The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesihatan Mental Milik Semua - Hentikan Stigma

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUDA NURBISYARAH BINTI MOHD HATTA Moe, 2023-10-23 05:44:56

KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA: HENTIKAN STIGMA

Kesihatan Mental Milik Semua - Hentikan Stigma

TAJUK HALAMAN PENGENALAN 1 PUNCA-PUNCA MASALAH KESIHATAN MENTAL 2 - 3 CARA MENGATASI MASALAH KESIHATAN MENTAL 4 AKTIVITI / RAWATAN YANG BERSESUAIAN 5 PENUTUP 6


1 PENGENALAN Kesihatan mental ialah tahap kesejahteraan psikologi atau ketiadaan penyakit mental. Ia merupakan keadaan seseorang yang berfungsi pada tahap penyesuaian emosi dan tingkah laku yang memuaskan. Dari perspektif psikologi positif atau holisme, kesihatan mental mungkin termasuk keupayaan setiap individu untuk berupaya menikmati kehidupan serta mewujudkan satu ataupun sebuah bentuk keadaan yang penuh dengan keseimbangan dan juga kestabilan di antara aktiviti kehidupan dan usaha untuk mencapai daya tahan psikologi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental termasuk kesejahteraan subjektif, dianggap keberkesanan diri, autonomi, kecekapan, kebergantungan antara generasi, dan aktualisasi diri potensi intelektual dan emosi seseorang. WHO menyatakan bahawa kesejahteraan individu disepadukan dalam merealisasikan kemampuan mereka, menghadapi tekanan normal kehidupan, kerja produktif dan sumbangan kepada komuniti mereka. Perbezaan budaya, penilaian subjektif, dan teori profesional yang bersaing semuanya mempengaruhi bagaimana seseorang mentakrifkan kesihatan mental. Apabila seseorang memandang anda dengan cara yang negatif kerana anda mempunyai sifat yang unik atau sifat peribadi yang dianggap sebagai kelemahan diri, itu boleh diklasifikasikan sebagai stigma. Stigma yang ditakrifkan dalam konteks ini adalah persepsi anda terhadap kesihatan mental dan stigma yang dianggap dapat mempengaruhi perasaan malu yang membawa kepada hasil rawatan yang lebih buruk.


2 PUNCA-PUNCA MASALAH KESIHATAN MENTAL Terdapat tiga faktor yang menyebabkan kesihatan mental terjejas iaitu biologi (fizikal), psikologi dan persekitaran. 1.Biologi (fizikal) Sesetengah penyakit mental dikaitkan dengan ketidakseimbangan pada bahan kimia di dalam otak yang disebut sebagai neurotransmitter. Bahan kimia ini berperanan dalam membolehkan sel-sel di dalam otak berhubung antara satu sama lain. Ketidakseimbangan yang berlaku akan mengganggu fungsi otak. Inilah yang menjadi asas kepada ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit mental. Genetik juga mempunyai sumbangan dalam kesihatan ini. Ahli keluarga kepada pesakit lebih cenderung mengalami penyakit yang sama. Namun ia lebih kompleks dan melibatkan banyak gen. Jangkitan dan kecederaan otak turut boleh menyebabkan penyakit berkaitan emosi. Selain itu,faktor-faktor seperti kekurangan zat dan terdedah kepada bahan toksik mungkin memainkan peranan penting juga. 2.Psikologi Faktor psikologi yang menyumbang kepada gangguan mental seperti: • Trauma psikologi yang teruk semasa kecil seperti penderaan emosi,fizikal atau seksual • Diabaikan oleh keluarga • Gagal dalam membina hubungan dengan orang lain 3.Persekitaran Sesetengah perkara yang berlaku di sekeliling boleh merangsang penyakit berkaitan emosi dalam kalangan mereka yang berisiko. Ini termasuklah: • Kematian atau perceraian • Keluarga yang bermasalah


3 • Bertukar sekolah atau kerjaya • Pandangan dan persepsi masyarakat –contohnya, definisi cantik yang diletakkan oleh masyarakat memaksa seseorang untuk tidak makan atau memuntahkan semula makanan yang dimakan untuk kekal kurus (gangguan pemakanan) • Penyalahgunaan dadah Semua faktor saling berkaitan menjadi punca penyakit mental. Tiada satu faktor yang secara jelas menyebabkan gangguan mental dan semuanya adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Interaksi antara semua faktor ini menatijahkan keadaan tersebut. Faktor risiko kemurungan tidak sepenuhnya sama seperti bipolar. Begitu juga dengan contoh-contoh yang lain termasuk kebimbangan (anxiety), gangguan obsesif kompulsif (OCD) dan gangguan pemakanan. Apa yang disebutkan di atas adalah faktor umum bagi semua penyakit berkaitan emosi. Sekiranya anda atau individu di sekeliling mungkin terdedah kepada punca penyakit mental ini,sila berjumpa doktor dengan segera.


4 CARA MENGATASI MASALAH KESIHATAN MENTAL Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan mental di Malaysia semakin membimbangkan. Penglibatan aktiviti sosial di kalangan dewasa juga semakin sirna. Jadi dikongsikan cara mengatasi masalah kesihatan mental yang kian membelenggu masyarakat pada hari ini. Pengurusan mental pada setiap masyarakat adalah sangat penting untuk mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah masyarakat yang mengalami masalah kesihatan mental. Antara cara yang dapat diamalkan ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, sebagai contoh berjoging, brisk walk dan pelbagai aktiviti fizikal yang lain. Amalan ini sangatlah penting bagi mengatasi masalah mental bukan sahaja dapat mengawal stres malahan dapat mencergaskan fizikal seseorang. Bertitik tolak daripada itu, mendapatkan sokongan keluarga juga sangatlah penting ini kerana keluarga merupakan individu yang terpenting dalam kehidupan bagi memberi sokongan emosi kepada seseorang. Sesetengah individu lebih selesa berkongsi masalah dengan ahli keluarga berbanding rakan-rakan kerana mereka lebih selesa dan boleh dipercayai. Dalam nada yang lain, bersosial juga adalah sangat penting bagi meningkatkan keyakinan diri serta dapat berkongsi idea-idea yang bernas sekaligus dapat melupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Contohnya , aktiviti gotong-royong dan melibatkan diri dengan majlis keagamaan Menyulusuri dari fasa seterusnya, mendekatkan diri dengan tuhan juga merupakan cara yang bagus untuk mengatasi masalah kesihatan mental.Ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam mengurus masalah dari segi keagamaan.


5 AKTIVITI / RAWATAN YANG BERSESUAIAN 1. Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Kempen kesedaran kesihatan mental dianjurkan di seluruh negara untuk mempromosikan kesedaran, memberikan maklumat, dan membantu individu yang memerlukan bantuan. Contohnya, Hari Kesihatan Mental Sedunia diraikan pada 10 Oktober setiap tahun. 2. Perkhidmatan Dalam Talian Dalam dunia yang semakin digital, terdapat pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti platform kaunseling dalam talian dan sumber-sumber kesihatan mental yang boleh diakses dengan mudah. 3. Beriadah dan Bersenam Penyelidikan saintifik turut membuktikan bahawa individu yang aktif secara fizikal mempunyai kadar tekanan dan kemurungan lebih rendah berbanding individu yang tidak aktif. Tambahan pula, bersenam secara teratur dan tetap dapat berfungsi sebagai terapi untuk sesetengah individu bagi mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan, dan kesannya mungkin dapat bertahan lama.


6 PENUTUP Secara keseluruhannya, kesihatan mempengaruhi segala aktiviti harian dan juga gaya hidup seseorang individu. Kesihatan yang merangkumi fizikal dan mental adalah sangat berhubungkait dan memainkan peranan yang saling bergantung. Sesungguhnya badan yang cergas akan menghasilkan minda yang cerdas. Dapat kita lihat di Malaysia, masyarakatnya tidak berapa mengambil berat tentang tahap kesihatan mereka. Kesedaran tentang kepentingan kesihatan seharusnya dipertingkatkan agar kesihatan dilihat sebagai kunci utama dalam kejayaan sekaligus melahirkan seorang individu yang berdaya saing dari perspektif fizikal mahupun mental. Bukan sahaja kepentingan yang harus ditingkatkan, langkah untuk mengatasi kesihatan juga perlu diambil agar pencegahan awal boleh dilakukan. Apabila seseorang mengambil langkah awal, pastinya ia akan mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit yang kronik. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab individu, masyarakat, komuniti dan negara bersama-sama menggembeleng usaha dalam mencapai kehidupan yang sejahtera. Dalam pada itu,cara hidup sihat adalah kunci utama dalam mendapat kesihatan yang baik. Kesimpulannya, kesihatan bukanlah perkara yang rumit ataupun menjadi masalah jika penjagaanya dilakukan sejak usia muda lagi.


Click to View FlipBook Version