The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PRESTASI MAINS JAN - JUN 2021(FULL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAINS, 2021-10-07 23:36:04

LAPORAN PRESTASI MAINS JAN - JUN 2021(FULL)

LAPORAN PRESTASI MAINS JAN - JUN 2021(FULL)

Laporan Prestasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Setengah Tahun Pertama 2021

ISI KANDUNGAN LAPORAN

01 LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN 06 LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN
02 PERKHIDMATAN BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT 07 PERKHIDMATAN BAHAGIAN KEWANGAN
03 08
04 LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN 09 LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN
06 PERKHIDMATAN BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT 10 PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN
07
LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN BAHAGIAN
BAHAGIAN KAUNSELING & PEMBANGUNAN INSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN
PERKHIDMATAN BAHAGIAN WAKAF PERKHIDMATAN BAHAGIAN PERANCANGAN &
PENYELIDIKAN
LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN
PERKHIDMATAN UNIT AUDIT DALAM LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN
PERKHIDMATAN BAHAGIAN KOMUNIKASI &
LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN KORPORAT
PERKHIDMATAN UNIT INTEGRITI

LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT

PERBANDINGAN KUTIPAN ZAKAT KUTIPAN ZAKAT 2020
JAN – JUN 2020 & 2021 RM 68.3 JUTA

RM12.5 RM2.0 RM593 RM61 RM149
Juta Juta Ribu Ribu Ribu

RM35.3 RM11.6 RM832 RM635 RM45 RM4.6
Juta Juta Ribu Ribu Ribu Juta
ZAKAT PENDAPATAN
ZAKAT PERNIAGAAN

ZAKAT WANG
SIMPANAN

ZAKAT HARTA
ZAKAT KWSP

ZAKAT EMAS
ZAKAT SAHAM

ZAKAT TERNAKAN
ZAKAT PADI

ZAKAT QADHA
ZAKAT FITRAH
RM4.8 RM2.4 RM836 RM84 RM155
Juta Juta Ribu Ribu Ribu

RM33.6 Penurunan RM13.9 Peningkatan RM1.5 Peningkatan RM734 Peningkatan RM47 Peningkatan RM5.2
Juta -61% Juta 20% Juta 41% Ribu 38% Ribu 4% Juta

Penurunan Peningkatan Peningkatan Peningkatan Peningkatan Peningkatan
-5% 20% 83% 16% 6% 14%

KUTIPAN ZAKAT 2021
RM 63.3 JUTA

PERBANDINGAN PEMBAYAR ZAKAT
JAN – JUN 2020 & 2021

JENIS ZAKAT 2020 2021 PERATUSAN(%)

ZAKAT PENDAPATAN 48,262 47,708 -1.15
ZAKAT PERNIAGAAN 1,075 1,502 39.72
ZAKAT WANG SIMPANAN 4,994 5,827 16.68
487 523 7.39
ZAKAT HARTA 415 1,317 217.35
ZAKAT KWSP 659 889 34.90
ZAKAT EMAS 318 391 22.96
ZAKAT SAHAM 192 194 1.04
ZAKAT QADHA 11.11
ZAKAT TERNAKAN 54 60 -42.43
ZAKAT PADI 337 194 3.19
56,793 58,605
JUMLAH:

#Terdapat pembayar yang membayar lebih daripada satu jenis zakat JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT
#Bilangan pembayar sebenar bagi jan jun 2020 adalah 55,477 FITRAH 2020 FITRAH 2021
#Bilangan pembayar sebenar bagi jan jun 2021 adalah 56,542

653,110 744,722

PROGRAM OPS SAMPAI PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN PEMBUKAAN KAUNTER
5 Program PERKHIDMATAN MAINS
3 penyerahan
KULIAH MAGHRIB 1 Pembukaan Kaunter
1 Kuliah LAPORAN AKTIVITI
KUTIPAN ZAKAT TAKLIMAT ZAKAT
JAN – JUN 2021 1 Taklimat

16 PROGRAM

PROGRAM OPS PASAR TANI PROGRAM OPS BAZAR RAMADHAN TAZKIRAH RAMADHAN
1 Program 2 Program 2 Tazkirah

LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KUTIPAN ZAKAT
JAN – JUN 2021

3 SYARIKAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan bagi tahun 2019 telah diserahkan 3 buah syarikat kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Bangunan Yayasan Negeri Sembilan pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gemencheh Granite Sdn. Bhd., Datuk Amli Talib telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM97,839.75 manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Selia
Selenggara Selatan Sdn. Bhd., Sr. Abdul Latif Hitam telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM549,153.42 bagi pihak Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. sendiri dan Bina Masyhur
Sdn. Bhd.
Kesemua zakat telah diterima oleh Pengerusi MAINS, Dato' Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Dr. Razali Ab Malik, Pegawai Kewangan
Negeri, Dato’ Mohd. Khidir Majid dan Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustaffa.

PROGRAM OPS SAMPAI

Bahagian Kutipan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan program Ops Sampai di beberapa tempat dari Jan – Jun 2021 dengan mengedarkan pamplet bagi
tujuan mempromosikan info – info berkaitan dengan zakat.

Tarikh: 10 Mac 2021 (Rabu) Tarikh: 24 Mac 2021 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi: Rumah Rakyat Gentam, Taman Sri Pandan, Lokasi: Rumah Rakyat Kuala Johol & Taman Air Mawang
Rumah Rakyat Juasseh Tengah
Pegawai Terlibat:
Pegawai Terlibat: 1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
1) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan 2) Muhamad Fazrie bin Razali
2) Ridhuan bin Tumijan

Tarikh: 17 Mac 2021 (Rabu) Tarikh: 25 Mac 2021 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi: Taman Rasa Sayang, Rumah Rakyat Selaru & Lokasi: Taman Intan & Taman Seri Alam

Taman Desa Permai, Selaru Pegawai Terlibat:
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
Pegawai Terlibat: 2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan

2) Muhamad Fazrie bin Razali

PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN MAINS

Bahagian Kutipan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka kaunter perkhidmatan
MAINS di Masjid Qaryah Rembang Panas, Kuala Pilah bagi tujuan mempromosikan info – info berkaitan
dengan zakat.

Tarikh: 24 Mac 2021 (Rabu)
Masa: 6.30 petang - 10.00 malam
Lokasi: Masjid Qaryah Rembang Panas, Kuala Pilah

PROGRAM KULIAH MAGHRIB

Bahagian Kutipan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan program Kuliah Maghrib.

Tajuk: PENCERAHAN ZAKAT HARTA
Penceramah: Ust. Zaharim bin Kusinni@Zuriat

Tarikh: 23 Mac 2021, 10 Syaaban 1442 (Rabu) TAKLIMAT ZAKAT
Masa: Selepas Solat Maghrib
Lokasi: Masjid Qaryah Rembang Panas, Kuala Pilah

TAKLIMAT ZAKAT@KEM RASAH
Tarikh: 28 April 2021 (Rabu)

Masa: 8.30-9.30 pagi
Lokasi: Rejimen 508 Askar Wataniah HQ, Kem Jalan Rasah, Seremban

Pegawai Terlibat: Anwar Muttaqin (Unit Dakwah Zakat, MAINS)

PROGRAM OPS PASAR TANI

OPS PASAR TANI@KUALA PILAH
Tarikh: 24 April 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi: Tapak Pasar Tani Pekan Kuala Pilah

Pegawai Terlibat:
1) Ridhuan bin Tumijan
2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan

TAZKIRAH RAMADHAN TAZKIRAH RAMADAN@JPJ SENAWANG
Tarikh: 23 April 2021 (Jumaat)
TAZKIRAH RAMADAN BERSAMA MSU Masa: 8.30-9.30 pagi
SEREMBAN, 19 Apr - Tazkirah Ramadan bertajuk 'Andai Ini Ramadan Lokasi: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Senawang
Terakhirku' melalui platform Zoom Meeting telah diadakan melibatkan 15
orang peserta daripada Kolej Management and Science University (MSU) Pegawai Terlibat: Sharifah Mashitah binti Syed Mokhtar (Unit Dakwah
Seremban disampaikan oleh Eksekutif Dakwah Zakat, Majlis Agama Islam Zakat, MAINS)

Negeri Sembilan (MAINS), Sharifah Mashitah Syed Mokhtar.

PROGRAM OPS BAZAR RAMADHAN OPS BAZAR@JUASSEH
Tarikh: 21 April 2021 (Rabu)
OPS BAZAR@KUALA PILAH Masa: 5.00 petang - 7.00 malam
Tarikh: 19 April 2021 (Isnin) Lokasi: Tapak Bazar Ramadan Pekan Juasseh
Masa: 5.00 petang - 7.00 malam
Lokasi: Tapak Bazar Ramadan Pilah Perdana Pegawai Terlibat:
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
Pegawai Terlibat: 2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan
1) Muhammad Nur Hadi bin Hassan
2) Mahmood Hassan bin Mohd. Nazan

LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT

LAPORAN PERBANDINGAN AGIHAN ZAKAT 2020
JAN – JUN 2020 & 2021 2021

Fakir Muallaf Peningkatan
39%
RM0 AGIHAN ZAKAT 2020 IBNU SABILRM2.4 Juta
RM 43.8 JUTA RM3.3 Juta
Peningkatan

100% RM4.6 Juta

Penurunan FAKMIRiskin Fisabilillah Peningkatan
27% 89%
RM17.9 Juta RM5.6 Juta
RM13.1 Juta Golongan RM10.6 Juta
Penerima
Riqab Ibnu Sabil
Zakat
RM9.2 Juta
Penurunan RM8.6 Juta RM8 Ribu Penurunan
7%
RM4.1 Ribu 50%

RM768 Ribu Gharimin Amil RM7.96 Juta Penurunan

Penurunan RM 48.7 JUTA 1%
4%
RM738 Ribu AGIHAN ZAKAT 2021 RM7.9 Juta

LAPORAN PERBANDINGAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT PROGRAM
JAN – JUN 2020 & 2021

JUMLAH AGIHAN 2020
RM43.8 JUTA

RM14.5 Juta RM6 Juta RM2.6 Juta RM8.9 Juta RM11.9 Juta

2021 2020 PROGRAM BANTUAN PROGRAM BANTUAN PROGRAM BANTUAN PROGRAM BANTUAN PROGRAM BANTUAN
KEBAJIKAN KESIHATAN EKONOMI PENDIDIKAN KEROHANIAN &
KEAGAMAAN
RM16.7 Juta RM5.6 Juta RM1.4 Juta RM7.7 Juta
RM17.4 Juta
Peningkatan15.8% Penurunan 6.7% Penurunan 46.2% Penurunan 13.5%
Peningkatan 46%

JUMLAH AGIHAN 2021
RM48.7 JUTA

2 3 4 5 6

Ziarah Peniaga Bantuan Mangsa Bantuan Baiki Mahasiswa B40, Bantuan Mangsa
Burger Terlantar Ribut Atap Rumah Asnaf Terima Kebakaran
Komputer Riba

1 7

Bantuan Rumah Ziarah Pesakit
Terbakar Terlantar

16 LAPORAN AKTIVITI 8
BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT
Program Ziarah YOUJRATNITL–E JUN 2020 & 20Y2O1UR TITLE Pemberian Mesin
Rezeki Raya, Ibu Oksigen
01 02
Tunggal 9

15 Program Jati Diri
Anak-Anak
Ibu Tunggal Jaga Asnaf Daerah
Ibu Ayah Rembau
Terlantar

14 13 12 11 10

Program Ziarah Program Ziarah Singgah Sahur Program Program Taklimat
Ayah, Ibu Perlu 17 Khalis Adik Acik Spin Bersama Asnaf, Temuduga dan Penerangan
Tin Susu Sebulan Gelandangan & Anak Asnaf
Dapat Bantuan Skim Bantuan
Frontliner Zakat
Bulanan

30 17 18 19 20 21

Program Bantuan Program Bantuan Program Bantuan Program Bantuan Program Bantuan Program Bantuan
Penyerahan Tablet Banjir Di Felda 70 buah Rumah Pembedahan Anak 3 Tahun Hidup Susah Itu
Kepada Keluarga Jantung Korban
Asnaf Untuk PDPR Bukit Rokan Utara Terjejas Banjir Kebakaran Realiti
Kilat
22
29 LAPORAN AKTIVITI
Program Bantuan
Program Bantuan BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT Suami Meninggal
Skuad Gerak Bulan Ramadhan,
JAN – JUN 2020 & 2021
Khas (SGK)MAINS Anak Sakit
Santuni 30YOUJRUMTITLLAEH PROGRAM = YOUR TITLE Pernafasan
01 02
Gelandangan 23
27 26 25
28 Program Bantuan
Program Program Program Bantuan Sebulan Tinggal
Program Bantuan Bantuan Mesin Bantuan Bekas Isteri Hamil, Bawah Khemah
Ziarah Warga Emas Oksigen Untuk Imam Terima Koma Didera
Tilam Pesakit Suami 24
Tinggal Di Surau Isteri Guru
Lama AlQuran Program Bantuan
5 Beradik Yatim

Piatu Akibat
Covid-19

LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT
JAN – JUN 2021

BANTUAN RUMAH TERBAKAR

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat telah turun menziarahi Ratiah di Kampung
Sungai Buloh, Simpang Durian apabila rumah didiami beliau dan keluarga terbakar
pada bahagian belakang dan menyampaikan bantuan wang tunai kecemasan
RM500. Bantuan-bantuan susulan juga akan disalurkan mengikut permohonan
dan keperluan. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Agihan Jelebu, Amir
Syukri Abdul Jalil.

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat telah turun menyampaikan
bantuan wang tunai kecemasan kepada mangsa yang juga penerima
bantuan bulanan Baitulmal. Bantuan telah disampaikan Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ismail

BANTUAN KEPADA PENIAGA BURGER YANG TERLANTAR

MAINS melalui Bahagian Agihan Zakat yang diwakili pegawai, Hasbollah Ahmad dan Mohd. Hafiz Abu Yazid telah menyampaikan
bantuan barangan dapur, sumbangan katil dan kerusi roda sebanyak RM2170 dan menyerahkan borang-borang pelbagai bantuan
antaranya perniagaan, perubatan dan bulanan kepada En. Mohd. Azmi Khamis, 37 yang terpaksa berehat panjang atas nasihat doktor
akibat masalah oksigen pada paru-paru dipercayai berpunca daripada terlalu banyak mengangkat beban untuk berniaga. Berdasarkan
rekod, pasangan ini pernah dibantu dengan bantuan generator untuk berniaga dan bantuan persekolahan sejak tahun 2010 dengan
nilai keseluruhan hampir RM6,000 melalui dana zakat di Negeri Sembilan. Isteri, Nor Hasma Muhammad, 35, juga pernah mengikuti
kursus masakan selama 6 bulan yang dikelolakan dan dibiayai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada tahun 2019

BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat yang diwakili Pegawai Agihan Rembau, Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Amirul Aizuddin Ali bersama pegawai-pegawai
telah turun ziarah ke 9 buah rumah terjejas dan menyampaikan bantuan tunai segera
berjumlah RM500 bagi setiap keluarga. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tanjung Sena, Azizan Aziz.

BANTUAN BAIKI ATAP RUMAH

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat telah memberi bantuan membaiki rumah berjumlah RM11,150 kepada Delima
Ali, 46 dan juga bantuan menebang pokok besar di belakang rumah beliau

BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

MAINS, melalui Bahagian Agihan Zakat yang diwakili Pegawai Agihan Rembau, Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Amirul Aizuddin Ali bersama pegawai-pegawai
telah turun ziarah ke 9 buah rumah terjejas dan menyampaikan bantuan tunai segera
berjumlah RM500 bagi setiap keluarga. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tanjung Sena, Azizan Aziz.

MAHASISWA B40, ASNAF TERIMA KOMPUTER RIBA ZIARAH PESAKIT TERLANTAR

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri MAINS, melalui Bahagian Agihan, Jabatan Zakat bersama-
Aminuddin Harun telah menerima 100 buah sama telah turun ziarah menyampaikan bantuan wang
komputer riba untuk diagihkan kepada tunai segera selain turut akan menyalurkan bantuan
mahasiswa daripada golongan B40 dan asnaf bulanan berupa wang tunai RM200 dan lampin pakai
di Negeri Sembilan dalam sebuah majlis buang. Hadir menyampaikan bantuan ialah Ketua Wilayah
penyerahan bertempat di Bangunan Yayasan Tengah, Che Som Omar, Pegawai Agihan Seremban, Mohd.
Negeri Sembilan pagi tadi. Suhaimi Abdul Aziz dan Ketua Unit Khidmat Kebajikan,
Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM TEMUDUGA ANAK ASNAF BANTUAN MESIN OKSIGEN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Ketua Wilayah Selatan, Majlis Agama Islam Negeri
bekerjasama dengan TWI Malaysia membuka peluang Sembilan (MAINS), Mohd. Azreen Abu Bakar bersama
untuk golongan asnaf menceburi industri minyak dan Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail telah
gas melalui Program Kompetensi Teknikal Belia Asnaf menyampaikan bantuan mesin oksigen bagi membantu
MAINS. Seramai 5 orang pelajar daripada keluarga melancarkan pernafasan beliau yang sebelum ini
asnaf telah menjalani temuduga peringkat pertama terganggu akibat komplikasi pada paru-paru dan katil
pagi tadi bertempat di Menara MAINS. Calon-calon boleh laras dan tilam pesakit dengan keseluruhan
telah ditemuduga sendiri oleh Pengarah TWI Sdn. bantuan berjumlah RM8,200. Bantuan bulanan
Bhd., Mohd. Ghazale Hashim dan Kaunselor MAINS, fakir/miskin juga bakal disalurkan bermula bulan Mac
Norazman Amat. 2021.

PROGRAM JATI DIRI ANAK – ANAK ASNAF DAERAH REMBAU

Seramai 24 orang anak-anak asnaf yang sedang belajar dalam darjah 3 hingga 6 di daerah Rembau telah mengikuti
Program Jati Diri ‘Aku Insan Hebat’ selama sehari di HR Resort Kampung Pilin, Rembau kelmarin.

Program anjuran Pejabat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Rembau dengan kerjasama
Pejabat Agihan Zakat telah memuatkan beberapa slot pengisian antaranya motivasi, latihan dalam kumpulan (LDK) dan
aktiviti riadah. Objektif program adalah bagi meningkatkan keyakinan diri sebagai pelajar dan lebih berkeyakinan ketika
berhadapan dengan apa juga situasi dalam proses pembelajaran selain meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta
dalam menjalani proses kehidupan.

Hadir merasmikan majlis penutup ialah Ketua Wilayah Selatan MAINS, Mohd. Azreen Abu Bakar. Turut hadir Kaunselor
MAINS, Haryati Kamarudin dan Pengurus Konsultan Systems Dynamics Institute, Mohd. Salleh Koyakoti. Program
berakhir kira-kira jam 5.00 petang

SINGGAH SAHUR ASNAF, GELANDANGAN, 'FRONTLINER'

SEREMBAN, 8 Mei - Terus giat menyantuni asnaf, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) telah turun padang sejak tengah malam semalam bagi menyediakan juadah sahur untuk
dihantar ke beberapa rumah asnaf daerah ini.

Selain makanan untuk bersahur, anak-anak daripada keluarga asnaf yang diziarahi juga telah menerima sampul
duit raya sebagai meraikan mereka sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Ziarah Singgah Sahur ini
kemudiannya turut menyantuni pasukan barisan hadapan yang setia membuat kawalan jalan raya di beberapa
tol pintu masuk Seremban sebelum mencari dan menyantuni gelandangan di sekitar Stesen Bas Terminal One
dan laluan pejalan kaki bawah tanah berhampirannya. Turut menyempurnakan sumbangan ialah Ketua
Bahagian Agihan, Mahadi Ali dan Ketua Wilayah Tengah, Che Som Omar.

PROGRAM ZIARAH KHALIS ADIK ACIK SPIN

Adik kepada vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik, kini sudah sebulan terlantar akibat penyakit kencing
manis. Muhammad Khalis Md Shari, 33, sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU),
Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada awal April lalu kerana paras gula dalam badan terlalu tinggi.

Menurut isteri, Zalina Azman, 40, suaminya yang juga bekas vokalis The Real Spin mula menghidap penyakit
kencing manis sejak tahun 2018 dan tahap kesihatan beliau semakin membimbangkan sejak awal tahun ini.
Difahamkan juga, badan suaminya menjadi lemah dan terlalu kurus kerana kandungan garam dalam badan
menurun akibat hilang selera makan termasuk kurang minum.

"Sekarang suami perlu dipakaikan lampin pakai buang setiap masa dan sejak keluar dari hospital, dia hanya
mampu terlantar dan sering sakit-sakit badan," kata Zalina ketika diziarahi pagi tadi.
Pasangan yang tinggal di Bandar Seremban Selatan ini memikul tanggungjawab membesarkan 2 orang anak
kandung, 3 orang anak tiri dan 2 orang anak saudara yang dibela sejak kecil. Semuanya berusia antara 9 hingga
20 tahun.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan telah menyampaikan bantuan
makanan asas dan wang tunai segera disampaikan oleh Ketua Unit Khidmat Kesihatan, Norhafizah Daud.
Bantuan-bantuan lain yang dinilai perlu juga akan disalurkan.

PROGRAM ZIARAH AYAH, IBU PERLU 17 TIN SUSU SEBULAN

AYAH, IBU PERLU 17 TIN SUSU SEBULAN
SIKAMAT, 11 Mei - Ketika wanita seusianya ada yang sedang selesa berkerjaya dan membina kehidupan
keluarga, Siti Salmah Mahmud, 42, cekal menjaga kedua ibu bapa yang terlantar sakit yang disifatkannya
sebagai peluang meraih syurga di akhirat kelak.
Ayahnya, Mahmud Maamor, 80, mempunyai sejarah darah tinggi dan gastrik selain kini menderita penyakit
Parkinson dan strok. Ibunya pula, Aminah Md Sani, 78, mempunyai sejarah kencing manis, darah tinggi,
penyakit jantung serta gastrik dan yang terbaharu patah tulang punggung sejak Julai tahun lalu.

Selain memerlukan jagaan dan perhatian penuh, sebanyak 15 tin susu nutrien diperlukan ayahnya sebagai
makanan lengkap manakala 2 tin susu untuk pesakit diabetes diperlukan untuk ibunya. Difahamkan juga, kedua
mereka memerlukan lampin pakai buang sekurang-kurangnya 1 beg sehari.
Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kesihatan telah
menziarahi Siti Salmah di kediaman mereka di Taman Jujur dekat sini bagi manyampaikan sumbangan wang
tunai dan makanan keperluan asas. Kedua ibu bapanya yang juga pesara Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) juga akan dibantu dengan bantuan susu dan lampin pakai buang secara bulanan melalui amanah zakat.
Hadir ziarah ialah pegawai-pegawai unit, Norhafizah Daud dan Noor Fatihah Osman.

IBU TUNGGAL JAGA IBU AYAH TERLANTAR

IBU TUNGGAL JAGA IBU AYAH TERLANTAR
Atas faktor kesihatan, ibu tunggal, Noor Hayati Othman, 52, terpaksa berhenti daripada bekerja sebagai
operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di Senawang.
Kini setelah 2 tahun, Noor Hayati perlu memberi perhatian penuh kepada kedua ibu bapanya, masing-masing
berusia 84 dan 73 tahun yang hanya mampu terlantar akibat strok dan sakit tua.
Difahamkan, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) ini bergantung pendapatan
kepada ihsan adik-beradik untuk pembelian lampin pakai buang dan susu bagi keperluan ibu bapanya selain
mendapat bantuan bulanan berjumlah RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bantuan
warga emas.

Pejabat Agihan Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama-sama Persatuan Cakna Rasa
Sayang (PCRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin telah menziarahi keluarga ini di kediaman
mereka petang tadi.
Hasil ziarah, MAINS akan membantu meringankan beban perbelanjaan lampin pakai buang dan susu kedua ibu
bapa Noor Hayati. Bantuan wang tunai bulanan melalui amanah zakat pula akan disemak mengikut penilaian
kadar had kifayah.
Hadir ziarah ialah Pegawai Baitulmal Seremban, Mohd. Suhaimi Abd. Aziz, Penaung PCRS, Zulkifli Muhamed
dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Jasmin, Mohd. Aris Bakar.

PROGRAM ZIARAH REZEKI RAYA, IBU TUNGGAL

"Macam mana pihak tuan boleh tahu keadaan saya dan anak-anak?" kata ibu tunggal, Norsazlima Eldyla, 29
seakan tidak percaya ada pihak yang menyantuni beliau bersama 3 orang anak menjelang Aidilfitri tidak lama
lagi.

Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kebajikan telah
menziarahi Norsazlima yang tinggal menyewa di Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Jasmin,
Senawang pagi tadi bagi mengambil maklumat keperluan 4 beranak ini dan menyampaikan sumbangan hari
raya berupa wang tunai, daging lembu, barangan makanan asas dan kuih raya.

Difahamkan, Norsazlima sedang dalam peringkat awal memulakan perniagaan kerepek menggunakan modal
yang diperoleh daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selain kewangannya turut dibantu secara bulanan oleh
adik kandung beliau. Bantuan-bantuan lain daripada MAINS turut akan disalurkan setelah dibuat penilaian had
kifayah.

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Agihan Seremban, Mohd. Suhaimi Abd. Aziz. Hadir sama Ketua Unit
Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai, Nur Fairusha Remali dan Maizatul
Akma Mohamad.

PROGRAM ZIARAH REZEKI RAYA, IBU TUNGGAL

"Macam mana pihak tuan boleh tahu keadaan saya dan anak-anak?" kata ibu tunggal, Norsazlima Eldyla, 29
seakan tidak percaya ada pihak yang menyantuni beliau bersama 3 orang anak menjelang Aidilfitri tidak lama
lagi.
Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kebajikan telah
menziarahi Norsazlima yang tinggal menyewa di Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Jasmin,
Senawang pagi tadi bagi mengambil maklumat keperluan 4 beranak ini dan menyampaikan sumbangan hari
raya berupa wang tunai, daging lembu, barangan makanan asas dan kuih raya.

Difahamkan, Norsazlima sedang dalam peringkat awal memulakan perniagaan kerepek menggunakan modal
yang diperoleh daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selain kewangannya turut dibantu secara bulanan oleh
adik kandung beliau. Bantuan-bantuan lain daripada MAINS turut akan disalurkan setelah dibuat penilaian had
kifayah.

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Agihan Seremban, Mohd. Suhaimi Abd. Aziz. Hadir sama Ketua Unit
Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai, Nur Fairusha Remali dan Maizatul
Akma Mohamad.

PROGRAM BANTUAN BANJIR DI FELDA BUKIT ROKAN UTARA

BANJIR DI FELDA BUKIT ROKAN UTARA
Hujan lebat sejak kira-kira jam 4 awal pagi tadi menyebabkan 5 buah rumah di Felda Bukit Rokan Utara dinaiki
air hingga ke paras lutut. Unit Khidmat Kebajikan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun dan
menyantuni semua mangsa bagi melihat keperluan dan menyampaikan sedikit sumbangan. Turun ziarah Ketua
Wilayah Selatan, Mohd. Azreen Abu Bakar, Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail dan Ketua Unit
Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM BANTUAN BANJIR DI FELDA BUKIT ROKAN UTARA

70 BUAH RUMAH FELDA JELAI 4 TERJEJAS BANJIR KILAT
Sebanyak 70 buah rumah di Felda Jelai 4 terjejas akibat banjir kilat yang bermula seawal jam 4 pagi semalam.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jelai 4, Jumasri Rahim berkata, ini adalah banjir
kali kedua melanda kawasan tersebut selepas banjir pertama berlaku sebelum Ramadan yang telah
menjejaskan 40 buah rumah.

Menurutnya lagi, kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Pador yang tidak mampu
menampung aliran air daripada hujan lebat.
Seorang penduduk ketika ditemuramah berkata, air naik dengan begitu pantas dan rumahnya tenggelam
hingga ke paras pinggang seawal jam 6 pagi.
Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menyantuni mangsa-
mangsa banjir di kawasan terbabit tengah hari tadi dan menyampaikan sumbangan pek mangsa banjir dengan
keseluruhan bantuan berjumlah hampir RM10,000. Sementara itu, bantuan wang tunai dan bantuan-bantuan
lain turut akan disalurkan mengikut permohonan dan keperluan.

Turun menyampaikan bantuan ialah Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Setiausaha Politik kepada
Menteri Besar Negeri Sembilan, Mokhtar Ahmad, Penyelaras DUN Gemas, Aishah Othman dan Setiausaha
Masjid Felda Jelai 4, Zakaria Ibrahim.

PROGRAM BANTUAN ANAK 3 TAHUN KORBAN KEBAKARAN

Kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Teluk Pelanduk dekat sini semalam mendapat perhatian Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) apabila telah turun menyampaikan bantuan pagi tadi.
Dalam kebakaran yang berlaku pagi semalam, lebih 90% rumah mangsa, Junaidi Abd. Ghani, 62, musnah dijilat
api. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada pendawaian elektrik rumah.

Beliau yang menghidap penyakit strok hanya sempat menyelamatkan diri. Apa yang menyayat hati, cucu beliau
yang berusia 3 tahun tidak sempat diselamatkan kerana api marak dengan begitu pantas.
Difahamkan ketika kejadian, semua ahli keluarga berada di rumah. Sementara itu, menurut bapa Allahyarham
Yusuf Khalish, jenazah anak beliau akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

Bagi meringankan beban, bantuan wang tunai segera serta barangan keperluan asas telah disampaikan oleh
Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi Pegawai MAINS Daerah Port Dickson, Norazlina
Maarof dan Penolong Pegawai Kanan MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk M. Ravi dan
Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor. Bantuan-bantuan susulan yang dinilai perlu juga akan disalurkan
dalam masa terdekat.

PROGRAM BANTUAN HIDUP SUSAH ITU REALITI

"Dengan gaji saya seorang sahaja yang bekerja sebelum ini, dapat kami anak-beranak hidup selesa," kata
Hasrol Nizam Mohamad Hasim, 46, antara insan terkesan akibat pandemik COVID-19 yang diberi cuti tanpa gaji
oleh majikan sejak Julai tahun lalu.
"Selama ini saya hanya melihat orang-orang yang hidup susah dalam televisyen, tetapi sekarang saya sendiri
sedang melaluinya," kata beliau ketika ziarah Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) di kediamannya di Taman Nilai Perdana petang tadi.

Menurutnya, sejak kehilangan punca pendapatan, Hasrol dan isteri ada berusaha mencari pekerjaan lain
namun tidak berjaya atas faktor umur dan kesihatan tambahan Hasrol sendiri menghidap penyakit saraf dan
kencing manis kronik.

Dalam ziarah, Hasrol yang turut menanggung 3 orang anak berusia 11, 12 dan 14 tahun telah menerima
bantuan wang tunai segera dan barangan makanan asas selain akan dipertimbangkan untuk bantuan bulanan
melalui amanah zakat. Bantuan telah disampaikan wakil Ketua SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM BANTUAN SUAMI MENINGGAL BULAN RAMADHAN, ANAK SAKIT PERNAFASAN

Permergian suami, Allahyarham Suhami Abd. Jalil, 49, pada hari kelapan bulan Ramadan yang lalu akibat
ketumbuhan otak benar-benar memilukan hati isteri, Jeniati Masri, 36, apabila kini perlu membesarkan 3 orang
anak yang masih kecil bersendirian.

Lebih menyukarkan apabila anak bongsu, Aisy Rizq Hans Iman Suhaimi, 2, menderita masalah pernafasan
sehinggakan lehernya terpaksa ditebuk bagi memudahkan anaknya bernafas.
"Perut dia juga terpaksa ditebuk untuk diberi minum susu khas kerana itulah sumber makanan utamanya," kata
Jeniati ketika diziarahi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman PJ Perdana
petang tadi.

Menurutnya lagi, anak bongsunya juga memerlukan sekurang-kurangnya RM700 sebulan untuk menukar
sistem peralatan pernafasan melalui leher dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dirujuk pada doktor pakar.
Difahamkan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah turut menziarahi Jeniati bagi meringankan
beban beliau dan anak-anak.

MAINS pula akan menyalurkan bantuan kewangan bulanan dan membantu mengurangkan kos perubatan anak
beliau melalui amanah zakat. Dalam ziarah tadi juga, Jeniati turut menerima sumbangan wang tunai segera dan
barangan keperluan dapur. Sumbangan telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar.
Hadir sama Ketua Skuad Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM BANTUAN SEBULAN TINGGAL BAWAH KHEMAH

Setelah tidak mampu menjelaskan sewaan rumah kedai di kawasan Medan Perniagaan Mambau Utama
(MPMU), suami isteri bersama 4 orang anak kini sudah hampir sebulan hanya mampu meneruskan hidup
berteduh di bawah khemah tempat mereka berniaga.

"Sejak hari raya ke-4 kami terpaksa tinggal di sini anak-beranak termasuk menguruskan kehidupan seharian
seperti mandi di sinki dan tidur beralaskan tikar dan permaidani nipis ini," kata isteri, Norhidayah Khalid, 30,
ketika ziarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) petang tadi.

"Pada satu malam, ketika hujan lebat, saya ternampak seekor ular sawa betul-betul bersebelahan khemah,"
tambah Norhidayah dalam linangan air mata dek memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah dalam
darjah 1, 4 dan 5 serta anak bongsu yang berusia 4 tahun.

Bertindak atas maklumat yang dipercayai bermula daripada keprihatinan guru kepada salah seorang anak yang
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nyatoh dekat sini, MAINS melalui amanah zakat akan membantu keluarga ini
menjelaskan deposit rumah sewa baharu yang akan diduduki dalam kawasan yang sama. Ketika ziarah, suami
tiada di khemah kerana sedang keluar bekerja sebagai pekerja pembersihan.

MAINS juga telah menyampaikan bantuan wang tunai segera dan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban Norhidayah sekeluarga. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS
Daerah Seremban, Che Som Omar. Hadir sama Ketua Skuad Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

PROGRAM BANTUAN 5 BERADIK YATIM PIATU AKIBAT COVID-19

"Selepas ibu ayah tiada, saya ambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga sekarang," kata Muhammad
Haidir Rodzi, 23, anak sulung daripada 5 beradik yang kehilangan ibu dan bapanya akibat COVID-19 awal bulan
ini.

Selain perlu menjaga 4 orang adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel
Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi, 7, beliau juga menggalas tugas menjaga nenek, Faridah Md.
Shahar, 74, yang merupakan penerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sejak
tahun 2016.

Ketika diziarahi Pejabat Agihan Port Dickson, MAINS, sebaik tamat tempoh kuarantin hari ini, Haidir berkata,
beliau dan adik-beradik telah banyak menerima bantuan dalam bermacam-macam bentuk daripada pelbagai
agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu-individu dan masyarakat setempat yang
prihatin.

Dalam ziarah petang tadi, sumbangan barangan makanan kering telah disampaikan Pegawai Agihan Port Dickson,
Mohd. Hafiz Abu Yazid. Bantuan susulan dalam tempoh sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini turut
akan disalurkan.

PROGRAM BANTUAN ISTERI HAMIL, KOMA DIDERA SUAMI

Seorang isteri yang sedang hamil koma dipukul suami antara kes yang mendapat liputan meluas media sejak
awal bulan lalu.

Mangsa, Jahidah Nordin, 43, yang kini hamil 12 minggu itu parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak
terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya
yang berusia 38 tahun.

Beliau kini sedang berada dan dijaga sepenuhnya di rumah adik, Fauziah Nordin, 38, yang tinggal bersama suami
dan seorang anak di Bandar Sri Sendayan. Fauziah ketika ziarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
tengah hari tadi berkata, kakaknya pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah
Aminah (HSA) Johor Bahru namun dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban atas permintaan
keluarga dan nasihat pihak HSA.

MAINS melalui Unit Khidmat Kesihatan yang menziarahi keluarga ini telah mengambil maklumat-maklumat yang
diperlukan dan menyampaikan bantuan wang tunai segera sebagai permulaan. Bantuan-bantuan lain turut akan
disalurkan kemudian berdasarkan keperluan. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2,
Nur Azizah Abdul Aziz bersama pegawai-pegawai Unit Khidmat Kesihatan MAINS, Norhafizah Daud dan Noor
Fathihah Osman.

PROGRAM BANTUAN BEKAS IMAM TERIMA TILAM PESAKIT

Saya reda dengan apa yang Tuhan beri, sedikit pun saya tidak terasa," begitu kata-kata semangat Jamaludin
Abdul Karim, 64, ketika menerima bantuan tilam bagi pesakit strok terlantar daripada Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) di kediamannya di Taman Angsamas tengah hari tadi.

"Sejak kemalangan motosikal pada tahun 2009, isteri dan anak-anaklah yang membantu saya dalam segala hal,"
tambah beliau.

Pesara Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang juga bekas imam Masjid Taman Angsamas ini turut melahirkan rasa
berterima kasih dan penghargaan kepada MAINS yang memberikan respon dan bantuan pantas kepada beliau.
Bantuan telah disampaikan wakil-wakil Unit Khidmat Kesihatan MAINS, Norhafizah Daud dan Noor Fathihah
Osman dibantu Ketua Skuad Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad.

Dalam keadaan terlantar, Jamaludin sempat bertanya kepada pegawai-pegawai yang hadir untuk menunaikan
wakaf kepada MAINS secara bulanan melalui potongan pencen beliau.

PROGRAM BANTUAN MESIN OKSIGEN UNTUK ISTERI GURU ALQURAN

Dalam situasi sekarang, saya tidak dapat mengajar al-quran dan tiada pendapatan," kata asnaf daerah Port
Dickson, Ahmad Kamal Jelani, 64.

"Isteri saya menghidap penyakit paru-paru berair tahap 4 dan memerlukan bantuan oksigen pada kebanyakan
masa," tambah beliau.

Ahmad Kamal yang menerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sejak bulan Julai
2016 baru-baru ini telah menghantar permohonan bantuan mesin oksigen untuk keperluan isteri, Norizan Pandi,
51. Setelah dibuat perkiraan melalui amanah zakat, mesin oksigen berharga RM3,500 yang diperlukan telah
dihantar ke rumah pasangan ini di Taman D’Pinggiran Kota dekat sini pagi tadi.

Mesin oksigen disampaikan sendiri Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid.

PROGRAM BANTUAN ZIARAH WARGA EMAS TINGGAL DI SURAU LAMA

Mengambil upah sebagai tukang urut, Sulaiman Che Soh, 72, meneruskan hidup seorang diri di sebuah surau
lama di Kampung Stesen dekat sini.

Bertindak atas maklumat, Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menziarahi
warga emas ini malam tadi bagi melihat keadaan kehidupan dan keperluan semasa beliau.

Ziarah yang turut disertai pemilik tanah bangunan surau lama tersebut yang tinggal dalam kawasan yang sama
mendapati telah banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan yang telah membantu dan mengambil maklum
perihal kehidupan beliau.
Difahamkan juga, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyumbangkan lampu bertenaga solar esok
bagi memudahkan urusan kehidupan Sulaiman pada sebelah malam.

Bagaimanapun, ziarah SGK MAINS mendapati Sulaiman yang berasal dari Kelantan memilih untuk tinggal sendiri
dan telah selesa di tempat tersebut atas kebenaran tuan punya tanah. SGK MAINS juga sempat menyantuni
warga emas ini dengan juadah makan malam, bantuan makanan asas dan wang tunai segera selain akan turut
membantu dengan bantuan bulanan.

Turun ziarah Ketua SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai, Amir Syukri Abdul Jalil dan
Muhammad Hazwan Amran.

PROGRAM BANTUAN SKUAD GERAK KHAS (SGK)MAINS SANTUNI GELANDANGAN

Dokumen pengenalan diri, kad-kad bank, ubat-ubatan dan sedikit wang tunai milik seorang penganggur, Mohd.
Faiz Raman Abdullah, 49, hilang dilarikan individu tidak dikenali ketika beliau sedang berehat tidur di stesen bas
Terminal 1 petang tadi.

Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sempat menyantuni Mohd. Faiz selepas
beliau selesai membuat laporan polis dengan menyampaikan sumbangan wang tunai segera bagi kegunaan
beliau menguruskan kehidupan dalam masa terdekat. Sumbangan disampaikan Pegawai

MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar bersama pegawai-pegawai SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad dan
Amir Syukri Abdul Jalil.

PROGRAM BANTUAN PENYERAHAN TABLET KEPADA KELUARGA ASNAF UNTUK PDPR

PdPR: ASNAF REMBAU TERIMA TABLET
Penyerahan bantuan tablet diteruskan untuk daerah Rembau bermula hari ini sehingga Khamis. Sebagai
meringankan beban ibu bapa daripada golongan asnaf menghadapi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membekalkan 203 unit tablet kepada 192 buah
keluarga asnaf daerah ini. Turut serta dalam agihan ialah Pegawai MAINS Cawangan Rembau, Zaharudin Mat
Derus dan Pembantu Agihan Rembau, Nordasila Aziz.

PdPR: ASNAF JEMPOL TERIMA TABLET
Penyerahan bantuan tablet diteruskan untuk daerah Jempol bermula semalam sehingga Khamis bagi
meringankan beban ibu bapa daripada golongan asnaf menghadapi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 178 unit tablet diagihkan kepada 171 buah keluarga asnaf daerah
ini. Turut serta dalam agihan ialah Pegawai MAINS Daerah Jempol, Junaidi Yahaya, Pegawai Dakwah Daerah
Jempol, Mohammad Zaim Fithri dan Pegawai Agihan Jempol, Shazwani Muhamad Nor.

LAPORAN PRESTASI DAN PENCAPAIAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN KAUNSELING & PEMBANGUNAN INSAN

2020 PERBANDINGAN SESI KAUNSELING
JAN – JUN 2020 & 2021

A Peningkatan 61.3%

920 PERBANDINGAN 1484
ORANG SESI KAUNSELING ORANG

B 2021

PERBANDINGAN SESI KAUNSELING MENGIKUT KATEGORI
JAN – JUN 2020 & 2021

KATEGORI Peningkatan 86.3%

299 ASNAF 557

Peningkatan 51.5%

909

18 Penurunan -14%

JUMLAH KATEGORI 2021

1484
2020
2021
600 KOMUNITI

21 ORGANISASI

JUMLAH KATEGORI 2020

920

PERBANDINGAN SESI KAUNSELING MENGIKUT JENIS KES
JAN – JUN 2020 & 2021

2020 2021

154 Rumah 251
tangga

39 Keluarga 84

JUMLAH KES 2 264Kerjaya JUMLAH KES
2020 2021

920 1484

51 Sosial 190

169 391Peribadi

505 Pelajaran 304

LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KAUNSELING
JAN – JUN 2021

PROGRAM “Masih Ada Program Webinar Bertajuk Program Kaunseling BengkKeelluKaa”rugnaseling Bengkel Parenting Skill
Yang Sayang” 'Menangani Cabaran Baharu Asnaf Melalui 'Google

Pembelajaran' Meet

Program Motivasi Kemahiran Program Motivasi Anak- Program Kemahiran Belajar Program Smart Study Anak-anak
Belajar SPM Bersama Anak- Anak Asnaf Gemas Anak-anak Asnaf Jempol Asnaf Port Dickson “Achieve Your

Anak Asnaf Rembau Target”

9JUMLAH PROGRAM =

LAPORAN AKTIVITI BALAI CERAP
JAN – JUN 2021

Nama Aktiviti / Program : Sambutan Earth Nama Aktiviti / Program : Sambutan Earth Nama Aktiviti / Program : Cerapan Hilal Nama Aktiviti / Program : Cerapan Nama Aktiviti / Program : Webinar (Google
Hour 2021 (Anjuran bersama Klana Beach Hour 2021 (Anjuran bersama Klana Beach Meet) : Sembang Santai Astronomi
Resort Port Dickson) Resort Port Dickson) Tarikh : 27 Mac 2021 Syawal 1442 Anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Fenomena Gerhana Bulan Separa 2021 Bersama Kelab Astrofiqh USIM Tarikh : 12
Tarikh : 27 Mac 2021 Masa : 8:00 malam – 10:00 malam Tempat : Jun 2021
Masa : 8:00 malam – 10:00 malam Tempat : Balai Cerap Telok Kemang Penyertaan : Negeri Sembilan Tarikh : 11 Mei 2021 Masa : Tarikh : 26 Mei 2021 Masa :3:00 petang – 04:30 petang Tempat
Balai Cerap Telok Kemang Penyertaan : Anggaran Peserta – 50 Orang (Terbuka / Medium : Google Meet Penyertaan :
Anggaran Peserta – 50 Orang (Terbuka kepada penginap KBRPD). 7:00 petang – 8:50 malam Tempat : Balai Masa : 7:00 petang – 9:00 malam Pelajar kelab Astrofiqh USIM (25 orang)
kepada penginap KBRPD). Kakitangan yang terlibat :
Cerap Telok Kemang Penyertaan : Pencerap Tempat : Balai Cerap Telok Kemang 1. Encik Muzamir Mazlan

hilal – Jab Mufti, UM dan JUPEM (25 Penyertaan : Cerapan Tertutup PPN1

peserta) Kakitangan yang terlibat : bersama pihak Media (5 orang)

1. Encik Muzamir Mazlan Jumlah tontonan semasa Live Streaming:

2. Cik Sarah Nordin 3,909 views

3. Pelajar Praktikal (3 orang) Penceramah / Fasilitator :

1. Encik Muzamir Mazlan - Pegawai Balai

Cerap

2. Cik Sarah Nordin - Pegawai Balai Cerap

3. Pelajar Praktikal (3 orang)

LAPORAN AKTIVITI KOMPLEKS AS-SAADAH
JAN – JUN 2021

Seramai 25 orang pelajar Persediaan Proses sanitasi telah Rakaman dijalankan di Kawasan Secara atas talian
telah mendaftar dan kemasukan pelajar dilaksanakan bermula perkarangan Kompleks As- ( google meet)
Minggu Orientasi serta secara bersemuka jam 10:00 pagi sehingga
Sa’adah dengan kerjasama Unit
kelas pengajian dilakukan jam 12 tengah hari Media Baharu MAINS Rakaman
secara atas talian
ditanyangkan sepanjang
Ramadhan AlMubarak di laman

facebook rasmi MAINS

MINGGU ORENTASI GOTONG ROYONG PROSES SANITASI RAKAMAN SIRI KAPSUL PROGRAM AMANAT
PELAJAR BARU 1/2 ASRAMA PEREMPUAN BANGUNAN KS DAN SALAM AS-SA’ADAH PENGERUSI MAINS
ASRAMA KEDIAMAN
PELAJAR PPMAINS SEMPENA RAMADHAN
1442H/2021M

LAPORAN AKTIVITI DARUL ASNAF

PERBANDINGAN PENEMPATAN ANAK ASNAF
JAN – JUN 2020 & 2021

SRI STANJUNG 15 1
SRI SENDAYAN ORANG ORANG

41 vs.
ORANG
24
2020 ORANG

2021


Click to View FlipBook Version