The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kegiatan kokurikulum unit beruniform di sekolah merupakan aktiviti pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara teori dan amali bagi menyediakan guru pelatih lebih kompeten dari segi pengurusan pedagogi pengajaran dan kokurikulum di sekolah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kng08-463, 2021-07-14 19:59:51

Buku Log Digital Unit Beruniform Pengakap

Kegiatan kokurikulum unit beruniform di sekolah merupakan aktiviti pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara teori dan amali bagi menyediakan guru pelatih lebih kompeten dari segi pengurusan pedagogi pengajaran dan kokurikulum di sekolah.

Keywords: buku log Pengakap

BUKU LOG

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

NAMA : K’NG XUE ER

AMBILAN : JUN 2020

KUMPULAN / UNIT : 3PISMP BAHASA MELAYU 1

KOD KURSUS : MPU3062

NAMA KURSUS : KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM

PENSYARAH : ENCIK AWANG ABDULLAH BIN
YAAKOB

BIODATA

MAKLUMAT ASAS : K’NG XUE ER

Nama Penuh

No. Kad Pengenalan : 010127-01-0548

Angka Giliran : 2020162340005

Tarikh Lahir : 27 Januari 2001

No. Telefon : 019-5593203

Alamat E-mail : [email protected]

Alamat Surat Menyurat : No.21, Jalan Maju 3, Taman Kekwa,
Bukit Siput, 85020 Segamat, Johor.

Nama dan Alamat Institut: Institut Pendidikan Guru, Kampus
Pendidikan Teknik, Kompleks
Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
LAMBANG DAN COGAN KATA
BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN
PERSETIAAN/IKRAR DAN

UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

i. Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang
tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan
diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam
sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai
garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun
di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan
perlindungan, khususnya kepada ahli.

ii. Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua
undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan
Pengakap Malaysia.

iii. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang.

iv. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di institusi
pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi pengajian tinggi
perlu mempunyai perlembagaan dan undang-undang tubuhnya yang tersendiri.

v. Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan
di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan
atau ROS.

vi. Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan
perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan.
Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah
ditetapkan oleh PPM.

vii. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau pertubuhan
adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan
berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan
melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan
dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang
menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan.

viii. Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya yang
tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan PPM dengan
cara yang betul, teratur dan berkesan.

ix. Jenis Perlembagaan:
a. Ada dua jenis perlembagaan, iaitu:
(i) Perlembagaan bertulis; dan
(ii) Perlembagaan tidak bertulis.

b. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam
satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud
peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan.

c. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang
larang.

d. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan
yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah
Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.

x. Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara
seperti yang berikut:
a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan;
b. Matlamat;

c. Keahlian;
d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya);
e. Kewangan persatuan atau pertubuhan;
f. Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan;
g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan;
h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan
i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.

xi. Tujuan atau fungsi perlembagaan:

a. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan
bersih.

b. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa.

c. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan).

d. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya
kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat.

e. Melindungi hak ahli.

f. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli.

g. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan.

xii. Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk
menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di bawah
Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM.

xiii. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda,
maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti)
daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri.

xiv. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk
memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan
terhalang.

xv. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras
dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa.

LAMBANG DAN COGAN KATA PENGAKAP

LAMBANG PENGAKAP
1. Pecahan tiga kelopak

 Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat
kepada Raja dan taat kepada Negara.

2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan
 Melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

3. Ikatan putih
 Menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

4. Lingkaran tali berwarna putih
 Melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

5. Warna ungu
 Warna Biro Pengakap Sedunia.

6. Warna putih

 Kesucian dan kebersihan.

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
1. Terdapat 3 kelopak pada lambang

 Melambangkan 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan, Raja dan
Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

2. Bintang pecah lima (berwarna hijau)
 Melambangkan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak
 Melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

4. Bintang pecah 14
 Melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

5. Bulan Sabit
 Menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

6. Lingkaran Tali
 Melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap
Sedunia".

7. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang
 Menandakan unit-unit pengakap: "Pengakap Kanak-Kanak" (Kuning), "Pengakap
Muda" (Hijau), "Pengakap Remaja" (Merah).

8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang
 Melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA

(a) Cogan kata Persekutuan Pengakap Malaysia ialah “Selalu Sedia”.
(b) Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata masing-masing

seperti yang berikut:
(i) Pengakap Kanak-kanak (PKK)

“BUAT HABIS BAIK”
(ii) Pengakap Muda (PM)

“SELALU BERSEDIA”
(iii) Unit Pengakap Remaja (UPR)

“PANDANG LUAS”
(iv) Pengakap Kelana (PK)

“BERKHIDMAT”

BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN

LIRIK LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Kami Pengakap Malaysia Menolong orang setiap masa
Harapan nusa dan bangsa Menabur bakti di mana sahaja
Berikrar setia Demi Tuhan, Raja dan Negara
Pada pertiwi tercinta
Berbudi, bersaudara
Melatih generasi muda Taat menurut perintah
Menjadi insan yang berguna Kami bangga junjung citi-cita
Persetiaan pengakap Pengakap Malaysia
Teras dipegang bersama
Kami bangga junjung citi-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

LIRIK LAGU DI SINI BERKUMPUL

Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan ying, huan ying, huan ying, huan ying, huan ying, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi

PERSETIAAN / IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN

SEJARAH UNIT BERUNIFORM

 SEJARAH PENGASAS
 SEJARAH PENUBUHAN
 TUJUAN PENUBUHAN
 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI

PERTUBUHAN

SEJARAH PENGASAS

Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
atau Lord Baden-Powell of Gilwell, seorang tentera Inggeris (British) yang berpangkat Leftenan
Jeneral pada tahun 1907. Lord Baden-Powell atau dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22
Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya bernama Reverend H.H. Baden-Powell, professor
Sains di Universiti Oxford, London manakala ibunya pula adalah anak kepada seorang
Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya
meninggal dunia. Sejak kecil lagi, beliau sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap
kehidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Beliau pernah berkhemah di beberapa tempat di
England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini telah memberi pengajaran kepadanya iaitu
kepentingan bekerjasama dan taat kepada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma
pelajaran. BP banyak melibatkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, melukis, menyanyi
dan menembak. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan
berjaya dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau terus menjadi
pegawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876. Kemudian,
beliau telah dihantar ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu
peperangan di Ashanti, Ghana. Di sana, BP digelar sebagai ‘Kantankye’ yang bermaksud topi
besar. BP juga pernah mendapat gelaran ‘Impeesa’ yang bermaksud serigala yang tidak pernah
tidur kerana sifat keberanian dan kecekapannya semasa dalam peperangan. Pada tahun 1899,
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel.

Selepas itu, Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda
untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari
daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini
berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 sehinggalah bantuan dari pihak British datang
menembusi kepungan musuh. Semasa musuh mengepung bandar Mafeking pada masa tersebut,
beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar
di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi
doorngan kepada beliau untuk menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas itu, beliau telah
dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka
rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku “Aids to
Scouting”. Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam
buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu
pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden
Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk
mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan
bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin
Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan
penolong-penolong Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan
mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys”. Buku ini merupakan
pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada
lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah
memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap
sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat
Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut
mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi
laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak
perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London.
Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori
dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua
puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia,
London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia
atau Chief Scout of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia
penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang
diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu
Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah
yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell
Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari
pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau
Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau
bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia
Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam
lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell,
Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan
pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk
bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home“. Kata-kata terakhir BP
adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada tahun 1908 dan ditubuhkan secara rasmi
pada 2 Julai 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands) dari Nottingham,
England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan
Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Semenanjung Tanah
Melayu atau dikenali sebagai Malaya pada ketika itu. Encik Sands telah banyak menyumbang
dalam pergerakan Pengakap dan telah dikenali sebagai “Father of Malayan Scouting”.

Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini adalah seperti berikut:
 Pada tahun 1908, pergerakan Pengakap di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai
ditubuhkan di Pulau Pinang.
 Pada tahun 1909, pergerakan Pengakap ditubuhkan di Selangor tetapi tidak bergerak
cergas.
 Pada tahun 1912, G.M.Laidlow menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang di Pahang.
 Pada tahun 1913, pertubuhan pergerakan Pengakap oleh Reverend Thomas Cecil
Alexander di Sandakan, Sabah.
 Pada tahun 1915, pengakap telah ditubuhkan oleh H.R. Cheesman di Penang Free
School, Pulau Pinang.
 Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di Singapura
pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.
 Penubuhan Pengakap di Perak pada tahun 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu
Kuala Kangsar.
 Pada tahun 1922, Kedah oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S Walker dan
C.W.Bloomfield.
 Penubuhan Pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh Brunstone.

 Pada tahun 1926, Pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar
 Pada tahun 1927, Pengakap di Terengganu oleh A.J. Gracle.
 Kelantan pada tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong.
 Penubuhan Pengakap di Johor pada tahun 1928 di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru,

Johor.
 Pada tahun 1931, pergerakan pengakap di Perlis oleh Bird dan Roger Smith.
 Pada tahun 1927, penubuhan Pengakap disemarakkan oleh G.M. Laidlow in Pekan,

Pahang.

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua
cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan mempunyai Persekutuan
Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuan-
persekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan
Tanah Melayu. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah
menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan
seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik. Pada tahun 1964, selepas Malaysia
diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak
Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak. Persekutuan Budak-
budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis

Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38
tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974.

Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budak yang terdapat pada nama Persekutuan
Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan
Pengakap Malaysia (PPM). Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan
keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta
Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan
nasional.

TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan Penubuhan Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia telah dinyatakan di dalam perkara 1-
Penubuhan, Pendaftaran, Pentadbiran (O.R.A) Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia yang
telah dibuat oleh Majlis Pengakap Negara Malaysia yang menjalankan kuasa-kuasa yang
diberikan oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968; Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan pindaan Akta Parlimen Akta No. 143 tahun 1974; Akta
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 dan semakan Akta Parlimen Akta No. 409
tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968.

Memelihara serta menyemarakkan semangat
pengakap di kalangan Pengakap

Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua
peringkat dari segi pengetahuan, kemahiran dan
perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya

yang telah diperolehi melalui Pengakapan

Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan
negara di dalam sebarang bidang yang terdaya sesuai

dengan prinsip dan dasar Pengakapan

Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas
ini disebut "PPM") peringkat Daerah/Negeri/Negara di

dalam menjalankan pentadbiran dan aktiviti

Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka

Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif
penubuhan PPM

ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN

Istiadat sepatutnya dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman dan bukan daripada
buku ini. Ianya telah dikenalpasti bahawa Pemimpin dan individu kanak-kanak yang mengambil
bahagian, kadangkala menjalankannya di bawah pengaruh emosi dan melakukan kesilapan
dalam sesuatu istiadat tertentu. Ini semua tidaklah begitu penting asalkan kanak-kanak yang
berkenaan tidak menyedarinya dan juga tidak merosakkan daya ingatannya berhubung upacara
tersebut.

Kepentingan istiadat dalam latihan berpengakap amat ketara kerana kebanyakan istiadat-
istiadat yang dijalankan menunjukkan tanda peningkatan seseorang dan sebagai tanda
pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya. BP sendiri menunjukkan bahawa Istiadat-
istiadat dalam semua peringkat Pengakap mempunyai istiadat tersendiri tertakluk kepada Unit-
unit atau sessinya. Walau bagaimanapun kita tidak sepatutnya berfikir bahawa istiadat-istiadat
dalam Pengakap adalah sesuatu yang sulit dalam latihan Pengakap; semuanya hendaklah dibuat
secara terbuka. Seorang Pengakap dilantik di hadapan "troopnya" dan dia diakui sebagai
Pengakap Raja dan lazimnya dibuat di hadapan satu majlis yang dihadiri ramai. Adalah sangat
penting bahawa apabila sesuatu Persetiaan dibuat ianya mencerminkan tatalaku seorang
Pengakap yang baik boleh diteladani oleh rakan-rakannya, tetapi dia juga sedar bahawa orang
lain turut menyedari atas Persetiaannya.

Sungguhpun istiadat Pengakap adalah bercorak upacara terbuka, perlu diingat bahawa
apa jua istiadat dalam Pengakap, adalah lebih baik tidak dijadikan sebagai satu majlis atau
upacara "publik". Jika istiadat itu bertujuan untuk pertunjukan (demonstrasi), istiadat sedemikian
itu hendaklah dijalankan oleh mereka yang sudah dilantik, orang yang dipilih kerana mereka itu
dipercayai boleh menjalankan sesi demonstrasi itu dengan sempurna.

Kita kerap kali dipersoalkan sama ada ibu bapa sepatutnya hadir dalam sesuatu Istiadat.
Bagi kita tidak ada perkataan "patut" mengenai perkara itu, tetapi jika kanak-kanak berkenaan
mahukan Ibubapa mereka hadir, kita boleh menjemputnya. Sudah tentulah mereka tidak
sepatutnya hadir tanpa persetujuan kanak-kanak itu sendiri.

Persediaan untuk sesuatu Istiadat adalah perkara yang amat penting, dan ianya
memerlukan perancangan yang rapi, latihan yang cukup kepada kanak-kanak berkenaan supaya
suasana sesuatu istiadat itu benar-benar dijalankan sebagaimana dirancangkan dalam program
agar ianya menepati dengan suasana perjumpaan itu. Begitu juga penerangan yang ringkas dan

lengkap mengenai prosedur mengendalikan mana-mana istiadat juga penting diberikan kepada
semua pembantu.

HORMAT PENGAKAP

Salam Pengakap diberikan dengan keadaan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis
diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Salam Pengakap digunakan
pada tiga situasi yang berbeza iaitu:
Salam Penghormatan
Kepada Ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah memberi persetiaan kepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah
Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau negara
Kepada pemimpin
Kepada saudara Pengakap
Salam Persetiaan
Waktu perlantikan membuat persediaan

Menolong orang pada setiap masa

Taat kepada Tuhan,
raja dan negara

Menurut undang-undang
pengakap

Persaudaraan Pengakap
Sedunia

ISTIADAT-ISTIADAT DALAM PENGAKAP

1. Hormat Pengakap
2. Isyarat Pengakap
3. Istiadat Perbarisan
4. Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap
5. Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat Lencana Keahlian)
6. Istiadat Melantik Pengakap Baru
7. Istiadat Bendera
 Cara melipat
 Pengibaran bendera
 Nyanyian lagu Negaraku/ Negeri
 Doa
 Taklimat

8. Istiadat Laung Agung (Pengakap Kanak-kanak)
9. Istiadat Membawa Bendera
10. Istiadat Berpindah Naik/ Istiadat Meningkat
 Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda
 Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja
 Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana
11. Istiadat Pengakap Kelana

 Istiadat Pembukaan
 Istiadat Penutupan
 Istiadat Perlantikan
 Istiadat penyampaian

 Istiadat Perpisahan
12. Istiadat Penganugerahan lencana-lencana dan sijil (ahli pengakap)
13. Istiadat Penganugerahan tauliah serta pingat-pingat (pemimpin pengakap)
14. Istiadat Penyampaian Manikayu
15. Istiadat atau peraturan perkhemahan
16. Istiada pemeriksaan pagi
17. Istiadat malam kebudayaan
18. Isyarat Tangan
19. Panggilan Wisel
20. Kawad Tongkat
21. Istiadat majlis ceramah, majlis mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya

STRUKTUR DAN
ORGANISASI PERTUBUHAN,

PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

 Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/daerah/IPG

 Struktur dan organisasi peringkat
sekolah dan kumpulan

 Fungsi majlis tadbir

 Pakaian seragam ahli dan
pemimpin

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT
KEBANGSAAN/DAERAH/IPG

Majlis Pengakap Negara (Penggal 2019-2022)
Pesuruhjaya Tertinggi

Pesuruhjaya Kanan

Pesuruhjaya Kebangsaan

Carta Organisasi Pengakap Peringkat Daerah

Carta Organisasi Pengakap Peringkat IPGM

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT
SEKOLAH DAN KUMPULAN

FUNGSI MAJLIS TADBIR
Matlamat Majlis Tadbir

Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam
bidang masing-masing

Menjadi contoh teladan kepada semua pihak

Merupakan salah satu institusi yang menggerak,
mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah,
kebajikan, kerjasama dan kesejahteraan bekerja sesama
ahli

Menjadi saluran rasmi kepada pihak pengurusan untuk
memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak dari aspek
perkhidmatan, perjawatan, kebajikan dan organisasi

Menjalin hubungan dengan pertubuhan lain yang mempunyai
matlamat dan kepentingan yang serupa

Pengerusi

• Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan,
pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan

• Bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa
• Menandatangani setiap minit mesyuarat

Naib Pengerusi

• Bertanggungjawab menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya
• Membantu pengerusi menyelia tugas ajk persatuan

Setiausaha

• Membantu jawatankuasa persatuan dalam memelihara perhubungan
dengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan pertubuhan lain

Penolong Setiausaha

• Membantu setiausaha menjalankan tugas dan tanggungjawabnya

Bendahari

• Bertanggungjawab menyimpan rekod akaun
• Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di

persatuan dan unit

Ahli Jawatankuasa

• Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sempurna

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN

 KRAF PERKHEMAHAN

 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN
KHEMAH

 JENIS-JENIS GAJET DAN
KEGUNAANNYA

 IKHTIAR HIDUP

 JALAN LASAK DAN PANDU
ARAH

 MASAKAN RIMBA

 MEMBUAT PERANGKAP

 MEMBACA KOMPAS

 MENGESAN TANDA DAN
SIMBOL

KRAF PERKHEMAHAN

Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,
sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan
sebagainya. Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan
aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan prancangan
aktiviti perkhemahan.

Jenis-jenis Khemah Pemilihan Khemah

 Khemah dome 1. Perlindungan
 Khemah igloo 2. Keselesaan
 Khemah ridge 3. Tahan lasak
 Khemah berangka 4. Ukuran yang sesuai
 Khemah wagon
Pemilihan Tapak
1. Tapak yang rata
2. Corak dan tapak perkhemahan
3. Berhampiran punca air
4. Mudah untuk mendapatkan bantuan
5. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar
6. Keselamatan perkhemahan
7. Bilangan peserta perkhemahan
8. Jangka masa perkhemahan

Peraturan Am Perkhemahan

1. Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang
telah ditetapkan serta arahan-arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.

2. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan
penuh dedikasi dan bersemangat tinggi.

3. Menepati masa dan penuh disiplin dalam
menjalankan setiap aktiviti.

4. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

5. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat
kekeluargaan dalam setiap aktiviti.

6. Mematuhi semua nasihat, teguran dan tunjuk ajar
yang diberikan oleh pensyarah atau penunjuk cara.

7. Menyediakan sebuah buku log untuk mencatatkan
segala aktiviti yang dijalankan.

8. Tidak meninggalkan kawasna perkhemahan tanpa
kebenaran dari pensyarah penasihat.

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit kerana kita
akan menjadi sasaran utama apabila berlaku kilat atau petir.

2. Jangan mendirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang
curam.

3. Jangan berkhemah terlalu berhampiran dengan tebing sungai.
4. Hindarkan berkhemah di laluan binatang denai terutamanya

kumpulan gajah.
5. Mendirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak.
6. Membuat unggun api dalam jarak 4 meter dari khemah untuk

mengelak percikan bunga api.
7. Jangan sesekali membawa masuk api ke dalam khemah seperti

lampu gas, minyak, dapur gas, merokok dan sebagainya.
8. Hindarkan berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana

lalang atau resam kering mudah terbakar
9. Dilarang mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun atau

pokok mati kerana dahan-dahan pokok akan runtuh semasa hujan
atau rebut.
10. Pastikan khemah sentiasa bertutup (zip) bagi mengelakkan
sebarang haiwan atau serangga berbisa memasuki khemah.
11. Pastikan pintu khemah didirikan membelakangkan arah tiupan
angin supaya khemah tidak mudah terbang akibat angin yang kuat.
12. Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan
pancang/tiang khemah berada dalam keadaan yang baik.
13. Letakkan pelincir pada zip untuk mengelakkan zip daripada
tersekat dan menyebabkan khemah susah dibuka.
14. Sebelum menyimpan khemah, pastikan khemah telah kering.

JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA

Jenis-jenis gajet

I. Gajet kawasan pintu
II. Gajet kawasan dapur
III. Gajet kawasan tempat basuhan
IV. Gajet kawasan tempat tinggal
V. Gajet kawasan pengeringan
VI. Lain-lain gajet

Tujuan Gajet

I. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan,
peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.

II. Melindungi makanan dari tercemar
III. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang

tajam
IV. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
V. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
VI. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang

makanan
VII. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang

dan tiang bendera.
VIII. Memanfaatkan sumber alam sekitar

IX. Mudah untuk dibuat atau dipindahkan
X. Menjimatkan kos

Jenis-jenis Gajet dan Kegunaanya
Bulletin Board Stand

-Digunakan untuk menampal segala info atau
maklumat

Camp Podium

-Sebagai tempat orang berucap atau
meletakkan mic dan kertas

Camp Table

-Digunakan untuk meletakkan barang yang
tidak terlalu berat seperti cawan

Camp Table Bench

-Digunakan sebagai meja makan

Camp Table Seats

-Digunakan sebagai meja makan atau
tempat berborak

Kitchen Work Table

-Digunakan untuk meletakkan pinggan
mangkuk, sudu dan sebagai tempat
untuk memotong sayur

Chippewa Cooking Fire Stand

-Tempat untuk memasak

Clothes Line

-Tempat untuk menyidai pakaian

Fire Pail Stand

-Digunakan semasa berlakunya situasi
kecemasan

Camp Shower

-Digunakan untuk mandi

High Force Shower

-Digunakan untuk mandi dengan
tekanan yang besar tetapi memerlukan
tenaga orang lain

Latern Tripod

-Dijadikan sebagai tempat untuk
menggantung tanglung dan mudah
dipindahkan

Latrine

-Sebagai tandas

More Utensils

-Sebagai tempat untuk mencuci
tangan

Three Compartment Sink

-Sebagai tempat untuk membasuh,
membilas dan mengelap alatan
memasak

Three Compartment Sink
Washboard

-Sebagai tempat untuk membasuh,
membilas dan mengelap alatan
memasak

IKHTIAR HIDUP

Iktiar hidup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelangsungan
hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu
memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu
berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan
berlaku dan apa akan seterusnya berlaku.

Api Perlindungan

-Digunakan untuk memasak air, -Melindungi diri daripada terdedah
makanan, memberi isyarat kepada kepada pancaran matahari yang
penyelamat, memanaskan badan,
cahaya dan keselesaan, membantu berlebihan, sejuk, angin dan hujan

menghalau binatang liar.

Isyarat Makanan dan Air

-Menandakan kehadiran kita dan -Bawa makanan ringkas yang
kebolehan kita untuk menarik berpotein, bertenaga dan berglukosa

perhatian orang lain untuk meminta tinggi pada setiap masa
bantuan
-SImpan air di dalam bekas minuman

-Jangan makan buah-buahan liar

Pertolongan cemas

-Amalkan 'STOP" iaitu sit, think,
observe dan plan

JALAN LASAK DAN PANDU ARAH

Tujuan

1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan
dan mengikut prosedur yang ditetapkan

2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap
3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur

pengendalian aktiviti
4. Melatih kecekapan pancaindera
5. Melatih kesabaran dan ketabahn dalam kesusahan
6. Menikmati keindahan alam di hutan
7. Menimba pengalaman baharu
8. Mendisiplinkan ahli pengakap supaya patuh kepada arahan

Peraturan dan Persediaan Jalan Lasak
i. Meninjau kawasan dahulu sebelum aktiviti jalan lasak dijalankan
ii. Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak seperti pesuruhjaya
pengakap, sekolah dan ibu bapa
iii. Maklumkan kepada pihak hospital agar segala urusan kemalangan
dapat diutamakan

iv. Menyediakan kotak first aids

Terminologi dan Alatan

1. Titik kawalan

2. Penanda kawalan

3. Kad kawalan

4. Peta utama

5. Keterangan kawalan

6. Landasan

7. Kompas

MASAKAN RIMBA

Masakan rimba bermaksud memasak tanpa menggunakan peralatan memasak atau perkakas
dapur seperti periuk maka telah menggunakan kayu, ranting kayu, daun, batu, buluh, tanah liat,
lumpur, tin, dawai atau kerajang aluminium bagi menggantikannya.

Masakan menggunakan ranting kayu dan buluh

Menu: Roti Lilit

Bahan-bahan

1. Tepung gandum
2. Garam
3. Gula
4. Air
5. Ranting kayu atau buluh yang telah dibelah dan dibersihkan
6. Bara unggun api

Cara Penyediaan

1. Adunkan tepung dengan air, gula dan garam sehingga sebati dan boeh dibentuk
2. Bentukkan adunan memanjang lebih kurang sebesar ibu jari
3. Lilitkan adunan pada ranting kayu atau buluh dengan kemas dan pastikan adunan melekat ke
kayu atau buluh.
4. Bakar di atas bara api hingga garing

Masakan menggunakan daun atau kerajang aluminium

Menu: Ikan bakar

Bahan-bahan

1. Ikan (dibersihkan dan dibelah dua kemudian dilumur dengan garam & kunyit)
2. Garam dan gula secukupnya
3. Bawang merah 2 biji
4. Bawang putih 4-5 biji
5. Halia seinci
6. Serai 2 batang dihiris
7. Cili kering 5 keping
#bahan-bahan nombor 3 hingga nombor 7 ditumbuk hingga sebati

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan-bahan nombor 3 hingga nombor 7 yang telah ditumbuk
2. Masukkan garam dan gula secukupnya
3. Masak sehingga pecah minyak
4. Lumurkan bahan-bahan yang selesai ditumis ke dalam belahan ikan
5. Balut ikan menggunakan daun pisang atau kertas aluminium dan letakkan di atas bara
sehingga masak.

Memasak menggunakan kerajang aluminium Memasak menggunakan tanah liat

MEMBUAT PERANGKAP

 Perangkap kurungan
 Perangkap jerlus
 Perangkap lobang
 Perangkap kotak
 Perangkap ular
 Perangkap tikus
 Perangkap kancil

 Perangkap buaya

MEMBACA KOMPAS

1. Kompas digunakan untuk menentukan arah, menjadi panduan asas bagi ahli-ahli
pengembara untuk menentukan hala tuju di dalam hutan.

2. Kompas bearing sudut diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah
360 darjah.

3. Kompas mata angin berpadukan empat mata angin yang utama.

Perkara-perkara penting semasa menggunakan kompas

1. Memeriksa bearing kompas bagi memastikan arah yang dituju itu betul dan tepat
2. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah

yang hendak dituju dengan mudah
3. Letak peta di atas tempat yang rata.
4. Letak kompas di atas peta itu dalam kedudukan tepi kompas selari dengan grid peta

menegak.
5. Putar dail kompas supaya berada di kedudukan 0 darjah
6. Pusing peta itu supaya jarum kompas menghala ke arah utara peta (masuk dalam

rumah kompas)
7. Baca bereng pada dial kompas di bahagian penandanya.

Angka-angka di kompas dan istilahnya

North = Utara =o
North east = Timur laut =45
East = Timur =90
South east = Tenggara =135
South = Selatan =180
South west = Barat daya =225
West = Barat =270
North west = Barat laut =325

MENGESAN TANDA DAN SIMBOL

Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti
batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dan
sebagainya.


Click to View FlipBook Version