perubahan bersifat
kuantitatif tersebut bermaksud perubahan yang boleh diukur seperti berat,
tinggi, saiz dan struktur badan. Perubahan seperti ini lebih jelas kelihatan pada
perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami proses
perkembangan ini akan mengalami perubahan dari segi tingkah laku mental,
jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani (Suppiah Nachiappan, 2014).
2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perkembangan ialah perihal
berkembang iaitu menjadi maju, tersebar, membiak, meluas dan sebagainya.
Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan
serta berkait rapat dengan proses kematangan dan pembelajaran
kanak-kanak dalam persekitaran (Wong Kiet Wah et al. , 2016). Terdapat
beberapa tokoh yang mengkaji dan mengemukakan teori mengenai peringkat
perkembangan kanak-kanak. Antara tokoh yang terkenal adalah seperti Jean
Piaget, Lev Vygotsky, Erik Erikson dan Norm Chomsky. Bagi teori yang
diutarakan oleh Jean Piaget, beliau membincangkan berkenaan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
2
2.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Beliau
merupakan ahli psikologi Switzerland yang pertama membuat kajian
sistematik mengenai pemerolehan pemahaman pada kanak-kanak .Jean
Piaget merupakan tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Beliau amat berminat
dengan perubahan struktur dan evolusi pengetahuan dalam pemikiran
kanak-kanak serta banyak menghasilkan penulisan mengenai psikologi
pembelajaran yang banyak menggunakan idea berdasarkan konsep biologi
(Wong Kiet Wah et al. , 2016). Jean Piaget percaya bahawa pemikiran
kanak-kanak berkembang mengikut peringkat perkembangan kognitif yang
terbahagi kepada empat iaitu Peringkat Sensori Motor, Peringkat Praoperasi,
Peringkat Operasi Konkrit dan Peringkat Operasi Formal.
Peringkat sensori motor bermula sejak lahir hingga umur 2 tahun. Pada
fasa ini, kanak-kanak menggunakan kemahiran dan kebolehan mereka
selepas dilahirkan seperti menggenggam, mendengar dan menghisap untuk
meneroka keadaan sekeliling. Ia bergantung kepada penggunaan deria dan
kemahiran motor yang ada pada diri iaitu deria melihat, mendengar,
menyentuh dan merasa. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif
adalah proses pembangunan intelektual yang berguna bagi beradaptasi
dengan persekitaran (Mohd Sharani Ahmad, 2004). Kanak-kanak pada tahap
meneroka dan memahami dunia persekitarannya melalui pembentukan skema
oleh koordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor. Kanak-kanak juga
belum boleh bertutur dengan lancar dan belum bersedia untuk membaca atau
mengenal huruf. Ini kerana mereka masih lagi mempelajari seseuatu melalui
tindakan ulangan dan tidak mempunyai kebolehan simbol (Wong Kiet Wah et
al. , 2016).
Peringkat seterusnya peringkat praoperasi yang berlaku pada
kanak-kanak sekitar umur 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini berlaku
perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan mental. Kanak-kanak
menggunakan simbol-simbol dalam pemikiran untuk mewakili objek di
3
sekelilingnya dah masih belum mempunyai konsep pengekalan dan konsep
transformasi. Keupayaan menggunakan simbol itu menunjukkan bahawa
kanak-kanak tersebut sudah bersedia untuk berbahasa. Pada peringkat ini
kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar tentang dirinya iaitu
bersifat egosentrik yang melakukan kegiatan mengikut kehendaknya
dan mempercayai orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya
(Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar, 2010). Sekitar umur 4 hingga 7 tahun,
kanak-kanak akan menggunakan penaakulan primitif iaitu mereka
menggangap diri mengetahui jawapan kepada semua perkara dan hadir
pemikiran intuisi. Hal ini kelihatan apabila mereka mula menunjukkan
perasaan ingin tahu, suka bertanya dan bercakap. Daya imaginasi dan fantasi
pada peringkat ini juga sangat tinggi hingga menyebabkan mereka
menggemari cerita-cerita fiksyen.
Kemudian, peringkat operasi konkrit bagi kanak-kanak berumur 7 hingga
11 tahun. Pada peringkat operasi konkrit ini, kanak-kanak dapat
mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak dan bukan lagi fokus
kepada satu ciri sahaja (Wong Kiet Wah et al. , 2016). Ini kerana mereka
sudah mula membuat penaakulan logik menggantikan pemikiran intuitif tetapi
masih terikat pada objek atau peristiwa yang konkrit. Keupayaan manipulasi
konsep dan idea adalah terhad serta dapat bergantung kepada objek yang
dilihat sahaja (Mohd. Sharani Ahmad. 2004). Selain itu, peringkat ini juga
berlaku konsep kekekalan di mana kanak-kanak berupaya memahami bahawa
sesuatu objek yang mengalami perubahan ketara masih mempunyai sifat yang
sama seperti sifat asal objek tersebut. Misalnya, sekeping kertas yang dikoyak
kepada beberapa bahagian, sifat atau keluasannya tetap sama. Pada tahap ini
juga berlaku penurunan egosentrisme dimana kanak-kanak berkeupayaan
memberi tumpuan kepada banyak aspek dalam satu-satu masa. Namun,
mereka mula menjurus kepada sosiosentris iaitu memahami bahawa orang
lain mempunyai pemikiran tersendiri. Perkembangan ini semakin meningkat
untuk mental memanipulasi maklumat dan memikirkan pemikiran orang lain
akan memainkan peranan kritikal dalam perkembangan operasi formal.
Kanak-kanak pada ketika ini mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan
4
berkeinginan untuk belajar tetapi jangka masa penumpuan mereka sangat
singkat.
Peringkat terakhir berlaku pada kanak-kaak berusia 11 tahun dan
berterusan hingga dewasa ini dikenali sebagai peringkat operasi formal. Pada
peringkat ini, pemikiran mereka akan menjadi lebih matang dan rasional.
Kanak-kanak sudah boleh berfikir mengenai konsep abstrak dan
menggunakan logik akal untuk membuatkan penyelesaian secara kreatif
terhadap sesuatu masalah. Kemahiran seperti pemikiran logik, pemikiran
deduktif, dan perancangan sistematik juga muncul semasa peringkat ini.
Seterusnya, berlaku perkembangan terhadap pemikiran yang kritis terutama
dalam menyelesaikan masalah. Menurut Wong Kiet Wah et al., remaja yang
mencapai peringkat operasi formal ini berupaya membuat pemikiran
metakognitif, sentiasa menganalisis pemikiran sendiri, membuat penilaian dan
mencari ketidakseragaman dalam rinsip-prinsip tertentu. Oleh itu, pada
peringkat umur ini mereka boleh membuat analogi dan metafora seperti yang
terdapat dalam karya sastera. Mereka juga sering memikirkan tentang masa
depan dan cuba menentukan sesuatu yang terbaik. Pada peringkat akhir ini
mereka berfikir secara saintifik, dapat menaakul secara abstrak, idealistik,
logikal serta menunjukkan minat terhadap isu-isu sosial dan identiti diri.
3.0 KEPENTINGAN KEPADA GURU
Teori-teori Jean Piaget mengenai tehap perkembangan kanak-kanak
digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Hal ini berikutan kerana
teori-teori ini mampu membantu mengubah cara pendidik termasuk ibu bapa
berfikir tentang perkembangan anak-anak. Sebagai seorang guru, teori-teori
ini penting untuk guru menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai
dengan keupayaan, mental, jasmani dan emosi pelajar. Peringkat-peringkat
yag berbeza membawa kepada perkembangan serta kebolehan pelajar yang
berlainan mengikut umur. Oleh itu, guru dapat memastikan sesuatu isi
pelajaran yang perlu diterapkan dalam sesi pengajaran supaya pelajar dapat
menerima input semaksimum yang mungkin. Misalnya, bagi peringkat
5
praoperasi bagi kanak umur 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini guru-guru di
taska atau pra sekolah misalnya perlu banyak mengaplikasikan penggunaan
bahan bantu mengajar berupa simbol-simbol yang ringkas. Contohnya
menggunakan kad-kad atau alat permainan bentuk geometri seperti bola,
piramid dan sebagainya. Hal ini adalah untuk menarik perhatian mereka serta
membantu mereka mengeal sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini,
guru perlu beraksi riang, cergas dan bertenaga seiring dengan jasmani dan
emosi mereka yang bertenaga dan gembira.
Seterusnya, teori Jean Piaget juga penting bagi guru untuk menyediakan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar,
disamping perjalanan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Sebagai seorang guru, guru perlu bijak menguruskan kelas dengan
mempelbagaikan teknik serta cara pengajaran yang menarik. Hal ini adalah
untuk menarik minat pelajar untuk terus kekal fokus kepada sesi pengajaran.
Namun, guru juga harus memastikan sumber pengajaran dan pembelajaran
itu bersesuaian dengan kemampuan pelajar dalam menerima input pada sesi
berkenaan. Melalui ilmu perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori Jean
Piaget ini, guru dapat memastikan jenis pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza bagi setiap golongan pelajar untuk dijalankan. Misalnya, guru boleh
menggunakan alat bantu mengajar seperti paparan visual melalui projektor di
dalam kelas. Hal ini adalah untuk menarik minat pelajar dengan paparan visual
yang menarik tetapi masih berinformasi. Pengaplikasiannya perlu bersesuaian
seperti pada peringkat operasi konkrit guru perlu menyediakan aktiviti yang
tidak mengambil masa yang untuk satu-satu tajuk. Hal ini berikutan,
kanak-kanak pada tahap ini jangka masa penumpuan mereka adalah singkat.
Maka, guru perlu meringkaskan dengan baik sesuatu topik disamping
memastikan aktiviti tersebut merangkumi kesemuanya dengan menarik.
Selain itu, ilmu perkembangan kanak-kanak penting untuk membolehkan
guru merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan
perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.
Contohnya, guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar
contohnya permainan melengkapkan “jigsaw puzzle. Murid-murid perlu berfikir
6
iaitu dalam aspek domain kognitif untuk mencari persamaan dan
menggunakan tangan yakni domain psikomotor- halus untuk memadankan
kepingan “jigsaw” keatas papan “jigsaw” serta harus memiliki sifat domain
afektif yang sabar iaitu dapat menahan marah sekiranya susah untuk
memadankannya. Peranan guru pada ketika ini adalah memberikan
bimbingan secara secara terus untuk membantu mereka mengekalkan emosi
yang positif dan mampu menyelesaikan tugasan yang diberi. Ini bersesuaian
dengan peringkat yang kedua di mana guru perlu mendemonstrasikan
perlakuan atau cara yang sepatutnya dengan penglibatan banyak deria
sewaktu memberikan penjelasan secara lisan. Berbeza dengan peringkat
operasi formal, guru tidak perlu menerangkan secara kritikal kepada pelajar
tetapi menerangkan sesuatu dengan jelas dan berfikiran terbuka. Malah, guru
perlu bersedia untuk menerima sebarang pendapat daripada pelajar dan tidak
mengabaikan perkongsian atau pendapat daripada mereka. Ini kerana
perkembangan kanak-kanak pada tahap ini sudah matang dan rasional
pemikirannya.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perubahan-perubahan yang berlaku kepada setiap manusia
adalah perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan. Dapat difahami dengan
jelas bahawa perkembangan setiap kanak-kanak itu adalah semulajadi dan
tidak boleh menerima paksaan daripada mana-mana pihak. Malah, teori-teori
yang dikeluarkan oleh tokoh atau pakar tertentu perlu dimanfaatkan supaya
dapat memberikan kelebihan kepada ibu bapa dan juga pendidik dalam
mencorakkan pendidikan yang bersesuaian dengan anak-anak. Menurut
Zaleha Damansuri (2016), suatu proses perkembangan juga melibatkan
interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang
dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Maka dengan ini penting bagi pihak pendidik
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran yang berseuaian dengan perikat
umur untuk merangsang perkembangan yang lebih baik. Kerjasama antara
guru dan ibu bapa juga perlu untuk memastikan proses perkembangan
kanak-kanak berlaku dengan normal dan mampu mengelakkan sebarang
7
kemungkinan yang boleh menjejaskan perkembangan mereka secara fizikal,
mental, emosi, rohani dan juga intelek.
8
RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar. (2010). Teori-Teori Perkembangan.
Psikologi Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sharani Ahmad. 2004. Psikologi Kanak-Kanak. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan. (2014). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Universiti Sultan Idris.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis dan Rafidah Ruhani. (2016).
Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford fajar Sdn. Bhd.
Zaleha Damansuri. (2016). Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam
Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat.
Jurnal Komunikasi. Kolej Universiti Islam Melaka.
9