The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RASILA BINTI RAHMAT Moe, 2021-08-31 08:55:28

KAJIAN KES KESULTANAN JOHOR RIAU

KESULTANAN JOHOR RIAU

Keywords: SEJARAH

Tugasan Sejarah :

KAJIAN KES TINGKATAN

Tajuk:

KESULTANAN JOHOR RIAU

Disediakan oleh: Muhamad Akmal Rusyaidi bin Muhamad Anuar
Tingkatan : 2 Al-Azhar
No Maktab : CP201162

Perkara Hala Tarikh
man
Objektif kajian 3 28/8
Kaedah Kajian 4 28/8
Mengumpul Maklumat 5 28/8
Kerangka Kasar Penulisan 6 28/8
Pengenalan & Pengasasan kerajaan 7 28/8
Pusat pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua 8 28/8
Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong 9 28/8
Pinang & Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor
Lama 10 28/8
Cabaran kearah kegemilangan & Pusat
Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama& Perang 11 28/8
Johor- jambi 12 28/8
Konflik pembesar & ancaman raja khecil
Strategi menghadapi cabaran & pemindahan 13-14 28/8
pusat pemerintahan
Membina kota pertahanan & Menjalinkan
hubungan dengan belanda

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang
Kesultanan Johor Riau dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat
memenuhi objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah
yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang
betul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang Kesultanan Johor Riau

KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 3 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
dan bersistematik.

i. Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari buku teks sejarah tingkatan 2 untuk memastikan kesahihan
fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

iii. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari
laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai
rujukan.

iv. Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu Puan Nora

MENGUMPUL MATLUMAT

Sultan Alauddin Riayat Shah 1

KERANGKA KASAR PENULISAN

Bil. Tugasan Butir

1. Pengenalan - Pengasasan Kerajaan
- Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua
- Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang
- Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama

2. Cabaran Ke Arah Kegemilangan - Persaingan Johor-Acheh-Portugis
- Perang Johor-Jambi
- Konflik Pembesar
- Ancaman Raja Kechil

3. Strategi Menghadapi Cabaran - Pemindahan Pusat Pemerintahan
- Membina Kota Pertahanan
- Menjalinkan hubungan dengan Belanda

Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi
sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan
Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan
kerajaan awal di Alam Melayu.

-Pengasasan Kerajaan

• Kesultanan Johor Riau telah
diasaskan oleh Raja Ali, putera
Sultan Mahmud Shah dan Tun
Fatimah. Baginda menggunakan
gelaran Sultan Alauddin Riayat
Shah I (1528-1564).

• Bendahara Seri Nara Diraja
dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri
di pesisir Sungai Johor

-Pusat pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua

• Sultan Alauddin Riayat Shah I
membina pusat pemerintahan di
Kota Kara, Pekan Tua pada tahun
1528.

• Kedudukan Kota Kara yang terletak
berhampiran sungai yang lebar dan
dalam memudahkan kapal untuk
keluar masuk.

• Kawasan berbukit bukau di sekitar
Kota Kara menjadi benteng
pertahanan daripada ancaman luar.

-Pusat Pemerintahan Kota Sayong, -Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor
Sayong Pinang Lama

• Kota Kara di Pekan Tua telah • Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat
diserang dan dimusnahkan oleh Shah I memindahkan pusat pemerintahan
Portugis pada tahun 1535. ke Kota Batu, Johor Lama.
Sultan Alauddin Riayat Shah I
• Kawasan ini juga dikenal sebagai
• berundur dan membuka pusat Tanjung Batu.
pemerintahan di Kota Sayong.
• Kedudukannya yang strategik di Sungai
Kawasan ini lebih selamat kerana Johor yang lebar dan dalam memudahkan
• kapal perang musuh sukar melintasi kemasukan kapal dagang.
sungai yang sempit.

Cabaran Ke Arah Kegemilangan -Perang Johor-Jambi

Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran • Johor menuntut wilayah Tungkal
untuk mempertahankan kedaulatannya. daripada kerajaan Jambi. Krisis dan
Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor- peperangan berlaku dari tahun 1659
Acheh-Portugis, Perang Johor-Jambi, konflik pembesar hingga 1679.
dan ancaman Raja Kechil.
• Johor menyerang Jambi pada bulan
- Persaingan Johor-Acheh-Portugis Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di
bawah kuasa Kesultanan Johor Riau
yang berpusat di Riau.

- Konflik Pembesar - Ancaman Raja Kechil

• Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul • Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718
kerana
Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk
menuntut takhta kerajaan Johor. Baginda mendakwa
menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau. dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan
• Persaingan berakhir dengan pengunduran Mahmud
Mangkat Dijulang) (1685-1699) dan mengisytiharkan
Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu. dirinya
• Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam sebagai Sultan Johor Riau dengan menggunakan gelaran
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
pemerintahan Kerajaan Johor Riau. Tun Habib • Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah
IV meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk
meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran mengusir Raja Kechil.
• Raja Kechil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722.
Bendahara Padang Saujana. Jawatan Bendahara
Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor
digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil. dengan gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760),
manakala
Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Muda
atau Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor.

Strategi Menghadapi Cabaran

Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran yang menggugat kedaulatannya
dengan menggunakan beberapa strategi. Antaranya termasuklah memindahkan pusat pemerintahan,
membina kota pertahanan serta menjalinkan hubungan persahabatan dengan Belanda.

-Pemindahan pusat pemerintahan

Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau
terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. Semasa pemerintahan
Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan Kesultanan Johor
Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat
pemerintahan yang baharu. Pusat pemerintahan sering berpindah
disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan
serta muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis
dan Acheh.

-Membina kota pertahanan -Menjalinkan hubungan dengan Belanda

Kota pertahanan yang dibina sering berubah Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau mengekalkan
mengikut lokasi pusat pemerintahan kedaulatan kerajaan dengan mengadakan
dan mempunyai bentuk serta ciri yang perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda. Dasar
tersendiri. berbaik-baik dengan Belanda dilakukan
sebagai strategi untuk menghadapi ancaman daripada
Kota Kara Portugis di Melaka dan Acheh.

• Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah I.
• Terletak di Kuala Sungai Telor.
Pagar dibuat dengan pancang kayu besar
setinggi 40 kaki (12 meter).
• Diperkuatkan dengan bedil dan meriam

Strategi memindahkan pusat pemerintahan, membina kota
pertahanan dan mengadakan perjanjian
persahabatan dengan Belanda dapat mengekalkan
kedaulatan dan kestabilan Kesultanan Johor Riau.
Kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintahnya
menggunakan pendekatan ini telah melonjakkan
kesultanan ini ke arah kegemilangan dan keagungan di
Alam Melayu. Kita perlu mempunyai
keyakinan diri dalam mempertahankan kedaulatan negara.


Click to View FlipBook Version