SEKOLAH KEBANGSAAN
DE LA SALLE
KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2022
TARIKH :
25 JUN 2022
bersamaan 26 Zulkaedah 1443 Hijrah
HARI :
SABTU
TEMPAT :
SURAU SK. DE LA SALLE
TEMA :
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2022
SK. DE LA SALLE
1. PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang
muslim yang sejati.Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan
oleh setiap muslim.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam merancang untuk
menganjurkan Kem Bestari Solat kerana kini negara berada di fasa endemik atau
pemulihan covid-19.Secara khususnya,program ini dilaksanakan untuk memastikan
setiap murid Muslim Tahun 1 hingga tahun 6 dapat mengambil wuduk dan
menunaikan solat dengan sempurna.
Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang
mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan murid.
2. MATLAMAT
Program Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan
semua murid tahun 1 hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah
solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu
pengetahuan dan penghayatan solat.
3. OBJEKTIF
1) Menguasai cara-cara berwuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
2) Menguasai bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul,tertib dan sempurna.
3) Murid dapat menghayati ajaran Islam yang sebenar walau berada di mana
sekalipun.
4. TEMA
‘SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA’
5. PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN
Semua murid Islam Sk. De La Salle
BIL. TAHUN / KELAS JUMLAH
1. TAHUN 1 32
2. TAHUN 2 31
3. TAHUN 3 32
4. TAHUN 4 32
5. TAHUN 5 28
6. TAHUN 6 22
7. PPKI 10
187
JUMLAH KESELURUHAN
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH
1. SARAPAN PAGI 187
7. JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk lampiran 1
8. TENTATIF / MODUL
Rujuk lampiran 2
9. PENUTUP
Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib
dilaksanakan.Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif
kepada murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab
untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka.Akhirnya,
semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan
Allah S.W.T.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………….
(MOHAMAD FAIEZ) …………………..
SU Kem Bestari Solat (MASLAMAH)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Disahkan oleh,
……………………..