Sebelum : Selepas : PROSES PENGHASILAN LILIN Murid bersedia untuk melaksanakan projek : #PINJIHEBAT, CEMERLANG BERSAMA Bahan-bahan yang digunakan : Murid melaksanakan projek secara berkumpulan : Murid menunjukkan langkahlangkah menghasilkan lilin :
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, atau kawasan perumahan mereka banyak nyamuk, maka, kebarangkalian untuk mereka dijangkiti denggi adalah tinggi. SMK Pinji merupakan sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan. Sekolah kami juga menghadapi banyak masalah nyamuk di awal pagi. Lokasi yang banyak nyamuk adalah tapak perhimpunan dan juga makmal Sains sekolah. Ini menyebabkan ketidakselesaan murid semasa berada di perhimpunan dan juga di makmal sekolah. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan lilin penghalau dan pembasmi nyamuk dengan cara yang tidak memudaratkan kesihatan pelajar dan tanpa menggunakan bahan beracun . Di sini kami ingin memperkenalkan lilin penghalau nyamuk yang dihasilkan dengan minyak masak terpakai serta rempah ratus iaitu kayu manis dan bunga cengkih. Rempah ini untuk dijadikan sebagai salah satu bahan utama dalam penghasilan lilin ini.selain membantu mengatasi masalah nyamuk, lilin ini juga dapat menenangkan fikiran kerana bau kayu manis ini adalah agen aromaterpi yang juga dapat menghilangkan stress dan bukan hanya sekadar menjauhkan nyamuk dari sekeliling kita. Pertandingan KmR-PBL adalah aktiviti anjuran kerjasama Sektor Pembelajaran dan Sektor Pembangunan Murid PPD Kinta Utara bersama sekolah penganjur SMK Bandar Baru Putra sempena Karnival TS25 SMK Bandar Baru Putra Pertandingan ini merupakan satu platform untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah mempamerkan dan mengetengahkan idea serta penemuan mereka. Selain itu, ia juga memberi fokus kepada pemantapan pembelajaran bermakna dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Pelaksanaan program ini membolehkan murid mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk menghasilkan satu produk berguna. OBJEKTIF BAHAN-BAHAN PENGENALAN KAYU MANIS-BUNGA CENGKIH MINYAK MASAK TERPAKAI PEMBEKU (COAGULANT) TALI / BENANG KASAR BEKAS TERPAKAI