SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) AIR PANAS,
SETAPAK, 53200 KUALA LUMPUR
DOKUMENTASI
BENGKEL APLIKASI CANVA DALAM PDPC
TAHUN 2021
Anjuran :
Jurulatih Digital SMK(P) Air Panas
Tempoh Pelaksanaan :
5 Julai - 12 Julai 2021
Pelaksanaan :
Google meet ( https://meet.google.com/lookup/dijkmr7j33 )
1.0 PENDAHULUAN
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah satu ilmu yang sangat
penting dalam bidang pendidikan era kini. Penularan COVID 19 yang melanda seluruh
dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan pembelajaran
dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah.
Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan melalui pengajaran dalam talian kerana
mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan
modal insan yang kreatif dan inovatif. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru,
segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar
dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.
Oleh itu, Jurulatih Digital SMK (P) Air Panas mengambil inisiatif untuk memberi
bimbingan kepada guru -guru untuk menghasilkan pelbagai bahan PdPr yang kreatif
melalui Bengkel Aplikasi Canva Dalam Pdpr Tahun 2021.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama LDP ini adalah untuk memastikan
semua guru mahir menggunakan pelbagai jenis
aplikasi digital yang ada bagi meningkatkan
keupayaan serta potensi yang ada pada setiap guru
untuk menghasilkan bahan PdPr yang menarik,
efisien dan kreatif agar dapat menarik minat murid
untuk belajar dalam talian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Guru boleh menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada
dalam bentuk video, poster, lembaran kerja, animasi dan sebagainya.
3.2 Guru boleh menjimatkan masa dengan template yang sedia ada untuk digunakan.
3.3 Guru menjadi lebih kreatif dengan ciri pro yang mengandungi pelbagai imej, fon, grafik
video dan animasi premium percuma untuk pendidik.
3.4 Guru boleh berkongsi tugasan visual yang menarik dan murid boleh melengkapkan
tugasan mengikut rentak mereka sendiri serta mengembalikannya kepada guru untuk
disemak.
3.5 Guru merakam pengajaran yang dilaksanakan secara sinkronus bagi mengelak murid
tercicir.
3.6 Panitia dapat mengambil tindakan penambahbaikan dalam membantu murid
untuk meningkatkan prestasi akademik.
4.0 ANJURAN :
Jurulatih Digital SMK (P) Air Panas
5.0 CARA PELAKSANAAN :
Google meet ( https://meet.google.com/lookup/dijkmr7j33 )
6.0 TEMPOH PELAKSANAAN
5 Julai - 12 Julai 2021
7.0 SASARAN BIMBINGAN :
Guru-guru SMK (P) Air Panas
8.0 PENCERAMAH
Cik Nurul Amirah binti Ahmad Atory
Puan Addawiyah binti Abdul Wahab
9.0 FASILITATOR
Puan Arbaiyah Bt Muhammad
Puan Noorazimah Bt Mohamed Akhir
Puan Maliana Bt Ali
Encik Tai It Yie
10. Modus Operandi
FASA 1 - 5 JULAI 2021
COMMON ASSESSMENT
- Bimbingan Cara Menyediakan Canva Presentation, video,pamplet dan buletin
- Guru menyediakan bahan mengikut panitia
FASA 2 - 6 JULAI – 11 JULAI 2021
SEMAKAN OLEH JURULATIH DIGITAL
- Makluman pembetulan melalui Canva share.
- Pembetulan oleh ahli panitia.
FASA 3 - 12 JULAI 2021
Pembentangan oleh guru-guru dengan bimbingan Jurulatih
11. KESIMPULAN
- Pembelajaran dalam talian sudah dilaksanakan oleh semua guru di Malaysia terutama ketika tempoh PKP
akibat wabak COVID 19. Oleh itu, guru-guru perlu meningkatkan kemahiran merancang menggunakan
pelbagai jenis aplikasi pengajaran dalam talian agar bahan pengajaran menjadi lebih menarik dan efektif.
Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah dan kementerian dapat memastikan pelantar pembelajaran
digital ini terus digunakan guru dan murid.
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DIPERAKUKAN OLEH,
………………………........ ………………………........ ………………………........
( NORHAYATI BINTI ALWI ) ( YASINAH BINTI KUTIK ) ( NORZILA BINTI ALI MUSA )
SETIAUSAHA KURIKULUM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENGETUA
SMK (P) AIR PANAS SMK (P) AIR PANAS SMK (P) AIR PANAS
NOTIS PANGGILAN LDP
Tugasan untuk pembentangan guru 12 Julai 2021
Notis Panggilan LDP Bengkel Canva
Slaid Pembentangan
Cikgu Nurul Amirah
MAKLUM BALAS LDP
SEKIAN,
TERIMA KASIH