The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinorfarahainafiqah, 2022-05-15 21:33:22

Hana Si Tompok Oren

Hana Si Tompok Oren

Hana
SOi Tormepnok

Di sebuah kampung yang indah,
terdapat sebuah keluarga yang

sangat baik dan cintakan binatang. Pak Mat merupakan seorang
penternak kambing yang baru sahaja menceburkan diri dalam
bidang penternakan ini. Beliau telah dikurniakan seorang cahaya
mata yang bernama Alia hasil daripada perkahwinannya selama 15
tahun dengan isterinya iaitu Mak Leha. Alia merupakan seorang
kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan sering mengikuti bapanya
Pak Mat ke kandang kambing yang berada tidak jauh daripada
rumahnya. Mereka ingin memberi makan kepada kambing-kambing
peliharaannya. Terdapat lebih 4 ekor kambing yang dipelihara oleh
Pak Mat. Oleh itu, beliau banyak menghabiskan masanya di
kandang kambing. Alia merupakan seorang sayangkan binatang,
setiap pagi Pak Mat akan membawa alia ke kandang kambing
untuk memberi makan kepada kambingnya itu.

Pada suatu hari, semasa Pak Mat dan Alia sedang memberi makan

bkeeptiandaaykaanmgbsinegd-aknagmmbiennggneyraadnigk
kaensdaaknigtatne.rdKaapmabt isnegekboertiknaamybainngg

diberi nama Laili itu kelihatan sakit seperti hendak melahirkan. Pak
Mat dengan segera pergi ke tempat Laili yang duduk sedikit jauh
daripada mereka. Suasana pada ketika itu agak kelam kabut
kerana ini merupakan pengalaman pertama buat Pak Mat
menguruskan kambing melahirkan. Mengikut perkiraan hari, Laili
sepatutnya melahirkan pada anaknya pada minggu hadapan. Pak
Mat tidak sempat menyediakan tempat dan barang keperluan
untuk ia melahirkan. Pak Mat menelefon kawannya iaitu Pak Ali
yang juga merupakan penternak kambing untuk meminta beliau
datang ke kandang untuk membantunya menguruskan proses
kelahiran kambingnya itu

Semasa Laili melahirkan anaknya, ia tidak dapat mengeluarkan

anaknya dari raAhliimsnegyaerkaermaenma biaant
etruseLkaaitli di saluran kelahiran. Pak
Mat dan Pak dengan menarik keluar

anaknya. Alia yang berada disitu menyaksikan proses kelahiran

Laili sehingga selesai. Ini merupakan pengalaman pertama dalam

hidupnya menyaksikan proses kelahiran seekor kambing. Setelah

selesai Laili melahirkan anaknya iaitu seekor kambing betina, Pak

Mat terus memberi nama kepada anak kambing itu. Nama yang

diberi ialah Hana bersempena dengan nama kartun Omar dan Hana

yang mana merupakan kartun kegemaran Alia.

Setiap hari Alia akan mengikuti bapanya ke kandang kambing.
Setibanya di kandang kambing Alia akan berlari pergi ke Hana
untuk melihat keadaan Hana. Alia meminta izin kepada Pak Mat
untuk menyuap susu botol kepada Hana. Alia yang berasa sangat
teruja dan seronok kerana dapat menyuapkan botol susu kepada
Hana telah meminta untuk menyusukan Hana pada setiap hari.

Selepas 2 minggu Hana dilahirkan, ia diserang oleh seekor
anjing liar yang berkeliaran di kawasan kandang kambing.
Semasa Laili sedang bergelut merebut Hana daripada anjing liar
itu, Pak Mat baru sahaja sampai di kandang untuk memberi
makan kepada kambingnya. Pak Mat melihat anak kambingnya
di gigit anjing liar itu, lantas beliau terus mengeluarkan
senapang di dalam setor dan menembak mati anjing liar
tersebut.

Hana segera dikejarkan ke Klinik Veterinar yang berdekatan
untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Setibanya di
Klinik Veterinar, Pak Mat mengangkat Hana untuk dibawa
berjumpa dengan doktor. Doktor Sherri merupakan doktor yang
bertugas pada ketika itu, beliau segera membawa Hana ke
dalam wad kecemasan untuk memberikan rawatan kepada
Hana. Setelah beberapa jam didalam wad kecemasan Doktor
Sherri mengatakan bahawa kaki kiri Hana terpaksa dipotong
bagi mengelakkannya terkena jangkitan kuman akibat daripada
digigit oleh anjing liar itu. Pak Mat memberi kebenaran kepada
Doktor Sherri untuk memotong kaki Hana.

Selepas selesai proses pemotongan kaki Hana, Pak Mat
menelefon isterinya untuk memberi khabar mengenai Hana
kepada keluarganya. Alia yang mendengar berita tersebut terus
sedih dan menangis kerana Hana merupakan anak kambing
kesayangannya. Alia meminta ibunya untuk menghantarnya ke
Klinik Veterinar untuk melihat kondisi Hana. Akan tetapi Pak Mat
tidak membenarkan Alia datang ke Klinik Veterinar tersebut
kerana Hana masih tidak boleh dilawat. Setelah segala urusan
selesai Pak Mat pun pulang kerumahnya untuk beristirahat.

Keesokkan paginya, setelah sarapan pagi Pak Mat pergi ke
Klinik Veterinar diikuti oleh Alia. Sepanjang perjalanan ke Klinik
Veterinar wajah Alia kelihatan agak sedih dan tidak seceria
selalunya. Sesampainya di situ, Pak Mat bertanyakan kondisi
Hana kepada petugas disitu. Pak Mat dan Alia pergi melihat
Hana, ia telah sedar dari ubat pelali yang diberikan oleh Doktor.
Keadaan disitu agak bising kerana Hana meronta kesakitan, lalu
Doktor Sherri memberikan suntikan pelali kepada Hana.

Selepas beberapa hari Hana di Klinik Veterinar, Doktor telah
memberi kebenaran kepada Pak Mat untuk membawa Hana
pulang. Pak Mat membawa Hana pulang kerumahnya supaya
dapat memberi perhatian lebih kepada Hana. Pak Mat telah
menyediakan kandang kecil dihadapan rumahnya untuk
meletakkan Hana dan ibunya Laili disitu. Pak Mat tidak mahu
memisahkan Laili dari Hana kerana Hana masih kecil dan
memerlukan susu ibu serta kasih sayang daripada ibunya.

Setiap hari Pak Mat akan melihat Hana dan mencuci luka kakinya
setiap dua kali sehari bagi mengelakkan Hana terkena jangkitan
kuman. Alia berasa sangat gembira kerana dia boleh melihat
keadaan Hana dan bermain dengannya kerana Hana berada
dekat dengan rumahnya. Keadaan Hana bertambah baik setelah
dijaga rapi oleh Pak Mat. Alia sering kali meminta Pak Mat
membawa masuk Hana kedalam rumah untuk bermain
dengannya dan tidak memberi Pak Mat untuk memindahkan
Hana ke kandang kambing. Hana telah sembuh sepenuhnya dan
semakin lincah bermain walaupun ia kehilangan kaki kirinya.

Tamat


Click to View FlipBook Version