The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AIN MAISARAH BINTI CHE MAT IPG-Pelajar, 2024-05-01 11:45:58

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH 2024

Buku Log Kadet Remaja Sekolah 2024

Keywords: buku log,krs

ORIENTASI KURIKULUM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 TARIKH: 24.1.2024 TAJUK : ORIENTASI KURIKULUM & KAWAD SKEMA MERANCANG PROGRAM Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS. 1. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. 2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat. 3. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. 4. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan. 5. 6.Menyediakan keperluan asas pentadbiran. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahankemudahan asas. 7. 8.Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang kokurikulum. 9. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah. 10. 11.Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru. 12.Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS. 13.Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program. 14.Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar. 15.Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 16. PRINSIP MERANCANG PROGRAM Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum. 1. Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti. 2. Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah. 3. 4.Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan. 5.


PROGRAM JANGKA MASA PENDEK PROGRAM JANGKA MASA PANJANG Program jangka pendek merupakan perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya paling pendek kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada tugas-tugas rutin dan dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan. Antara contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk pertandingan kawad kaki daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat kadet, perkhemahan, rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala program jangka panjang pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli. Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. contohnya seperti perjumpaan Unit Beruniform Kadet Remaja 100% pelajar menghadiri aktiviti badan beruniform. PRINSIP MERANCANG PROGRAM 6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat. 7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai. 8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang. 9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikatsyarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing. 11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti kegiatan kokurikulum yang dianjur. JENIS PROGRAM


KURIKULUM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH UMUM TERAS (ELEKTIF) TERAS PENDIDIKAN KEROHANIAN & MORAL memahami dan mengenal Tuhan amalan mulia yang perlu –menghormati ibubapa/guru/pemimpin tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan seharian. mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia. PENDIDIKAN KETATANEGARAAN/PATRIOTISME Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat, serta lagu lagu patriotik yang lain. Memahami dan Menghayati Rukun Negara. Konsep kekeluargaan Kebudayaan Melayu serta kebudayaan lain-lain kaum. Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokoh tokoh negara. LATIHAN FIZIKAL senaman latihan kecergasan latihan asas kawad kaki latihan merentas halangan UMUM (ELEKTIF) AKTIVITI DI DARAT penggunaan kompas aktiviti pandu arah ikhtiar hidup AKTIVITI MENTAL Latihan kumpulan dinamik. Latihan mencipta logo dan slogan. Latihan sumbangsaran. Latihan membuat perancangan dan keputusan mengamalkan sikap terbuka berfikiran positif dalam aktiviti percambahan fikiran dan berjaya mengatasi masalah. Latihan membuat persembahan (kebudayaan/lain-lain) secara berkumpulan.


AKTIVITI KETAHANAN DIRI latihan kawad kaki untuk pertandingan/persembahan/upacara upacara rasmi. latihan asas Bantu Mula. latihan kecemasan semasa kebakaran ( latihan kebombaan ) latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. tatatertib Pasukan Pakaian Seragam. membaca dan menafsir peta. AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR perkhemahan. orienteering. rekreasi tali : abseiling, flying-fox. menggunakan tali (ikat dan simpulan) kembara AKTIVITI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR mengenal tumbuh-tumbuhan. mengenal binatang menyedari kepentingan flora dan fauna. ( penjagaan pokok-pokok) cara mengatasi masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan menjaga kebersihan alam sekitar AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP (KEUSAHAWANAN) merekacipta daripada bahan-bahan terbuang. mengitar semula. membaikpulih perabot. membuat kraftangan/gejet. latihan memasak. latihan asas jahitan. AKTIVITI DI AIR Keyakinan di air ( “water confidence”) Latihan keselamatan semasa berada di air Latihan asas berenang AKTIVITI KHIDMAT KE SEKOLAH khidmat guna tenaga. persembahan kebudayaan . gotong-royong. memakmurkan kemudahan sekolah. Keceriaan / Keselamatan / Kebersihan Sekolah


ORIENTASI KURIKULUM TKRS Imbas kod QR atau klik untuk melihat contoh Orientasi Kurikulum TKRS


RANCANGAN TAHUNAN TKRS


CONTOH RANCANGAN MINGGUAN & PERLAKSANAAN


SKIM LATIHAN KADET KRS SKIM LATIHAN KADET TKRS


PERKARA BAHASA HUKUMAN KESALAHAN BIASA BERBARIS Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham). Jadi tiga barisan cepat gerak. Jadikan tiga barisan Hukuman : Skuad masuk baris datang beratur tiada berlari bercakap-cakap barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih PARAS Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ... paras @ Yang tinggi ke kiri,rendah ke kanan, dalam satu barisan ... paras NOMBOR Hukuman : Skuad! Dari kanan ... Nombor Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah kebelakang ... gerak Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri ... Pusing Hukuman : Jadikan tiga barisan ... Cepat jalan Hukuman : Ke kanan lurus tidak bilang nombor dengan cepat menyebut nombor dengan suara yang perlahan lupa nombor masing-masing ASAS KAWAD KAKI KAWAD KAKI DALAM KRS


PERKARA BAHASA HUKUMAN KESALAHAN BIASA SEDIA Hukuman : Skuad, skuad ... sedia kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan berdiri tidak tegap dan mata bergerak kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan belakang tangan menghala ke hadapan badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata tidak memandang 200m ke hadapan semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi SENANG DIRI Hukuman : Senang ... diri siku bengkok lutut tidak tegap dan tiada bertahan jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu menggerakkan kaki kiri pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan jatuh tumit atau hujung kaki dahulu REHATKAN DIRI Hukuman : Rehatkan .... diri kedua-dua tapak kaki bergerak menggeliat bercakap-cakap


PERKARA BAHASA HUKUMAN KESALAHAN BIASA MEMBETUL KAN BARISAN Hukuman : Ke kanan ... lurus Pandang ... depan kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus pinggang lemah semasa kaki bergerak badan dan kepala tidak tegak siku bengkok turun tangan dengan lambat BUKA & TUTUP BARISAN Hukuman : Buka barisan ... gerak Tutup barisan ... gerak kedua-dua badan tidak rapat ke badan tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang tangan dan bahu bergerak mata pandang ke bawah badan tidak tegak BERPUSING Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan ... pusing ; bergerak ke kiri, kiri .... pusing ; menghadap kebelakang, belakang ... pusing ; menghadap ke hadapan, belakang ... pusing ; bergerak ke kiri, belakang ... pusing ; bergerak ke kanan, belakang ... pusing ; menghadap ke belakang, kanan/kiri ... pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri ... pusing badan berlonjak semasa berpusing tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki keberatan badan di atas kaki yang belakang menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang


PERKARA BAHASA HUKUMAN KESALAHAN BIASA BERSURAI KELUAR BARIS Hukuman : Ber ... surai Hukuman : Keluar ... baris kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus pinggang lemah semasa kaki bergerak badan dan kepala tidak tegak siku bengkok turun tangan dengan lambat CEPAT JALAN Berjalan Jarak langkah (ukuran dari tumit ke tumit) ~ Perlahan dan cepat jalansetiap satu langkah 30 inci~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci ~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci ~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci masa berjalan ~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit ~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit ~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih ~ Berlari- 180 langkah dalam satu minit Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .... cepat jalan Ingatan : Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. lutut kendur lenggang tidak lurus hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama


PERKARA BAHASA HUKUMAN KESALAHAN BIASA BERHENTI Hukuman : Skuad, skuad .... henti bergoyang selepas berhenti badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti turun tangan terlalu lambat mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan PUSING KE BELAKANG Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang ... pusing lutut bengkok semasa pusing membiarkan tangan berayun-ayun tidak mengangkat kaki cukup tinggi pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan TUKAR LANGKAH (cepat jalan) Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah (ikut keperluan). Maju. melenggangkan bahu dan tangan tidak membongkokkan lutut tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga HORMAT SEMASA BERJALAN Hukuman : Hormat, hormat ke kanan .... hormat hadapan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan .... hormat melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.


MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 PAGI - 11.00 PAGI Kawad Kawad asas kaki Bahasa hukuman Kawad Statik Kawad Dinamik PENULISAN LOG HARIAN BIL : 4 & 5 TARIKH: 31.1.2024 TAJUK : KAWAD LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA 7.2.2024


PERKARA BAHASA HUKUMAN SEDIA "BARIS ... BARIS SEDIA !" SENANG DIRI "SENANG DIRI !" REHATKAN DIRI "REHATKAN DIRI !" BERPUSING KE KANAN "BERGERAK KE KANAN, KE KANAN ... PUSING !" BERPUSING KE KIRI "BERGERAK KE KIRI, KE KIRI ... PUSING!" BERPUSING KE BELAKANG "BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG, KE BELAKANG ... PUSING!" LANGKAH SEBELAH "SATU/DUA/TIGA LANGKAH.. KE KANAN/KIRI ....GERAK!" HENTAK KAKI 'HENTAK KAKI ... CEPAT!" untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIS..HENTI!" KAWAD STATIK LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4 & 5 TARIKH: 31.1.2024 TAJUK : KAWAD 7.2.2024 KAWAD KAKI DALAM KRS


PERKARA BAHASA HUKUMAN BUKA/TUTUP BARISAN "BUKA/TUTUP BARISAN ... GERAK!" LURUSKAN BARISAN "KE KANAN ... LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad "PANDANG ... .DEPAN!" HORMAT KE HADAPAN "HORMAT, HORMAT KE HADAPAN ... HORMAT!"


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN CEPAT JALAN “Dari kanan/kiri, cepat jalan” INGATAN : Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu. Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut. Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi Lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang Jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan, kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang kehadapan 200 meter. BERHENTI Hukuman “Henti" diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan. Hukuman : “Skuad ... Henti” Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. 'Check' atas kaki kanan. Hentak kaki kiri dikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua-dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia KAWAD DINAMIK


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN PERLAHAN JALAN "Dari kanan/kiri, perlahan ... Jalan" 1. Langkah pertama: Tolak kaki kanan kehadapan 1 inci dalam keadaan tergantung. Lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri. Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi. 2. Langkah kedua: Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung. lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan teak dan tangan rapat ke rusuk. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan. LANGKAH KE HADAPAN/ KE BELAKANG “1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .... Gerak" Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke belakang mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak (kaki kiri jika bilangan langkah ganil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap) Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari di sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN LANGKAH MERUSUK Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap ke hadapan. Hukuman: “1/2/3/4/5/6/7/8 ... langkah ke kiri/kanan ... gerak” Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke sebolah kiri/kanan sehingga habis bilangan langkah yang diperintahkan. Langkah dibuat dengan mengangkat peha kanan / kiri 45 darjah ke hadapan dan hentak padat di sebelah kaki kiri kanan. Tumit dirapatkan. Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan) BELOK “Kanan/kiri belok” Sama ada berjalan dalam satu barisan (file) atau bertiga-tiga, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90. Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah. KE KANAN PUSING " Menghadap ke hadapan belakang, kanan ... pusing!" " Bergerak ke kanan/kiri. kanan ... pusing! " Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan KE KIRI PUSING " Menghadap ke hadapan / belakang, kiri ... pusing!” " Bergerak ke kanan/ kiri, kiri ... pusing “ Hukuman pusing diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Angkat kaki kanan dan hentakkan di sebelah kaki kiri Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN KE BELAKANG PUSING “Bergerak ke kanan / kiri, belakang ... pusing!" Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan, Angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, Angkat kaki kiri dan hentak sebelah kaki kanan. dengan pantas hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan. KE KANAN PUSING " Menghadap ke hadapan / belakang, kanan ... pusing " " Bergerak ke kanan / kiri, kanan ... pusing” Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. 'Check' kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berialan KE KIRI PUSING “ Menghadap ke hadapan / belakang, kiri ... pusing!” “ Bergerak ke kanan / kiri, kiri ... pusing!" Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri. Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan KE BELAKANG PUSING " Bergerak ke kanan / kiri, belakang ... pusing!" PERINGATAN : Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan ‘in’. Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, ‘check' kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. dengan pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju).


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN (SEMASA CEPAT JALAN) HENTAK KAKI "Hentak... kaki" Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, 'check' kaki kanan hentak kaki dengan kaki kiri MAJU “Maju!” Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai kaki kanan. (SEMASA PERLAHAN JALAN) HENTAK KAKI “Hentak ... kaki” Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kiri MAJU “Maju!” Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang kaki kanan ke hadapan untuk berjalan. HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI “Hentak kaki cepat” "Skuad.....henti" Mula hentak kaki dengan kaki kanan. Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan. Terus berhenti. TUKAR LANGKAH “Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah” Hukuman diberi masa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan BERHENTI SEMASA BERLARI " Dari kiri/ kanan ... cepat lari" Mula berlari dengan kaki kanan. Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit.


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN HENTAK KAKI SEMASA BERLARI “Hentak ... kaki” “Maju” Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, 'check' dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki kiri. Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri .kemudian mulakan berlari dengan kaki kanan. DARI CEPAT KE PERLAHAN JALAN "Tukar langkah perlahan, perlahan ... jalan" Hukuman "Jalan" ketika kaki kiri jejak ke bumi. 'Check' dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelan kaki kanan. Dengan pantas hulúr kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan. DARI PERLAHAN KE CEPAT "Tukar langkah cepat, cepat, jalan" Hukuman" cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan “jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut dan mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan. Tangan dilenggangkan DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI “Tukar langkah berlari ... cepat lari” Hukuman" lari “ diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudian mulai lari dengan kaki kanan. BUKA/TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN " Buka ... barisan" " Tutup ...barisan" Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus. Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kanan, Barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang berjalan terus.


PERKARA BAHASA HUKUMAN PERBUATAN TUKAR HALUAN MASA BERHENTI (CEPAT JALAN) "Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan … Tukar” "Cepat jalan" Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam. Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. Jarak antara barisan adalah satu langkah.


KAWAD FORMASI KAWAD KAKI DALAM KRS Juga dikenali sebagai kawad persembahan. Melibatkan asasasas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk formasi supaya lebih menarik.


MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 PAGI - 9.00 PAGI 9.00 PAGI12.00 PAGI 4. Kawad Kawad istiadat istiadat perhimpunan istiadat naik dan turun bendera 5. Asas Pertolongan Cemas tujuan dan prinsip bantu mula anduh dan balutan PENULISAN LOG HARIAN BIL : 6 TARIKH: 21.2.2024 TAJUK : KAWAD DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


KAWAD ISTIADAT LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 6 TARIKH: 21.2.2024 TAJUK : KAWAD & ASAS PERTOLONGAN CEMAS Perbarisan merupakan satu bentuk kawad yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu formasi kawad. la diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi. KAWAD ISTIADAT PERHIMPUNAN Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut kesesuaian tempat. 1. 2.Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja ” Hormat ke hadapan hormat ” 3.Lagu Lapor ” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll .................. Perbarisan sempena .......................terdiri daripada ........................... pegawai dan ......................... lain-lain pangkat siap untuk upacara perasmian/penutup/diperiksa dll. 4. 5.Periksa barisan ( jika ada ) 6.Doa 7.Ucapan dll. Lapor selesai perbarisan ” Baris.....Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan hormat. ” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon kebenaran meneruskan tugas yang lain. Terima kasih tuan. 8. Catatan : Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi prinsipprinsip kawad. 9.


ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 1. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 2. 3.Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4.Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 5. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 6. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 7. 8.KRS bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta KRS lain . 9. 10.Selesai memberi hormat, KRS bertugas kembali ke tempat asalnya. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli KRS menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu PKadet Remaja Sekolah dan doa berturutan. 11. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 12. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli KRS untuk 'senang diri'. 13. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 14. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 15. 16.Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17.Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18.Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.


ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 1. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 2. 3.Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4.Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 5. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 6. 2 orang KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 7. 8.Kedua-dua KRS bertugas melipat bendera. Selesai melipat bendera, KRS bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 9. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain 10. 11.Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12.Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13.Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.


ASAS PERTOLONGAN CEMAS Selamatkan nyawa. - Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang berkelayakan. TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS Mengelakkan dari bertambah buruk. -Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. Mengurangkan kesakitan. -Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit


PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelak dari bertambah teruk Mendapat bantuan doktor atau ke hospital 1 2 3 4 PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS 1.Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu. 2. Jangan sekali-kali meninggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memperhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 3. 4.Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna.


DRABC TINDAKAN D (DANGER) Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya R (RESPONSE) Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. A (AIRWAYS) Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut -jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa B (BREATHING) Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR. C (CIRCULATION) Pastikan nadi mangsa berfungsi – semak di nadi karotid atau dileher (c), jika tidak melakukan CPR. ARAHAN AM UNTUK MEMBERI BANTU MULA : 1. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya. 2. Bertindak berdasarkan DRABC (Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: PETI PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas adalah tindakan cepat atau rawatan darurat yang diberikan kepada individu yang cedera sebelum bantuan profesional tiba. Ia melibatkan pelbagai teknik yang boleh dilakukan oleh hampir sesiapa, walaupun tanpa latihan perubatan, dengan peralatan minimum. Peti pertolongan cemas adalah salah satu peralatan penting yang biasa digunakan dalam situasi tersebut. Oleh itu, adalah penting bagi sukarelawan penyelamat, khususnya, untuk memahami kandungan peti pertolongan cemas. PETI PERTOLONGAN CEMAS


BIL PERKARA KEGUNAAN 1. KAIN ANDUH Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang. 2. STERILE EYE PAD Melindungi mata tercedera/ bendasing. 3. NON-STERILE GAUZE STERILE GAUZE Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/ memberi tekanan pada pendarahan dan menstabilkan pendarahan 4. ELASTIC BANDAGE Menstabilkan kecederaan/kepatahan utk membalut luka dan juga kecederaan ringan. Contoh : dislocation. 5. GLOVEDISPOSABLE Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan 6. GUNTING Memotong gauze/bandage 7. ADHESIVE TAPE Melekatkan balutan dan pembebat 8. STERILE MULTITRAUMA DRESSING/GAUZE Melakukan pencucian/ pembebat luka 9. COTTON BUDS Mencuci luka pada kawasan sukar 10. ALCOHOL PREP PADS Mencuci sebarang bendasing/kekotoran sebelum membalut 11. ACRIFLAVINE (UBAT KUNING) Antiseptik 12. DETTOL Antiseptik/cucian luar 13. LMS SOLUTION Melegakan kesakitan otot ALATAN DI DALAM PETI PERTOLONGAN CEMAS


Anduh adalah kain yg digantung kebiasaannya pada leher utk mengampu contohnya tangan yang cedera atau mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh terkulai. Ia juga diguna untuk menutup, mengampu, menghentikan pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera JENIS ANDUH ANDUH BESAR ANDUH KECIL ANDUH PERGELANGAN TANGAN ANDUH MENAIK ANDUH BESAR ANDUH KECIL ANDUH PERGELANGAN TANGAN ANDUH MENAIK ANDUH DAN BALUTAN


JENIS BALUTAN ANDUH ANDUH LENGAN ANDUH KEPALA ANDUH LUTUT ATAU SIKU ANDUH PERGELANGAN TANGAN ANDUH TAPAK KAKI ANDUH LENGAN Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. ANDUH KEPALA Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kernudian dibawa ke dahi dan dikat buku sila. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas,


ANDUH LUTUT Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. ANDUH PERGELANGAN TANGAN & TAPAK KAKI Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. Ikatan buku sila dikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.


IKATAN BUKU SILA


BALUTAN Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan JENIS BALUTAN PEMBALUT TIGA SEGI PEMBALUT LEBAR PEMBALUT KECIL PEMBALUT GULUNG


MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 5. Asas Pertolongan Cemas merawat luka, gigitan dan sengatan serangga patah dan terseliuh pemulihan pernafasan teknik usungan PENULISAN LOG HARIAN BIL : 7 TARIKH: 28.2.2024 TAJUK : KAWAD DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


Gigitan atau Patukan Ular - boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yangdigigit dan bisa Rawatan Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 1. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. 2. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotongke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. Longgarkan ikatan 'touriquet' selama ½ minit tiap-tiap ½ jam 3. 4.Biarkan orang yang digigit ular it bertenang dengan cukup. 5.Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. 6.Jika ia tidak bernafas bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 7.Hantar ke rumah sakit yang terdekat Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang teriatih sahaja untuk membuat suntikkan. 8. Rawatan Kecemasan Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu . Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan. ASAS PERTOLONGAN CEMAS Merawat luka, gigitan dan sengatan serangga Merawat luka Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasar yang bersih. Gigitan Digigit hama rumput Hama-hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat Rawatan 1.Cuci tempat yang digigit bersih -bersih dengan air dan sabun 2.Tukar dan cuci pakaian. basuh densan anti - septik 3.Jangan diparu kerana ini menambahkan gatal dan menvebabkan bengkak. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti- histamine 4. LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 7 TARIKH: 28.2.2024 TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS


Merawat Patah atau Terseliuh Patah Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan oleh daya secara langsung. Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak. Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan tahap keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis. Tanda-tanda patah tulang Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang. Bengkak dan lebam. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis. Rawatan Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan. 1. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan. 2. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah. 3. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya. 4. 5.Bawa mangsa ke hospital dengan segera. Terseliuh Tanda-tanda & Gejala Rasa kesakitan pada sendi itu. Bengkak Lebam atau perubahan warna dibawah kuli tsendi yang tercedera. Rawatan 1.Letak beg ais pada sendi yang cedera 2.Tinggikan bahagian yang tercedera, 3.Letakkan mangsa didalam keadaan yang selesa. 4.Ampu bahagian yang tercedera. 5.Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan. Pemulihan Pernafasan Asfiksia (Terhenti Pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan dimana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.


Punca-punca Asfiksia Lemas Keracunan gas dan asap yang merbahaya Tersekat saluran udara Tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak kedalam ketika tidak sedarkan diri. Disambar petir atau kilat Terhimpit dada Runtuhan tanah. Serangan penyakit Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression). Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR. Teknik Usungan Usungan Menggunakan Pengusung Usungan kaedah ini memerlukan ramai pembantu dan khususnya dilakukan apabila manga tidak dapat bergerak disebabkan patah tulang belakang, leher atau kaki. Kaedah ini juga memerlukan manga dipindahkan secara jarak jauh. Caranya ialah tiga orang pembantu berada disebelah mangsa manakala satu orang berada disebelah satu lagi mangsa. Pembantu akan melutut dengan mengangkat lutut sebelah kanan. Manga akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga-tiga pembantu secara serentak, kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas usungan. Usungan Menggunakan Selimut Kaedah ini adalah sama dengan kaedah menggunakan pengusung. Sebagai menggantikan pengusung jika tada pengusung/papan keras. Kain selimut juga digunakan sebagai pengantara dari tempat mangsa ke pengusung. Usungan Improvasi Kemalangan di kawasan terpencil vang sukar mendapat bantuan lain, hendaklah dikendalikan dengan alatan-alatan yang terdapat di tangan. 2 helai baju dan 2 batang kayu dibuat usungan. Mangsa dibaringkan di atas usungan itu dan diikat badannya supaya tidak tergelincir jatuh. Penolong kecemasan seterusnya mengangkat usungan di sebelah kepala mangsa dengan membelakangkan mangsa dan menarik ke pusat bantuan lanjut.


MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 6. Disiplin & Kerohanian ketatanegaraan kerohanian/pendidikan moral pengurusan dan gaya diri 7. Keusahawanan kraftangan PENULISAN LOG HARIAN BIL : 8 TARIKH: 6.3.2024 TAJUK : DISIPLIN & KEROHANIAN, KEUSAHAWANAN LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA


Lagu-lagu Patriotik dan Pertubuhan Tujuan lagu-lagu patrotik adalah untuk melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan neger mengikut protokol yang betul, menanamkan semangat patriotik dan cinta akan negara semasa menyanyikan lag patriotik dan memastikan ahli kadet tahu menyanyikan serta menghayati seni kata lagu KRS dengan baik. Lagu-lagu Rasmi Negara Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh lagu-lagu rasmi negara Malaysia adalah Lagu Kebangsaan, Negaraku dan Lagu Negeri. Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah juga merupakan lagu wajib yang harus dihafal dan dinyanyikan oleh para kadet KRS. Lagu ini sama seperti lagu rasmi Negara yang mempunyai protokol yang harus diketahui oleh para kadet Doa, Tazkirah, SIrah Nabi, Bacaan Yasin & Kata-kata Hikmah Aspek disiplin dan kerohanian dalam Kade Remaja Sekolah juga terdapat doa atapun kata-kata hikmah serta moral yang perlu dititikberatkan. Hal ini adalah untuk menjaga disiplin dan membentuk keperibadian Kadet Remaja Sekolah. Penting bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotik yang tinggi Aspek-aspek berikut penting bagi seorang ahli KRS: 1. Rukun Negara 2. Bendera Malaysia 3. Senarai Yang di-Pertuan Agong di Malaysia 4. Kabinet 5. Falsafah Pendidikan Negara KETATANEGARAAN LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 8 TARIKH: 6.3.2024 TAJUK : DISIPLIN & KEROHANIAN, KEUSAHAWANAN


1. Rukun Negara Ideologi kebangsaan negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1979 yang dikenali sebagai Pengisytiharan Rukun Negara Rukun Negara harus jadi panduan kepada setiap rakyat yang mengaku warganegara Malaysia Pada masa ini, Rukun Negara dikehendaki dilafazkan dalam majlis perhimpunan rasmi kerajaan Bahawasanya, Negara Kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak, Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara satu cara hidup demokratik, Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak, Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan 2. Bendera Malaysia


Maksud Lambang Bendera Malaysia 14 Jalur berselang seli antara warna merah dan putih membawa maksud gabungan negeri yang terdapat dalam malaysia iaitu 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan. Bintang pada Bendera Malaysia mempunyai 14 bucu dimana ia membawa maksud perpaduan kepada semua negeri dan Wilayah Persekutuan. Bulan pada bendera Malaysia melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negara. Maksud Warna Bendera Malaysia Warna Biru : Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi negara. Warna Kuning : Warna kuning adalah warna Diraja. Ia melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunaslunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Warna Merah : Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 3. Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia


4. Kabinet Organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan persekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong Diketuai oleh Perdana Menteri dengan menterimenteri sebagai ahli Dibentuk oleh parti-parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen Dalam membentuk kabinet, Yang diPertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mengetuai kabinet. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dari ahli- ahli mana-mana Majlis Parlimen. Tugas kabinet Mengubal dasar dan merangka undang-.undang baru. Melaksanakan dasar-dasar yang telah diluluskan. Melaksanakan manifesto. Bertindak semasa kecemasan. 5. Falsafah Pendidikan negara “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”


Click to View FlipBook Version