The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MAJLIS APRESIASI GURU DAN STAF-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgu.ramlan.7477, 2019-11-25 17:43:45

TEKS UCAPAN GB

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MAJLIS APRESIASI GURU DAN STAF-converted

TEKS UCAPAN GURU BESAR
SEMPENA MAJLIS APRESIASI GURU DAN STAF, 2019

Assalamualaikum WBT

Terima kasih juruacara majlis.

Yang dihormati guru-guru penolong kanan

Yang dikasihi guru-guru dan staf pejabat.

Busana tradisional sedunia kita kagumi
Tema pilihan majlis kali ini

Jamuan akhir tahun kita mulai
Mencipta kenangan tersemat di hati

Syukur Alhamdulilah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT , atas perkenan limpah dan
inayah-Nya jua dapat kita berhimpun di majlis penuh gilang gemilang, penuh
bererti buat kita semua khususnya lebih bermakna buat yang diraikan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana
memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis 3 serangkai ini, iaitu
majlis persaraan, perpisahan guru dan jamuan akhir tahun BKGK.

Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis menjamu selera tetapi
juga sebagai pelengkap kepada program tahunan Badan Kebajikan Guru dan
Kakkitangan yang dirancang sejak awal tahun lagi. Majli ini juga diharapkan
menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita; demi
mengeratkan silaturahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan
penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun. Selain itu,
majlis ini juga untuk meraikan persaraan En. Mohd. Ali bin Ismail dan perpindahan
guru-guru iaitu Pn. Nasiroh binti Salleh dan Pn. Fariza binti Salleh.

Hadirin sekalian,

Saya mewakili para pentadbir dan guru-guru serta staf mengucapkan jutaan
terima kasih kepada En. Mohd. Ali atas sumbangan yang diberikan kepada pihak
sekolah. Tentunya sumbangan yang diberikan bukan kecil kerana hadirin sedia

1

maklum bahawa En. Mohd. Ali sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Pastinya,
banyak kenangan En. Mohd. Ali yang tidak akan dilupakan.

Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung;

Jasamu tuan tetap dikenang
Budimu tetap disanjung.

Saya percaya bahawa di sudut hati guru-guru terpancar rasa sedih kerana
sekian lama Pn. Nasiroh dan Pn. Fariza yang banyak memberikan sumbangan
dalam mengharumkan nama sekolah akan meninggalkan SK Surada. Sekali lagi
saya mewakili pentadbir, guru-guru dan staf mendoakan kejayaan dan
kebahagiaan Pn. Nasiroh dan Pn. Fariza di tempat yang baharu.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah menjayakan majlis kita pada hari ini khususnya Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK Sungai Ramal Dalam. Semoga cuti yang panjang ini akan digunakan
sepenuhnya oleh guru-guru untuk berehat sambil merencanakan program pada
tahun 2020. Jaga diri dan kesihatan sepanjang bercuti.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

2


Click to View FlipBook Version