KEM BINA JUARA (KBJ)
NEGERI PERAK 2021
1
ASAS ILMU TARANNUM
PENGENALAN TARANNUM
Tarannum ( lagu ) ialah suatu ilmu atau kaedah yang pelbagai bunyi mengikut
nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambah keelokan seni bunyi sesuatu
bacaan, khusunya bacaan al-quran.
Mengikut ahli sejarah tarannum, asal usul tarannum adalah diilhamkan dari unsur-
unsur berikut :
- Dari bunyi-bunyian geseran kayu
- Dari bunyi-bunyian tiupan angina
- Dari bunyi-bunyian kicauan burung
- Dari bunyi-bunyian air yang mengalir
Maka dari bunyi-bunyian itulah digubah dan direalisasikan oleh professor-profesor
muzik mahupun penyair-penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut
budaya bangsa masing-masing.
Mengalunkan bacaan bertarannum adalah satu usaha kearah pencapaian
amalan membaca al-quran yang bernilai tinggi. Ini penting bagi menghubungkan
rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah.
PERANAN TARANNUM AL QURAN
1. Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar. Allah berfirman dalam surah
Al-Muzammil
ayat 4 yang berbunyi :
ًأَ ْو ِز ْد َع َل ْي ِه َو َر ِّت ِل ا ْلقُ ْرءاَ َن َت ْر ِتيلا
Maksudnya : “Ataupun lebihkan sedikit daripadanya: dan bacalah Alquran degan
tartil”
2. Untuk memberi penghormatan kepada status alquran .Rasulullah S.A.W
bersabda
“diturunkan Alquran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan “
( Riwayat Muslim )
3. Untuk menambahkan lagi khusyu’ dan keinsafan. Allah Taala berfirman dalam
surah Al-Isra’
ayat 109 yang berbunyi :
ًَو َي ِخ ُّرو َن لِ ْْلَ ْذقاَ ِن َي ْب ُكو َن َو َي ِزي َد ُه ْم ُخ ُشوعا
2
Maksudnya : “Dan mereka segera menumuskan muka dengan sujud itu
sambil menangis, sedang Alquran menambahkan mereka khusyuk “
4. Untuk mendapat rahmat Allah. Dalam surah Al-A’raf ayat 204:
َوإِذاَقُ ِر َئ ا ْلقُ ْرءاَ َن َفا ْس َت ِم ُعو ْا َل ُه َوأَ ْن ِص ُتولَ َعلَّ ُك ْم ُت ْر َح ُمو َن
Maksudnya : “dan apabila Alquran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia
serta diamlah (dengan sepenuh hati untuk mendengarnya ) supaya kamu
beroleh rahmat “
5. Untuk menambahkan seni dalam bacaan alquran. Sesuai dengan sabda
Rasulullah
“ Perelokkanlah bacaan Alquran itu dengan keelokan suara kamu,
sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan
keindahan seni mukjizat Alquran itu”
( Riwayat ; Annisa’e dan
Abu Daud )
CIRI-CIRI BACAAN TARANNUM ALQURAN YANG BAIK
1. Susunan harkatnya rapi dan bersisitematik
2. Susunan tarannumnya rapi dan bersesuaian
3. Kesesuaian tarannum dengan ayat
4. Kesesuaian tarannum dengan hukum tajwid
5. Kesesuaian suara dengan tarannum
6. Pengawalan suara dan tarannum yang berlahjah arab.
JENIS-JENIS TARANNUM :
TARANNUM BAYYATI
TARANNUM HIJAZ
TARANNUM SOBA
TARANNUM RAST
TARANNUM NAHWAND
TARANNUM SIKKAH
TARANNUM JIHARKAH
*Rujukan :
- Buku Qawaid Attarannum ( Cara Berlagu ) oleh : Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, 1998
- Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia : Darulfikir ,2008
3
Tarannum Bayati
Bayati berasal daripada perkataan ( )بيتyang bermaksud rumah atau tempat
kediaman.
Pendapat mengatakan Bayati berasal dari nama daerah di Iraq dan dibawa oleh
orang Syria.
Tarannum ini dipopularkan oleh qari-qari Arab terutamanya di Mesir.
Kebiasaannya, bacaan Al-Quran dimulakan dengan taranum ini kerana nadanya
bermula rendah dan semakin tinggi.
Sifat taranum Bayati
1. Mempunyai kelembutan di samping ketegasan.
2. Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.
3. Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan.
4. Mempunyai kesesuaian dengan Tarannum pembukaan dan penutup.
Peranan Tarannum Bayati
1. Menjadi Tarannum pembukaan dan penutup.
2. Memantapkan persembahan bacaan.
3. Menjadi pengukuran kepada Tarannum yang akan dipersembahkan
sesudahnya.
4. Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf al-Quran.
5. Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.
4
TARANNUM NAHAWAND
Takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.
Nahawand bermaksud sebuah tempat bernama Hamadan.
lagu nahawand berasal dari Iran (Parsi).ianya di ubah suai dan digubah semula oleh
para Qurra' di Mesir. lagu ini berirama sedih dan biasanya dibawakan selepas lagu
Hijaz atau Soba.
Sifat-sifat alunan tarannum nahawand:
1. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan.
2. Mempunyai penyesuaian dengan thobaqah yang tinggi.
3. Mempunyai unsur-unsur yang kehangatan yang menyemarakan.
4. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang menyakinkan.
Peranan Nahawand:
1. Menghangatkan persembahan bacaan.
2. menyemarakan jiwa pembaca dan pendengar.
3. Menegaskan mesej ayat yang dibaca.
4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran.
5
TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini
tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
1• Gerak lembut disamping ketegasan.
2• Kelembutan alunan.
3• Lincah menyemarakkan.
4• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
5• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.
Peranan Tarannum Rast
1• Memberi semangat kepada persembahan.
2• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
3• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
4• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
5• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
6
TARANNUM SOBA
PENGENALAN
Perkataan Soba adalah dari bahasa arab yang bermaksud RINDU. Pada istilah ilmu
tarannum pula, tarannum Soba adalah nama bagi satu jenis alunan yang dipopularkan
oleh pakar-pakar tarannum mengikut budaya mereka. Tarannum Soba ini adalah hasil
ubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya mereka. Manakala tarannum ini
popular di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke2.
SIFAT TARANNUM SOBA
1. Gerak ringan yang meresap ke jiwa
2. Alunan yang lembut mendayu-dayu
3. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon,
merayu,merintih dan sebagainya.
4. Mempunyai kesesuaian dengan tabaqat sederhana
PERANAN TARANNUM SOBA
1. Menenangkan persembahan bacaan
2. Membawa kepada khusyu’ dan memberi keinsafan
3. Memberi kefasihan sebutan huruf-huruf al-quran
4. Melahirkan kemukjizatan al-quran dari sudut bacaannya.
7
TARANNUM SIKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Peranan Tarannum Sikah
• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
8
9