The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAINS, 2026-01-06 22:11:08

BUKU HAJI 2025

BUKU HAJI 2025

Bersihkan Jiwa, Sucikan Harta@majlisagamaislamns | www.mains.gov.myfifffflffffiflflflflflflflflflflfffflffflflflflflflflflflflffflffffiffflflflflflflflflflflffBersihkan Jiwa, Sucikan HartafifffifflffiflffffiflPanduanZakat • Wakaf • Pengurusan Harta • Kaunseling@majlisagamaislams | www.mains.gov.my


@majlisagamaislamns | www.mains.gov.myfifffflffffiflflflflflflflflflflfffflffflflflflflflflflflflffflffffiffflflflflflflflflflflffJenis Harta(al-Baqarah 261)Portal Kiraan &Pembayaran ZakatSkim PotonganZakat BerjadualZAKAT WANG SIMPANAN ZAKAT PENDAPATAN ZAKAT PERNIAGAAN ZAKAT EMAS & PERAKZAKAT KWSP/LTAT ZAKAT SAHAM ZAKAT PADI ZAKAT TERNAKAN“Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujjuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengatahuanNya.”


1Penaung:Dato’ Seri Dr. Abdul Azizbin Sheikh Ab KadirPengerusiMajlis Agama IslamNegeri SembilanPenasihat:Tuan Zainal bin SaidSetiausahaMajlis Agama IslamNegeri SembilanEditor:Mohd Hasni bin ZulkifleMohd Muzzammil bin IsmailAzlina binti SharipuddinKetua Penulis:Haji Norazman bin AmatMahadi bin AliPenulis:Bahagian Dakwah dan PromosiBahagian Perancangan dan PenyelidikanBahagian KutipanBahagian AgihanBahagian WakafBahagian MalBahagian Kaunseling dan LatihanRekabentuk GrƏˡǸيRuslan Afandi Tawang(Rmsevenmills Resources)Terbitan oleh:MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)1 Sidang Editorial2 Kata-kata Aluan Pengerusi3 Kata-kata Aluan Setiausaha4 Bersediakah kita?6 Lakukan 2 perkara ini10 Anda bijak? Uruslah harta dengan baik18 Sabarlah wahai jiwa…21 Indahnya membantu…23 Tunaikan hak Allah31 Wakaf: Semai di dunia, tuai di akhirat!KANDUNGANSIDANG EDITORIAL


2 ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat serta kurnia-Nya, buat julung kali, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berjaya menerbitkan sebuah buku yang ringkas dan padat berkaitan pengurusan harta orang Islam sebelum melaksanakan ibadah haji.Ibadah haji merupakan pengalaman yang paling diidamkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, melaksanakan ibadah haji adalah suatu perkara yang amat penting dan memerlukan persiapan yang sempurna. Oleh kerana itu, sebelum melaksanakan ibadah haji, penting bagi umat Islam untuk mengetahui apakah ibadah yang afdal selain daripada rukun haji yang dapat membersihkan jiwa dan menyucikan harta bakal “duyufurrahman”.Di dalam penerbitan buku ini, pelbagai perkara penting yang boleh diuruskan oleh bakal jemaah haji meliputi pengurusan zakat, wakaf, pengurusan wang tidak patuh syariah, wang orang yang berhutang, pengurusan harta orang Islam serta suntikan motivasi agar bakal jemaah haji lebih bersedia sebelum menunaikan fardu haji supaya tidak terlepas pandang dalam urusan tersebut.Saya amat berharap agar buku terbitan ini dapat memberikan manfaat dan panduan kepada semua, khususnya kepada bakal jemaah haji dalam urusan pengurusan harta. Mudah-mudahan, buku ini juga dapat membantu bakal jemaah haji supaya lebih tenang jiwanya kerana segala urusan sebelum mengerjakan ibadah haji telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna.Akhir kata, saya mendoakan agar kesemua bakal jemaah haji diberikan petunjuk oleh Allah Azza Wajalla, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik semasa mengerjakan ibadah haji dan semoga tuan-tuan / puan-puan memperoleh haji mabrur, Insya-Allah.DATO’ SERI DR. ABDUL AZIZ SHEIKH AB. KADIRPengerusiMajlis Agama Islam Negeri Sembilan


3ALHAMDULILLAH, julung kalinya Majlis Agama IslamNegeriSembilan(MAINS)dapatmenerbitkan sebuah buku panduan kepada bakal jemaah haji sebagai rujukan tambahan dalam persediaan sebelum mengerjakan ibadah haji dengan tema Bersihkan Jiwa, Sucikan Harta. Isi kandungan buku ini telah disusun berdasarkan perkhidmatan yang disediakan di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) seperti perkhidmatan kutipan zakat, kutipan wakaf, perkhidmatan mal, agihan zakat, manfaat wakaf dan perkhidmatan kaunseling.Semoga penerbitan buku ini dapat memberi manfaat dan persediaan rapi sebelum menunaikan ibadah haji khususnya dalam aspek pengurusan harta agar ketenangan jiwa diperoleh ketika menunaikan ibadah haji. Selain itu, diharapkan buku ini dapat memberi panduan bakal haji dalam menguruskan harta melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini. Saya juga amat berharap agar dengan ada buku ini dapat memberikan pendedahan terbaik kepada bakal haji khususnya di Negeri Sembilan dan didoakan diberikan kemudahan serta beroleh haji yang mabrur, Insya-Allah.Berbakti Kerana Allah.TN. ZAINAL BIN SAIDSetiausahaMajlis Agama Islam Negeri Sembilan


4 BERSEDIAKAH KITA? IMAM al-Ghazali pernah mengungkapkan, “Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia”. Kata-kata ini dipetik daripada bukunya yang bertajuk “Ayyuhal Walad” yang bermaksud “Wahai Anakanda”. Kata Imam Ghazali lagi, “Wahai anakanda! Janganlah kamu menjadi orang yang muflis amalnya! Jangan pula kamu jadi orang yang hampa hatinya! Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal itu tidak akan mendatangkan manfaat”. Hakikatnya kata-kata di atas mempunyai maksud yang sinonim sebagaimana pepatah Arab yang menyebut, “Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah”.Nah! Hal tersebut sememangnya tidak dapat disangkal. Apa sahaja yang perlu kita lakukan, maka lakukanlah dengan ilmu. Dan setiap ilmu yang kita peroleh, beramallah dengannya agar dapat dimanfaatkan. Berbicara tentang hal di atas, ia terkait rapat dengan mereka yang terpilih sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah. Disenaraikan sebagai insan terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima, pastinya 1001 perasaan silih berganti. Teruja, gembira, syukur, sedih dan gelisah, acap kali menyentuh emosi. Kenapa? Kerana ada banyak hal yang perlu diuruskan sebelum berangkat meninggalkan keluarga tersayang demi memenuhi tuntutan ibadah! Ibarat pergi tanpa mengharapkan kepulangan, segala kemungkinan ituakanberlaku. Namunbermusafirdengansatutujuan,mendapatkan haji yang mabrur, menjadi impian setiap orang. Abu Hurairah r.a berkata, ditanyakan kepada Nabi s.a.w., “Amal apakah yangpalingutama?”.Bagindamenjawab,“Imankepada AllahdanrasulNya”. Kemudian ditanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Al Jihad fi sabilillah”. Kemudian ditanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab, “Haji mabrur”. - HR Bukhari, 1422.


5Apa pun di sebalik kesibukan menguruskan keperluan haji dan menambah ilmu berkaitan ibadah haji, usah terlepas pandang akan hal-hal lain yang tidak kurang pentingnya. Pengurusan harta! Sekilas fakta menyebut, pada tahun 2021, dianggarkan sejumlah RM81 bilion harta pusaka orang Islam gagal diagihkan kepada waris yang sah. Dan didapati, salah satu puncanya ialah sikap pewaris!Justeru, tanyalah kepada diri apakah persiapan kita untuk mereka yang akan kita tinggalkan sementelah kita bermusafir di bumi anbia. Urus HartaUsah bimbang. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedia membantu menguruskan keperluan harta para jemaah sebelum berangkat ke tanah suci. Seperti yang sedia maklum, pengurusan harta dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengurusan harta ketika hidup, seperti hibah dan wasiat dan pengurusan harta sesudah kematian iaitu pembahagian faraid. Untuk lebih mudah, para jemaah boleh melantik wasi (pentadbir harta) yang berautoriti seperti MAINS dalam menguruskan harta dan membuat pembahagian pusaka dengan baik. Di MAINS, apa sahaja keperluan anda akan diuruskan dengan baik. Justeru, jangan berlengah. Ambil kesempatan ini untuk berhubung dengan MAINS agar anda dapat menunaikan haji dengan hati yang tenang. Berbalik kepada kata-kata Imam Ghazali tadi, inilah pentingnya ada ilmu, bukan sahaja ilmu tentang haji tetapi ilmu-ilmu lain yang dapat memudahkan urusan kehidupan kita. Moh poie MAINS. Kami sedia membantu!


6 BERSEDIA untuk mengurus harta? Sebagaimana yang dinyatakan di awal topik, tidak dinafikan, pengurusan harta antara keperluanpenting yang perlu diberikan perhatian sewajarnya sebelum tiba waktu berangkat menunaikan ibadah haji. Sekalipun sudah terngiang-ngiang kalimah “Labbaik Allahumma labbaik…”, namun kepada yang ditinggalkan, perlu ada persediaan yang juga perlu dibuat. Ringkasnya antaraperkhidmatanyangdisediakandiMAINS khususnya dalam pengurusan harta ialah: HIBAHHibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya, tanpa balasan.Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” - Surah an-Nisa’: Ayat 4 Seperti yang sedia maklum, hibah adalah kaedah pengurusan harta semasa hidup dan alternatif kepada pengagihan harta pusaka. Bahkan ia antara kaedah yang terbaik kerana pemberian harta dibuat semasa hayat pemilik harta. Bukan itu sahaja, ia juga satu bentuk perancangan awal pewarisan harta sekali gus mengelak berlakunya permusuhan. WASIAT Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Kamu diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan LAKUKAN 2 PERKARA INI


7harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.” - Surah al-Baqarah: ayat 180Sekilas maklumat, wasiat adalah ikrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan hukum syarak selepas meninggal dunia kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka.Pun begitu, kadar harta yang boleh diwasiatkan hanyalah satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala dua pertiga daripada harta pewasiat adalah hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.Hukum wasiat adalah sunat. Namun hukum itu akan berubah sesuai dengan situasi tertentu. Antaranya: WajibWasiat menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terutama hak Allah seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan. Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.HaramWasiat menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak atau bertujuan memudaratkan ahli waris.HarusWasiat menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu. Jika wasiat itu bertujuan melakukan kebajikan dan menghubungkan silaturahim maka ia menjadi sunat.


8 MakruhWasiat menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta. Begitu juga, adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering melakukan maksiat kerana dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan kecenderungannya untuk melakukan maksiat.Jadi, buatlah pilihan anda. Ingat, hidup ini ada pilihan… Jika anda masih ragu-ragu, hubungilah MAINS kerana MAINS akan sedia membantu.Menjadi pemudah cara mengharmonikan benefisiari dan ahli waris.Mengenal pasti harta dan hutang si mati. Mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah (sekiranya berkaitan).Mendapatkan Geran Probet dan Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil.Melunaskan hutang pewasiat dengan Allah dan dengan manusia.Membahagikan harta kepada benefisiari yang telah ditentukan oleh pewasiat dalam Surat Wasiat Bertulis dan kepada ahli waris yang berhak mengikut hukum faraid.Tanggungjawab MAINS Sebagai Wasi


9


10 ANDA BIJAK?URUSLAH HARTA DENGAN BAIKKEUPAYAAN mengurus harta adalah satu tuntutan dan kegagalan berbuat demikian mengakibatkan banyak perkara menjadi lebih sukar. Lantas, ambillah keputusan yang bijak dalam menguruskan hartaharta yang dimiliki. Usah pening kepala memikirkan bagaimana untuk mengurus harta-harta tersebut. Ini kerana di Bahagian Mal, Jabatan Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menawarkan 10 produk perkhidmatan dalam menguruskan harta. Selain hibah dan wasiat, MAINS turut menawarkan perkhidmatan pengurusan harta sebagaimana berikut: FARAIDFaraid menurut hukum syarak bermaksud pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada seseorang itu meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalan si mati akan dibahagikan kepada ahli warisnya menurut hukum Islam.i. Semua harta si mati yang diperoleh secara halal.ii. Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati.iii. Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian.iv. Dividen atau faedah yang terbit daripada harta si mati.v. Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpenama / tiada penama.Harta Faraid


11FIDYAHFidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah yang tertinggal atau dilaksanakan secara tersalah.Harta Faraid (sambungan)vi. Penama takaful.vii. Barang yang terbit selepas mati seseorang daripada usahanya semasa hayat.Bukan Harta Faraidi. Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah. ii. Khairat kematian kepada waris. iii. Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian.iv. Imbuhan, pampasan dan sagu hati selepas kematian. v. Pencen terbitan sebab kematian. vi. Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) 1969.


12 Golongan Yang Dikenakan Fidyah:BAYAR FIDYAH SAHAJA KADAR FIDYAH1. Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.Satu cupak x hari yang ditinggalkan puasa.2. Orang yang telah meninggal dunia (hendaklah disempurnakan oleh waris si mati).Satu cupak x hari yang ditinggalkan puasa.BAYAR FIDYAH DANQADA PUASAKADAR FIDYAH1. Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnya.satu cupak x hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan.2. Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air susu.satu cupak x hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan.3. Melambatkan qada puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadan tahun berikutnya.satucupak xhariyangditinggalkan puasa (jumlah bayaran fidyah akan berganda mengikut tahun yang ditinggalkan) dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan.


13Kadar Bayaran FidyahJika kadar bayaran zakat fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg, maka bagi bayaran fidyah kadarnya adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.Contoh kiraan:Kaedah Timbangan Sukatan Timbangan1 gantang. 2.751kg.1/4 gantang (1 cupak). 688g.KAFARAHKafarah adalah denda yang dikenakan ke atas seseorang yang meninggalkan kewajipan hukum syarak. Melalui denda tersebut, dapat membebaskan seseorang daripada dosa hasil daripada perbuatan yang dilakukan.Jenis-Jenis Kafarah:Golongan Denda DikenakanOrang yang melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan.Zihar (seorang suami melafazkan sesuatu yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita yang mahram secara kekal).Berpuasa 2 bulan berturut-turut atau jika tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.


14 Jenis-Jenis Kafarah (sambungan):Golongan Denda DikenakanMelanggar sumpah.Melanggar nazar.Ila’ (seorang suami bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya selama tempoh lebih dari empat bulan atau tanpa menyebut tempoh atau selama-lamanya).Memberi makan 10 orang fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin.Perkara JawapanHukum Membayar Kafarah. Wajib.Kadar Kafarah. Kadar makanan seorang dikira dengan secupak beras iaitu bersamaan 688 gram atau 1/4 daripada kadar bayaran zakat fitrah yang dibayar. Sekiranya kadar bayaran zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun 2022 adalah RM7.00, maka kadar 1/4 adalah RM1.75. Oleh demikian, kadar kafarah semasa yang ditetapkan adalah RM1.INFAKInfak adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak saudara, mahupun untuk kepentingan fisabilillah. Infak tidak menjadikan pemberinya miskin bahkan semakin berharta.


15TAHUKAHANDAWANG TIDAK PATUH SYARIAHWang atau harta tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperoleh melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak sepertirompakan,rampasan,hasil jualanbarangcuri,rasuah,perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.Mesyuarat JawatankuasaFatwa NegeriSembilanBil.4/1434H yang bersidang pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-Ulah telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini dengan sighah seperti berikut :“Di dalam Islam, harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:i. Diserah kepada Baitulmal (MAINS) untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;ii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal (MAINS)”.Tatacara Penyaluran WangTidak Patuh Syariah


16 WANG ORANG BERHUTANGHutangatau al-qardmerujuk kepadapenyerahansesuatubarangatau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu.Penyerahan Wang Orang BerhutangPembayarbolehmenyerahkanwangtersebutkepadapihakMajlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai Pemegang Amanah.HARTA LUQATAHHarta luqatah adalah harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya. Harta luqatah ini terdiri daripada wang tunai, barangan dan haiwan. Penemuberkewajipanmenjagaharta itudengancara yangsepatutnya serta perlu membuat hebahan selama setahun di tempat-tempat awam yang menjadi kunjungan masyarakat umum.Penyerahan Harta LuqatahPenemu boleh menyerahkan harta yang dijumpai ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai Pemegang Amanah.


17HARTA TAK DITUNTUTSuatu harta yang disimpan oleh seseorang atau agensi tetapi dimiliki oleh orang lain dan harta tersebut tidak dituntut oleh pemilik asal. Maka harta tersebut boleh diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai pemegang amanah tunggal di Negeri Sembilan.Pesan Buat Jemaah HajiAdalah lebih baik, sebelum berangkat menunaikan haji, dokumen wasiat bertulis dan pelantikan wasi atau pentadbir bagi harta pusaka disediakan bagi memudahkan urusan wariswaris yang ditinggalkan. Antara pengurusan harta yang perlu dilaksanakan sebaik berlakunya kematian ialah:Urusan pengkebumian si mati menggunakan harta si mati termasuklah mandi, kafan serta urusan di tanah perkuburan.Membayar segala hutang piutang si mati termasuklah hutang dengan individu, puasa yang ditinggalkan serta haji yang belum dilaksanakan.Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada.Pelaksanaan hibah atau wasiat sekiranya ada.Pembahagian harta mengikut faraid di kalangan ahli waris.


18 SABARLAH WAHAI JIWA…SATU lafaz yang mudah diungkap tapi sukar untuk dilakukan. Apa dia? Apalagi kalau bukan sabar!Seringkali apabila berlaku sesuatu musibah, perkataan pertama yang diucapkan atau diterima ialah sabar. Kenapa sabar? Ini kerana sabar itu amat tinggi nilainya di sisi Allah. Dan sabar itu sendiri hakikatnya berlaku hanya di awal penerimaan sesuatu musibah. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. daripada Anas bin Malik berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kesabaran itu letaknya pada goncangan atau kejutan yang pertama.” HR Muslim: 1534. Dan atas dasar itulah, mereka yang berupaya untuk bersabar di awal menerima kejutan, merekalah yang dijanjikan pahala yang cukup banyak. Firman Allah di dalam surah al-Zumar ayat 10 menjelaskan, yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad, akan firman Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu), “Wahai hambahamba Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orangorang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.Nah! keperluan sabar dalam kehidupan bukan hanya satu ungkapan yang perlu berlalu di bibir tapi perlu disusuli dengan amalan dan tindakan. Apatah lagi, untuk para tetamu Allah, kesabaran yang tinggi dituntut dalam setiap hal terutamanya apabila melakukan setiap rukun haji. Bukan itu sahaja, saat berada di bumi haramain, Mekah dan Madinah, tingkah laku, perbuatan atau kata-kata juga menuntut kesabaran yang tinggi. Usah terperanjat andai kita melihat, orang yang berpakaian ihram


19tetapi memaki hamun sesuka hati dek kerana tidak puas hati dengan sesuatu perkara. Bahkan pasangan suami isteri juga bertengkar sesama sendiri hanya kerana perkara-perkara yang remeh! Lantas apa tindakan kita? Persiapkanlah dan latihlah diri kita untuk menjadi orang yang sabar saat berlaku sesuatu perkara. Walaupun ia agak payah, tetapi berusahalah untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Daripada Syuhaibin telah berkata, telah bersabda baginda Rasulullah s.a.w., “Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia akan bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya,”.HR Muslim: 2999.Perlu diingat, menunaikan rukun haji bukan ibadah untuk bersenang lenang. Sebaliknya ia penuh dengan kesulitan dan melelahkan. Pun begitu, usah khuatir kerana setiap kesabaran dari setiap kesulitan itu, ada ganjaran syurga yang disediakan. Dan tidak hairanlah jika kalimah sabar di dalam al-Quran disebut sebanyak 90 kali kerana kepentingannya.Daripada Al Qasim daripada Abu Umamah daripada Nabi s.a.w.bersabda: “Allah s.w.t berfirman, yang bermaksud, “Hai anak Adam, jika kamu bersabar dan ikhlas saat ditimpa musibah, maka Aku tidak akan meredai bagimu sebuah pahala kecuali syurga,”. HR Ibnu Majah: 1586. Hassan menurut Muhammad Nashiruddin al-Albani. Allah berfirman,“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” – Surah Ali-Imran: 200. Apa pun bagi yang dipilih oleh Allah untuk berkunjung ke ‘rumah’Nya, pasakkanlah dalam hati dan kuncilah dalam akal fikiran, bahawa tiada seorang pun yang akan terlepas daripada ujian Allah. Justeru, tenanglah saat diuji dan sabarlah tika melaluinya kerana saat itu Allah sedang menaikkan darjatmu di sisi-Nya. Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 155, yang bermaksud, “Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit


20 ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur buat kalian semua! Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda, “Umrah demi umrah berikutnya menjadi penghapus dosa antara keduanya dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga”. HR Bukhari: 1650.TAHUKAHANDAKenapa Habbatus Sauda?Seringkali apabila jemaah haji kembali daripada menunaikan haji, maka ole-ole yang sering dibawa ialah air zamzam. Jadi apa kata kali ini kita bawa sekali habbatus sauda sebagai cenderahati yang boleh dikongsi bersama dengan sanak saudara. Tapi kenapa habbatus sauda? Tahukah anda, selain mempunyai khasiat yang cukup banyak, ia turut menjadi salah satu makanan sunnah sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama. Secara ringkas, habbatus sauda atau dikenali sebagai ‘biji yang diberkati’ adalah biji bijian yang terkandung di dalamnya lebih 100 bahan penyembuh penyakit. Selain keunikan pokoknya yang mempunyai dua jantina, iaitu mampu membiakkan ‘dirinya’ sendiri, biji bijian ini mengandungi kandungan karbohidrat sebanyak 38 peratus, protien (21%), asid lemak (35-38 %) dan mineral lain (6 %). Mineral lain ialah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink, dan fosforus. Bahkan Rasulullah s.a.w. juga pernah menyebut akan kebaikannya. Daripada Khalid bin Sa’d dia berkata; Kami pernah bepergian yang di antaranya terdapat Ghalib bin Abjar, ditengah jalan ia jatuh sakit, ketika sampai di Madinah ia masih menderita sakit, lalu Ibnu Abu ‘Atiq menjenguknya dan berkata kepada kami; “Hendaknya kalian memberinya habbatus sauda (jintan hitam), ambillah lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah hingga halus, setelah itu teteskanlah di hidungnya di sertai dengan tetesan minyak sebelah sini dan sebelah sini, kerana sesungguhnya Aisyah pernah menceritakan kepadaku bahawa dia mendengar Nabi s.a.w., bersabda, “Sesungguhnya habbatus sauda ini adalah ubat daripada segala macam penyakit kecuali saam.” Aku bertanya; “Apakahsaamitu?” Baginda menjawab: “Kematian.” HR Bukhari: 5255.


21INDAHNYA MEMBANTU….LAIN padang lain belalang. Begitulah ungkapan yang sering digunakan bagi memberikan gambaran sikap manusia yang berbezabeza. Sekalipun rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Apa yang tersirat dan terlintas di hati seseorang, sukar untuk difahami. Apa pun tiada masalah yang tidak dapat dirungkaikan dan dibantu. Setiap perkara akan menjadi mudah andai masing-masing bersedia untuk membantu antara satu sama lain. Dan inilah yang menjadi prinsip dan amalan setiap kaunselor yang bertugas di Bahagian Kaunseling dan Latihan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, satusatunyaperkhidmatankaunselingdibawah Majlis Agama IslamNegeri.Perkhidmatan kaunseling di MAINS sehingga hari ini telah mengendalikan lebih 150,000 kes sejak ditubuhkan pada 1998. Uniknya, perkhidmatan kaunseling ini dibuka kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, tua atau muda.Yang pasti, kredibiliti kaunselor-kaunselor di MAINS diakui apabila kesemuanya berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan mempunyai kepakaran dalam mengendalikan pelbagai isu masyarakat. Antaranya, isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan, remaja, kerjaya dan banyak lagi. Alangkah indahnya andai amalan bantu-membantu ini dapat diteruskan ketika berada di tanah suci, Sekiranya anda terpilih untuk berhadapan dengan jemaah yang berada dalam kesulitan, maka bantulah jika anda berupaya untuk membantunya dan sekiranya tidak, rujuklah kepada petugas-petugas haji dan kaunselor yang dilantik oleh pihak pengurusan Tabung Haji. Dalam masa yang sama, bagi yang bersedia untuk membantu rakanrakan jemaah, ada beberapa tips yang boleh dijadikan garis panduan agar tidak tersasar daripada memberikan maklumat yang salah. Antaranya:


22 1. Semailah azam untuk berkhidmat kepada tetamu Allah yang lain dan tidak mementingkan diri dalam apa jua keadaan.2. Berusahalah untuk memahami dan mendapatkan lebih banyak informasi atau ilmu berkaitan ibadah haji agar tidak tersalah dalam memberikan nasihat. 3. Jangan sesekali menjadi ‘profesor serba tahu’ andai sesuatu perkara itu tidak diketahui. Sebaliknya bawalah jemaah terbabit untuk berjumpa dengan orang yang selayaknya agar kesulitan yang dialami dapat ditangani dengan baik. 4. Cubalah menjadi seorang yang empati untuk membantu jemaah yang berada dalam kesulitan. 5. Bersedialah untuk menjadi pendengar yang baik terhadap keluhan dan isu yang dihadapi oleh jemaah haji.6. Menyantuni semua jemaah haji dengan baik walaupun emosi jemaah tidak berada dalam keadaan stabil. 7. Bijak menguruskan konflik dengan merangka strategi yang baik dalam mengawal keadaan. 8. Mampu memberikan penerangan dengan baik untuk membolehkan jemaah mengenalpasti potensi dan kekuatan diri sekaligus berupaya membuat keputusan yang betul.9. Pastikan emosi diri dapat dikawal terlebih dahulu sebelum menguruskan konflik jemaah. 10. Perlu mengetahui beberapa teknik dalam membantu jemaah mengatasi tekanan seperti teknik relaksasi.Semoga tips ini memberi manfaat buat tetamu-tetamu Allah yang berpeluang menunaikan ibadah di tanah suci. Ingatlah setiap pertolongan yang anda hulurkan, ada ganjaran di sisi Allah yang menanti. Abu Hurairah r.a. menjelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang meringankan (menghilangkan) kesulitan seorang Muslim kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan meringankan (menghilangkan) baginya kesulitan di akhirat kelak. Barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan di dunia, maka Allah akan memudahkan baginya kemudahan (urusan) di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa yang menutup (aib) seorang Muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan senantiasa menolong seorang hamba yang selalu menolong saudaranya.” HR Tirmidzi: 1853. Sahih.


23TUNAIKAN HAK ALLAHSERONOK bukan bila dapat panggilan menunaikan haji? Mana tidaknya setelah bertahun-tahun menunggu giliran, akhirnya Allah memberi rezeki untuk menjadi tetamu-Nya. Alhamdulillah…Alangkah, perasaan gembira tersebut sukar untuk disorokkan. Kepada semua sanak-saudara,rakan-taulandansahabat-handaidimaklumkan tentang berita gembira ini. Maka bermulalah persediaan mencari barang-barang keperluan untuk dibawa bersama ketika bermusafir. Tidak dilupakan, bekalan buat anak-anak yang akan ditinggalkan untuk tempoh hampir sebulan turut disediakan. Apatah lagi buat mereka yang terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil, hati dipujuk untuk menyerahkan urusan tersebut kepada Allah s.w.t.setelah segala keperluan mereka juga disediakan. Apa lagi yang perlu dilakukan? Ubat-ubatan? Semua telah dimasukkan ke dalam beg pakaian yang akan dibawa bersama. Tidak dilupakan kain ihram khususnya buat mereka yang menaiki penerbangan awal dan tidak berihram di tanah air.Bagaimana pula dengan hutang sesama manusia? Semuanya beres. Hutang dengan Allah? Saat itu kepala digaru-garu walaupun tidak gatal. Cuba mengingatkan kembali mana-mana hutang yang tidak dilangsaikan. Ooppss… baru teringat ada beberapa tahun yang kewajipan berzakat culas untuk dibayar. Tapi… perlu ke membayarnya walaupun telah bertahun-tahun perkara tersebut berlalu?Menjawab akan persoalan di atas, terutamanya apabila berhubung kait dengan soal ibadah, maka ia perlu ditunaikan walaupun hari-hari untuk menunaikannya telah berlalu. Dalam hal ini, maka qada zakat perlu dilaksanakan bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Dan atas kerana kepentingan itulah, Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah mengarahkan agar golongan yang tidak mahu membayar zakat diperangi. Dengan kata lain, zakat adalah kewajipan yang wajib ditunaikan sekalipun pernah meninggalkannya suatu ketika dahulu.


24 Bahkan Imam Hanbali dan Imam Syafie menjelaskan, “Ketika penunaian zakat itu dapat dilakukan dengan segera, maka orang yang mengakhirkan penunaiannya dianggap ceroboh (kepada kewajipan berzakat), sehingga dia mesti bertanggungjawab terhadap pencerobohan yang dilakukan.” - Rujuk Al-Mughni, Jilid 2, halaman 686 dan Al-Majmu’, Jilid 5, halaman 302. Justeru bagaimana pula dengan kiraan kadarnya? Menjawab soalan tersebut, qada zakat perlu ditunaikan mengikut tahun yang ditinggalkan dan nilai harta pada tahun tersebut. Dan sekiranya, seseorang itu terlupa berapa jumlahnya, maka anggaran nilai terhampir boleh dilakukan. Daripada jumlah yang diperoleh, maka ia perlu didarabkan dengan 2.5 peratus dan itulah nilai zakat yang wajib dikeluarkan. Pun begitu usah khuatir, qada zakat tidak wajib membayarnya secara lumpsum (secara sekali gus), sebaliknya ia boleh dibayar secara ansuran. Justeru, mana-mana individu atau pemilik syarikat yang ‘terlupa’ atau sengaja meninggalkan kewajipan membayar zakat pada tahun-tahun tertentu, bolehlah melaksanakannya dengan kaedah qada zakat. Lantas belum terlambat untuk para jemaah haji khususnya untuk menunaikan kewajipannya dalam membayar zakat sebelum berangkat ke tanah suci. Ingatlah Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya.” – Surah al-A’la: 14. Apa pun berbicara soal zakat, terdapat beberapa kategori zakat selain zakat fitrah. Antaranya, zakat perniagaan, ternakan, pertanian padi, wang simpanan, saham, , serta zakat emas dan perak. Justeru, jom kita semak, apakah setiap zakat yang disebutkan di atas telah kita lunaskan? Andai belum, Bahagian Kutipan Zakat MAINS sedia membantu bagi memudahkan urusan kalian. Anda hanya perlu ke kaunter-kaunter zakat yang berdekatan dengan lokasi anda dan pegawai-pegawai bertugas akan sedia membantu. “Apalah ertinya haji kita jika rukun yang sebelumnya belum lagi kita tunaikan…” Pun begitu, bayaran zakat juga boleh dibuat melalui online atau potongan gaji secara berjadual. Mudah bukan?


25Kadar Nisab Zakat Harta di Negeri SembilanTAHUKAHANDA Hapus dosa? Lakukan 2 hal iniHati tersenyum puas apabila segala rukun haji terlaksana sudah. Kini hanya menunggu waktu untuk pulang ke tanah air. Membeli belah? Adalah sikit-sikit untuk diberikan kepada anak-anak dan kenalan rapat. Ziarah? Juga sudah. Banyak tempat telah dilawati. Apa kata, isilah kekosongan masa yang ada dengan bertawaf.Tetapi kenapa tawaf? Ini jawapannya: Daripada Ibnu Ubaid bin Umair daripada bapanya bahawa Ibnu Umar kelihatan berdesak-desakan di antara dua rukun yang mana tidak ada sahabat Nabi s.a.w. yang lain sepertinya. Saya bertanya; “Wahai Abu Abdurrahman, kenapa kamu berdesak-desakan di antara dua rukun, padahal saya seorang pun sahabat Nabi s.a.w., yang lain sepertimu.” Dia menjawab; “Hal itu saya lakukan, kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w., berkata; ‘Menyentuh keduanya dapat menghapuskan dosa-dosa, dan saya juga mendengar Baginda bersabda: ‘Barang siapa yang tawaf selama seminggu lalu dia menghitungnya, maka seperti memerdekakan hamba.’ serta aku juga mendengar Baginda bersabda: ‘Tidaklah seorang meletakkan satu kaki dan mengangkat yang lainnya kecuali Allah akan menghapuskan kesalahannya dan menulisnya menjadi satu kebaikan’.” Abu ‘Isa berkata; “ HR Tirmidzi: 882. Status: Hasan.Kadar Nisab Zakat Harta seperti Pendapatan, Wang Simpanan, Saham, Perniagaan dan Zakat KWSP/LTAT di Negeri Sembilan adalah bersandarkan purata 85 gram harga emas semasa.Manakala Nisab Zakat Emas adalah berdasarkan timbangan emas 85 gram (emas yang disimpan) manakala emas yang dipakai pula dikenakan zakatnya sekiranya melebihi “Uruf”.


26 ZAKAT PENDAPATAN Profesor Dr. Yusof al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah menjelaskan, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal alMustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Takrifan gaji dan pendapatan yang dikenakan zakat adalah seperti berikut: Harta Penggajian Dan Upah KerjaGaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, pampasan, pencen, hadiah, anugerah, insentif, ESOS (Skim Pilihan Saham Pejera) dan apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.Hasil Kerja Bebas Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.Bayaran atau keuntungan projek yang diterima oleh kontraktor.Komisen dan residual income seperti jualan insuran, takaful, unit trust dan sebagainya serta royalti atau komisyen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.Harta Pemberian Atau SumbanganHibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah.Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan.Harta Yang Menghasilkan Pendapatan (Mustaghallat)Hasil sewaan aset seperti bangunan, premis, peralatan dan sebagainya.Hasil produk ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya.


27ZAKAT WANG SIMPANANBagi pengiraan zakat wang simpanan, hendaklah dipastikan wang simpanan itu melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun.ZAKAT EMAS Emas dan perak adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan menetapkan uruf emas perhiasan bagi wanita di Negeri Sembilan adalah pada kadar 200 gram. Penentuan zakat bagi kedua-dua jenis logam ini adalah seperti berikut: Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali sekala atau berterusan tidak wajib dikeluarkan zakat. Namun sekiranya melebihi uruf, nilai yang diambil kira ialah nilai emas sahaja tidak termasuk batu permata.Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun ataupun emas pelaburan. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab 85 gram maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus.Kadar nisab zakat perak adalah sebanyak 595 gram. Sekiranya menyamai atau melebihi kadar nisab tersebut, hendaklah dikeluarkan sebanyak 2.5 peratus atas nilai perak tersebut.ZAKAT PERNIAGAAN Zakat Perniagaan ialah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, dividen, bonus, komisyen, hasil sewaan, royalti, hibah, imbuhan, elaun, pampasan, pencen dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup atau bersara dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya profesional seperti khidmat guaman, khidmat nasihat perundangan, khidmat agen, khidmat perubatan, khidmat arkitek atau jurutera, khidmat kepakaran dan khidmat-khidmat lain yang menghasilkan pendapatan.


28 8 GOLONGAN ASNAF1. FAKIR Seseorang yang tiada harta atau pendapatan atau mempunyai sebarang harta atau pendapatan tetapi jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada had kifayah atau belum memenuhi keperluan asas diri dan had kifayah atau belum memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya.2. MISKINSeseorang yang tiada harta atau pendapatan atau mempunyai sebarang harta atau pendapatan tetapi jumlahnya melebihi 50 peratus daripada had kifayah atau belum memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya.3. MUALAFSeseorang yang memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya di kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau diharapkan dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.4. AMILMereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul-amri sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.5. GHARIMINGolongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat, penjamin yang teraniaya serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.


296. FISABILILLAHOrang yang mempertahankan negara serta kebajikannya, aktivitiaktiviti meningkatkan syiar, keilmuan dan pendidikan dalam kalangan umat Islam dan program-program kebajikan.7. IBNU SABILMana-mana orang yang dalam perjalanan atau baru hendak memulakan perjalanan dari mana-mana negeri atau negara yang terputus bekalan atau terkandas dengan tujuan yang dibenarkan syarak dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perjalanan sehingga mencapai tujuan.8. RIQABHamba yang membuat perjanjian membayar sejumlah harta pada tuannya untuk membebaskan dirinya daripada perhambaan. (Skim bantuan untuk asnaf Riqab tiada berdasarkan pandangan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bermula tahun 2020).SKIM BANTUAN AGIHAN ZAKATGOLONGAN ASNAF MAINSBantuan bulanan kewangan fakir dan miskin.Bantuan deposit sewa rumah asnaf.Bantuan hutang asnaf.Bantuan bina baharu kediaman asnaf.Bantuan baik pulih kediaman asnaf.Bantuan musibah dan bencana alam.Bantuan keperluan diri.Bantuan khairat kematian.


30 SKIM BANTUAN AGIHAN ZAKATBantuan ibnu sabil.Bantuan usahawan dan perniagaan.Bantuan organisasi (masjid/surau/sekolah/persatuan).Bantuan hemodialisis.Bantuan perubatan.Bantuan am pelajaran.Bantuan kelengkapan sekolah.Bantuan am persekolahan.Bantuan barangan keperluan asas.


31WAKAF: SEMAI DI DUNIATUAI DI AKHIRAT!NUN berhampiran masjid Nabawi tersergam indah sebuah hotel lima bintang yang menyimpan 1001 kisah. Ceritanya bermula apabila Rasulullah s.a.w. telah menawarkan kepada mana-mana sahabat agar dapat membeli sebuah sumur atau perigi milik seorang Yahudi yang telah menjual air perigi tersebut dengan harga yang mahal. Dengan memberikan jaminan syurga, saidina Uthman tidak betah duduk diam. Sekalipun pada awalnya, saidina Uthman hanya berjaya mendapatkan ‘sebahagian’ perigi berkenaan (dengan syarat bersilih giliran hari untuk mendapatkan air), akhirnya Yahudi berkenaan bersetuju menjual sebahagian lagi periginya apabila tiada lagi yang membeli air daripadanya pada hari gilirannya. Maka berjayalah saidina Uthman memiliki perigi berkenaan sepenuhnya dan mewakafkan air perigi tersebut untuk manfaat umat Islam ketika itu. Sementelah itu, dengan keberkatan amalan wakaf tersebut, sekitar perigi berkenaan ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma yang cukup subur sehingga menghasilkan buah yang cukup banyak. Buah-buah berkenaan dijual dan hasilnya diagih-agihkan untuk manfaat rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin. Kebun tersebut akhirnya diamanahkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Jabatan Pertanian untuk diuruskan dan kini sebahagian hasilnya dimasukkan ke dalam akaun yang diletakkan di atas nama Uthman Bin Affan. Setelah sekian lama keuntungan tersebut terkumpul, maka sebuah hotel bertaraf lima bintang yang diuruskan oleh pihak Sheraton didirikan bagi mengembangkan hasil wakaf berkenaan. Menariknya, duit keuntungan hotel yang diberi nama ‘Wakaf Outhman Bin Affan Hotel’, turut dimasukkan ke dalam akaun berkenaan dan lebih banyak manfaat dapat disalurkan kepada umat Islam setempat bermula dari cerita sebuah perigi!


32 TAHUKAHANDA Dari Mana Asal Zamzam? Apa yang anda tahu tentang kewujudan dan sejarah telaga zamzam? Jawapan yang sering diperoleh, ia terhasil daripada hentakan kaki Nabi Ismail a.s. Diringkaskan cerita, dalamkebingungan mencari air untuk diberikan kepada Nabi Ismail a.s, Siti Hajar telah berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh pusingan. Sebaik selesai tujuh pusingan, Siti Hajar terlihat terpancarnya air di bawah telapak kaki Nabi Ismail a.s. dan daripada situlah ramai yang mengatakan, air tersebut terhasil dari hentakan kaki Nabi Ismail a.s. Tapi, apakah sebenarnya yang berlaku? Ibnu Kathir dalam buku bertajuk, Kisah Para Nabi Ibnu Kathir dan juga terdapat dalam kitab Sahih Tafsir Ibnu Kathir menceritakan, air zamzam yang terbit dari dalam tanah bukan hasil hentakan kaki si bayi bernama Ismail. Sebaliknya riwayat menceritakan, ia adalah daripada hentakan tumitatausayapmalaikatyangditurunkanAllahuntukmembantu Siti Hajar. Kesahihan cerita ini diriwayatkan dalam sebuah hadis sahih yang panjang oleh Imam Bukhari, 3113. Kitab: Hadis-hadis yang meriwayatkan tentang nabi-nabi. Bab: Firman Allah, “Dan Allah telah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai kekasih-Nya”. Dicatatkan, ketika berada di Bukit Marwah, Hajar mendengar suara lalu berkata dalam hati, “Diamlah.” Sesaat kemudian Hajar mendengar lagi suara yang sama. Hajar pun berkata, “Kami mendengar suara mu, jika kau mampu menolong maka tolonglah kami.” Tiba-tiba di hadapannya muncul malaikat di tempat sumber air zamzam berada. Lalu malaikat menghentakkan tumitnya bahkan ada riwayat lain menyatakan dengan sayapnya sehingga memancar air mata air dari tanah. Hajar lalu membendung air tersebut dengan tangannya dan mencedoknya ke dalam bekas air yang dibawanya. Setelah dicedok, air itu terus mengalir dengan deras. Ibnu Abbas berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semoga Allah merahmati ibu Ismail. Seandainya saja ia membiarkan zamzam, nescaya zamzam akan menjadi air mata air yang terus mengalir (menjadi sungai yang mengalir).”


33Nah! masih ragu-ragu untuk berwakaf? Bayangkan, dari serendah RM5.00 yang diwakafkan, siapa tahu berkat wang yang disalurkan tersebut, berjaya melahirkan para usahawan, cendiakawan dan dermawan. Semua ini adalah kerana wakaf anda! Dan itulah yang diusahakan oleh Jabatan Wakaf Dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Tentunya anda bangga bukan? Bukan kerana RM5.00 yang disumbangkan tetapi bangga kerana pahala sumbangan anda berterusan sekalipun anda tiada lagi di dunia ini. Alangkah! indahnya aturan pengurusan harta yang diatur oleh Islam untuk umatnya. Justeru, renung-renungkan, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk manfaat ummah sebelum menutup mata. Biar sedikit namun di sisi Allah ia cukup besar. Yang penting, istiqamah dalam apa jua amalan yang dilakukan.Hakikatnya, ganjaran orang yang berwakaf telah Allah sebutkan dalam firmannya yang bermaksud, “Bandingan (derma) orangorang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama Masjid Hussain, Seremban 2.


34 seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiaptiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)Sekilas maklumat, wakaf dibahagikan kepada dua iaitu wakaf tunai dan wakaf harta. Wakaf memiliki potensi besar untuk memberikan kontribusi positif terhadap masyarakat dan lingkungan sekitarnya. Bahkan ia menjadi implementasi nilai-nilai kemanusiaan dan kepedulian sosial.Dengan wakaf kalian, beberapa masjid dapat didirikan. Dengan wakaf kalian, sekolah, hospital atau apa sahaja fasiliti yang diperlukan oleh masyarakat juga dapat dipenuhi. Maka selama mana ia dimanfaatkan, selama itulah pahala kalian akan terus mengalir. Indah bukan? Dan siapa tahu, hasil wakaf tersebut, menjadi asbab mudahnya perjalanan ibadah haji kalian! Yang pasti, ambillah peluang untuk berwakaf kerana Rasulullah s.a.w berpesan, daripada Abu Hurairah r.a. sabda Baginda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang Masjid Sri Sendayan, Seremban.


35Manfaat Wakaf1) Perkasa ekonomi: Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat melalui usaha-usaha produktif seperti pertanian, penternakan, atau industri kecil sekaligus memperkasakan ekonomi lokal. 2) Pemeliharaan tempat ibadah: Memastikan fungsi tempat ibadah diselenggara dengan baik. 3) Sosial dan kemanusiaan: Membantu fakir miskin, anak-anak yatim piatu, atau masyarakat yang memerlukan bantuan sosial. 4) Kepentingan umum: Mendukung projek-projek yang memiliki manfaat besar kepada masyarakat seperti pembangunan infrastruktur, taman, atau pembangunan umum lainnya.5) Keseimbangan ekonomi dan sosial: Membantu menciptakan keseimbangan ekonomi dan sosial dengan mendistribusikan sumber daya dan kekayaan secara lebih adil dalam masyarakat.6) Pemeliharaan warisan budaya: Memelihara dan merawat warisan budaya, seperti bangunan bersejarah, perpustakaan, atau muzium, agar tetap lestari dan diakses oleh generasi mendatang.bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya”.HR Muslim: 3084. Ingat! Kita tidak akan pernah rugi apabila kita mewakafkan sedikit daripada apa yang kita miliki. Kunjungi MAINS untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak. Dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan projek wakaf MAINS. Mungkin suatu hari nanti anda boleh meceritakan kepada generasi akan datang, “Inilah madrasah dan pusat tahfiz hasil wakaf yang dibuat oleh ayah kamu”. Ingat! Wakaf bukan hanya untuk masjid dan madrasah tetapi juga manfaat ummah seperti membantu menampung keperluan pentadbiran masjid, masyarakat, kumpulan organisasi atau pihak berkuasa tempatan. Nilai wakaf anda amat bermakna buat mereka.


36SENARAI PROJEK WAKAF MAINSSumbangan Manfaat Perubatan (Kesihatan)1 Mesin Ultrasound Kepada Klinik Kesihatan Seremban 2.2 Dental Chair Kepada Pihak USIM.3 Sumbangan Peralatan Kepada Hospital Jempol .Projek Wakaf-Keagamaan & Kebajikan (Pendidikan)1 Pembangunan Masjid Dato’ Sheikh Mohd Murtadza, Port Dickson.2 Pembangunan Masjid Hussain, Seremban 2.3 Pembangunan Masjid Sri Sendayan, Seremban.4 Pembangunan Masjid Al-Isra, Tunku Besar Tampin.5 Pembangunan Masjid Al-Karim Kariah Kampung Geduhom. 6 Pembangunan Darul Asnaf Seri Tanjung, Kuala Pilah.7 Pembangunan Darul Asnaf Sri Sendayan, Seremban. 8 Pembinaan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Cawangan Lenggeng.9 Pembangunan Sekolah Menengah Islam Seremban.10 Wakaf Karpet Surau Al-Hidayah, Institusi Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).11 Sumbangan Peralatan Kepada Sekolah Kebangsaan Kundur.12 Pembelian Bas SMK Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson.13 Pembelian Van SMA Hj. Mohd Yatim, Rembau.14 Pembelian Van SMK Pasir Panjang, Port Dickson.Perkakas & Peralatan (Sosioekonomi)1 Klana Beach Resort, Port Dickson.2 Kompleks As-Saadah, Seremban. 3 Bazar Wakaf Dan Wakaf Mart. 4 Pembelian Van Jenazah Penjara Seremban. 5 Sumbangan Karpet Kepada Kem Sunggala, Port Dickson.6 Sumbangan Karpet Kepada IPD Tampin, Port Dickson.7 Sumbangan Peranti Cerapan Rukyah Kepada Balai Cerap Port Dickson. Nota: Senarai di atas adalah sebahagian projek wakaf MAINS yang bernilai melebihi RM30K (tidak termasuk yang lain-lain).


Kaedah pembayaran wakaf


Borang Potongan Gaji Skim Wakaf Tunai MAINSBayar Wakaf Menggunakan FPXPotongan Wakaf Tunai Secara BulananBayar Wang Tidak Patuh Syariah Menggunakan FPX1234Borang AgihanZakat MainsBorang KebenaranPotongan GajiBulanan SPZBOnline MainsBayaran ZakatOnline Mainszakatns2u.bizKalkulatorZakat5678QR SCANCara melalui Akaun Bank OnlineBayaran MalMelalui BankOnlinePerkhidmatanKaunseling (I-cat)PerkhidmatanKaunseling(Sistem Alat UjianPsikologi Digital)PerkhidmatanKaunseling (E-terapi Sakinah)9101112Borang Potongan Gaji Skim Wakaf Tunai MAINSBayar Wakaf Menggunakan FPXPotongan Wakaf Tunai Secara BulananBayar Wang Tidak Patuh Syariah Menggunakan FPX1234Borang AgihanZakat MainsBorang Kebenaran56QR SCANCara melalui Akaun BaBayarMelaluOnline910PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH MAINSfifffflffffiflflflflflflflflflflfffflffflflflflflflflflflflffflffffiffflflflflflflflflflflffJenis Harta(al-Baqarah 261)Portal Kiraan &Pembayaran ZakatSkim PotonganZakat BerjadualZAKAT WANG SIMPANAN ZAKAT PENDAPATAN ZAKAT PERNIAGAAN ZAKAT EMAS & PERAKZAKAT KWSP/LTAT ZAKAT SAHAM ZAKAT PADI ZAKAT TERNAKAN“Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujjuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengatahuanNya.”


Borang Potongan Gaji Skim Wakaf Tunai MAINSBayar Wakaf Menggunakan FPXPotongan Wakaf Tunai Secara BulananBayar Wang Tidak Patuh Syariah Menggunakan FPX1234Borang AgihanZakat MainsBorang KebenaranPotongan GajiBulanan SPZBOnline MainsBayaran ZakatOnline Mains567QR SCANCara melalui Akaun Bank OnlineBayaran MalMelalui BankOnlinePerkhidmatanKaunseling (I-cat)PerkhidmatanKaunseling(Sistem Alat Ujian91011Potongan Wakaf Tunai Secara BulananBayar Wang Tidak Patuh Syariah Menggunakan FPX34Borang AgihanZakat MainsBorang KebenaranPotongan GajiBulanan SPZBOnline MainsBayaran ZakatOnline Mainszakatns2u.bizKalkulatorZakat5678Cara melalui AkBayMelOnlPerKauPeK(SPPerKau(E-t9101112PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH MAINSfifffflffffiflflflflflflflflflflfffflffflflflflflflflflflflffflffffiffflflflflflflflflflflffJenis Harta(al-Baqarah 261)Portal Kiraan &Pembayaran ZakatSkim PotonganZakat BerjadualZAKAT WANG SIMPANAN ZAKAT PENDAPATAN ZAKAT PERNIAGAAN ZAKAT EMAS & PERAKZAKAT KWSP/LTAT ZAKAT SAHAM ZAKAT PADI ZAKAT TERNAKAN“Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujjuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengatahuanNya.”


Borang Potongan Gaji Skim Wakaf Tunai MAINSBayar Wakaf Menggunakan FPXPotongan Wakaf Tunai Secara BulananBayar Wang Tidak Patuh Syariah Menggunakan FPX1234Borang AgihanZakat MainsBorang KebenaranPotongan GajiBulanan SPZBOnline MainsBayaran ZakatOnline Mainszakatns2u.bizKalkulatorZakat5678QR SCANCara melalui Akaun Bank OnlineBayaran MalMelalui BankOnlinePerkhidmatanKaunseling (I-cat)PerkhidmatanKaunseling(Sistem Alat UjianPsikologi Digital)PerkhidmatanKaunseling 9101112kaf idak nCara melalui Akaun Bank OnlineBayaran MalMelalui BankOnlinePerkhidmatanKaunseling (I-cat)PerkhidmatanKaunseling(Sistem Alat UjianPsikologi Digital)PerkhidmatanKaunseling (E-terapi Sakinah)9101112PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH MAINSfifffflffffiflflflflflflflflflflfffflffflflflflflflflflflflffflffffiffflflflflflflflflflflffJenis Harta(al-Baqarah 261)Portal Kiraan &Pembayaran ZakatSkim PotonganZakat BerjadualZAKAT WANG SIMPANAN ZAKAT PENDAPATAN ZAKAT PERNIAGAAN ZAKAT EMAS & PERAKZAKAT KWSP/LTAT ZAKAT SAHAM ZAKAT PADI ZAKAT TERNAKAN“Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujjuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengatahuanNya.”


06-7651402Perkhidmatan Zakat019-5775051Wakaf Dan Mal MAINS(Pengurusan Harta Orang Islam)013-7743662Kaunseling [email protected] WAKAF PENGURUSAN HARTA KAUNSELINGTerbitanBahagian Komunikasi Korporat, Aras 17, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan


Click to View FlipBook Version