The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a182726, 2023-07-05 01:57:54

Adik Noni Disleksia

Adik Noni Disleksia

Adik Noni Disleksia a b c d e f g h a b c d e g w m Mariam. Anis. Sarah. Hanan. Hazim.


Saya Noni! Ana ada adik. Nama adik Ana ialah Noni. Saya Ana! 1


Ana dan Noni suka membaca buku bersama-sama. Ana selalu ajar Noni membaca. Tapi... 2


Kenapa Noni asyik salah baca? a b c d e f g h i 3


Adakah Ana yang salah... Atau Noni yang mempunyai masalah? 4


Noni selalu tertukar huruf m dengan w... Contohnya, " mama " jadi " wawa " . m? w? 5


Huruf d dengan b... Contohnya, "dadu " jadi "babu " . d b dadu babu 6


Di sekolah, bila cikgu minta Noni membaca, Noni pegang buku terbalik. 7


Kawan-kawan Noni tertawakan Noni. 8


Noni mengadu kepada Ana, dan Ana ceritakan kepada mama dan papa. Mama dan papa bawa Noni ke kaunselor sekolah. Cikgu kaunselor minta Noni tuliskan isi hati Noni. 9


Tetapi… Cikgu lihat tulisan Noni banyak yang terbalik dan tak tersusun. Cikgu minta mama dan papa bawa Noni ke pakar kanak-kanak untuk diagnosis. b h a c m 10


Doktor minta Noni banyak baca dan tulis. Noni takut dan Noni penat. PUSAT TERAPI PERTUTURAN 11


Oh, rupa-rupanya Noni ada disleksia! Beberapa lama kemudian, baru kami tahu... Mengalami kesukaran sebutan. Sukar menulis nama sendiri. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca. Ciri-ciri Disleksia Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 12


Noni mengikuti intervensi yang dijadualkan oleh doktor. Tapi perkara itu tidak pernah menghalang Noni untuk terus belajar membaca. 13


Di hospital, Noni jumpa ramai kawan yang macam Noni. Cikgu-cikgu juga banyak membantu dan menyokong Noni untuk terus pandai membaca. PUSAT TERAPI CARAKERJA 14


JKM Pada suatu hari, mama, papa dan Ana turut pergi bersama Noni untuk mengambil kad OKU Noni di JKM. 15


Kini, Noni berasa gembira kerana mendapat ramai kawan-kawan baru yang memahami Noni. Kami juga ingin bermain seperti kamu! 16


TAMAT


Robin Williams, seorang pelawak dan pelakon yang terkenal, pernah menghadapi kesukaran semasa zaman kanak-kanaknya kerana mempunyai disleksia. Beliau juga bergelut untuk belajar membaca dan menulis. Walaupun pada mulanya seorang kanak-kanak yang pemalu, sebaik sahaja menceburkan diri dalam dunia teater di sekolah, beliau mula berkembang dan terlibat dalam pasukan olahraga dan dipilih sebagai ketua kelas. Kisah Robin William mengajar kita bahawa pencapaian akademik atau isu disleksia yang dialami tidak menentukan kejayaan dan potensi diri kita. Diharapkan cerita ini dapat memotivasikan anda untuk terus maju ke hadapan! Sila scan kod QR bagi mendapatkan maklumat mengenai prosedur untuk mendaftar kad OKU: ROBIN WILLIAMS: SEORANG PELAKON TERKENAL YANG MEMPUNYAI DISLEKSIA


a b c d e f g h Buku cerita ini mengisahkan tentang Noni, seorang Murid Berkeperluan Khas (MBK) Disleksia. Noni menghadapi kesukaran dalam pembelajarannya. Hasil daripada bantuan guru dan ibu bapanya, Noni dapat didiagnos oleh pakar kanak-kanak. Sejak daripada itu, Noni mula mengikuti proses pemulihan di hospital dan di sekolahnya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Buku ini telah dihasilkan oleh pelajar tahun 3 Fakulti Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kursus GGGB3073 Pemerhatian Klinikal Antara Disiplin sebagai salah satu kehendak kursus. Dalam menelusuri bidang Pendidikan Khas, usaha ini merupakan salah satu advokasi untuk menyemat kefahaman mengenai siapa itu MBK ataupun Orang Kurang Upaya (OKU). Semoga dengan adanya usaha ini, kita dapat membantu ahli masyarakat untuk lebih cakna dengan golongan OKU. ISBN 182504-182726-178945-179678-182592 S e m.M ala y sia R M 1 9.9 0 S a b a h/S ara w a k R M 2 1.0 0


Click to View FlipBook Version