The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaily ahmad, 2022-05-15 11:10:20

SAMBUTAN HARI GURU, SAMBUTAN HARI RAYA DAN MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. HALIJAH BINTI ISMAIL

SMK TUN AMINAH BATU PAHAT

SAMBUTAN HARI GURU
SAMBUTAN HARI RAYA (GURU)

&
MAJLIS JAMBANGAN BUDI RIMBUNAN BAKTI

PN. HJH. HALIJAH BINTI ISMAIL

TAHUN

3 JULAI 1995 - 17 MEI 2022

16 MEI 2022 (ISNIN) bersamaan 13 SYAWAL 1443H

7.30 pg-1.00 ptg - DEWAN SRIKANDI

- DEWAN MAKAN SITI
KHADIJAH

VISI & MISI

VISI: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangun Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara

OBJEKTIF

1. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan
warga sekolah.
2. Meraikan guru-guru dalam satu majlis Sambutan Hari
Guru.
3. Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang
mencurahkan bakti dan mendidik murid.
4. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum
mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan
oleh semua kaum.
5. Mengamalkan cara hidup yang baik dan bermaaf-
maafan di antara satu sama lain.
6. Dapat meraikan guru yang bersara dengan
penghormatan daripada warga sekolah.
7. Agar guru yang bersara dapat berkongsi pengalaman
kepada warga sekolah untuk dijadikan panduan dan
iktibar.

TEMA HARI GURU

“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

HURAIAN TEMA HARI GURU

KATA KUNCI:
1. Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong,

membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
2. Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk mendidik dan membentuk sahsiah

murid supaya menjadi insan berperibadian unggul.
3. Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang

penuh dengan nilai-nilai dan merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid menimba
ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan.
4. SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni. Setiap huruf membawa
maksud khusus yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni.

S – Selamat, seronok dan sihat
E – Etika dan empati
J – Jati diri
A – Adab sopan
H – Harmoni
T – Tekun, teliti dan terampil
E – Eskplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi
HURAIAN:

1. Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara.

2. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan
murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi
melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

3. Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang
dibangunkan dalam diri murid.

4. Peranan guru ialah merujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen
SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar
sekolah.

LAGU “IKRAR PENDIDIK MALAYSIA”

Dengan ikrar menjunjung cita negara
dan mengamal prinsip-prinsip Rukun Negara
Kami janji kami akan terus berbakti
Kamilah barisan Pendidik Malaysia

Melonjakkan kecemerlangan pelajar
Melahirkan generasi yang berguna
Menghasilkan modal insan yang berkualiti
Kamilah barisan Pendidik Malaysia

Membangunkan kepakaran kemenjadian
Membangunkan potensi berkemahiran
Membimbing generasi berinovasi
Membina perpaduan kemakmuran

Kamilah guru... yang beraspirasi
Kepimpinan membudaya kecemerlangan
Memaksimum potensi guru berkualiti

Kamilah barisan… Pendidik Malaysia
Ikrar kami meningkatkan keberhasilan
Memperkasa transformasi pendidikan.

LAGU “KAMI GURU MALAYSIA”

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

LAGU “BIARKU MENJADI LILIN”

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

SEJARAH PERKHIDMATAN

Nama: Halijah binti Ismail
Tarikh Lahir: 18 Mei 1962

Latar belakang Pendidikan:
❖ Sekolah rendah: SK Parit Bilal, Batu Pahat
❖ Sekolah menengah:

i. SMK Tongkang Pechah
ii. SMK Tun Aminah
iii. Sekolah Agama Attarbiah Al-Islamiah Batu Pahat
iv. Maahad Johor
❖ Maktab:
Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai (Pendidikan Islam 1986-1988)
❖ Universiti: Universiti Al-Azhar, Mesir

Perkahwinan: 13 September 2014

Sejarah perkhidmatan:
- SK Felda Bukit Permai Layang-Layang
- SMK Dato’ Onn
- SMK Dato’ Bentara Luar
- SMK Tun Aminah

Pencapaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC):
1. Tahun 2004 (SMK Dato’ Bentara Luar)
2. Tahun 2013 (SMK Tun Aminah)

“TERIMA KASIH CIKGU”

TENTATIF PROGRAM

16 MEI 2022: MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU &
MAJLIS PERSARAAN BERSAMA MURID
(Dewan Srikandi)

MASA BUTIRAN
7.30 pagi
- Semua murid berkumpul di dewan dan
7.50 pagi beratur mengikut kelas masing-masing

- Guru-guru berkumpul di hadapan Surau
Saidatina Aisyah

- Perarakan guru-guru ke Dewan Srikandi

8.15 pagi - Nyayian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku

8.20 pagi - Bacaan doa
- Perutusan Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan, Dato’

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin (oleh GPK Pentadbiran, Pn. Hjh.
Noreha Binti Idris)
- Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Hjh. Nor
Zamani binti Abdul Hamid (oleh GPK HEM, Pn. Hjh. Hanizah
binti Ahmad)
- Ucapan Ketua Pengawas
- Ucapan Pengetua, Pn. Rahayu binti Kamari
- Ikrar Guru
- Nyanyian lagu Hari Guru
- Sesi memotong kek
- Ucapan persaraan oleh Pn. Hjh. Halijah binti Ismail
- Penyampaian hadiah & cenderamata
- Persembahan murid
- Sesi bergambar

11.30 pagi - Sukaneka Hari Guru
- Penyampaian hadiah

12.30 tengah - Bersurai
hari

TENTATIF PROGRAM

16 MEI 2022: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA (GURU) &
MAJLIS PERSARAAN BERSAMA GURU
(Dewan Makan Asrama)

MASA BUTIRAN
10.00 pagi
- Guru-guru mengambil tempat di Dewan Makan Siti Khadijah
- Bacaan doa
- Ucapan Pengerusi KESTA, En. Roslan bin Mohamad
- Ucapan Pengetua, Pn, Rahayu binti Kamari
- Tayangan video kenangan Pn. Hjh. Halijah binti Ismail
- Ucapan Pn. Hjh. Halijah binti Ismail
- Sesi memotong pulut kuning
- Jamuan
- Persembahan guru & murid

TENTATIF PROGRAM

17 MEI 2022: MAJLIS KETIK AKHIR & PERARAKAN BERUNDUR
CIKGU HJH. HALIJAH BINTI ISMAIL
(Pantri Bilik Guru & Bilik Pengetua)

MASA BUTIRAN
8.00 pagi
- Tetamu mengambil tempat di pantry bilik guru
- Ucapan pengetua, Pn. Rahayu binti Kamari
- Ucapan Pn. Hjh. Halijah binti Ismail
- Jamuan di pantry
- Pentadbir dan Pn. Hjh. Halijah berkumpul di bilik pengetua
- Penyerahan bunga, sijil & plak persaraan
- Menandatangani buku persaraan
- Ketik akhir
- Sesi bergambar

(Murid 4KAA 1 & 5 KAA1 beratur di susur keluar pintu pagar
sekolah)
- Perarakan berundur

AJK TERTINGGI

PENGETUA:
PN. RAHAYU BINTI KAMARI

GURU PENOLONG KANAN:
PN. HJH. NOREHA BINTI IDRIS (PENTADBIRAN)
PN. HJH. HANIZAH BINTI AHMAD (HAL EHWAL MURID)
PN. FADILLAH BINTI OSMAN (KOKURIKULUM)

PN. SARIMAH BINTI SURATMAN (PETANG)

PENGERUSI:
EN. ROSLAN BIN MOHAMAD

NAIB PENGERUSI:
PN. SITI NORBAIZURA BINTI MD. SUBAHI

SETIAUSAHA:
PN. NORMALA BINTI TUNOF

BENDAHARI:
PN. HAFIZA BINTI MD. NASIR
PN. NURUL AIN BINTI BASROM

AJK PELAKSANA

PENGACARA MAJLIS: PERSIAPAN TEMPAT: PERSEMBAHAN:

-PN. NURUL FARAHIN -EN. AZZURI BINTI AB -PN. MAYA SINTA BINTI
BINTI MOHD ZALEZAN JALIL YACUB

BACAAN DOA: -EN. MOHD AIDI BIN -PN. NORAZIMAH BINTI
MOHD. KHALIT ABDUL SAMAD
-EN. MOHD AIDI BIN
MOHD KHALIT -PN. NORRINA BINTI -PN. SITI SUHAILA BINTI
SULIMAN ABDULLAH
BUKU PROGRAM: JAMUAN:
-PN. SOFEA TENDOT
-PN. SUHAILY BINTI BINTI MD. SALLEH -PN. SITI MARLINA BINTI
AHMAD IDRIS
-EN. MOHD HANIF BIN
-PN. HAFIZA BINTI MD. MD. NAJIB -PN. ROHAYU BINTI
NASIR ROZALI
-CIK SITI SAIDATUL
VIDEO KORPORAT: ASMA BINTI ZULKAFLI -PN. NURUL AIN BINTI
BASROM
-PN. SITI NORBAIZURA -CIK NURZAHIRA BINTI
BINTI MD. SUBAHI RAPANI FOTOGRAFI:
HADIAH &
CENDERAMATA: PA SISTEM: -EN. MOHD HANIF BIN MD.
-PN. SITI KHADIJAH NAJIB
BINTI MUHADI -EN. MOHD UZIR BIN
MD. SAHAR FLOOR MANAGER:
-CIK NURLIYANA NAJWA
BINTI JAMAWI -PN. NOORHAYATI -EN. ROSLAN BIN
BINTI HASSAN BASRI MOHAMAD
-PN. NORMALA BINTI
TUNOF PENGEMASAN AKHIR:

-SEMUA AJK

QR CODE

Sila imbas QR Code ini bagi
melayari buku program secara

digital

PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru, Sambutan

Hari Raya (Guru) dan Majlis Jambangan Budi
Rimbunan Bakti Pn. Hjh. Halijah binti Ismail pada

kali ini.


Click to View FlipBook Version