Sekolah Bebas Dadah Generasi Madani,
PENGHARGAAN 01 02 03 05 KAMI BERASA SANGAT BERSYUKUR KEPADA MAHA YANG ESA KERANA DAPAT MELAKSANAKAN TUGASAN INI TANPA SEBARANG MASALAH ATAU GANGGUAN . KAMI JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA GURU PEMBIMBING KAMI, PUAN JANAKI BALAKRISHNAN ATAS BIMBINGAN DAN GALAKAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN KAMI. SEGALA TUNJUK AJAR DAN SOKONGAN YANG DIBERIKAN OLEH BELIAU MEMBANTU KAMI MENGHASILKAN BUKU SKRAP YANG MENARIK DAN PADAT DENGAN PELBAGAI INFORMASI. KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA DAN KAWAN-KAWAN KAMI YANG SANGGUP MEMBERI KERJASAMA DAN MOTIVASI KEPADA KAMI SEPANJANG MASA. TIDAK LUPA JUGA JASA BAIK PIHAK SEKOLAH YANG MEMBERI KEBENARAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI. KAMI AKAN SENTIASA MENGINGATI PIHAK SEKOLAH ATAS KEPERCAYAAN MEREKA TERHADAP TUGASAN YANG KAMI LAKSANAKAN.
NAMA HARESH A/L PARAMASIVAM SEKOLAH SMK DATUK MANSOR KOD SEKOLAH NEE6001 TINGKATAN 2 GURU PEMBIMBING JANAKI A/P BALAKRISHNAN JAWATAN GURU GAB NAMA VISHNU DEV SARAVANAN SEKOLAH SMK DATUK MANSOR KOD SEKOLAH NEE6001 TINGKATAN 2 GURU PEMBIMBING JANAKI A/P BALAKRISHNAN JAWATAN GURU GAB BIODATA NAMA AGHILAN A/L MUTHURAMAN SEKOLAH SMK DATUK MANSOR KOD SEKOLAH NEE6001 TINGKATAN 2 GURU PEMBIMBING JANAKI A/P BALAKRISHNAN JAWATAN GURU GAB
D.A.R.I.H ROKOK DADAH ALKOHOL INHALAN HIV / AIDS D A R I H PPDa SMK DATUK MANSOR
Punca penyalahgunaan dadah adalah kompleks dan melibatkan pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi individu untuk mula mengambil dadah. Berikut adalah beberapa faktor utama yang menyumbang kepada punca penyalahgunaan dadah. 01 KEMISKINAN DAN KESESAKAN HIDUP Kehidupan dalam kemiskinan menyebabkan tekanan mental yang tinggi. Tekanan ini boleh menyebabkan individu mencari cara untuk melegakan tekanan melalui penggunaan dadah. 02 PENGARUH RAKAN SEBAYA Di kalangan remaja, tekanan untuk diterima oleh kumpulan rakan sebaya boleh mendorong mereka untuk mencuba dadah. Jika rakan sebaya mereka menggunakan dadah, individu mungkin merasa terpaksa untuk turut serta agar tidak ketinggalan. 03 KEKURANGAN AKTIVITI POSITIF DAN PELUANG Dalam persekitaran yang kurang peluang untuk aktiviti rekreasi dan hiburan yang sihat, individu mungkin mencari cara lain untuk mengisi masa lapang mereka, termasuk penyalahgunaan dadah. 04 KEKURANGAN SOKONGAN SOSIAL Kekurangan hubungan sosial dan sokongan dari keluarga atau komuniti boleh menyebabkan rasa kesepian dan kekosongan emosional, yang mendorong individu untuk mencari keselesaan dalam dadah. 05 MASALAH KESIHATAN MENTAL Individu dengan gangguan mental seperti kemurungan, kebimbangan, gangguan bipolar, atau gangguan stres pasca trauma ( PTSD ) lebih cenderung untuk menggunakan dadah sebagai cara untuk mengatasi atau melarikan diri dari gejala mereka.
LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN 01 PENDIDIKAN Menyediakan program pendidikan yang komprehensif tentang bahaya dadah, kesan jangka panjang penyalahgunaan, dan cara mengatasi tekanan. 02 PERANAN KELUARGA Ibu bapa perlu berbincang secara terbuka dengan anak-anak mengenai bahaya dadah dan memberikan sokongan serta bimbingan yang berterusan. 03 AKTIVITI POSITIF Menyediakan peluang untuk remaja terlibat dalam aktiviti sukan, kesenian, dan rekreasi yang sihat. PENGUATKUASAAN 04 UNDANG-UNDANG Memperketat kawalan dan penguatkuasaan undangundang terhadap pengedaran dan penggunaan dadah. 05 PENGESANAN AWAL Menggalakkan pengesanan awal tandatanda penyalahgunaan dadah melalui pemeriksaan Kesihatan rutin di sekolah dan tempat kerja. KEMPEN ANTI-DADAH 06 Melancarkan kempen anti-dadah yang menarik dan informatif untuk menarik perhatian semua lapisan Masyarakat.
JENISDADAH JENIS Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan kesannya 01 DADAH STIMULANT Contoh : Kokain, Amfetamin, Kafein dan Nikotin. 02 DADAH DEPRESSANT Contoh : Alkohol, Benzodiazepin seperti diazepam dan lorazepam, dan Barbiturat. 03 DADAH OPIOID Contoh : Heroin, Morfin, Kodein, Fentanyl, Oxycodone. 04 DADAH HALUSINOGEN Contoh : LSD ( asid lysergic diethylamide ), Psilocybin ( cendawan ajaib ), Mescaline ( peyote ), DMT.3 05 DADAH CANNABIS Contoh : Marijuana, Ganja, Hashish
KESANDADAH KESAN Kesan jenis-jenis dadah terhadap tubuh dan minda, serta penggunaannya dalam bidang perubatan atau rekreasi. 01 MASALAH FIZIKAL Masalah fizikal akibat penggunaan dadah boleh menjejaskan banyak sistem tubuh. 02 MASALAH KESIHATAN KRONIK Penggunaan dadah jangka Panjang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihtan kronik seperti penyakit jantung. 03 KETAGIHAN DAN KEBERGANTUNGAN Kedua-dua akpek utama dalam penyalahgunaan dadah berikut membawa kesan yang mendalam terhadap individu yang terlibat. 04 MASALAH SOSIAL Masalah sosial ini boleh mempengaruhi bukan sahaja individu yang terlibat tetapi juga keluarga, rakan dan masyarakat. 05 MASALAH MENTAL Kemurungan dan kebimbangan yang menyebabkan individu merasa tertekan dan tidak berdaya.
PENUTUP 01 02 03 05 Setelah menyelesaikan tugas ini, kami telah mempelajari pelbagai ilmu tentang penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah sangat berbahaya kepada golongan pelajar. Ia memberi kesan buruk kepada kesihatan diri dan merencatkan peluang masa depan mereka. Selain daripada itu, pengambilan dadah akan mencemarkan reputasi individu, keluarga dan sekolah. Selain daripada itu, kami juga telah mengetahui langkah-langkah menghindari dadah supaya dapat mewujudkan sekolah yang selamat dan sihat tanpa dadah. Tambahan pula, kami juga berpeluang mempelajari cara-cara untuk menyediakan satu persembahan yang dapat menarik minat dan minda para pelajar. Contohnya caracara membuat grafik yang mudah difahami, mencari gambargambar yang sesuai dengan keterangan , membuat suntingan dan juga pemilihan latar belakang persembahan yang sesuai. Tuntasnya, penghasilan karya digital ini telah membuka minda kami untuk mewar-warkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak menjadi penagih dadah. Sebagai pelajar kami juga mempunyai tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya dadah.