The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nhayatialwi, 2020-06-05 13:18:39

PEL6 UNIT 3 MUNAKAHAT

PEL6 UNIT 3 MUNAKAHAT

Pengertian Perkahwinan Aspek Kognitif :
dan Falsafah Munakahat
Kepentingan Munakahat 1. Menyatakan pengertian perkahwinan dan falsafah
dalam pembentukan keluarga 2. Menjelaskan tuntutan perkahwinan.
Tnggungjawab suami, Isteri, 3. Menyatakan konsep institusi kekeluargaan.
4. Menerangkan tanggungjawab suami, isteri, ibubapa dan anak.
Ibu bapa dan anak 5. Menjelaskan kepentingan perkahwinan.
6. Menerangkan keistimewaan institusi kekeluargaan.
Kepentingan Perkahwinan 7. Menerangkan punca keutuhan dan keruntuhan rumahtangga.
8. Menerangkan cara-cara mengekalkan kerukunan rumahtangga
Keistimewaan Institusi 9. Menjelaskan cara penyelesaian masalah dalam perkahwinan
Kekeluargaan

Cara mengekalkan kerukunan
rumahtangga

Cara menyelesaikan
Masalah perkahwinan

Rumusan

Penilaian

Bahasa Berasal daripada bahasa arab iaitu nikah yang bermaksud kumpul atau cantum.

Istilah Dari segi istilah syarak perkahwinan bermaksud ikatan yang teguh antara
Syarak lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai
Suami isteri secara halal

Falsafah Bermaksud ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga
Perkahwinan keturunan secara sah dan bertanggungjawab

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berfikir.

(Surah ar-Rum, 30 : 21)

1. Dapat memelihara keturunan dan nasab manusia
2. Dapat mengelakkan pergaduhan dalam pembahagian harta pusaka
3. Anak-anak yang lahir akan mendapat pembelaan yang sewajarnya

Hukum Hukum Perkahwinan
Harus
Sunat Keadaan

Makruh Bagi mereka yang tidak ada perkara terdesak untuk berkahwin dan tidak
Wajib ada pula yang mengharamkanya untuk berkahwin

Haram Mereka yang mampu memberi nafkah, sihat tubuh badan dan berkeinginan
untuk berkahwin, tetapi tidak takut terjerumus kepada zina kerana mampu
menahan nafsu

Mereka yang tidak mampu untuk memberi nafkah tetapi berkeinginan
untuk berkahwin

Mereka yang mampu memberi nafkah, sihat tubuh badan dan berkeinginan
untuk berkahwin, dan takut terjerumus kepada zina kerana tidak mampu
menahan nafsu

Mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin serta
berkahwin dengan tujuan untuk menzalimi pasangannya.

Tanggungjawab yang terhasil daripada perkahwinan

Tanggungjawab suami Tanggungjawab Isteri

1. Memberikan nafkah zahir dan batin 1. Taat kepada suami dalam perkara
kepada isteri yang tidak bertentangan dengan
syarak
2. Memberikan layanan yang baik,
melindungi keselamatan keluarga, 2. Memberikan layanan yang baik
menjaga maruah serta mencurahkan kepada suami dan keluarga
kasih sayang yang ikhlas
3. Memelihara kehormatan diri dan
3. Memberikan didikan agama yaag maruah suami.
sempurna kepada ahli keluarga.
4. Menjaga harta suami dengan baik
4. Berlaku adil terhadap keluarga. serta menggunakannya dengan
bijaksana dan cermat
Tanggungjawab Ibu bapa
Tanggungjawab Anak
1. Mendidik anak-anak dengan didikan
yang baik dan sempurna 1. Menghormati dan mematuhi nasihat
ibu bapa
2. Memberikan kasih sayang kepada anak-
anak 2. Menjaga maruah ibu bapa dan
keluarga
3. Memberikan layanan yang saksama
kepada semua ahli keluarga 3. Patuh kepada arahan agama agar
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
4. Bertolak ansur dan berunding sebelum
membuat sebarang keputusan 4. Membalas jasa baik ibu bapa,
mengenai anak-anak terutamanya semasa mereka telah tua
dan uzur

INDIVIDU MASYARAKAT
✓ Memberikan ketenangan dalam hidup ✓ Melahirkan sebuah masyarakat yang
✓ Membentuk sikap bertanggungjawab kepada
bertanggungjawab.
pasangan suami isteri dan anak-anak ✓ Menjadikan masyarakat maju, aman dan
✓ Melahirkan zuriat yang sah dan baik
✓ Dapat melaksanakan tuntutan agama melalui sejahtera
✓ Melahirkan ikatan persaudaraan yang
perkahwinan
✓ Menjamin keluhuran peribadi yang tinggi. kukuh
✓ Mengelakkan kekacauan dan huru-hara

dalam masyarakat

CARA PERKAHWINAN MENJADI IBADAT:

• Segala peraturan perkahwinan adalah mengikut hukum Islam
• Suami isteri hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan adil
• Perkahwinan yang mengikut sunnah Rasulullah
• Matlamat perkahwinan adalah unuk membentuk generasi yang soleh dan bertamadun

Menjamin 1. Kesucian keturunan, maruah dan kehormatan manusia terpelihara
keturunan 2. Meramaikan zuriat manusia
manusia 3. Akan memuliakan keturunan manusia dengan menjauhi perbuatan zina yang boleh merosakkan

Membentuk keturunan
akhlak
manusia 1. Menjadiakn seseorang itu berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing
2. Dapat menyalurkan naluri seks secara halal dan terurus
Menjamin 3. Dapat memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan mesra dalam keluarga
kebahagiaan
1. Akan memberikan ketenangan jiwa melalui hubungan kasih-sayang yang harmoni
hidup 2. Dapat menyelamatkan diri daripada gejala sosial dan maksiat
3. Dapat memupuk hubungan silaturahim sesama manusia

Punca Keutuhan Perkahwinan

1. Semua pihak menjalankan tanggungjawab terhadap rumahtangga dengan sempurna
mengikut bidang dan tugas masing-masing

2. Mengamalkan segala perintah agama dan menjauhi maksiat dalam keluarga
3. Mengamalkan sikap hormat menghoramati dan berkasih sayang dalam keluarga
4. Sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal dan berbelanja mengikut kemampuan

1. Setiap pasangan mestilah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan
ikhlas

2. Mewujudkan hubungan silaturahim dikalangan anggota keluarga setiap pasangan
3. Sentiasa tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sam a lain
4. Sentiassa menjauhi perkara mungkar dalam rumahtangga
5. Sentiasa menjaga amanah dalam kehidupan berumahtangga
6. Setiap pasaangan mestilah sedia bermaaf-maafan dan tidak membesarkan isu yang

remeh temeh
7. Segera menyelesaikan setiap masalah yang timbul dan merujuk kepada mereka yang

pekar jika timbul sebarang masalah
8. Saling memenuhi keperluan pasangan masing-masing
9. Sentiasa berusaha untuk mengukluhkan ekonomi rumahtangga

Jika sesuatu masalah dalam rumahtangga tidak dapat diselesaikan dan boleh
menimbulkan masalah dan keburukan yang lebih besar kepada pasangan tersebut, Islam
membenarkan pembubaran perkahwinan melalui tiga cara sebagai jalan terakhir.

Pembubaran perkahwinan ( Perceraian )

Talak Fasakh

Iaitu pembubaran ikatan perkahwinan Pembatalan ikatan perkahwinan atau
yang sah lengan lafaz talak atau yang seerti perceraian yang berlaku melalui keputusan
dengannya yang ditetapkan oleh pihak kadi, disebabkan
syarat-syarat yang tidak dipenuhi oleh
Khuluk pasangan terbabit pada masa akad nikah

Perceraian yang berlaku atas kemahuan
isteri dengan membayar ganti rugi kepada
suami

Walaupun perceraian merupakan perkara harus yang sangat dibenci oleh Allah, namun
Islam membenarkan berlakunya perceraian berdasarkan sebab-sebab berikut

Hikmat Pembubaran perkahwinan ( Perceraian )

1. Untuk memberi peluang kepada 2. Untuk memberi peluang kepada
pasangan suami isteri yang pasangan yang tiada persefahaman
bermasalah untuk menginsafi untuk memulakan hidup baru dengan
kesilapan masing-masing pasangan yang lain pula

3. Untuk memberikan ketenangan 4. Untuk mengelakkan daripada
kepada kedua belah pihak kerana berlakunya perbalahan dan
telah dapat mengatasi masalah pergaduhan yang berpanjangan
masing-masing

UJI MINDA

Apakah pandangan anda
tentang

perkahwinan online?

Rumusan

 Islam mengalakkan umatnya berkahwin untuk mengembangkan zuriat secara sah
 Pembinaan keluarga yang sah menjadi teras kepada pembinaan tamadun manusia
 Melalui perkahwinan yang sah, nasab dan keturunan seseorang dapat diketahui asal-

usulnya dengan jelas, terpelihara daripada fitnah dan menjasikan setiap pasangan lebih
bertanggungjawab dan berdisiplin
 Institusi perkahwinan dapat memupuk perasaan kasih sayang dan melahirkan
ketenangan jiwa

Penilaian

Kertas 1 Soalan Kertas 2
Objektif Ala SPM
Essei


Click to View FlipBook Version