The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bluedianthus, 2023-07-08 03:45:52

2023 Buku Program DPLI Kajian Tindakan

2023 Buku Program DPLI Kajian Tindakan

Keywords: kajian tindakan,dpli 2023

TENTATIF 7 Julai 2023 2:00—5 :00 petang Pembentangan Kajian Tindakan Persediaan Pameran Inovasi Pengajaran 8 Julai 2023 9:30 pagi Majlis Perasmian Pembukaan Seminar Kajian Tindakan Ucapan Pensyarah 10:00 pagi Pameran Inovasi Pengajaran 11:30 pagi Makan tengah hari 12:00 tengah hari Bersurai


PENSYARAH PM Dr Siti Rahaimah binti Ali “Kajian Tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia juga bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru dalam bilik darjah. Selain itu, Kajian Tindakan juga akan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.”


Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif dalam Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Tingkatan 1 dalam Subjek Sejarah Kegagalan individu untuk menguasai sesuatu ilmu bukanlah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif mereka, tetapi lebih berpunca kepada pemilihan strategi kognitif yang mereka gunakan. Satu teknik yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan ingatan individu adalah teknik mnemonik. Teknik ini menjadikan proses mengingati sesuatu akan lebih mudah. Mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat termasuk peringkat Tingkatan 1 dan dalam penguasaan pelbagai bidang ilmu termasuk bahasa, matematik dan sejarah. Pada peringkat tingkatan 1, pelajar didedahkan dengan pelbagai subjek yang memerlukan mereka mengingat banyak fakta yang mana boleh dikuasai melalui penerapan teknik mnemonik. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan ialah kaedah loci, sistem kata kunci, teknik menghubungkan, teknik akronim dan teknik akrostik. Selain meningkatkan input ingatan, mnemonik juga mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang maksima. Sorotan kajian lepas menunjukkan bahawa kemampuan ingatan sebenarnya dapat ditingkatkan, minda manusia dapat mengingati sesuatu lebih banyak daripada yang dijangkakan. Kata Kunci: Strategi kognitif, teknik mnemonik, pengajian peringkat tingkatan 1


Penggunaan Peta Pemikiran i-Think Dalam Meningkatkan Minat, Daya Ingatan dan Kefahaman Pelajar Tahun Enam Dalam Subjek Pendidikan Kesihatan Menarik perhatian dan tumpuan para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan tugas seorang guru. Kajian ini memfokuskan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan minat, daya ingatan dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran subjek pendidikan kesihatan. Inisiatif ini diambil apabila pelajar dari kelas Tahun 6 menunjukkan minat dan keputusan yang kurang memuaskan dalam subjek pendidikan kesihatan. Pelajar mempunyai masalah dalam memahami tajuk dan isi pembelajaran dengan baik. Kajian ini menggunakan keputusan lulus ujian pra penilaian dan ujian pos penilaian bagi mengenalpasti keberkesanan peta pemikiran i-Think yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Dapatan kajian menunjukkan sebelum penggunaan peta pemikiran i-Think, jumlah keputusan lulus bagi ujian pra penilaian agak kurang memuaskan. Jumlah keputusan lulus pada ujian pos penilaian pula menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Ini menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan minat, daya ingatan dan kefahaman pelajar dalam subjek Pendidikan Kesihatan. Kata Kunci: Peta pemikiran, i-Think, implementasi, minat, daya ingatan, kefahaman


Penggunaan Gamifikasi Roda Bulan dalam Meningkatkan Pencapaian Murid-Murid Tahun 5 untuk Memahami Topik Sains Fasa Bulan Pengaplikasian Gamifikasi Roda Bulan ini dilakukan di salah sebuah sekolah di Labuan. Murid Tahun 5 didapati seringkali menghadapi masalah dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan fasa Bulan yang terkandung dalam silibus Tahun 5 (KSSR). Murid kerap melakukan kesilapan dalam menentukan tarikh, bentuk dan nama fasa bulan secara serentak. Ujian pra dilaksanakan di dalam kelas setelah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran fasa bulan dengan menggunakan kaedah “chalk and talk”. Hasil dapatan daripada ujian pra menunjukkan pelajar sangat lemah dalam menguasai topik ini. Selepas itu, pengajaran berasaskan pendekatan penggunaan gamifikasi Roda Bulan pula dijalankan di dalam bilik darjah. Hasil dapatan ujian pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan ketara dalam pencapaian pelajar dalan topik ini. Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur sejauh mana keberkesanan alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan penguasaan para murid dalam topik fasa bulan. Berdasarkan dapatan ujian pasca yang diperolehi juga, pelajar lebih mudah mengingat dan mengekalkan maklumat mengenai topik fasa bulan selepas menggunakan kaedah gamifikasi Roda Bulan ini. Tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid juga dapat ditingkatkan dengan konsep bermain. Konklusinya, penggunaan gamifikasi Roda Bulan ini dilihat mampu memudahkan murid mempelajari fasa bulan dengan menyatakan dan menyusun atur ke semua lapan peringkat fasa bulan dengan betul.


Kata Kunci: Gamifikasi, fasa bulan, kognitif, psikomotor, afektif, gamification strategy


Method to enhance understanding of Primary 5 students on the process of changes state of MATTER using TSOM Board An invention for Science called TSOM (Three States Of Matter) was invented to enhance students’ learning and consequently enrich their knowledge involving the topic of States of Matter. This invention was created as students facing difficulties in understanding the topic of States of Matter experienced by most of the students in Primary 5 at Labuan International School. Observations through students’ worksheets and Research Instruments (Pre and post-test) are carried out as research methodology. A result comparison was done to determine the effectiveness of TSOM after implementation is done. The final result or the post-test result proved that the TSOM is effective in improving their understanding of the topic of States of Matter as students in Primary 5 were able to state and explain clearly the changes and processes involved between states of matter. Thus, the invention of the TSOM has helped solve the problems the students have encountered. The process of understanding is simplified by the tool through a gamification concept, making learning more interesting and fun. TSOM is a tool that is also easy enough for students to make it on their own.


Kata Kunci: Teknik belajar sambil bermain, 3 bentuk Jirim, Perubahan Jirim, Haba


Penggunaan Angle Pro untuk membantu Pelajar Tingkatan 3 menamakan dan mengenal pasti jenis-jenis sudut dengan betul dan berkesan Kajian ini memfokuskan penggunaan Angle Pro sebagai alat bantu untuk membantu pelajar Tingkatan 3 dalam menamakan dan mengenal pasti jenis -jenis sudut dengan betul dan berkesan. Seramai 11 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Metodologi kajian melibatkan pemberian latihan penggunaan Angle Pro kepada para pelajar dan pemerhatian terhadap peningkatan kemahiran mereka dalam mengenali sudut. Selepas bermain dengan alat bantu tersebut, pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran mereka serta minat yang tinggi terhadap alat bantu pengajar ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Angle Pro secara berterusan dan konsisten membantu pelajar Tingkatan 3 dalam menamakan dan mengenal pasti jenis-jenis sudut dengan lebih tepat. Mereka lebih memahami konsep sudut dan mampu mengaplikasikannya dengan jelas dalam situasi-situasi yang berbeza. Selain itu, pelajar-pelajar ini menunjukkan minat dan keinginan untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan alat bantu ini.


Kata Kunci: kognitif, psikomotor, afektif, pengajian peringkat tingkatan 3, sudut, roda,


Penggunaan 123 Jom Cari Jodoh: Membantu Pelajar Tahun 4 Mengenal pasti dan Mengetahui Penjodoh Bilangan dengan Betul dan Berkesan Kajian tindakan ini memfokuskan alat bantu mengajar “123 Jom Cari Jodoh!” dalam membantu pelajar Tahun 4 mengenal pasti dan mengetahui Penjodoh Bilangan dengan betul dan berkesan. Pelajar diuji semasa sesi pembelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahun 4 di dalam kelas. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian pra penilaian serta ujian pos penilaian untuk menilai tahap penguasaan pelajar mengenai Penjodoh Bilangan. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini ialah 7 orang pelajar Tahun 4 di salah sebuah sekolah di Labuan. Dapatan menunjukkan bahawa pada peringkat awal sebelum menggunakan alat bantu mengajar ini, pencapaian pelajar adalah kurang memuaskan. Setelah alat bantu mengajar ini diperkenalkan dan digunakan, dapatan menunjukkan peningkatan yang amat baik sekali. Secara tidak langsung dapat membantu pelajar mengingat setiap Penjodoh Bilangan dalam suasana yang amat memberangsangkan.


Kata Kunci: Penjodoh bilangan, alat bantu mengajar


Meningkatkan Kemahiran Murid Tingkatan 4 menukar kata kerja (Fi’il) kepada Masdar menggunakan Jadual Masdar Tsulatsi. Kajian Tindakan ini dijalankam untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam kalangan pelajar tingkatan 4 bagi menguasai tajuk Masdar Tsulasi Mazid. Hal ini dikesan apabila kebanyakkan pelajar tingkatan 4 tidak menguasai kaedah penukaran kata kerja kepada Masdar. Penukaran kata kerja ini merupakan asas utama dan juga merupakan kunci dalam tajuk Masdar Tsulasi Mazid ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca masalah yang menimbulkan kelemahan dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Kajian ini juga ingin mengenalpasti keberkesanan kaedah penggunaan Jadual Masdar dalam menukarkan kata kerja (fi’il) kepada wazan masdar. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, temubual,soal selidik, dam ujian pra. Responden kajian ini terdiri daripada 41 orang pelajar tingkatan 4. Hasil dapatan mendapati faktor utama pelajar keliru dalam menempatkan huruf alif dalam kata kerja (Fi’il) yang bermula dengan huruf Alif. Secara kesimpulannya, pengguasaan kaedah mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai tajuk Masdar Tsulasi Mazid ini. Kata Kunci: Kajian Tindakan,Kemahiran dan Kaedah


AJK SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DPLI 2023 PENASIHAT PM Dr Siti Rahaimah binti Ali AJK PROTOKOL Luqman Hashim Muhd Zhulfikar bin Muhammad Jifri Nurul Hajjiatul Izzati binti Md Hilmi AJK MAKANAN Nurul Fadhilah Matasan Noliyana Arif Suriah Ali Mazlyne Liging AJK BACKDROP Jusliah Juis Fairzan Nazzila Mohd Nazrie Foo Kien Ching FOTOGRAFER, VIDEOGRAFER, GLIMPSES & POSTER Irwan Arbaee Mc Calvin Ghani Romuel Bernard Anak Roberth Teoh Suharmin Hassan Nurfalina binti Kassim Sylvester Kenawang Anak John Noor Syhaheera binti Ag Rashee Noor Faezah Sapri TEKS MC Dg Kasmah Salleh Marlini Ahmad AJK CENDERAMATA Frederica Gimpeh Jennifer Juip Kalip TEKNIKAL Susanna Francis Jenny Merrylynda Donny LOGISTIK Mohd Maziz Al-Hadi bin Moharam Airon Ryandie Mohd Azwani bin Abdul Kadir Ahmad Huzaifah Mohd Bakri Muhammad Khairul Abd Rajak BUKU PROGRAM Fadlin Aimuni Binting Warnnie Musah Nurul Shakina binti Abdul Rahman Eccaleena Chirssy Latius


AUTOGRAF


Click to View FlipBook Version