The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amindhrh, 2022-09-24 02:38:03

INFO GRAFIK TAJAAN FACA FEST 2023

FACA FEST – 2018 HINGGA KINI

© Elton Elijah Photography

FACA FEST adalah akronim daripada nama fakulti
dalam Bahasa Inggeris iaitu Faculty of Applied and Creative
Arts (FACA) dan Festival (FEST). Ia merupakan program
tahunan anjuran pelajar program Pengurusan Seni dibawah
subjek. Sungguhpun dibawah subjek, penekanan praktikal
yang diberikan kepada pelajar sewaktu program FACA FEST
sangat tinggi.

Ini dibuktikan dengan penglibatan pelajar dengan
kerjasama pihak industri luar. Selain itu, acara yang diadakan
di dalam program FACA FEST adalah berskala besar. Sejak
diperkenalkan pada tahun 2018, FACA FEST menerapkan
format acara yang melibatkan Budaya Popular dan terkini
hari ini. Ia juga bersesuaian dengan pengunjung yang hadir
iaitu golongan remaja dan belia.

1

FACA FEST
‘ berehat seketika ’
akibat dari Pandemik
Covid - 19 selama
2 tahun iaitu dari
tahun 2020 dan 2021.
FACA FEST muncul
semula secara atas
talian pada awal
tahun 2022 melangkah ke arah lebih jauh apabila berjaya
dilakukan peringkat antarabangsa menerusi penyertaan
pelukis didalam pameran maya yang diadakan secara atas
talian dan persembahan penutup dari penyanyi sedang
meningkat naik melalui saluran Prank Taxi dari Youtube iaitu
Angga Candra. Selain itu turut diadakan bengkel bersama
kartunis, webinar dan pertandingan e-Sport secara atas
talian dan secara langsung.

FACA FEST pada tahun 2023 nanti akan mencabar
pelajar sekali lagi dalam menganjurkan acara secara
fizikal peringkat antarabangsa dengan suasana norma
baharu. 14 program termasuk konsert penutup FACA FEST
yang menampilkan penyanyi Cakra Khan yang dibawakan
khas dari Indonesia.

2

KEMERIAHAN FACA FEST

2018 Dibawah pensyarah
berpengalaman industri dalam

bidang penyiaran lebih 8 tahun

serta kerja-kerja dibelakang

tabir, FACA FEST telah berjaya

membawa nama-nama besar

untuk hadir ke Sarawak sebagai

tetamu undangan dan juga

melakukan persembahan. FACA

FEST musim pertama hadir

dengan penayangan filem 'Mencari
Rahmat' dengan kerjasama

Syarikat AB Roll Sdn Bhd

dimana Pengarah Filem tersebut,

Al Jafree Md Yusop hadir

bersama 2 pelakon terkenal

Sharifah Amani dan Nadia Aqilah bagi memeriahkan penayangan

filem tersebut.

Selain itu, turut diadakan
seminar bersama pelukis

terkenal Yusof Gajah (kini

telah meninggal dunia) yang
berkongsi idea dan pandangan
selaku penukis naif. Turut
dijemput Usamah Zaid (pencipta
animasi Ejen Ali) dan Neng
Kho Razali (pereka fesyen
terkenal Sarawak) untuk berkongsi pandangan dan ilmu mereka

dengan penonton.

3

2019

Pada tahun seterusnya

iaitu 2019, FACA FEST
menjemput Pengarah Filem
Pendek, Bebbra Charles Mailin
untuk menayangkan Filem
Ninavau. Bebbra dan suami
Muzammil kini mula mendapat
perhatian selepas Filem Cereka
pertama terbitan dan arahan
mereka iaitu Prebet Sapu
lakonan Amerul Affendi, Bront
Palarae dan Lim Mei Fen telah
dicalonkan kategori Filem
Antarabangsa Terbaik pada
Anugerah Akademi ke-94.

Turut hadir, komposer dan
penulis lirik lantang dalam
program Mentor, Azmeer yang
membincangkan Masa Depan
Industri Muzik di Malaysia dan
Iqbal Harun serta Ain Shuhada; 2
Youtuber yang berkongsi idea
kaedah menjana pendapatan
menerusi sosial media. Turut
diadakan pertandingan Beyblade,
E-Sport, Tarian Moden, Cosplay
dan pameran koleksi dari pengumpul permainan, Zombie
House dan banyak lagi.

4

2022

Dalam setiap format program
FACA FEST, majlis penutup akan
diserikan dengan konsert penutup.
FACA FEST telah menjemput nama-
nama besar sejak dari 2018 lagi
antaranya Bob Yusof (dahulunya Bob
AF), Haqiem Rusli, Azlan and The
Typewriter (dahulunya dari kumpulan
Meet Uncle Hussain, Naim Daniel dan
MK dari Kumpulan K-Clique.

Seterusnya menerusi
konsert secara maya dan
langsung, FACA FEST telah
berjaya melakukan lintas langsung
bersama penyanyi Angga Candra
yang berada di Boggor, Jawa
dan kumpulan Floor 88 di Kuala
Lumpur, dan Atmosfera di Sabah .

Kesemua ini diakukan oleh kumpulan pelajar dibawah program Pengurusan
Seni dengan kerjasama erat dari program lain yang terdapat dalam Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS

5

LOGO, TAGLINE DAN TEMA
FACA FEST

Sejak mula diperkenalkan pada
tahun 2018, Logo FACA FEST adalah kekal
hingga ke hari ini. Penggunaan warna 4
warna biru, merah, hijau dan kuning
melambangkan kemeriahan FACA FEST
dan penganjurannnya oleh Pelajar
Program Pengurusan Seni. Ia juga
membawa maksud kesemua pelajar yang
berbilang bangsa di Sarawak, Sabah dan Semenanjung
berkerjasama menjayakan program ini.

Tagline ini mengajak
pengunjung untuk bersama-
sama memeriahkan FACA
FEST dengan menyertai setiap program yang dianjurkan dalam FACA
FEST. FACA FEST telah membuka 'pintu UNIMAS' kepada orang
luar unutk hadir bersama-sama memeriahkan program ini.
Penganjur pernah menerima pengunjung sejauh Sri Aman (konsert
penutup 2019, MK K-Clique) yang sanggup hadir untuk melihat
persembahan dari MK sendiri. Rata-rata pengunjung didalam
setiap program FACA FEST adalah pelajar universiti iaitu UNIMAS,
UiTM dan IPG Kampus Tun Abdul Razak. Selain pelajar Universiti,
penduduk kampung berdekatan turut hadir memeriahkan program
termasuk pelajar sekolah rendah, menengah serta penduduk
sekitar dari Samarahan, Asajaya, Siburan dan Kuching.

6

Welcome Back
bermaksud selamat kembali
kepada semua pengunjung
FACA FEST yang pernah
memeriahkan program ini suatu ketika dahulu sebelum
Pandemik melanda dunia. Tema ini juga dipilih selepas dunia
beralih ke fasa endemik dimana norma baharu akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam acara ini. Ia juga sebagai satu
simbol kehadiran semula program ini secara fizikal selepas 2
tahun tidak diadakan.

7

OBJEKTIF FACA FEST

Memastikan Misi dan Visi UNIMAS iaitu Future
Ready Graduate dapat dicapai melalui konsep
pembelajaran praktikal di dunia Industri sebenar.

Menyokong matlamat pembangunan mampan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) atau
Sustainable Development Goal (SDG) 4 iaitu
memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan
saksama dan mempromosikan peluang
pembelajaran sepanjang hayat untuk semua
golongan pelajar

Meraikan semula kemeriahan FACA FEST
terdahulu dalam suasana norma baharu.

8

POSTER RASMI FACA FEST

9

ATURCARA PROGRAM
FACA FEST

11 JANUARI Majlis Perasmian FACA FEST
2023 Webinar Lecture Series AM
Projection Mapping
(RABU) FACA Cursed House
Bazaar FACA FEST
12 JANUARI
2023 Pameran Lukisan Borneo Malaysia Earth,
Sarawak-Pontianak
(KHAMIS) Webinar Curatorial Talk
Projection Mapping
13 JANUARI FACA Cursed House
2023 Bazaar FACA FEST

(JUMAAT) Webinar Animasi Cik Yah
FACA FEST Animation Show
14 JANUARI FACA FEST Neon Night Run
2023 Projection Mapping
FACA Cursed House
(SABTU) Bazaar FACA FEST

FACA E-Sport Festival
FACA FEST Kayak Race
Passion Celebration with FACA FEST
Projection Mapping
FACA Cursed House
Bazaar FACA FEST

15 JANUARI Projection Mapping
2023 FACA Cursed House
Bazaar FACA FEST
(AHAD) Majlis Penutupan FACA FEST

10

RAKAN MEDIA FACA FEST

Bilik Berita TVS telah
menyatakan setuju untuk
mempromosikan FACA
FEST

TVS

Rancangan Kuppa Kuppi
RTM bersetuju untuk
bekerjasama dengan FACA
FEST

RTM

Program Malaysia Hari Ini TV3 TV3
telah menyatakan setuju
untuk mempromosikan FACA
FEST

Cats FM bersetuju untuk

bekerjasama dalam

mempromosikan FACA

CATS FM FEST

11

APA YANG KAMI
PERLUKAN DARI ANDA?

FACA FEST mencari penaja-penaja bagi membantu dari sudut
wang ringgit, barangan mahupun perkhidmatan syarikat anda

MAKLUMAT PENAJAAN

Penajaan Wang Ringgit

Semua tajaan Wang Ringgit MESTILAH dimasukkan ke
dalam SATU AKAUN SAHAJA iaitu Akaun Semarak
Kreatif. Semarak Kreatif adalah anak syarikat Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS (Rujuk lampiran
bukti)

SEMARAK KREATIF SDN BHD

Nama Bank: RHB BANK
No. Akaun: 2-11128-0001382-8

12

Penajaan Barangan

Penajaan barangan juga dialu-alukan meliputi dan tidak
tertakluk kepada hadiah, cenderamata, air minuman,
alatan dekorasi, peralatan pembinaan dan apa juga
yang dilihat bersesuaian dengan khendak program.

Penajaan Perkhidmatan

Pihak kami juga mengalukan tajaan dalam bentuk
perkhidmatan. Ia boleh terdiri daripada penginapan
untuk penyanyi, peserta, tiket penerbangan, khidmat
pembinaan meliputi set dan apa juga yang melibatkan
dekorasi, mengecat, pengangkutan dan sebagainya.

13

LAMPIRAN

Semarak Kreatif adalah anak syarikat Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang
diberi kebenaran Naib Canselor UNIMAS untuk mengutip dana wang bagi
menjalankan dana pelajar. Lampiran adalah seperti di atas.

14

APA YANG AKAN DIBERIKAN
KEPADA PENAJA?

Beberapa perancangan telah dibuat bagi memastikan
penaja akan mendapat manfaat dari penajaan yang
dilakukan.

Justeru manfaat itu dapat digunakan dalam membantu
menaikkan imej syarikat, orang perseorangan kerana
telah menghulurkan bantuan kepada kumpulan pelajar
dalam menjayakan sebuah program pada skala besar
dan memberikan impak yang tinggi kepada pelajar.

Kesemua manfaat itu telah dipakejkan menjadi pakej
tajaan.

Antara syarikat-syarikat yang pernah menaja FACA FEST

15

PAKEJ TAJAAN DIAMOND
RM 20, 000 & KE ATAS
Penaja dijemput ke majlis perasmian dan
penutupan FACA FEST 2023 PLATINUM
Penaja berpeluang bergambar bersama Cakra RM 10, 000 - RM 19,999
Khan
GOLD
Syarikat penaja akan disebut di majlis RM 5,000 - RM 9, 999
perasmian, penutup dan setiap program
SILVER
Penaja akan diberikan surat penghargaan RM 1,000 - RM 4,999
daripada Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Penaja diberikan Goodies Bag

Logo syarikat penaja diletakkan pada kain
rentang dan poster rasmi FACA FEST 2023

Penaja diberikan tiket percuma ke Majlis
Penutupan FACA FEST 2023

Penaja berpeluang menikmati jamuan makan
malam bersama Cakra Khan

Penaja dijemput dan diperkenalkan semasa
sidang media

Syarikat penaja akan dipromosikan dalam satu
rancangan rakaman langsung

16

PERTANYAAN?

Bagi pihak produksi pengurusan acara, kami ingin
mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Yang Berbahagia
Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof/ Dr/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik
kerana telah sudi meluangkan masa membaca dan
mempertimbangkan untuk menaja program FACA FEST 2023
ini.

TTEERRIIMMAA KKAASSIIHH

17

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Encik Mohd Sharizam bin Hamzah
Penasihat Faca Fest
Pensyarah Program Pengurusan Seni
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

: 011-27218623
: [email protected]
: [email protected]
E-mail Rasmi FACA FEST:
[email protected]

18

© HAK CIPTA TERPELIHARA PROGRAM PENGURUSAN SENI, FSGK
UNIMAS


Click to View FlipBook Version