BSJ3043 Diftong Oleh: Siti Nur Aisah Najihah binti Rani D2O202096265 SISTEM EJAAN JAWI DALAM PENGAJARAN DI SEKOLAH اي او وي
Apa itu Diftong? Diftong ialah dua bunyi vokal yang diucapkan dengan satu tekanan nafas menjadikan unsur yang kedua diftong itu kedengaran tidak sempurna. Apa itu Diftong? Dalam bahasa Melayu hanya terdapat dalam tiga bentuk ejaan sahaja, iaitu bunyi [au], [ai], dan [oi]. Lafaz bunyi vokal yang pertama lebih lantang berbanding bunyi vokal yang kedua.
Jenis Diftong ai = اي au = oi = وي اي او
Bunyi diftong [ai] dieja dengan menggunakan alif-ya. Bunyi ini boleh didapati di awal, di tengah, atau di akhir kata. Untuk perkataan yang berawalkan bunyi diftong [ai] dan dimulakan dengan huruf alif (ا (hendaklah ditambah huruf hamzah (ء (selepas huruf alif tersebut. اي = ai
Aising اي = ai di awal kata... Permaidani di tengah kata... di akhir kata... Tupai توڤاي ڤرمايداني اءيسيڠ
Dalam ejaan Jawi, pada bunyi gelinciran [au], vokal [a] dan [u] terletak di dua suku kata yang berasingan [a] pada suku kata terdahulu dan [u] pada suku kata terkemudian. Sebaliknya, bunyi diftong [au] dieja dengan menggunakan alif-wau. Bunyi ini walau di mana sekalipun kedudukannya tetap dieja demikian. او= au
Auditorium au = Tauge Surau di awal kata... di tengah kata... di akhir kata... سوراو تاوڬي اءوديتوريوم ا و
Bunyi diftong [oi] dieja dengan menggunakan wau-ya. Amat sedikit kata-kata yang mengandungi diftong [oi] di awal dan di tengah kata. Pada umumnya perkataan yang mengandungi bunyi diftong jenis ini hanya terdapat di suku kata akhir dalam beberapa perkataan. وي= oi
Oidium di awal kata... Boiler di tengah kata... di akhir kata... Amoi اويديوم وي= oi اموي بويلر
Latihan Pengukuhan SCAN ME Pautan: https://wordwall.net/resource/65343948
KESIMPULAN Diftong adalah golongan dua vokal yang dilafazkan secara berterusan, maka terhasil bunyi vokal menggeluncur dengan cepat ke suatu vokal lain yang dianggap satu suku kata. Bunyi diftong dalam bahasa Melayu ada tiga bentuk,iaitu [au], [ai], dan [oi].
Terima Kasih Jumpa lagi..