The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by memeyothman, 2020-04-18 08:48:41

04 PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR

04 PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 1 drpd 12

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN

KURSUS UPC 3312 – ASAS PENGATURCARAAN C
TAHAP TIGA (3)
NO DAN TAJUK 04 PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
MODUL
NO DAN 04.01 JENIS-JENIS DATA DALAM BAHASA C
PERNYATAAN 04.02 PEMBOLEHUBAH
TUGASAN 04.03 PEMALAR
PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
TAJUK
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN
TUJUAN 1. JENIS-JENIS DATA DALAM BAHASA C
2. PEMBOLEHUBAH
3. PEMALAR

PENERANGAN :

PENGENALAN

Tujuan utama kita menulis aturcara adalah untuk memproses data. Bagi membolehkan data
diproses, kita mestilah dapat mewakilkan data tersebut.

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 2 drpd 12

1.0 JENIS DATA DALAM BAHASA PENGATURCARAAN C.

Terdapat 4 jenis data bahasa pengaturcaraan C iaitu int, char, float dan double. Jenis int
digunakan bagi nilai integer, jenis char digunakan untuk aksara, jenis float dan double
bagi nilai nyata atau titik terapung.

i) Jenis data integer

Jenis data integer boleh menerima nombor-nombor bulat. Contoh nombor bulat
ialah 1, 20, 300, -23, -876, -12,0, 303 dan sebagainya. Tetapi nombor bulat
yang dibenarkan ialah diantara -32767 hingga +32767. Dalam pengaturcaraan C,
integer disingkatkan sebagai int sahaja.

ii) Jenis data character

Jenis data character mewakili nilai aksara, nombor bulat dan simbol khas.
Contoh :
i) Contoh aksara ialah A-Z, a-z

ii) Contoh nombor bulat ialah 1, 2, 3 , 4, 5, 6……
iii) Contoh simbol *, +, -, / …….

Dalam pengaturcaraan C, character disingkatkan sebagai char sahaja

iii) Jenis data float

Jenis data float boleh menerima nombor perpuluhan dalam bahasa
pengaturcaraan C. Contoh nombor perpuluhan 1.22,6.90,-4.65 dan sebagainya.
Jenis data float boleh dinyatakan dengan tata tanda saintifik. Contohnya 14000
dinyatakan sebagai 1.4E4 yang bermakna 1.4 * 104 dan –0.0789 dinyatakan
sebagai –7.89E-2 yang bermakna –7.89 * 10-2.

iv) Jenis data double

Pemboleh ubah double mempunyai kepersisan sehingga 15 titik perpuluhan dan
jumlah 10-308 hingga 10+308. Ini bermakna suatu nilai double positif diwakilkan di
dalam komputer dalam bentuk 0.d1d2d3d4….d15 * 10n

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 3 drpd 12

yang mana setiap di ialah suatu digit perpuluhan. Digit pertama di ialah positif
dengan -308 <= n <= +308. Andaikan x ialah suatu pemboleh ubah double,
maka penyataan

x = 123.45123451234512345; /* 20 digit bermakna*/

menjadikan x diumpukkan suatu nilai yang disimpan dalam bentuk

0.123451234512345 * 10+3 /* 15 digit bermakna*/

2.0 PENGISYTIHARAN PEMBOLEH UBAH DAN PEMALAR

2.1 Pengisytiharan Pemboleh Ubah

Pemboleh ubah digunakan untuk menyimpan dua input dan hasil pengiraan atau
manipulasi logik. Nilai yang disimpan oleh pemboleh ubah boleh berubah sepanjang
perlaksanaan aturcara.

Setiap pemboleh ubah yang hendak digunakan dalam bahasa C perlu diisytiharkan dahulu.
Tujuan pengisytiharan ialah supaya komputer dapat menyediakan lokasi dalam memori
komputer untuk menyimpan nilai pemboleh ubah itu nanti. Amnya format pengisytiharan
pemboleh ubah dalam bahasa C ialah:
<jenis_data><nama_pemboleh_ubah>;

2.1.1 Pengisytharan pemboleh ubah memberitahu pengkompil empat (4)
perkara:

a) Nama pemboleh ubah
b) Jenis data bagi pemboleh ubah
c) Saiz sel pemboleh ubah di dalam ruang ingatan (dalam unit bait)
d) Kelas storan pemboleh ubah
Contoh pengisytiharan pemboleh ubah ialah:
a) int no;
b) char nama;
c) float luas_bulatan;
d) double luasBulatan

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 4 drpd 12

Pengisytiharan pemboleh ubah boleh diisytihar lebih daripada satu, contohnya seperti
berikut:
int nombor1, nombor2, hasiltolak; -----(dua pemboleh ubah boleh diisytihar

bersama dengan dipisahkan dengan ‘ , ’)
Pemboleh ubah yang berbeza digunakan untuk menyimpan jenis data yang berbeza. Oleh
itu dalam pengisytiharan pemboleh ubah, perlu dinyatakan jenis data yang harus disimpan
oleh pemboleh ubah tersebut. Dalam contoh di atas, pengecam luasBulatan disytihar
berjenis double.

2.1.2 Pengawalan pemboleh ubah

Sekiranya pemboleh ubah yang digunakan bertujuan mengawal nilai. Pengawalan pemboleh
ubah boleh diisytiharkan. Format adalah seperti berikut:

<jenis data><nama pemboleh ubah> = nilai;

Contoh-contoh pengawalan pemboleh ubah yang sah ialah:
a) int nombor = 7;
b) char nama = ‘A’;
c) float luas_bulatan = 5.53;

Sekiranya pemboleh ubah yang sama jenis diisytiharkan sebaris, maka nilai awalnya
diletakkan selepas namanya seperti berikut:

int nombor1 = 2, nombor2 = 15, hasiltolak;

Dalam contoh di atas, hanya pemboleh ubah nombor1 dan nombor2 diberikan nilai awal
manakala nilai hasiltolak tidak tertakrif. Maksud tidak tertakrif di sini ialah pemboleh ubah
hasiltolak boleh menyimpan apa-apa sahaja nilai pada masa tersebut.

2.2 Pengisytiharan Pemalar

Pemalar ialah suatu nama yang digunakan bagi mewakilkan suatu data yang tidak
berubah. Pemalar boleh diketegorikan kepada beberapa jenis mengikut jenis datanya iaitu:
a) pemalar integer
b) pemalar nyata

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 5 drpd 12

c) pemalar aksara dan
d) pemalar rentetan

2.2.1 Pemalar Integer

Integer ialah suatu nombor tanpa titik perpuluhan. Terdapat beberapa jenis pemalar integer.
Jens-jenis pemalar integer pula terbahagi mengikut sistem nombor yang digunakan iaitu:

a) Integer Persepuluhan (decimal). Contohnya: 100 2345 -77
b) Integer Perlapanan (octal). Contohnya: 0144 022255 010
c) Integer Perenambelasan (hexadecimal). Contohnya: 0x66 0xABB 0xFF

2.2.2 Pemalar Nyata

Pemalar nyata mengambil nlai yang sama seperti nyata dalam sistem nombor. Pemalar ini
boleh diwakilkan samada sebagai notasi titik apungan atau notasi eksponen atau kedua-
duanya sekali.

Pemalar titik apungan seperti 33.777e-22 tidak boleh ditulis mengandungi sebarang ruang
kosong atau aksara khas.

Perhatikan nama yang diberikan kepada bahagian pemalar tersebut:
33.777e-22
33 : bahagian integer
. : titik perpuluhan
777 : bahagian pecahan
e-22 : eksponen

Suatu pemalar nombor titik apungan boleh terdiri daripada:
a) bahagian integer
b) titik perpuluhan
c) bahagian pecahan
d) eksponen

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 6 drpd 12

2.2.3 Pemalar Aksara

Pemalar aksara mesti diapit olehtanda kutip tunggal. Contohnya:
‘A’ ‘z’ ‘?’ ‘5’

Pemalar aksara mempunyai nilai integer tertentu yang ditentukan oleh kod aksara atau
sistem pengekodan yang digunakan oleh komputer. Jenis-jenis kod aksara tersebut adalah
seperti ASCII, EBCDIC, Unicode, BCD dan lain-lain lagi.

2.2.4 Pemalar Rentetan

Pemalar rentetan terdri daripada sebilangan aksara yang diapit oleh tanda kutip berganda.

Contoh pemalar ini adalah: “UKM” “31, Jalan Melor” “123”

2.2.5 Seperti pemboleh ubah, pemalar juga perlu diisytiharkan dahulu. Pengisytiharan
pemalar dalam bahasa C dibuat menggunakan arahan pra pemproses #define:

#define<nama pemalar><nilai pemalar>

Contoh-contoh pengisytiharan pemalar yang sah ialah :

#define MAX_BIL_BARIS 54
#define HARI_MAC 30

Perhatikan bagaimana pengecam untuk pemboleh ubah ditulis dalam huruf kecil dan
pengecam untuk pemalar ditulis dalam huruf besar. Ini bukan merupakan syarat
menamakan pemboleh ubah dan pemalar di dalam bahasa C tetapi hanya merupakan satu
gaya pengaturcaraan yang diamalkan oleh kebanyakan pengaturcara. Seperti yang telah
diterangkan dalam unit sebelum ini, nilai pemalar hanya boleh diberikan sekali, kemudian
tidak boleh diubah lagi sepanjang aturcara.

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 7 drpd 12

Selain menggunakan penyataan #define pemalar boleh diisytiharkan dengan menggunakan
penyataan const.

Sintaks:
const<nama pemalar> = nilai pemalar;
Contoh-contoh pengisytiharan pemalar yang menggunakan penyataan const ialah:

const int tahun = 356;
const float PI = 3.142;
const char nama = “Ali”;

Pengisytiharan dalam bahasa pengaturcaraan C meliputi pengisytiharan pemboleh ubah dan
pemalar. Pengisytiharan ini akan memberitahu pengkompil C semua nama-nama yang
digunakan dalam sesebuah aturcara. Ia juga memberitahu jenis maklumat yang disimpan
dalam setiap pemboleh ubah dan pemalar serta bagaimana perwakilannya dalam ingatan.

2.3 Menggunakan Data Asas, Pemalar Dan Pemboleh Ubah Dalam
Program C

Penggunaan data asas pemalar dan pemboleh ubah dalam program C dapat ditunjukkan
melalui contoh aturcara pada rajah 1 di bawah:

/* Aturcara penambahan */
#include <stdio.h>
main()
{

/*Isytihar pembolehubah*/
int nom1;
int nom2;
int hasiltambah;

/*Ambil input*/
printf(“Masukkan nombor yang pertama :“); scanf(“%d”,&nom1);

printf(“Masukkan nombor yang kedua : “);
scanf(“%d”,&nom2);

/*Kira jawapan*/
hasiltambah = nom1 + nom2;

/*Cetak jawapan*/
printf(“Jumlah hasil tambah adalah %d \n”, hasiltambah);

return 0; Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)
}

Modul 01-Kertas Penerangan

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 8 drpd 12

Rajah 1: Contoh aturcara yang menggunakan data asas dan pemboleh ubah

Output :
Masukkan nombor yang pertama : 20
Masukkan nombor yang kedua : 7
Jumlah hasil tambah adalah 27

Dalam contoh aturcara pada rajah 6.1 di sebelah, nilai hasiltambah diperolehi dengan
mengumpukkan nilai (nom1 + nom2). Setelah itu barulah nilai hasiltambah tersebut
dicetak menggunakan arahan printf.

Seperti aturcara yang lain, aturcara dalam rajah 6.1 ini dimulakan dengan kenyataan
pertama di dalam main. Tiga baris kenyataan tersebut iaitu:

int nom1;
int nom2;
int hasiltambah;

Mengisytiharkan 3 pemboleh ubah yang masing-masing bernama ‘nom1’, ‘nom2’ dan
‘hasiltambah’. Ini dapat digambarkan seperti rajah 2 di bawah:

? ? ?

nom1 nom2 hasiltambah

Rajah 2: Gambaran mengisytiharkan 3 pemboleh ubah

Simbol ‘?’ digunakan untuk menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut
belum diberi nilai awal. Oleh itu kita anggapkan kita tidak mengetahui apakah nilainya
sekarang.

Kenyataan berikutnya iaitu : Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Modul 01-Kertas Penerangan

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 9 drpd 12

printf(“Masukkan nombor yang pertama : “);

Mencetak dan mengarahkan pengguna memasukkan satu nilai nombor. Penyataan selepas
itu ialah :
scanf(“%d”,&nom1);
Pengguna boleh menaipkan sesuatu untuk dimasukkan ke dalam pemboleh ubah nom1.
Dalam interaksi pada rajah 6.1, pengguna telah menaipkan nombor 20. Oleh itu nilai
pemboleh ubah nom1 sekarang menyimpan nilai 20 seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.
Nilai pemboleh ubah nom1, yang berubah manakala dua pemboleh ubah lain masih lagi
belum mempunyai nilai yang kita ketahui.

20 ? ?

nom1 nom2 hasiltambah

Rajah 3: nom1 diberikan nilai 20

Dua kenyataan berikutnya iaitu :

printf (“Masukkan nombor yang kedua : ”);
scanf(“%d”,&nom2);

Melakukan perkara yang hampir sama dengan dua baris penyataan sebelumnya iaitu
meminta pengguna memasukkan nombor. Kali ini apa yang ditaip oleh pengguna
dimasukkan ke pemboleh ubah nombor. Dalam interaksi yang ditunjukkan pada rajah 6.1,
pengguna menaipkan nombor 7. Sekarang pemboleh ubah nom2 menyimpan nilai 7 seperti
yang ditunjukkan pada rajah 4 di bawah.

20 7 ?

nom1 nom2 hasiltambah

Rajah 4: nom2 diberikan nilai 7

Selepas kedua-dua nilai pemboleh ubah dimasukkan kenyataan

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 10 drpd 12

hasiltambah = nom1+nom2;

berfungsi mengira hasiltambah kedua-dua nombor tadi. Cara perlaksanaannya ialah ia
akan mengambil nilai di sebelah kanan dan dimasukkan ke pemboleh ubah di
sebelah kiri. Dengan itu kenyataan tersebut memasukkan nilai (nom1 + nom2) ke dalam
pemboleh ubah hasiltambah menyimpan nilai 27. Ini digambarkan seperti rajah 5 di
bawah.

20 7 27

Nom1 Nom2 hasiltambah

Rajah 5: hasiltambah menjadi nilai 27

Kenyataan terakhir dalam aturcara ini ialah
printf(“Jumlah hasil tambah adalah %d\n”, hasiltambah);
yang mencetak nilai terkandung dalam pemboleh ubah hasiltambah pada skrin komputer.
Oleh kerana nilai hasiltambah sekarang ialah 27, maka nombor 27 itu yang akan dicetak.
Setelah itu simbol ‘}’ yang menandakan berakhirnya main ditemui dan atur cara
ditamatkan.

Aturcara pada rajah 6 di bawah menunjukkan contoh penggunaan pemboleh ubah dan
pemalar dalam program C.

/* Aturcara penolakan */
#include <stdio.h>
#define PEKALI 3 /* isytihar pemalar*/

main()
{
/*Isytihar pembolehubah*/
int nom1;
int nom2;
int hasiltolak;

nom1 = PEKALI;
nom2 = PEKALI * 3;

/*Kira jawapan*/
hasiltolak = nom2 - nom1;

/*Cetak jawapan*/
printf(“Jumlah hasil tolak ialah %d \n”, hasiltolak);

Mo}rdeult0u1-rKenrtas0P;enerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 11 drpd 12

Rajah 6: Contoh penggunaan pemboleh ubah dan pemalar dalam program C.
2.4 PENYELESAIAN MASALAH MENGGUNAKAN STRUKTUR LOGIK JUJUKAN

Struktur logikal jujukan adalah satu set arahan yang dilaksanakan baris demi baris mengikut
susunan logik yang betul. Apabila arahan-arahan ini dilaksanakan jawapan kepada masalah
yang akan dihasilkan.

Dalam aturcara pada rajah 6.6 di sebelah, baris #define PEKALI 3 adalah arahan kepada
pra pemproses C untuk mengisytiharkan pemalar bernama pekali dan ia mengambil nilai 3.
PEKALI ialah satu pemalar dan nilainya tidak akan berubah sepanjang perlaksanaan
aturcara. Nilai PEKALI boleh diumpukkan ke pemboleh ubah atau digunakan dalam
ungkapan seperti yang ditunjukkan dalam aturcara pada rajah 6. Output bagi aturcara pada
rajah 6 di sebelah ialah:

Output:
Jumlah hasil tolak ialah 6

RUJUKAN :

1. Mohamad Zamberi Saad, Ku Ruhana Ku Mahamud, Norita Md. Norwawi . 1999.
Pengenalan Pengaturcaraan C. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia

2. Marini Abu Bakar, Norleyza Jailani, Sufian Idris.1999. Pengaturcaraan C Edisi Revisi
2000.Kuala Lumpur:Prentice Hall (Singapore) Pte Ltd

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KPX3 Muka surat : 12 drpd 12

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)


Click to View FlipBook Version