The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berusahalah dan jangan putus asa. Nonaroguy boleh membantu dengan pemakanan dan rawatan herba tradisional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by captahmadshaifuddin, 2019-06-16 10:31:42

9) NR 6.3 Petua dan Rawatan - Ketidaksuburan

Berusahalah dan jangan putus asa. Nonaroguy boleh membantu dengan pemakanan dan rawatan herba tradisional

Keywords: ketidaksuburan

NR Parit Buntar PETUA DAN RAWATAN

(KETIDAKSUBURAN)

| Untuk edaran Ahli NR Parit Buntar sahaja |

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

Ketidaksuburan

Rawatan dan Amalan Tradisional secara NR
Contents
1. Pengenalan ...................................................................................................2
2. Rawatan untuk ketidaksuburan ....................................................................5
3. Rawatan Resipi Uncang Cuci .........................................................................8
4. Rawatan Minyak Berubat Herba ...................................................................9
5. Nasihat .......................................................................................................12
6. Produk Asas ................................................................................................13
7. Doa dan maksudnya ...................................................................................17
8. Bonus..........................................................................................................18

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 1

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

Ketidaksuburan

Rawatan dan Amalan Tradisional secara NR
(Untuk ibu-ibu yang ingjn hamil)

1. Pengenalan

Ketidaksuburan ialah kegagalan seseorang itu mengandung
ataupun menghasilkan benih yang boleh menghamilkan
seseorang wanita atas sebab-sebab tertentu.

Untuk menentukan sebab-sebab ketidaksuburan seseorang itu
perlu mendapat khidmat nasihat pakar (gynaecologist). Jikalau
didapati ketidaksuburan itu disebabkan oleh kemandulan, tidak
ada apa-apa ubat yang boleh mengubati.
Cuma kita tidak boleh berputus asa selagi ada daya usaha,
dengan izin Allah.

Bagi ketidaksuburan yang disebabkan oleh penyakit-penyakit,
insya Allah, NR boleh memberi bantuan rawatan untuk mengubati
penyakit yang dialami dan menyuburkan.

Satu faktor utama untuk berjaya ialah daya keyakinan dan usaha
yang gigih lagi sungguh-sungguh dari pesakit untuk membantu diri
mereka sendiri .
Alhamdullilah banyak pesakit telah dapat mengatasi masalah
mereka dan sekarang menimang cahaya mata yang di idam-
idamkan.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 2

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

NR ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca tentang
beberapa penyakit yang telah dapat di atasi.

a) Saluran Fallopian tersumbat atau membengkak.

Satu kes Sakit Puan yang lazimnya mendapat rawatan di NR.
Terdapat seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an,
sudah berumahtangga selama 10 tahun tanpa anak dan
mengalami masalah ketumbuhan di saluran fallopian yang
mengakibatkan satu fallopian telah dipotong. Wanita ini
hanya menpunyai sebelah saluran fallopian sahaja dan
didapati fallopian itu pula tersumbat serta sudah dijangkiti
kuman.
Oleh kerana beliau teringinkan anak, maka beliau tidak
mahu membuang fallopian itu sebaliknya beliau mendapat
rawatan Sakit Puan di NR. Setelah setahun mendapatkan
rawatan intensif dengan NR, Alhamdullilah beliau sekarang
sudah mempunyai 3 orang anak.

b) Ketumbuhan dalam rahim
seperti Fibroid. Cysts. Polyps.

Seorang wanita dalam

lingkungan awal 30-an yang

didapati mengandung anak

yang ke-3 tetapi mendapat

kesan ada ketumbuhan

dipangkal rahim yang boleh

menggangu proses

pembesaran janin. Beliau

tidak mahu menggugurkan

kandungannya itu

sebaliknya mendapatkan rawatan intensif daripada NR.

Syukur Alhamdulillah, dalam jangkamasa yang singkat, iaitu 2

atau 3 minggu masalah yang dialaminya dapat diatasi dan

disahkan oleh doktor beliau sendiri. Alhamdulillah, anak yang

dilahirkan cukup sifat dan sihat tanpa masalah yang sering

bayi yang baru lahir alami.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 3

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

1) Ketidaksuburan pada wanita yang normal.
Terdapat ramai wanita yang normal tidak boleh hamil
kerana:

Sengugut - ia terjadi kerana haid yang tidak lancar
perjalanannya dan mengakibatkan ketulan-ketulan darah
terjadi seterusnya menyekat perjalanan haid. Jika tidak
dirawat ia akan melemahkan dinding rahim, ataupun
menyebabkan "Chocolate Cysts" atau yang lazim kita
dengar, "Endometriosis".

Keputihan yang kronik - terjadi daripada gabungan angin
dan lendir daripada pemakanan seharian. Ia mengandungi
asid yang dapat menghakis sel-sel kesuburan dalam rahim
dan melekat di mulut rahim yang akan mengakibatkan
sperma dari lelaki tidak dapat berenang ke dalam rahim.
Seterusnya kerana ia berasid ia juga membunuh sel-seL
sperma yang terlalu sensitif.

2) Rahim yang berfungsi lemah.
Ramai wanita yang tidak dapat mengandung lebih
daripada 4 bulan atau susah melekat, oleh kerana terlalu
kerap D&C, mendapatkan rawatan daripada NR untuk
menguatkan kedudukan rahim mereka.

Bagi Kaum Lelaki

NR dapat merawat penyakit-penyakit seperti :

a) Lemah tenaga batin - tidak berfungsi dengan baik atau
tidak berfungsi langsung.

b) Kadar kandungan air mani yang rendah dan lain-lain
lagi.

Insya Allah, atas daya usaha Tuan/Puan sendiri, dapat
merawat kelemahan yang ada.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 4

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

2. Rawatan untuk ketidaksuburan

Rawatan herba NR mesti dimulakan dengan mengamal tiga
lawas selama dua minggu. Selepas itu, pemeriksaan doktor
hendaklah di lakukan untuk memastikan keadaan sebenar
sistem peranakan diri anda dan barulah boleh mengamal
cara cara pemakanan herba mengikut peraturan NR.

Ingin Hamil
Sebelum Sarapan Pagi :
1 sudu teh Madu Tenaga di selangselikan dengan
1 sudu teh Madu Nona Harmonis

Untuk Sarapan Pagi
Amalkan "Resipi Kamasutra"

1 gelas Susu Segar (Penuh Krim/Rendah Lemak)
1 sudu besar Madu Lebah
1 sudu teh Badam yang telah ditumbuk halus dari 7 biji Buah
Badam
1 biji Telor Ayam Kampung (merahnya sahaja)
7 biji Buah Pelaga ambil isi hitamnya sahaja

Campur ramuan ini ke dalam "Blender", jadikan ia seperti
"Milkshake".

Malam Sebelum Tidur:

Waktu malam sebelum tidur, makanlah Herba Pembersih
Dalaman, yang sesuai dengan sistem dalaman anda.

Semasa Haid & selepas Haid ikut peraturan yang diberi
dalam kertas Panduan "Produk Asas".

Nasihat :
i. Untuk Lelaki:

Anda hanya perlu mengamal pembersih dalaman,
Resipi Kamasutra dan Madu Tenaga sahaja.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 5

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

ii. Untuk Perempuan:
Cuci tempat sulit anda, sehari sekali, tiap-tiap hari
dengan Resipi Uncang Cuci dan menggunakan kapas
besih untuk meruangkan saluran dalaman faraj.

Resipi Uncang Cuci:
Rebus 1 pkt Uncang Cuci dalam cerek & tuang air
Herba itu ke dalam bekas bersih untuk digunakan.
Suhu air herba, ialah suam, kadar panas yang beruap
tetapi tidak melecurkan kulit.

Seletah selesai mencuci tempat sulit anda, kesat kering
& sapukan Minyak Berubat Herba di seluruh tempat sulit
dan dalaman.
Pada waktu malam sebelum tidur, panaskan semula air
herba uncang cuci herbanika dan cuci lagi tempat sulit
anda.

iii. Untuk Suami-Isteri

Sebelum Bersetubuh baca : 1 Kali
a) Surah Al-Fatihah 3 Kali
b) Selawat Nabi 3 Kali
c) Doa Nabi Allah Zakaria

iv. Sewaktu Bersetubuh:
Ketika suami hampir mengeluarkan benih, angkat
kedua belah kaki isteri dan letak ke atas bahu suami.
Bacalah "Doa Nabi Allah Zakaria 1 kali dan sedut serta
telan ayat yang penghujung.

v. Apabila selesai, suami dengan segera mengambil 2 biji
bantal lalu diletakan ke bawah punggung isteri dan
biarkan selama 25 min. Selepas itu, tambah 1 biji bantal
lagi, menjadikan ia 3 biji bantal dan tarik turun sebagai
pengalas peha isteri. Biarkan kedudukan isteri begitu
selama 1/2 jam.

Kemudian, alihkan bantal dan boleh ubah kedudukan.
Terus tidur, hanya cuci tempat sulit pada keesokkan
harinya.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 6

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

vi. Satu lagi nasihat yang telah terbukti berhasil ialah
apabila bersetubuh, isteri boleh ambil kedudukan
seperti bersujud. Suami melepaskan benih dari
belakang dengan cara kedudukan itu.
Apabila selesai, isteri hendak berkedudukan begitu
selama 10 min. Sementara itu, suami akan sediakan 2
biji bantal untuk mengalaskan punggung isteri cara-
cara seperti tercatat pada nombor 5.

INSYA ALLAH.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 7

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

3. Rawatan Resipi Uncang Cuci
Cuci, bertangas atau berendam dengan resipi uncang cuci
"Resepi Uncang Cuci"
1 atau 2 pkt Uncang Cuci
1 atau 2 genggam Jintan Hitam
1 atau 2 genggam Garam Kasar
1 atau 2 genggam Daun Inai } diramas
15 - 25 helai daun sirih } diramas
2 atau 3 liter Air Biasa.

Rebus semua ini dalam periuk. Apabila
mendidih, masukkan 1 atau 2 sudu besar
Minyak Berubat Herba.
i. Letakkan periuk tadi di bawah kerusi plastik yang

berlubang alas duduknya.

ii. Duduk atas kerusi plastik tersebut dan tutup peha
dengan tuala tebal supaya wap panas itu tidak
terkeluar. Bertangas tempat sulit dengan cara
Senaman "In and Out Breathing Method" (seperti
menahan buang air kecil, kemudian lepaskan nafas
perlahan-lahan melalui mulut.
Buat senaman itu sebanyak 10 kali kiraan.

iii. Air herba ini juga boleh digunakan untuk mencuci dan
meruang dalaman faraj dengan menggunakan kapas
atau ia boleh merendam sambil meruang.

iv. Selepas itu kesat kering dan sapu Minyak Berubat Herba
di kawasan tempat sulit anda.

INSYALLAH

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 8

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

4. Rawatan Minyak Berubat Herba

Minyak Berubat Herba

Minyak serbaguna ini sangat

berkhasiat dan telah terbukti

keberkesanannya. Ia boleh di guna

secara luaran dan dalaman iaitu

sebagai minyak sapu.

Ia berfungsi sebagai antiseptik,

astringent, penyegar kulit dan

pelembab.

Kegunaan yang sangat berkesan ini

selain digunakan untuk urat-saraf,

otot-otot, sendi, tulang, penyakit

kulit, batuk, selsema, lelah, paru-paru

kembang dan basah, resedong

hidung (sinus), sakit gusi dan gigi,

sakit telinga dan luka-luka parah

seperti bengkak-bengkak, benjol, ia

amat berkesan untuk

mengembalikan kesegaran tempat

sulit.

(a) Kembalikan kesegaran tempat sulit
Kegunaan di tempat sulit untuk mengeluarkan angin-
angin, darah dan lendir yang kotor berbau semasa
haid.
Kesannya membolehkan anda terasa segar, bersih di
tempat sulit.
Pada tiap-tiap hari pertama haid untuk ibu-ibu atau
gadis-gadis sehingga hari yang ke lima haid, ambil
sekeping kapas yang lebar, titik biar basah dengan
Minyak Berubat Herba ke atasnya dan letak di tempat
pintu faraj dan pakai pad.
Buat cara ini sehari dua kali.

(b) Kembali Rapat dan Rapi Saluran Farai
Selepas bersatu (coitus) dengan suami, cuci tempat
sulit dengan uncang cuci yang di campurkan dengan
air panas dari pancuran (pipewater) sehingga bersih.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 9

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

Kesat biar kering dan sapu minyak berubat herba
keseluruh faraj sehingga ke ruangan salurannya.

Dinasihatkan mengamalkan ini untuk mengembalikan
kesegaran yang rapat lagi kejab. Ia juga dapat
mengubati luka-luka, bengkak-bengkat tissue yang
berlaku semasa bersatu.

(c) Kembali Kekuatan Tenaga Kelakian
Buat urut dengan Minyak Berubat Herba di tempat
buah zakar dan kelakiannya serta dari ari ari ke atas
hingga ke pusat untuk kembalikan tenaga batin. Sapu
dengan mengurut perlahan-lahan dari bawah
sehingga ke atas seluruh perut.

Amalkan tiap-tiap hari, Insya Allah dalam masa satu
minggu terbukti-lah keberkesanannya.

(d) Kembali tegang & segar payudara dan membolehkan
mengesan tumbuhan di peringkat awal dan cara untuk
mengatasinya.

Ambil Herbanika Lulur, campur dengan air suam sapu
atau gosok di dua belah buah dada (payudara)
dengan cara mengosot mengelilinginya.

Biarkan Herbanika Lulur bertumpuk di buah dada
selama 10-15 minit.

Cuci bersih payudara dan kesat, sehingga kering.
Kemudian sapu Minyak Mustajab di sekeliling payudara
sehingga menyerab ke dalam. Buatlah berulangkali
tiap-tiap hari sehingga terasa kesannya yang
menakjubkan.

Ia memakan masa selama 6 bulan atau lebih mengikut
tenatnya keadaan payudara anda. Jikalau menyusu
anak tunggu sehingga tamat menyusu barulah mulai
dengan petua-petua ini.

Dengan mengamal cara ini anda boleh mengesan

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 10

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

tumbuhan payudara dan dapat mengatasi tumbuhan
itu di peringkat awal.

Ini di sebabkan ketulan lendir yang berisi angin telah
tersangkut di saluran-saluran perjalanan urat saraf.
Jikalau ia terlekat dan terkumpul di atas urat yang aktif,
ketulan itu akan membesar dan kemungkinan menjadi
barah yang ganas (maglinant). Jikalau ketulan ini
terlekat di atas urat saraf yang tidak aktif, ketulan itu
tidaklah membahaya tetapi menganggu perjalanan
sistem dalaman (dormat).

Jikalau berlaku kotoran itu, teruskan sapu Minyak
Mustajab ke atasnya dengan tiap-tiap kali selepas
tuam dengan tuala panas. Cara ini boleh
memecahkan lendir angin itu.
Jikalau biji terlalu keras boleh juga pratik secara tuam
dengan tuala panas tiap-tiap hari dan sapu dengan:

Minyak Mustajab
Biji kani
Biji pala kering
Muda Mesra
Bahan bahan in di asah atas batu bersih sehingga
pekat.

ATAU

Minyak Mustajab di masak dengan:-
1 sudu Lawas Angin
1 paket Muda Mesra
2 biji pala kering
1 sudu teh jadam
Masak dalam periuk tanah. Buat krim sendiri dan sapu
suam suam panas di atas ketulan itu.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 11

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

5. Nasihat
1. MADU NONA HARMONIS. 2. MADU TENAGA

Nasihat 1. Madu Nona Harmonis
Penyegar Dalaman (Deep Toner)
Ramuan in di buat khas untuk Wanita yang bersuami.
(Married Women Only).
Khas untuk wanita berusia 30 tahun ke atas yang ingin
hamil. Ia dapat membaiki sistem fertility dalaman
wanita dan sebagai penyegar dalaman (Refreshing &
Toning Body System).
Makan 1/2 hingga 1 sudu teh Madu Nona Hartponis
pada tiap-tiap pagi atau selang seli sebelum sarapan
pagi.
Sangat berkesan untuk Ibu-ibu atau Wanita yang
Menopause (Putus Haid). Jikalau anda mengidap
penyakit darah tinggi atau kencing manis, anda hanya
perlu mengamal seminggu sekali atau dua kali sahaja.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 12

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

Jangan makan semasa Haid.

Nasihat 2. Madu Tenaga
Untuk Lelaki/Perempuan
Khasiat Madu Tenaga adalah sebagai Pelembab dalaman
(Internal Moisturizer).

a. Semput - Lelah punca dari oleh Paru-paru Lembab
Amal l sudu teh Madu Tenaga sebelum makan, sehari
dua kali.

b. Masalah Haid: Datang Haid tidak teratur (irregular
period), Senggugut (Period pain), Haid terlalu sikit
(scanty flow), Darah Haid berbau busuk.
Amal 1 sudu teh Madu Tenaga setiap Pagi sebelum
sarapan dan diwaktu Petang.

c. Lemah kelakian, Badan terlalu lemah, letih, tidak
bermaya.
Tiap-tiap pagi atau selangseli pagi sebelum sarapan
pagi Makan 1 sudu teh Madu Tenaga sehari sekali atau
dua kali sehari Pagi & Petang.

Lelaki: Amal seterusnya sehingga sembuh.
Selepas itu di kurangkan ke seminggu dua atau tiga kali

Wanita: Amal seterusnya sehingga sembuh.
Selepas itu di kurangkan ke seminggu dua atau tiga kali
Boleh amal semasa Haid.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 13

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

6. Produk Asas

Nota 1: Lawas Pembersih Dalaman
Amal Lawas Mustajab Pembersih
Dalaman yang bersesuaian dengan
sistem buangan anda dengan mengikut
panduan diberi. Anda boleh tambah
atau kurang dosage mengikut
pencernaan diri masing masing.

Carta dibawah adalah untuk orang yang
senang buang air besar, sehari 3 kali. Jika
anda sembelit, anda cuma perlu tambah
dosenya.

Hari 1, 2, 3, 4, 5 :

Sebelum Sarapan: Minum 1 Mug Air Akar Herbanika.

Tengahari: Minum 1 Mug Air Akar Herbanika.

Petang: Minum 1 Mug Air Akar Herbanika.

Malam: Amal Lawas Pembersih Dalaman

(Lawas Kencang + Lawas Angin + Lawas Segar)

Rujuk Nota 1 diatas.

Hari 6:
Rehat sehari tanpa herba

Di ulangi berkali kali sehingga haid.
Jikalau terlalu Lawas anda juga boleh
amal berselang hari.
Contoh hari 1 makan herba, Hari 2 tanpa
herba, Hari 3 makan herba, hari 4 tanpa
herba dan seterusnya.

Haid: Hari 1 hingga Hari 3:

Sebelum Sarapan: Makan 1 sudu teh Madu Tenaga

Malam: Makan Pembersih Dalaman yang sesuai

Haid: Hari 4
Rehat tanpa herba .

Haid: Hari 5
Makan Pembersih dalaman yang sesuai

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 14

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

Selepas Haid
Hari Ke enam Haid hendak lah mulai amal Pembersih Rapi (Deep
Cleanser), Muda Mesra; walaupun masih basah, berdarah atau sudah
kering habis haid.
Sangat Mustahak mengamal herba untuk mengatasi sakit sakit puan
ini.

Haid: Hari 6 hingga hari 12 - berturut turut

Pagi atau malam: Muda Mesra + Lawas Angin

Hari 13 : Rehat tanpa Herba.

Hari 14 : Ulang hari 1 dan

seterusnya

Rawatan cara ini di amalkan selama 6
bulan. Selepas itu boleh dikurangkan
seminggu sekali, dua kali atau tiga kali.
Jangan tinggal mengamal herba
pembersih dalaman ini seumur hidup.

Jangan tinggal mengamal herba
pembersih dalaman ini seumur hidup.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 15

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

Anda boleh juga memilih untuk mengamal pembersih
dalaman Phyto Tablet jika anda tak boleh makan herba jenis
serbuk.

Anda boleh gantikan:
Lawas kencang + Lawas Angin dengan
Phytocleanse Plus.

Lawas Angin + Lawas Segar dengan
Phytocleanse

Muda Mesra dengan Phytox

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 16

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

7. Doa dan maksudnya

Maksud Ayat ayat dari Doa Nabi Allah Zakaria.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.
"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku
telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam
berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.
Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku
sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul,
maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera,
Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga
Yaakub; dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku, seorang yang diridhai".
Surah Marvam avat 4-6.
Insya Allah, dengan izin Tuhan.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 17

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Petua dan Rawatan NR [Ketidaksuburan]

8. Bonus
Tiada.

NR Parit Buntar

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 18

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]


Click to View FlipBook Version