The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Revaneswaran Vijah, 2022-05-30 04:09:01

CKY PA KK 2-1

CKY PA KK 2-1

030826-14-1537
PEMBELIAN MAKANAN MELALUI APLIKASI FOODPANDA DALAM

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN JINJANG,KUALA LUMPUR

ABSTRAK
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis makanan yang biasanya
dipesan oleh pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala Lumpur
dan mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi FoodPanda
dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala
Lumpur.Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala
Lumpur.Kaedah kajian yang telah yang telah digunakan adalah kaedah soal
selidik,kaedah temu bual dan kaedah kajian kepustakaan.Terdapat 30 orang responden
dan 3 orang informan telah dipilih untuk mendapatkan maklumat.Berdasarkan dapatan
kajian,jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan lima di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang adalah minuman,makanan Korea dan makanan
segera.Manakala,manfaat-manfaat yang diperoleh daripada FoodPanda ialah
menjimatkan masa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian cara pengambilan
makanan.Oleh itu,perkhidmatan FoodPanda telah menjadi pilihan utama dalam
kalangan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang ,Kuala
Lumpur.

1

030826-14-1537
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK................................................................................................................ 1
ISI KANDUNGAN ................................................................................................... 2
PENGHARGAAN .................................................................................................... 3
1.0 PENGENALAN .................................................................................................. 4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN ........................................................................................... 6
3.0 LOKASI KAJIAN ............................................................................................... 7
4.0 METADOLOGI KAJIAN ................................................................................. 11
4.1 Reka Bentuk Kajian........................................................................................... 11
4.2 Sampel Kajian ................................................................................................... 11
4.3 Instrumen kajian ................................................................................................ 12
4.4 Cara Mendapatkan Maklumat Data.................................................................... 13
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN ................................................ 15
5.1 Data Demografi Responden ............................................................................... 15
5.2 Mengenal pasti jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan
5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur. .................................. 21

2

030826-14-1537
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,Encik Musa Bin Mohamed Yusof
yang telah memberi kebenaran dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian
ini di sekolah ini.

Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pengajian
Am saya,Puan Shafiza Hanum Binti ABD Wahab kerana banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar hingga saya dapat melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang
tetap.

Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua responden di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jinjang kerana sudi menjawab soal selidik yang saya
sediakan.Terima kasih juga kepada tiga orang rakan saya iaitu Leong Jia Bao, Shaunn
Raj A/L J.Ronniey dan Mohamad Ehsan binti Ahmad kerana sudi meluangkan masa
yang berharga untuk sesi temu rumah berkaitan dengan kajian saya.

Akhir sekali,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang telah banyak membantu saya sepanjang kajian ini dari segi kewangan dan
galakan.

3

030826-14-1537

1.0 PENGENALAN
Disebabkan pendemik Covid-19,ekonomi Malaysia telah dijejas dan telah
memberikan pelbagai halangan kepada rakyat-rakyat Malaysia.Masalah seperti
kenaikan harga,kekurangan stok merupakan akibat yang perlu bersama-sama
dihadapi.Untuk mengatasi masalah ini,rakyat,rakyat Malaysia perlu menjadi
pengguna bijak dalam pelbagai aspek seperti pembelian barang keperluan hidup dan
makanan.Dari segi makanan,Malaysia telah mengemukakan beberapa aplikasi yang
menyenangkan pembelian makanan kepada pengguna aplikasi.Sebagai contoh,
ShopeeFood,GrabFood dan FoodPanda merupakan aplikasi yang sering digunakan
oleh masyarakat kini.Dalam kalangan aplikasi ini,terdapat ramai pengguna yang
gemar menggunakan FoodPanda.

Menurut Wikipedia (2022) Pengguna adalah seseorang atau sekelompok orang
yang memesan, atau menggunakan barang dibeli, keluaran, atau perkhidmatan
terutamanya untuk keperluan peribadi, sosial, keluarga, rumah tangga dan
keperluan serupa, tidak berkaitan secara langsung dengan kegiatan keusahawanan
atau perniagaan.Berdasarkan Kamus Bahasa Malaysia SJKC Oxford
Fajar,pengguna membawa maksud orang yang memakai sesuatu untuk mengambil
faedahnya.

Menurut Kamus Bahasa Malaysia SJKC Oxford Fajar,bijak merupakan
pandai,mahir pintar dan selalu menggunakan akal fikiran.Seorang yang bijak dan
boleh berfikir secara berkesan sebelum bertindak. Berdasarkan Kamus Bahasa
Melayu,bijak juga meliputi maksud sesuai atau betul dalam mendatangkan faedah.

Menurut Ipendidikan.MY,pengguna bijak perlu mempunyai ciri-ciri seperti
membeli keperluan kurang kehendak,membuat aduan sekiranya berlaku kesalahan
oleh penjual,menyokong barang tempatan,membeli barang yang
berkualiti,mengelak daripada berhutang dan melakukan perbandingan harga.Oleh
itu,pengguna semestinya mempunyai rancangan sebelum sebarang pembelian
berlaku.Dengan ini, penggunaan platform ini dapat memenuhi keperluan mereka
untuk menjimatkan wang dan masa untuk memenuhi keperluan mereka.

4

030826-14-1537

Menurut Wikipedia (2022),Foodpanda (dijenamakan sebagai foodpanda) ialah sebuah
pasaran penghantaran makanan mudah alih Jerman yang beribu pejabat di
Berlin,Jermen, berurusan di 10 negara dan wilayah. Perkhidmatan ini membenarkan
pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan
tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang. Syarikat itu telah
berkongsi perkhidmata dengan 27,095 restoran di 193 bandar dan mempunyai lebih
daripada 15,733 penghantar pesanan. Firma tersebut telah diperoleh Delivery
Hero pada awal Disember 2016. Pada 1 November 2017, Foodpanda jenama semula
daripada warna jingga ke merah jambu dengan logo yang dikemas kini di serata dunia.
Penjenamaan ini berlaku selepas pemerolehan oleh syarikat teknologi besar Delivery
Hero pada Disember 2016, menukarkan warna jenama mereka daripada jingga kepada
merah jambu. Walaupun logo panda mereka dikekalkan di wajah jenama, ia diubah suai
dengan penampilan yang lebih bulat dan lebih "moden". Menurut syarikat tersebut, logo
baharu ini bertujuan untuk jadi lebih mudah diingati orang ramai. Tambahan pula, gaya
fon Foodpanda juga ditukarkan kepada fon yang lebih sezaman dan kontemporari,
sehaluan dengan impian baharu mereka. Merah jambu juga warna istimewa syarikat
beradik, foodora.Penjenamaan semula ini akan dilaksanakan serata dunia di 190 bandar
merangkumi 11 buah negara (kecuali India di mana perniagaan mereka dijual
kepada Ola Cabs) termasuklah Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Taiwan dan
Thailand.
Kesimpulannya,tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji manfaat-manfaat
membeli makanan menggunakan aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan
5 Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala Lumpur.Ketika menjalankan soal
selidik,responden akan memberikan maklumat yang tepat dan rasional bagi
memudahkan pengkaji menyiapkan kajian ini.

5

030826-14-1537
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk
1. Mengenal pasti jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar
tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.
2. Mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

6

030826-14-1537

3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peta 1:Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumber:Google Map

Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan
ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang
meliputi tanah seluas 244 km2 , diduduki oleh 1.796 juta orang mengikut banci tahun
2018. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut
meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan
bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat
membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi (Wikipedia 2022).

7

030826-14-1537

3.2 Peta Kawasan Jinjang Utara

Peta 2:Peta Jinjang Utara
Sumber:Google Map

Jinjang merupakan suatu pekan yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Malaysia.Pekan ini mula dibuka sebagai sebahagian dari strategi British
menerusi program pertahanan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs ketika
peristiwa Darurat Tanah Melayu. Strategi ini bertujuan untuk menempatkan semula
barisan pertahanan penduduk Tanah Melayu ketika itu, khususnya bagi etnik Cina
Malaya, bagi mengasingkan mereka dari terjebak dengan pengaruh komunis. Jinjang
kiranya merupakan suatu kawasan penempatan baru yang digelar "Kampung Baru"
yang terletak digarisan sempadan Kuala Lumpur, pada keluasan 445 hektar (4.45 km2),
kira-kira saiz gabungan dua kampung baru.Jinjang asasnya meliputi kawasan Jinjang
Utara dan Jinjang Selatan (Wikipedia 2022).

8

030826-14-1537

3.3 Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang

Peta 3: Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang
Sumber: Google Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang bermula pada bulan April 1962 dan dikenali
sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada tahun 1966, sekolah ini telah ditukarkan
kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) apabila kelas peralihan yang
pertama bermula. Pada 1 Mei 1967, bangunan sekolah siap dibina dan dilengkapi
dengan 18 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik masakan, bilik jahitan, khutub
khanah (bermaksud perpustakaan), bilik guru, bilik pertukangan kayu, bilik
pertukangan logam, bilik lukisan teknik dan pejabat. Pada 19 Julai 1968, sekolah ini
dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pada masa itu (Wikipedia 2022).

9

030826-14-1537

3.4 Foto Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang

Foto 1 : Rajah Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang
Sumber: Google Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang merupakan sebuah Sekolah Menengah
Kebangsaan yang terletak di Jinjang Utara, Kuala Lumpur.Pada 2009, Sekolah
Menengah Kebangsaan Jinjang memiliki 1383 pelajar lelaki dan 1262 pelajar
perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2645 orang. Ia mempunyai
seramai 133 orang guru (Wikipedia 2022).

10

030826-14-1537

4.0 METADOLOGI KAJIAN
Bahagian kajian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian,

instrument kajian, cara pengumpulan data dan cara menganalisis data.

4.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji pembelian makanan melalui aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar
tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala Lumpur Terdapat
beberapa kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah kaedah
kualitatif dan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah
kepustakaan.

4.1.1 Kaedah Kualitatif
Kaedah ini merujuk kepada pengumpulan data dalam mencari dan memberikan

keterangan, pendapat, persepsi seseorang dokumen lisan merupakan Teknik kaedah
kualitatif. Kaedah yang digunakan adalah kaedah temubual dan kaedah kepustakaan.

4.1.2 Kaedah Kuantitatif
Kaedah ini merujuk kepada mengkalsifikasi ciri, cara mengira serta membuat

jadual untuk menjelaskan kajian yang hendak dikajikan. Sebagai contoh nilai peritus,
kadar atau nisbah. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kuantitatif

4.2 Sampel Kajian
Persempelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang

menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam
kajian tinjauan adalah secara rawak mudah daripada sesuatu populasi yang dikaji.
Sampel kajian terdiri daripada terdiri daripada 30 responden dan 3 informan iaitu
pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur. Setiap
pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih sebagai responden dan informan.

11

030826-14-1537

4.3 Instrumen kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang

soal selidik, soalan temu bual dan bahan rujukan.

4.3.1 Borang Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data.

Seramai 30 orang responden dalam kalang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik
ini. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk
menjawab soal selidik. Borang soal selidik hanya akan mengemukakan soalan yang
ringkas dan mudah difahami oleh responden. Borang soal selidik ini mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian A tentang data demografi responden, bahagian B tentang jenis-
jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur dan bahagian C manfaat-manfaat membeli
makanan menggunakan aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

4.3.2 Soalan Temu Bual
Terdapat 9 soalan yang berkaitan dengan penggunaan FoodPanda. Seramai 3

orang informan telah ditemu bual dan direkod untuk memastikan maklumat tidak
tercicir kerana tidak mampu mencatat semua maklumat dengan pantas dalam catatan
nota. Selain itu, temu bual dijalankan dengan menggunakan bahasa Melayu dan
kandungan temu bual telah direkodkan. Kemudian, semua maklumat temu bual telah
ditulis semula dalam borang temu bual yang telah disediakan.

4.3.3 Kaedah Kepustakaan
Kaedah kepustakaan dijalankan dengan cara menunjukkan kamus dewan, buku

teks dan buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, kaedah
kepustakaan juga boleh dijalankan dengan membuat rujukan Internet. Kaedah ini
kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada
skop kajian.

12

030826-14-1537

4.4 Cara Mendapatkan Maklumat Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian adalah menggunakan kaedah

soal selidik, temu bual dan kepustakaan.

4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan seperti buku jurnal akhbar majalah dan sumber daripada Internet bagi
mendapatkan maklumat berkenaan dengan jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan
oleh pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur dan
mengkaji tentang manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jinjang, Kuala Lumpur.

4.4.2 Kaedah soal selidik
Kaedah soal selidik ini ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur dan mengkaji tentang manfaat-manfaat
membeli makanan menggunakan aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan
5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur. Soalan yang ada dalam
borang soal selidik ini menggunakan skala likert 3 poin itu tidak setuju, setuju dan
sangat setuju.

4.4.3 Temu Bual
Soalan yang diajukan lebih kepada bentuk penerangan untuk mendapatkan

keterangan dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh
pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur dan
mengkaji tentang manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jinjang, Kuala Lumpur.
4.4.4 Kaedah Rujukan Kepustakaan

13

030826-14-1537

Pengkaji menggunakan kaedah rujukan kepustakaan bagi mendapatkan
maklumat dan data. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada:

i. Internet
ii. Akhbar, buku, kamus dan lain-lain
iii. Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota

4.5 Cara Menganalisis Data dan Mempersembahkan Data

Pada peringkat akhir, kajian ini telah dianalisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan kerja kursus
kajia. Data yang dikumpulkan daripada analisis telah menggunakan kekerapan dan
peratusan. Di samping itu, sekarang dekat juga digunakan untuk menganalisis data.
Kemudian, kita akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta dan graf.

Skala likert Tanda (✓)
Tidak setuju 1
2
Setuju 3
Sangat setuju

14

030826-14-1537

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan

kajian yang telah dilakukan daripada beberapa kaedah kajian. Data yang telah
dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik.

5.1 Data Demografi Responden
Seramai 30 orang responden telah disoal selidik, iaitu pelajar tingkatan 5 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

5.1.1 Jantina

Jadual 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)

Perempuan 18 60

Lelaki 12 40

Jumlah 30 100

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Jantina

40%
60%

Perempuan Lelaki

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina
15

030826-14-1537

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Dalam kajian menunjukkan bahawa daripada 30 orang responden yang dipilih,seramai
18 orang perempuan (60%)dan 12 orang lelaki (40%) dipilih dalam kalangan pelajar
tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang ,Kuala Lumpur.Jadual 1 dan
Rajah 1 telah menunjukkan bahawa bilangan responden berdasarkan jantina adalah
tidak seimbnag.Hal ini demikian kerana,majoriti pelajar tingkatan 5 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala Lumpur adalah perempuan.

5.1.2 Bangsa
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Bangsa Bilangan (orang) Peratus(%)
43.3
Cina 13 30.0
26.7
India 9 0
100.0
Melayu 8

Lain-lain 0

Jumlah 30

Sumber: Kajian Lapangan 2022

16

030826-14-1537

Bangsa

0%

30% 26.70%

43.30%

Melayu Cina India Lain-lain

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 2,terdapat 4 golongan bangsa dalam kalangan 30 orang
responden iaitu Melayu,India,Cina dan lain-lain.Golongan bangsa yang berbeza dipilih
sebagai responden untuk mendapatkan pandangan yang berbeza dalam kajian
ini.Responden yang berbangsa Cina merupakan majoriti dam kalangan responden iaitu
seramai 13 orang (43.40%).Seterusnya,responden yang berbangsa Melayu dan India
mencatatkan bilangan yang lebih kurang sama iaitu 8 orang (26.70%) orang Melayu
dan 9 orang (30%) orang India.Bangsa Cina merupakan bangsa majoriti dalam kajian
ini kerana majoriti pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang
merupakan pelajar berbangsa Cina.

5.1.3 Agama

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Agama

Agama Bilangan (orang) c

Buddha 12 40.0

Islam 8 26.7

Hindu 7 23.3

Kristian 3 10.0

Jumlah 30 100.0

Sumber: Kajian Lapangan 2022

17

030826-14-1537

Agama

10%
26.70%

40%
23.30%

Islam Hindu Buddha Kristian

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Agama

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3,terdapat 4 golongan agama dalam kalangan 30 orang
responden iaitu Islam,Hindu Buddha dan Kristian.Golongan agama yang berbeza
dipilih sebagai responden untuk mendapatkan pandangan yang berbeza dalam kajian
ini.Responden yang beragama Buddha merupakan majoriti dalam kalangan responden
iaitu seramai 12 orang (40%).Selain itu,responden yang beragama Islam pula
mencatatkan bilangan orang yang kedua tertinggi dalam kalangan responden iaitu
seramai 8 orang (26.70%) .Di samping itu,bilangan responden yang beragama Hindu
pula mencatatkan bilangan yang ketiga tinggi iaitu seramai 7 orang (23.30%) .Akhir
sekali,responden yang berbangsa Kristian dalam kalangan responden mencatatkan
bilangan yang paling kurang iaitu sebanyak 3 orang (10%) sahaja.Dalam kajian
ini,bilangan pelajar yang beragama Buddha melebihi pelajar yang beragama lain kerana
majoriti pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang merupakan
pelajar berbangsa Cina.

18

5.1.4 Aliran 030826-14-1537

Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Aliran Peatusan (%)
46.7
Aliran Bilangan (orang) 36.7
16.7
Kemanusiaan 14 100.0

Sains 11

Sub sains 5

Jumlah 30

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Aliran

16.70% 46.70%
36.70%

Sains Sub sains Kemanusiaan

Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Aliran

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan Rajah 4 dan Jadual 4 ,terdapat 3 golongan aliran dalam kalangan 30
responden iaitu sains,sub sains dan kemanusiaan.Golongan aliran yang berbeza dipilih
sebagai responden untuk mendapatkan pandangan yang berbeza dalam kajian
ini.Responden daripada aliran kemanusiaan merupakan majoriti dalam kalangan
responden iaitu seramai 14 orang (46.7%).Aliran sains pula mempunyai bilangan
responden yang kedua banyak yang mencatatkan 11 orang (36.7%).Responden
daripada aliran sub sain pula mencatatkan bilangan responden yang paling minimum
iaitu sebanyak 5 orang (16.7%) sahaja.Dalam data ini,bilangan dalam aliran
kemanusiaan merupakan majoriti disebabkan waktu pelepasan sekolah aliran
kemanusiaan adalah lebih awal berbanding aliran sains dan sub sains.Hal ini
menyebabkan responden daripada aliran kemanusiaan mempunyai keutamaan dalam
mengisi borang soal selidik.

19

030826-14-1537

5.1.5 Kekerapan Membeli Makanan Secara Atas Talian

Rajah 5: Demografi Responden Berdasarkan Kekerapan Membeli Makanan Secara

Atas Talian

Kekerapan Membeli Bilangan (orang) Peratusan(%)
Makanan Secara Atas

Talian

1 kali sebulan 11 36.7
1-2 kali seminggu 8 26.7
2-3 kali seminggu 4 13.3
Lebih 4 kali seminggu 4 13.3
2 hingga 3 kali sebulan 3 10.0
30 100.0
Jumlah
Sumber: Kajian Lapangan 2022

Kekerapan Membeli Makanan Secara Atas Talian

10% 36.70%
13.30%
13.30%

26.70%

1 kali sebulan 1-2 kali seminggu 2-3 kali seminggu

Lebih 4 kali seminggu 2 hingga 3 kali sebulan

Rajah 5: Demografi Responden Berdasarkan Kekerapan Membeli Makanan Secara
Atas Talian

Sumber: Kajian Lapangan 2022

20

030826-14-1537
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5 ,terdapat 5 tahap kekerapan membeli makanan secara
atas talian dalam kalangan 30 orang responden iaitu 1-2 kali seminggu,2-3 kali
seminggu,Lebih 4 kali seminggu,1 kali sebulan,2 hingga 3 kali sebulan.Tahap
kekerapan yang berbeza dipilih oleh responden bagi mendapatkan pandangan yang
berbeza dalam kajian ini.Tahap kekerapan 1 kali sebulan merupakan majoriti dalam
kalangan responden iaitu seramai 11 orang (36.7%) .Selain itu,responden dengan tahap
kekerapan 1-2 kali seminggu mencatat seramai 8 orang (26.7%) yang mempunyai
bilangan responden kedua tinggi.Seterusnya,taha[ kekerapan 2-3 kali seminggu dan
lebih 4 kali seminggu mencatatkan bilangan responden yang sama iaitu seramai 4 orang
(13.3%).Hal ini kerana,pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang
majoriti makan hidangan buatan ibu atau bapa dan hanya akan menggunakan aplikasi
FoodPanda pada masa yang diperlukan sahaja.Secara keseluruhannya,majoriti akan
menggunakan aplikasi FoodPanda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

5.2 Mengenal pasti jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar
tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

Jadual 6 : jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur

21

030826-14-1537

Bil Perkara Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Jumlah

Bilangan (%) Bilangan (%) Bilangan (%)

1. Makanan segera 3 10 15 50 12 40 30
(KFC/MacDonald/Pizza)

2. Minuman 6 20.0 17 56.7 7 23.3 30

3. Mi Goreng/Nasi goreng 13 43.3 13 43.3 4 13.3 30

4. Dim Sum 13 43.3 15 50.0 2 6.7 30

5. Spageti 7 23.3 17 56.7 6 20.0 30

6. Makanan Korea 6 20 16 53.3 8 26.7 30

7. Makanan Jepun 8 26.7 14 46.7 8 26.7 30

Sumber: Kajian Lapangan 2022

22

030826-14-1537

Jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5
di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur

16

14

12

10

8

6

4

2

0 Minuman Mi Goreng/Nasi goreng Dim Sum
Makanan segera

(KFC/MacDonald/Pizza)

Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Rajah 6.1 : Jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 6 dan Rajah 6.1 menunjukkan bahawa saramai 15 orang besamaan dengan
50% telah memilih setuju dengan membeli makanan segera seperti KFC,MacDonald
dan Pizza dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,seramai 12 orang
responden bersamaan dengan 40% telah memilih sangat setuju dengan membeli
makanan segera menggunakan aplikasi FoodPanda.Selain itu, seramai 3 orang
responden bersamaan dengan 10% telah menyatakan tidak setuju dengan memesan
makanan makanan segera malalui aplikasi FoodPanda.Majoriti responden setuju
dengan memesan makanan segera menggunakan aplikasi FoodPanda kerana cara
menghasilkan makanan segera adalah lebih singkat jika berbanding dengan makanan
lain.Oleh sebab itu,pengguna dapat menjimatkan masa supaya tidak menunggu terlalu
lama untuk menikmati makanan tersebut.Hal ini juga dipersetujui oleh seorang
informan yang sudah di temubual.

Seterusnya,seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.7% setuju dengan
memesan minuman dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.Selain itu seramai 7
orang responden bersamaan dengan 23.3% sangat setuju dengan memesan minuman
melalui aplikasi FoodPanda.Seterusnya seramai 6 orang responden bersamaan dengan
20% tidak setuju dengan memesan minuman melalui aplikasi FoodPanda.Majoriti

23

030826-14-1537

responden setuju dengan memesan minuman melalui aplikasi FoodPanda kerana
mempunyai pelbagai jenis minuman yang terdapat dalam FoodPanda.Berdasarkan
temubual,boleh mendapati daripada seorang informan bahawa teh boba merupakan
pilihan ramai dalam kalangan pelajar tingkatan 5.Teh boba yang terdapat dalam jenama
“The Alley”,“Black Whale”,dan “Hearty”dan sebagainya membolehkan pengguna
memilih jenis,perisa atau jenama teh boba yang diigini.Hal ini juga dipersetujui oleh
seorang informan yang telah di temubual.

Selain itu,seramai 13 orang responden bersamaan dengan 43.3% orang tidak
setuju dengan memesan mi goreng atau nasi goreng menggunakan aplikasi
FoodPanda.Seterusnya responden yang setuju membeli mi goreng atau nasi goreng
adalah seramai 13 orang bersamaan dengan 43.3% juga.Terdapat 4 orang bersamaan
dengan 13.3% sahaja responden yang sangat setuju dengan memesan mi goreng atau
nasi goreng menggunakan aplikasi Foodpanda.Hal ini disebabkan kerana,kebiasaan
keluarga boleh memasak mi goreng atau nasi goreng sendiri tanpa membelikannya
melalui aplikasi FoodPanda.Hasil daripada temu bual dengan salah satu seorang
informan menyatakan bahawa ibu bapa mereka berasa bahawa tidak perlu memesan
makanan yang boleh sendiri masak dan hanya akan membazirkan perbelanjaan sahaja.

Di samping itu,seramai 13 orang responden bersamaan dengan 43.3% tidak
setuju bahawa memesan Dim Sum dengan menggunakan aplikasi FoodPanda .Selepas
itu,terdapat 15 orang responden bersamaan dengan 50% setuju bahawa memesan Dim
Sum dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,terdapat 2 orang responden
bersamaan dengan 6.7% sahaja sangat setuju bahawa memesan Dim Sum
menggunakan aplikasi FoodPanda.Majoriti responden setuju bahawa memesan Dim
Sum menggunakan aplikasi FoodPanda kerana daripada majoriti responden adalah
berbangsa Cina.Hal ini dikatakan demikian kerana Dim Sum merupakan hidangan kecil
bangsa Chinese dan dapat menarik perhatian pengguna bangsa Cina.Sebagai
lantaran,bagi responden yang tidak setuju bahawa Dim Sum lebih sedap apabila
dinikmati di kedai tersebut.Mereka berasa hidangan ini akan kehilangan kelazatannya
jika menjadi sejuk.Hal ini merupakan hasil dapatan daripada temubual.

24

030826-14-1537

Jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5
di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur

18 Makanan Korea Makanan Jepun
16
14
12
10
8
6
4
2
0

Spageti

Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Rajah 6.2: Jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 6 dan Rajah 6.2 menunjukkan bahawa saramai 17 orang besamaan dengan
56.7% telah memilih setuju dengan memesan spageti dengan menggunakan aplikasi
FoodPanda.Seterusnya,seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20% telah
menyatakan sangat setuju memesan spageti dengan menggunakan aplikasi
FoodPanda.Selain itu, seramai 7 orang responden bersamaan dengan 23.3% telah
menyatakan tidak setuju dengan memesan spageti malalui aplikasi FoodPanda.Majoriti
responden setuju bahawa memesan spageti menggunakan aplikasi FoodPanda kerana
spageti merupakan makanan yang berasal dari Itali.Terdapat spegeti yang akan
bercampuran dengan keju yang banyak,hal ini dapat menarik pengguna dengan
berkesan yang menyukai keju terutamanya dalam kalangan pelajar tingkatan 5.Bukan
itu sahaja,spageti juga mempunyai banyak perisa dan saiz yang berbeza seperti panjang
nipis dan silinder serta pejal (Wikipedia 2021).Hal ini dikatakan demikian kerana,perisa
yang pelbagai dapat memikat hati remaja dengan sos keju dan herba,sos cendawan,sos
traditional dan sos tomato dengan bawang putih.

Seterusnya,seramai 16 orang responden bersamaan dengan 53.3% setuju dengan
memesan makanan Korea dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.Selain itu seramai

25

030826-14-1537
8 orang responden bersamaan dengan 26.7% sangat setuju dengan memesan makanan
Korea melalui aplikasi FoodPanda.Seterusnya seramai 6 orang responden bersamaan
dengan 20% tidak setuju dengan memesan makanan Korea melalui aplikasi
FoodPanda.Majoriti responden setuju dengan memesan makanan Korea melalui
aplikasi FoodPanda kerana mempunyai pelbagai jenis makanan yang terdapat dalam
FoodPanda seperti Kimchi dan ayam goreng Korea.Bukan itu sahaja,kalangan remaja
juga telah dipengaruhi oleh budaya Korea melalui Pop Korea dan drama Korea.Hal ini
menyebabkan mereka tertarik dengan makanan Korea dan ingin menikmatinya.

Akhir sekali,seramai 14 orang responden bersamaan dengan 46.7% memilih
setuju dengan memesan makanan Jepun dengan menggunakan aplikasi
FoodPanda.Selain itu terdapat bilangan responden yang sama dalam memilih sangat
setuju dan tidak setuju yang bercatat seramai 8 orang responden bersamaan dengan
26.7%.Majoriti responden setuju bahawa memesan makanan Jepun melalui aplikasi
FoodPanda kerana makanan Jepun biasanya lebih berkhasiat berbanding makanan
tempatan. Sushi dan roti gulung di Jepun dianggap makanan cepat saji yang sama
seperti kita dengan hamburger dan kentang goreng.Ternyatalah bahawa makanan
segera di Jepun lebih sihat berbanding makanan segere di negara kita (internetoteka
2022).

26

030826-14-1537

6.3 Mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

Jadual 7 : Mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jinjang, Kuala Lumpur.

Bil Perkara Tidak setuju Setuju Sangat setuju Jumlah

Bilangan (%) Bilangan (%) Bilangan (%) 30

1. Menjimatkan masa 3 10.0 9 30.0 18 60.0 30

2. Kepelbagaian 3 10.0 14 46.7 13 43.3 30
makanan 6 20.0 14 46.7 10 33.3 30

3. Kebersihan
makanan terjamin

4. Menjimatkan 7 23.3 17 56.7 6 20.0 30
perbelanjaan 4 13.3 17 56.7 9 30.0 30

5. Mengelakkan diri
daripada penularan
Covid-19

6. Kepelbagaian cara 0 0 18 60.0 12 40.0 30
pengambilan
makanan(Food
delivery,Dine-
in,Pick-up)

7. Menjimatkan tenaga 6 20.0 14 46.7 10 33.3 30

Sumber: Kajian Lapangan 2022

27

030826-14-1537

Mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan
aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

20 Menjimatkan
18 perbelanjaan
16
14
12
10

8
6
4
2
0

Menjimatkan masa Kepelbagaian makanan Kebersihan makanan
terjamin

Tidak setuju Tidak setuju2 Sangat setuju

Rajah 7.1 : Mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan

Jinjang, Kuala Lumpur.

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 7 dan Rajah 7 menunjukkan bahawa seramai 18 orang responden
bersamaan dengan 60% sangat setuju bahawa menjimatkan masa merupakan faedah
yang diperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Selain itu,seramai 9 orang
responden bersamaan dengan 30% setuju bahawa menjimatkan maasa merupakan
manfaat yang diperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,seramai
3 orang responden bersamaan dengan 10% tidak setuju bahawa menjimatkan masa
merupakan manfaat yang diperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Majoriti
responden sangat setuju bahawa penggunaan aplikasi FoodPanda dapat menjimatkan
masa kerana pengguna tidak perlu membazirkan masanya untuk menyediakan makanan
selepas berlajar di sekolah selama berjam-jam.Berdasarkan kajian saya,penghantaran
FoodPanda agar cepat,pengguna boleh melakukan kerjanya semasa menunggu
makanan tersebut sampai ke rumahnya.

Di samping itu,seramai 14 orang responden bersamaan dengan 46.7% setuju
dengan kepelbagaian makanan yang terdapat merupakan manfaat yang diperoleh dalam
aplikasi FoodPanda.Selain itu,terdapat seramai 13 orang responden bersamaan dengan
43.3% sangat setuju bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat merupakan manfaat

28

030826-14-1537

yang diperoleh dalam aplikasi FoodPanda.Seterusnya,seramai 3 orang responden
bersamaan dengan 10% tidak setuju bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat
merupakan manfaat yang diperoleh dalam aplikasi FoodPanda.Majoriti responden
setuju bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat merupakan manfaat yang diperoleh
dalam aplikasi FoodPanda kerana makanan yang teerdapat dalam aplikasi FoodPanda
merangkumi makanan dari pelbagai negara seperti makanan Korea,Makanan Jepun dan
makanan tradisional dari China.Bukan itu sahaja,makanan-makanan tersebut juga
merangkumi bukan sahaja nasi-nasi tetapi terdapat pelbagai makanan segera,air,dan
pencuci mulut seperti kek.

Selain itu seramai 14 orang responden bersamaan dengan 46.7% setuju bahawa
kebersihan makanan terjamin merupakan manfaat yang memperoleh daripada
penggunaan aplikasi FoodPanda.Seterusnya terdapat seeramai 10 orang responden
bersamaan dengan 33.3% sangat setuju bahawaa kebersihan makanan terjamin
merupakan manfaat yang memperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Selain
itu ,seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20% tidak setuju bahawa kebersihan
makanan terjamin merupakan manfaat yang memperoleh daripada penggunaan aplikasi
FoodPanda.Majoriti responden setuju bahawa kebersihan makanan terjamin
disebabkan kebiasaan makanan yang dipesan adalah bersih dan halal.Bukan itu
sahaja,setiap maklumat makanan akan dilabelkan perkataan “halal” untuk
menyenangkan pengguna-pengguna yang ingin menikmatinya.

Di samping itu,seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.7% satuju
bahawa menjimatkan perbelanjaan merupakan manfaat yang diproleh daripada
penggunaan aplikasi FoodPanda.Selain itu,seramai 7 orang responden bersamaan
dengan 23.3% menyatakan tidak setuju bahawa menjimatkan perbelanjaan merupakan
manfaat yang diproleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,terdapat
seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20% menyatakan sangat setuju bahawa
menjimatkan perbelanjaan merupakan manfaat yang diproleh daripada penggunaan
aplikasi FoodPanda.Majoriti responden setuju bahawa menjimatkan perbelanjaan
merupakan manfaat yang diproleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai diskaun dan promosi dalam penggunaan
aplikasi FoodPanda tersebut.Tamsilnya,pengguna lama boleh mengajak kawan-
kawannya yang tidak pernah menggunakan aplikasi FoodPanda untuk mendapatkan
RM7 hingga RM20 kepada sendiri dan pengguna baharu.

29

030826-14-1537

Mengkaji Manfaat-manfaat Membeli Makanan Menggunakan
Aplikasi FoodPanda dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

20
18

16

14

12
10

8

6

4
2

0

Mengelakkan diri Kepelbagaian cara Menjimatkan tenaga

daripada penularan pengambilan makanan

Covid-19 (Food delivery, Dine-In,

Pick-Up)

Tak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 7.2 : Mengkaji manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan

Jinjang, Kuala Lumpur.

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 7 dan Rajah 7.2 menunjukkan bahawa sebanyak 17 orang responden
bersamaan dengan 56.7% menyatakan setuju dengan mengelakkan diri daripada
penularan Covid-19 merupakan manfaat yang diperoleh dalam penggunaan aplikasi
FoodPanda.Selain itu,seramai 9 orang responden bersamaan dengan 30% menyatakan
sangat setuju bahawa mengelakkan diri daripada penularan Covid-19 merupakan
manfaat yang diperoleh dalam penggunaan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,terdapat
seramai 4 orang responden bersamaan dengan 13.3% tidak setuju bahawa mengelakkan
diri daripada penularan Covid-19 merupakan manfaat yang diperoleh dalam
penggunaan aplikasi FoodPanda.Majoriti responden menyatakan setuju bahawa
mengelakkan diri daripada penularan Covid-19 merupakan manfaat yang diperoleh
dalam penggunaan aplikasi FoodPanda kerana aplikasi FoodPanda memperkenalkan
sistem baru yang dipanggil contactless delivery ini supaya para pelanggan juga berasa
lebih yakin dan selamat. Contactless delivery ini sebenarnya sama macam sistem online
food delivery yang biasa cuma sistem baru ini menawarkan servis mesra pelanggan
dalam jarak yang sepatutnya tanpa melibatkan sebarang sentuhan semasa urusan
penghantaran makanan yang akan diterima oleh pelanggan (cariblogger.com 2022).

30

030826-14-1537

Seterusnya,seramai 18 orang responden bersamaan 60% menyatakan setuju
bahawa kepelbagaian cara pengambilan makanan merupakan manfaat yang diperoleh
dalam peenggunaan aplikasi FoodPanda.Selain itu,terdapat seramai 12 orang responden
bersamaan dengan 40% sangat setuju bahawa kepelbagaian cara pengambilan makanan
merupakan manfaat yang diperoleh dalam peenggunaan aplikasi FoodPanda.Di
samping itu,tiada responden yang menyatakan tidak setuju bahawa kepelbagaian cara
pengambilan makanan merupakan manfaat yang diperoleh dalam peenggunaan aplikasi
FoodPanda.Hal ini kerana,FoodPanda mempunyai pelbagai cara pengambilan makanan
seperti food delivery,dine-in dan pick-up yang membolehkan pengguna memilih
sendiri.Mereka boleh menggunakan cara yang berbeza untuk menikmati makanannya
mengikut kemahuan mereka sama ada ingin makan di restoran dan tetapi tidak ingin
menunggu di sana atau pergi ambil sendiri selepas makanan siap.

Disamping itu,seramai 14 orang responden bersamaan 46.7% menyatakan setuju
bahawa menjimatkan tenaga merupakan manfaat yang diperolehi dalam penggunaan
aplikasi FoodPanda.Selain itu terdapat seramai 10 orang responden bersamaan dengan
33.3% meenyatakan sangat setuju bahawa menjimatkan tenaga merupakan manfaat
yang diperolehi dalam penggunaan aplikasi FoodPanda.Seterusnya terdapat 6 orang
responden bersamaan dengan 20% menyatakan tidak setuju bahawa bahawa
menjimatkan tenaga merupakan manfaat yang diperolehi dalam penggunaan aplikasi
FoodPanda.Majoriti responden setuju bahawa menjimatkan tenaga merupakan manfaat
yang diperolehi dalam penggunaan aplikasi FoodPanda disebabkan mereka tidak perlu
untuk membeli makanan sendiri di kedai tersebut.Pengguna juga berasa tidak perlu
untuk membeli bahan-bahan mentah untuk memasak makanan selepas adanya aplikasi
FoodPanda.

31

030826-14-1537

6.0 Rumusan

6.1 Pengenalan

Secara keseluruhannya,kajian ini dijalankan bagi mengetahui pembelian
makanan melalui aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jinjang,Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur dan mengkaji manfaat-manfaat
membeli makanan menggunakan aplikasi FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan
5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

6.2 Kaedah Kajian dan Demografi Responden

Selain itu terdapat 3 kaedah kajian yang telah digunakan semasa malakukan
kajian iaitu soal selidik,temu bual dan kepustakaan.Dalam menjalankan soal
selidik ,sebanyak 30 orang responden yang terdiri daripada 18 perempuan dan 12 lelaki
dipilih secara rawak.Terdapat 13 orang berbangsa Cina,9 orang berbangsa India dan 8
orang berbangsa Melayu.Selain itu,terdapat 12 orang responden yang beragama
Buddha ,8 orang yang beragama Islam ,7 orang yang berbangsa Hindu dan 3 orang
yang berbangsa Kristian.Seterusnya terdapat 14 orang responden daripada aliran
kemanusiaann, 11 orang daripada aliran sains dan 5 orang daripada aliran sub
sains.Setelah mengumpul data, analisis akan dijalankan dengan menggunakan
kekerapan dan peratusan .Data akan dipersembahkan dalam carta dan graf.

6.3 Mengenal Pasti Jenis-jenis Makanan yang Biasanya Dipesan Oleh Pelajar
Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur

Hasil analisis bagi jenis-jenis makanan yang biasanya dipesan oleh pelajar
tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur menunjukkan
terdapat 3 faktor utama yang mempunyai responden yang sangat setuju dan setuju yang
banyak. Pertama sekali, seramai 15 orang besamaan dengan 50% telah memilih setuju
dengan membeli makanan segera seperti KFC,MacDonald dan Pizza dengan
menggunakan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,seramai 12 orang responden bersamaan
dengan 40% telah memilih sangat setuju dengan membeli makanan segera
menggunakan aplikasi FoodPanda.Selain itu, seramai 3 orang responden bersamaan
dengan 10% telah menyatakan tidak setuju dengan memesan makanan makanan segera

32

030826-14-1537

malalui aplikasi FoodPanda.Majoriti responden setuju dengan memesan makanan
segera menggunakan aplikasi FoodPanda kerana cara menghasilkan makanan segera
adalah lebih singkat jika berbanding dengan makanan lain.Oleh sebab itu,pengguna
dapat menjimatkan masa supaya tidak menunggu terlalu lama untuk menikmati
makanan tersebut.

Seterusnya,seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.7% setuju dengan
memesan minuman dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.Selain itu seramai 7
orang responden bersamaan dengan 23.3% sangat setuju dengan memesan minuman
melalui aplikasi FoodPanda.Seterusnya seramai 6 orang responden bersamaan dengan
20% tidak setuju dengan memesan minuman melalui aplikasi FoodPanda.Majoriti
responden setuju dengan memesan minuman melalui aplikasi FoodPanda kerana
mempunyai pelbagai jenis minuman yang terdapat dalam FoodPanda.Berdasarkan
temubual,boleh mendapati daripada seorang informan bahawa teh boba merupakan
pilihan ramai dalam kalangan pelajar tingkatan 5.

Akhir sekali,seramai 16 orang responden bersamaan dengan 53.3% setuju
dengan memesan makanan Korea dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.Selain itu
seramai 8 orang responden bersamaan dengan 26.7% sangat setuju dengan memesan
makanan Korea melalui aplikasi FoodPanda.Seterusnya seramai 6 orang responden
bersamaan dengan 20% tidak setuju dengan memesan makanan Korea melalui aplikasi
FoodPanda.Majoriti responden setuju dengan memesan makanan Korea melalui
aplikasi FoodPanda kerana mempunyai pelbagai jenis makanan yang terdapat dalam
FoodPanda seperti Kimchi dan ayam goreng Korea.Bukan itu sahaja,kalangan remaja
juga telah dipengaruhi oleh budaya Korea melalui Pop Korea dan drama Korea.Hal ini
menyebabkan mereka tertarik dengan makanan Korea dan ingin menikmatinya.

6.4 Mengkaji Manfaat-manfaat Membeli Makanan Menggunakan Aplikasi
FoodPanda dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jinjang, Kuala Lumpur.

Hasil analisis bagi manfaat-manfaat membeli makanan menggunakan aplikasi
FoodPanda dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jinjang, Kuala Lumpur menunjukkan terdapat 3 manfaat utama yang mmpunyai ramai
responden yang sangat setuju dan setuju.Pertama sekali,seramai 18 orang responden
bersamaan dengan 60% sangat setuju bahawa menjimatkan masa merupakan faedah

33

030826-14-1537

yang diperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Selain itu,seramai 9 orang
responden bersamaan dengan 30% setuju bahawa menjimatkan maasa merupakan
manfaat yang diperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Seterusnya,seramai
3 orang responden bersamaan dengan 10% tidak setuju bahawa menjimatkan masa
merupakan manfaat yang diperoleh daripada penggunaan aplikasi FoodPanda.Majoriti
responden sangat setuju bahawa penggunaan aplikasi FoodPanda dapat menjimatkan
masa kerana pengguna tidak perlu membazirkan masanya untuk menyediakan makanan
selepas berlajar di sekolah selama berjam-jam.

Di samping itu,seramai 14 orang responden bersamaan dengan 46.7% setuju
dengan kepelbagaian makanan yang terdapat merupakan manfaat yang diperoleh dalam
aplikasi FoodPanda.Selain itu,terdapat seramai 13 orang responden bersamaan dengan
43.3% sangat setuju bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat merupakan manfaat
yang diperoleh dalam aplikasi FoodPanda.Seterusnya,seramai 3 orang responden
bersamaan dengan 10% tidak setuju bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat
merupakan manfaat yang diperoleh dalam aplikasi FoodPanda.Majoriti responden
setuju bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat merupakan manfaat yang diperoleh
dalam aplikasi FoodPanda kerana makanan yang teerdapat dalam aplikasi FoodPanda
merangkumi makanan dari pelbagai negara seperti makanan Korea,Makanan Jepun dan
makanan tradisional dari China.Bukan itu sahaja,makanan-makanan tersebut juga
merangkumi bukan sahaja nasi-nasi tetapi terdapat pelbagai makanan segera,air,dan
pencuci mulut seperti kek.

Akhir sekali,seramai 18 orang responden bersamaan 60% menyatakan setuju
bahawa kepelbagaian cara pengambilan makanan merupakan manfaat yang diperoleh
dalam peenggunaan aplikasi FoodPanda.Selain itu,terdapat seramai 12 orang responden
bersamaan dengan 40% sangat setuju bahawa kepelbagaian cara pengambilan makanan
merupakan manfaat yang diperoleh dalam peenggunaan aplikasi FoodPanda.Di
samping itu,tiada responden yang menyatakan tidak setuju bahawa kepelbagaian cara
pengambilan makanan merupakan manfaat yang diperoleh dalam peenggunaan aplikasi
FoodPanda.Hal ini kerana,FoodPanda mempunyai pelbagai cara pengambilan makanan
seperti food delivery,dine-in dan pick-up yang membolehkan pengguna memilih
sendiri.Mereka boleh menggunakan cara yang berbeza untuk menikmati makanannya
mengikut kemahuan mereka sama ada ingin makan di restoran dan tetapi tidak ingin
menunggu di sana atau pergi ambil sendiri selepas makanan siap.

34

030826-14-1537
35


Click to View FlipBook Version