TEKS PENGACARA MAJLIS
UNTUK
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN
KAUNSELOR PENDIDIKAN 2020
TAHUN 2020
TARIKH: 27 OKT 2020
LIVE STREAMING
JURUACARA:
EN. AZIZI BIN LAMAT
TAKLIMAT PERSIDANGAN
Masa CUE ANN 1
8.51 am
Taklimat Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
persidangan
Tuan-tuan dan puan-puan, peserta persidangan yang
dihormati. Sebelum kita memulakan acara pada pagi
ini, izinkan saya menyampaikan taklimat persidangan
untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
Persidangan Kaunselor Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia 2020, buat julung kali
mengadakan persidangan secara dalam talian.
Bahagian Psikologi dan Kaunseling mengucapkan
terima kasih atas kesudian tuan/puan meluangkan
masa bersama kami secara maya ini. Justeru, kami
berharap agar tuan/puan berada dalam keadaan yang
selesa dan kondusif.
Tuan-tuan dan puan-puan
Persidangan Kaunselor Pendidikan KPM Tahun 2020
ini akan dimulakan dengan ucaan alu-aluan yang akan
disampaikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian
Psikologi dan Kaunseling, kemudian akan disambung
dengan ucapan Ybhg Timbalan Ketua Setiausaha
(Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia dan
seterusnya ucapan perasmian yang akan
disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri
Pendidikan 1, YB Tuan Muslimin Bin Yahaya. Adalah
diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan tumpuan
dan sentiasa bersama kami sepanjang majlis
berlangsung. Majlis perasmian akan bermula pada jam
9.00 pagi.
Sebaik selesai majlis tersebut, tuan-puan akan disajikan
dengan beberapa video pendek serta selingan
energizer sebelum Sidang Planeri 1 bermula.
Sidang Planeri 1 akan bermula tepat jam 10.00 pagi
dan akan berlangsung selama 1 jam dan 10 minit untuk
sesi soal jawab. Sekali lagi saya mengingatkan
tuan/puan agar sentiasa bersama kami di dalam talian
agar tuan/puan tidak terlepas satu pun maklumat yang
disampaikan dalam persidangan kali ini dan jangan lupa
mendaftar dalam splkpm melalui pautan yang diberikan.
Persidangan akan ditangguhkan sebaik sidang planeri 1
dan 2 selesai dan kita akan bertemu kembali pada sesi
plenari 3 pada sebelah petang. Sekian dahulu untuk
sesi taklimat persidangan daripada saya, Azizi Bin
Lamat, Juruacara Persidangan kali ini. Kita jumpa
sebentar lagi..
MAJLIS PERASMIAN
Masa CUE ANN 1
9.03 am Alu-aluan VIP
Daun Layu di tengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara
Majlis mengumumkan keberadaan di dalam talian
Yang Berhormat Tuan Muslimin Bin Yahaya, Timbalan
Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Yang Berbahagia, Dato' Kamel Bin Mohamad, Timbalan
Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian
Pendidikan Malaysia
Yang Berusaha, Pn Normazwin Bt Yahya, Setiausaha
Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Penonton-penonton jemputan, kaunselor-kaunselor
pendidikan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian.
Assalamualaikum dan Selamat datang Majlis
Perasmian Persidangan Kaunselor Pendidikan Tahun
2020.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Masa CUE ANN 3
9.04 am Bacaan doa
Kalau pergi ke Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah Cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis
mempersilakan Encik Rosli bin Suyut untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Masa CUE ANN 4
9.09 am
Tamat Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan
bacaan doa bacaan doa sebentar tadi
Ucapan SUB Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan yang
akan disampaikan oleh Yang Berusaha, Pn Normazwin
Bt Yahya, Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi
dan Kaunseling
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
Masa CUE ANN 5
9.19 am Tamat ucapan Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan
SUB alu-aluan sebentar tadi.
Ucapan TKSU(P) Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia, Dato'
Kamel Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
9.27 am Tamat ucapan Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan
TKSU(P) Yang Berbahagia Dato’ sebentar tadi.
Masa CUE ANN 7
9.29 am
Ucapan Makan durian bersama pulut,
Perasmian Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah YB kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi
Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama
kita mendengar ucapan perasmian yang akan
disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Muslimin Bin
Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Majlis dengan penuh hormat dan takzim
mempersilakan.
Masa CUE ANN 7
9.35 am Tamat perasmian Tayangan Montaj
Masa CUE ANN 7
9.40 am Tamat montaj
Yang Berhormat berbudi tidak terperi,
Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Berhormat kami segani,
Kesudian YB kami hargai.
Penonton yang dihormati sekalian,
Rasmilah sudah Persidangan Kaunselor Pendidikan
Tahun 2020 pada hari ini. Majlis merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat
Timbalan Menteri Pendidikan 1, merasmikan majlis kita
sebentar tadi.
Masa CUE ANN 7
Penutup
10.15 Hadirin yang dihormati....
am
Selesai sudah Majlis Perasmian Persidangan Kaunselor
Pendidikan Tahun 2020.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Mari lah tuan puan raikan ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya
sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan diri
saya.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Jangan kemana-mana kita masih bersama,
Kita bersua sebentar lagi.
Terima kasih
SIDANG PLENARI 1
Masa CUE ANN 1
9.51 am Pengenalan Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Planeri 1 salam sejahtera
Selamat kembali ke siaran langsung Persidangan
Kaunselor Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia 2020.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Sebelum kita memulakan sesi planeri 1 pada pagi ini,
izinkan saya mengalu-alukan penceramah bagi tajuk
Kaunseling Krisis, Ybhg Lt Kdr Dr. Abu Yazid bin Abu
Bakar TLDM (Bersara), yang telah pun berada dalam
talian ketika ini.
Lt Kdr Dr. Abu Yazid bin Abu Bakar (Bersara)
merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah berkhidmat di
Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan menjawat
jawatan sebgai Ketua Bahagian Penyelidikan &
Pembangunan Latihan, Pusat Kepimpinan
TLDM, Markas Pendidikan & Latihan TLDM. Pemegang
Doktor Falsafah Bimbingan dan Kaunseling daripada
Universiti Kebangsaan Malaysia, Postgraduate
Certificate (Gifted Education), The University of New
South Wales, Australia, Sarjana Pendidikan (Bimbingan
& Kaunseling), Universiti Kebangsaan Malaysia, dan
Bachelor of Arts (Psychology), University of Michigan,
USA.
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Tanpa melengahkan masa, saya dengan ini menjemput
Ybhg Lt Kdr Dr. Abu Yazid bin Abu Bakar TLDM
(Bersara) bagi mengendalikan sesi planeri 1 bertajuk
Kaunseling Krisis
Dipersilakan Ybhg Dr.
Masa CUE ANN 1
10.54 Sesi soal jawab Terima kasih Ybhg Dr atas perkongsian yang sangat
am menarik pada pagi ini. Saya pasti peserta tekun
mendengar perkongsian pada pagi ini.
Majlis seterusnya membuka gelanggang soal jawab
bagi peserta yang ingin mengajukan sebarang soalan
kepada penceramah.
Masa CUE ANN 1
10.55 Sesi soal jawab Terima kasih kepada peserta yang memberikan soalan
am kepada saya. Soalan yang pertama daripada
......................................
Terima kasih Dr...diharapkan ia dapat menjawab
persoalan yang diberikan
Soalan yang kedua daripada..........................
Masa CUE ANN 1
11.03 Tamat Sesi soal Terima kasih kepada Ybhg Dr atas jawapan kepada
am jawab persoalan yang diajukan sebentar tadi. Jawapan yang
jelas dan memuaskan persoalan yang bermain diminda.
Berkejar-kejaran ombak dilaut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi Ybhg Dr disebut-sebut
Sesi pertama selesai dan terima kasih
Dengan berakhirnya sesi soal jawab ini, maka
berakhirlah sesi plenari yang pertama. Majlis
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Ybhg Lt Kdr Dr. Abu Yazid bin Abu Bakar atas kesudian
bersama kami pada pagi ini. Semoga akan ada peluang
dan ruang untuk kita bersua dan berkongsi ilmu lagi.
Masa CUE ANN 1
11.04 Penutup plenari 1 Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
am saya hormati sekalian,
Persidangan akan meneruskan agenda yang
seterusnya iaitu sesi planeri yang kedua. Namun begitu
kita berehat seketika dan suka saya mengingatkan tuan
puan peserta untuk mengimbas QR Code yang kami
paparkan di skrin atau menaip pautan yang diberikan
untuk penilaian program.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Jangan pergi dan jangan resah
Kita bertemu sebentar lagi
SIDANG PLENARI 2
Masa CUE ANN 1
11.06 Pengenalan Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
am Planeri 1 salam sejahtera
Selamat kembali sekali lagi ke siaran langsung
Persidangan Kaunselor Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia 2020.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
persidangan kita akan diteruskan lagi dengan
membawakan satu tajuk yang sangat penting untuk di
ambil maklum. Krisis bunuh diri merupakan tragedi
yang perlu diberikan perhatian. Sering kali kita
mendengar atau membaca berita tentang kejadian
bunuh diri. Sebagai kaunselor, pasti berbagai persoalan
akan bermain difikiran kita dan apakah peranan kita
dalam membantu dan mencegah peristiwa bunuh diri
berlaku ke atas klien kita. Saya pasti sidang plenari
yang kedua ini akan menjawab persoalan ini dengan
tajuk Mengurus Krisis Bunuh Diri.
Sebelum kita memulakan sesi planeri kedua
persidangan pada pagi ini, saya mengalu-alukan
penceramah bagi tajuk Mengurus Krisis Bunuh Diri,
Ybhg Profesor Madya Dr Anasuya Jegathevi
Jegathesan, yang telah pun berada dalam talian ketika
ini.
Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
dihormati,
Saya bacakan secara ringkas biodata Ybhg Profesor
Madya Dr Anasuya Jegathevi Jegathesan
Profesor Madya Dr Anasuya Jegathevi Jegathesan
merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial,
Universiti Tylor Malaysia. Beliau juga merupakan
Pengarah Program, Program Psikologi, Jabatan Sains
Sosial, Universiti Tylor’s. Pemegang Ijazah Kedoktoran
Kaunseling daripada University of South Australia,
Sarjana Bimbingan & Kaunseling, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Beliau juga banyak melibatkan
diri sebagai keynote speaker dalam persidangan di
dalam dan luar negara.
Tanpa melengahkan masa, saya dengan ini menjemput
Ybhg Profesor Madya Profesor Madya Dr Anasuya
Jegathevi Jegathesan bagi mengendalikan sesi plenari
kedua yang bertajuk Mengurus Krisis Bunuh Diri
Dipersilakan Ybhg Profesor
Masa CUE ANN 1
12.07 Sesi soal jawab Terima kasih Ybhg Dr atas perkongsian yang sangat
pm mengujakan pada pagi ini. Banyak persoalan yang
terjawab dan sangat jelas penerangannya.
Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
dihormati,
Seterusnya saya membuka sesi soal jawab bagi
peserta yang ingin bertanya sebarang soalan kepada
penceramah.
Masa CUE ANN 1
12.09 Sesi soal jawab Terima kasih kepada peserta yang memberikan soalan
pm kepada saya. Soalan yang pertama daripada
......................................
Soalan yang kedua daripada..........................
Dipersilakan Ybhg Profesor Madya Dr Anasuya
Jegathevi Jegathesan untuk menjawab persoalan yang
diberikan.
Masa CUE ANN 1
12.19 Tamat Sesi soal Terima kasih kepada Ybhg Profesor Madya Dr Anasuya
am jawab Jegathevi Jegathesan atas penjelasan kepada
persoalan yang diajukan sebentar tadi.
Marilah kita bersama-sama mencegah krisis bunuh diri
yang berlaku dalam masyarakat kita. Semoga kita
mampu mengurus krisis ini dengan hikmah dan efisien.
Nama diberi Azizi Bin Lamat
Bertegur sapa, salam disusul
Sidang plenari kedua sudah pun tamat
Plenari ketiga pula bakal menyusul
Dengan berakhirnya sesi soal jawab ini, maka
berakhirlah sesi plenari yang kedua. Majlis
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Ybhg Profesor Madya Dr Anasuya Jegathevi
Jegathesanatas kesudian bersama kami pada pagi ini.
Semoga perkongsian ilmu ini melonjakkan kompetensi
kaunselor ke tahap yang lebih tinggi.
Masa CUE ANN 1
12.20 Penutup plenari 1 Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
pm saya hormati sekalian,
Persidangan berhenti rehat bagi memberi laluan
kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk santapan
tengah hari. Namun begitu suka saya ingatkan sekali
lagi agar tuan-tuan dan puan-puan kekal setia bersama
kami sekembalinya persidangan Kaunselor Pendidikan
KPM tahun 2020 pada jam 2.30 petang ini dengan tajuk
yang pasti menarik perhatian, dan suka saya
mengingatkan sekali lagi untuk tuan puan peserta
mengimbas QR Code yang kami paparkan di skrin atau
menaip pautan yang diberikan untuk penilaian program
bagi sidang plenari yang kedua ini.
Indah berbalam si awan datang,
Berarak di celah pepohon ara;
Bersambung kalam di sidang petang,
Selamat bersantap penutup bicara.
Sekian, assalamualaikum dan terima kasih
SIDANG PLANERI 3
Masa CUE ANN 1
2.21 pm Pengenalan Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Planeri 3 salam sejahtera
Alhamdulillah dapat kita bertemu kembali dalam siaran
secara langsung Persidangan Kaunselor Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020.
Sebelum kita memulakan acara pada petang ini, izinkan
saya sekali lagi menyampaikan taklimat persidangan
untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
Seperti yang dipaparkan di skrin, saya bacakan
perjalanan persidangan sesi petang pada hari ini.
Sidang plenari seterusnya kan bermula pada jam 2.30
petang, tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan
diminta untuk bersedia dan terus kekal bersama kami.
Sidang Plenari ketiga ini akan disampaikan oleh Ybhg
Dr Mohd Zaliridzal Zakaria, bertajuk Self Care For
Counselor. Saya pasti tuan-tuan dan puan-puan tidak
sabar untuk mendengar perkongsian yang akan
disampaikan nanti. Dr Mohd Zaliridzal Zakaria akan
bersama kita selama lebih kurang satu jam 30 minit dan
sesi soal jawab akan dibuka sebaik sesi berakhir.
Kita akan berjumpa sebentar lagi. Sebagai selingan,
kami sajikan beberapa video pendek untuk tatapan
semua. Jumpa lagi....
Masa CUE ANN 1
2.27 pm Plenari 3
Assalamualaikum dan selamat petang,
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Kekal setia bersama kami.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
dihormati,
Walaupun kita bergelar kaunselor, realitinya kita masih
manusia. Turun dan naik emosi adalah lumrah tanpa
mengenal siapa kita. Dalam keterujaan mengendali
kes-kes kaunseling, kesihatan mental dan fizikal perlu
dijaga. Oleh demikian, suka saya menarik perhatian
tuan-tuan dan puan-puan kepada tajuk sidang planeri
kita yang ketiga yang bertajuk ’self care for counselor’.
Sebelum kita memulakan sesi planeri ketiga
persidangan pada petang ini, saya mengalu-alukan
penceramah bagi tajuk Self Care For Counselor, Ybrs
Dr Mohd Zaliridzal Zakaria, yang telah pun berada
dalam talian ketika ini. Selamat datang Dr.
Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
dihormati,
Saya bacakan secara ringkas biodata Ybrs Dr Mohd
Zaliridzal Zakaria
Dr Mohd Zaliridzal Zakaria merupakan Tibalan Dekan
(HEP dan Alumni) di Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam Bimbingan
dan Kaunseling daripada Universiti Putra Malaysia,
Sarjana Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra
Malaysia. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam
penulisan jurnal dan persidangan di dalam dan luar
negara
Tanpa melengahkan masa, saya dengan ini menjemput
Ybrs Dr Mohd Zaliridzal Zakaria bagi mengendalikan
sesi plenari ketiga yang bertajuk Self Care For
Counselor.
Dipersilakan
Masa CUE ANN 1
3.31 pm Sesi soal jawab
Terima kasih Ybrs Dr atas perkongsian yang sangat
membantu pada petang ini. Kelihatan semua peserta
tekun mendengar panduan-panduan penjagaan diri
kaunselor. Semoga kita dapat mengaplikasikan
panduan tersebut agar kaunselor juga mampu menjaga
kesejahteraan diri.
Tuan-tuan dan puan-puan peserta persidangan yang
dihormati,
Seterusnya saya membuka sesi soal jawab bagi
peserta yang ingin bertanya sebarang soalan kepada
penceramah.
Masa CUE ANN 1
3.32 pm Sesi soal jawab
Terima kasih kepada peserta yang memberikan soalan
kepada saya. Soalan yang pertama daripada
......................................
Soalan yang kedua daripada..........................
Dipersilakan Ybrs Dr Mohd Zaliridzal Zakaria untuk
menjawab persoalan yang diberikan.
Masa CUE ANN 1
3.41 pm
Tamat Sesi soal Terima kasih kepada Ybrs Dr atas penjelasan kepada
jawab persoalan yang diajukan sebentar tadi.
Semoga ia membantu kita terutama dalam suasana
pendemik Covid 19 yang mencabar ini.
Dengan berakhirnya sesi soal jawab ini, maka
berakhirlah sesi plenari yang ketiga. Majlis merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada Ybrs Dr Mohd
Zaliridzal Zakaria kesudian bersama kami pada petang
ini. Semoga perkongsian ilmu ini memberikan semangat
dan kekuatan kepada semua kaunselor khususnya di
KPM.
Masa CUE ANN 1
3.42 pm Penutup
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan peserta Persidangan yang
dikasihi sekalian,
Persidangan Kaunselor Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia tahun 2020 sudah sampai ke
penghujung, ucapan tahniah buat semua peserta yang
memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.
Saya bagi pihak Bahagian Psikologi dan Kaunseling,
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat, warga BPsK, Bahagian Sumber dan
Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan
Maklumat, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri serta
semua warga kaunselor pendidikan yang telah bersama
menjayakan persidangan secara atas talian yang julung
kali diadakan pada hari ini.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang
diperolehi di dalam persidangan ini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya
sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
saya.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, assalamualaikum dan terima kasih