The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

13 soalan soalan Lazim NR. Soalan no 31 hingga 43. Risalah terakhir yang ke 4 dari 4 siri.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by captahmadshaifuddin, 2019-06-16 09:58:39

5) 13 soalan Lazim NR (Bhgn 4)

13 soalan soalan Lazim NR. Soalan no 31 hingga 43. Risalah terakhir yang ke 4 dari 4 siri.

Keywords: Soalan lazim NR

NR Parit Buntar SOALAN LAZIM NR 4 / 4

(SOALAN 31 HINGGA 43)

|Untuk edaran Ahli NR Parit Buntar sahaja |

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Soalan-soalan Lazim Siri 4/4
F.A.Q : SOALAN-SOALAN LAZIM NONA ROGUY (NR) 31 hingga 43
Senarai Soalan-Soalan Lazim yang kami sering terima.
Semoga dapat membantu anda untuk lebih memahami produk & amalan
pemakanan Nona Roguy (NR).

31. Bolehkah wanita hamil mengamalkan herba Nona Roguy ?

32. Apakah perbezaan diantara Minyak Berubat Mustajab dan Minyak
Herbanika ?

33. Apakah perbezaan di antara Herbanika Uncang Cuci dan Barra
Herba Gel ?

34. Telah banyak yang saya dengar tentang produk herba pelembap
dan penyegar dalaman, bolehkah diberikan penerangan apakah
dia itu dan kegunaannya ?

35. Bagaimanakah cara pengambilannya Herba Pelembab Dalaman
Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis ?

36. Adakah terdapat sebarang produk khas untuk amalan wanita
selepas melahirkan ?

37. Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk
Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang
?

38. Bolehkah rangkaian Herbanika Bersalin turut diamal dan digunakan
oleh individu lain sebagai penjagaan kesihatan harian mereka ?

39. Apakah produk herba yang disyorkan untuk membantu menurunkan
tahap kolestrol ?

40. Mengapakah harga produk herba Nona Roguy mahal berbanding
dengan produk–produk herba lain di pasaran ?

41. Apakah produk yang disyorkan bagi wanita yang mengalami
masalah ketidaksuburan ?

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 1

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

42. Apakah produk bagi merawati masalah Ketidak suburan bagi kaum
lelaki ?

43. Saya masih menyusukan bayi yang berusia 3 bulan, adakah selamat
untuk saya meneruskan susuan sekiranya saya mengamalkan herba
pembersih dalaman atau produk Herbanika. Adakah ia akan
mendatangkan kemudaratan terhadap bayi saya ?

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 2

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Jawapan lengkap untuk Soalan-soalan Lazim di atas.

31. Bolehkah wanita hamil mengamalkan herba Nona Roguy ?
Ya boleh! Wanita sedang hamil juga boleh dan selamat untuk
mengamalkan rangkaian herba pembersih dalaman Nona Roguy
asalkan ia diambil mengikut dosej dan aturan cara pengamalan
sepertimana yang disyorkan.

Bagi tujuan pemeliharaan kesihatan ibu dan janin sepanjang tempoh
kehamilan:-
Adalah disyorkan ibu hamil mengamalkan minuman Akar Herbanika 1
cawan 2-3 kali setiap hari bagi membantu memastikan kebersihan
dalaman sistem tubuh dan menguatkan darah, hati, buah pinggang,
rahim dan pundi kencing ibu hamil. Ia juga dapat membantu
memelihara kesihatan bayi dalam kandungan serta memastikan
proses kelahiran bayi dengan lebih bertenaga dan mudah.

Formulasi herba yang dinasihatkan untuk amalan ibu hamil sebanyak
2-3 kali seminggu atau secara selang sehari adalah:
Selain dari pengamalan minuman kesihatan harian Akar Herbanika,
turut disyorkan pengamalan:- ½ -1 skop serbuk Mustajab Lawas Angin
+ ½-1 skop Mustajab Lawas Segar yang boleh diambil secara individu
atau secara gabungan (sekiranya anda lebih mengemari
pengambilan dalam bentuk tablet maka amalkanlah 1-2 tablet
PhytoCleanse .

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah sembelit:-
Selain dari pengamalan minuman kesihatan harian Akar Herbanika,
turut disyorkan penambahan pengambilan secara selang sehari :- ½-
1 skop Mustajab Lawas Kencang atau 2 tablet PhytoCleanse Plus.

32. Apakah perbezaan diantara Minyak Berubat Mustajab dan Minyak
Herbanika ?
Minyak Berubat Mustajab merupakan minyak sapuan harian
serbaguna untuk kegunaan seisi keluarga. Mengandungi estrak
Minyak kelapa Hijau, Kayu Putih ,Serai dan Sireh. Minyak sapuan ini

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 3

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

terkenal dengan khasiat pelembap, antiseptik, depuratif dan astrigen.
Berkesan sebagai sapuan penjagaan kesihatan harian dari hujung
rambut sehinggalah ke hujung kaki yang boleh digunakan bagi
mereka yang sihat atau berpenyakit.

Antara khasiat pengunaannya membantu memelihara kesihatan sulit
wanita selepas bersama,semasa dan selepas haid dan juga semasa
kehamilan, melegakan masalah pengembungan dan sakit perut,
batuk berterusan, sinusitis sederhana, sakit kepala, sakit telinga, sakit
gigi dan gusi, rasa kebas, pembengkakan ringan tulang
penyambung, sakit otot, kekejangan perut, kabur penglihatan,
terseliuh, melecur, luka dan lebam, mengurangkan masalah
kelemumur, penguguran rambut dan memperbaiki keadaan yang
lebih sihat untuk pertumbuhan rambut.

Penuangan Minyak Berubat Mustajab ke atas tuala wanita sepanjang
kedatangan darah haid akan membantu menyegar dan
memperlancarkan aliran darah haid. Pengunaannya juga dapat
membantu melegakan iritasi bahagian sulit kesan lelehan sulit semasa
hamil.
Bagi kaum lelaki pula , amalan pengunaannya sebagai minyak
sapuan dan urutan harian berupaya membantu mengembalikan
kekuatan tenaga kelakian.

Minyak Herbanika pula merupakan minyak sapuan bersifat
perubatan rapi juga berkhasiat pelembab, emolien, antiseptik
depuratif dan karminatif. Lebih banyak digunakan dalam rawatan
penyembuhan masalah penyakit jenis yang berat. Digunakan
dengan berkesan dari bahagian kepala sehinggalah ke hujung kaki
bagi membantu memperbaiki aliran / sirkulasi darah,
mempercepatkan penyembuhan hasil pembedahan seperti
pembedahan kelahiran / ceasarian dan luka episiotomi dengan
sapuan secukupnya di bahagian sekitar perut, belakang, kawasan
pelvis dan alat sulit selepas kelahiran. Merupakan minyak sapuan anti
stres bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ia juga membantu melegakan
masalah vena varikos (pengembangan dan penimbulan urat saraf),
kekejangan otot, mengurang dan meredakan masalah

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 4

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

pembengkakan tulang penyambung yang berat dan mengurangkan
tanda perengangan kulit.

Pengunaan harian semasa menjalani rawatan pantang bersalin akan
membantu mengejabkan dan memperbaiki kembali tona otot tubuh
yang menggeleber dan payudara yang kendur. Untuk perehatan
yang sepenuhnya bagi meredakan kekejangan otot tubuh dan
menghilangkan stres / tekanan, sapu dan urutlah ke seluruhan tubuh
bermula dari hujung rambut sehingga kehujung kaki dengan Minyak
Herbanika dan Minyak Zaitun yang dipanas suamkan.

33. Apakah perbezaan di antara Herbanika Uncang Cuci dan Barra
Herba Gel ?
Herbanika Uncang Cuci merupakan formulasi herba pembersih
luaran penjagaan peribadi harian atau 3 kali seminggu bercirikan
antiseptik dan astrigen bagi kegunaan lelaki dan wanita.
Didatangkan dalam bentuk paket uncang yang perlu direbus atau
direndam dalam air panas mendidih bagi mendapatkan kesan yang
lebih baik. Ia merupakan agen pembersihan yang efektif apabila
digunakan sebagai pembersih bahagian sulit wanita semasa dalam
tempoh berpantang dan semasa kedatangan darah haid.

Ia juga sesuai dibuat sebagai rendaman, cebukan, stimwap,
mandian rendaman dan tuaman bagi meredakan kesakitan otot
dan pembengkakan. Mujarab bagi masalah lelehan sulit, buasir,
resdung, infeksi kulat dan irritasi kulit yang kronik.

Barra Herba Gel mengandungi estrak daun sireh sebagai kandungan
utamanya merupakan gel pembersihan aromaterapi untuk
kegunaan harian seisi keluarga. Bercirikan antiseptik dan astrigen, ia
mudah digunakan dengan hanya penuangan terus dari botol
sebagai penyegar harian pembersih kewanitaan semasa dan selepas
haid, semasa hamil dan selepas melahirkan. Ia juga membantu
mereda dan mengatasi masalah iritasi kulit dan infeksi kulat lelaki,
wanita ,kanak-kanak dan bayi.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 5

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Sebagai syampo tubuh, ia membantu menghilangkan bau badan
dan bertindak sebagai skrab kulit kepala untuk mengatasi masalah
kelimumur, kegatalan kulit kepala dan mengurangkan keguguran
rambut. 1-2 titik gel Barra membantu pembersihan harian lazim
bahagian muka bagi mereda dan mengatasi masalah kulit dan
sinusitis. Setelah sembuh lakukan ia seminggu sekali.

34. Telah banyak yang saya dengar tentang produk herba pelembap
dan penyegar dalaman, bolehkah diberikan penerangan apakah dia
itu dan kegunaannya ?
Produk pelembap dan penyegar dalaman kami yang terkenal terdiri
dari Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis. Formulasi turun
temurun sejak berabad warisan Nona Roguy ini terkenal sebagai
penyegar dan pelembap sistem organ dalaman yang membantu
kesihatan am tubuh.

Madu Tenaga Segar:- Merupakan pes herba gabungan madu lebah
asli dan herba terdiri dari Jintan Hitam dan rempah ratus terpilih. Ia
adalah makanan kesihatan tambahan yang terbaik untuk amalan
seiisi keluarga. Antara khasiat pengamalannya ialah membantu
memperkuat dan mempertahankan sistem immun, membantu
melega dan mengatasi masalah kahak berlebihan, batuk
berpanjangan, kesesakan bernafas berkaitan dengan asma @ lelah,
infeksi bronkial/paru-paru sederhana, kekejangan haid, aliran haid
yang sedikit, rendah kiraan sperma, lemah nafsu syahwat, letih dan
kurang darah. Pengamalan harian Madu Tenaga Segar akan
membantu menambahkan tenaga kelakian dan kewanitaan.

Madu Nona Harmonis:- Formulasi 1001 malam pes herba khusus untuk
amalan wanita berkahwin atau usia 35 tahun keatas yang diakui
bermutu tinggi serta berkhasiat membantu menambah @
memperbaharui tenaga dan daya rangsangan seksual. Terbukti
berkesan membantu menyuburkan kembali fungsi sistem reproduktif
wanita, menguatkan rahim , membentuk otot faraj yang lebih
kejab,mengimbangi masalah ketidakseimbangan hormon dan
terkenal berkhasiat dalam pengurusan masalah pra dan pos
menopos.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 6

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

35. Bagaimanakah cara pengambilannya Herba Pelembab Dalaman
Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis ?
Dosej/sukatan Madu Tenaga Segar untuk pemeliharaan kesihatan:-
 Dewasa (wanita dan lelaki)-sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x
seminggu.
 Kanak-kanak- sebelum atau selepas sarapan ¼- ½ sudu teh 3 x
seminggu.

Dosej/sukatan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan:
 Dewasa (wanita dan lelaki)-setiap hari sebelum sarapan -1 sudu

teh diamalkan bersama minuman Akar Herbanika.

 Kanak-kanak-setiap hari sebelum atau selepas sarapan - 1/2
sudu teh diambil bersama air suam panas.

 Bayi 3 bulan keatas- 2-3x seminggu: ¼ sudu teh dicairkan
dengan air suam panas .

Bagi wanita yang mengalami masalah senggugut - amalkan Madu
Tenaga Segar bersama Akar Herbanika yang direbus bersama hirisan
halia tua dan ditambahkan dengan Madu Lebah bagi
menguatkannya.

Dosej/sukatan Madu Nona Harmonis untuk tujuan pemeliharaan
kesihatan wanita:-
 Sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x seminggu.

Dosej/sukatan bagi wanita yang mengalami masalah
ketidakseimbangan hormon:
 1 sudu teh boleh diambil 1 atau 2 x sehari sebelum sarapan dan

sebelum makan malam bergantung kepada tahap masalah
yang dihadapi .
 Madu Nona Harmonis tidak disyor untuk diamalkan oleh wanita
semasa 5 hari pertama ketika kedatangan haid dan semasa
sedang hamil

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 7

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Peringatan !
Bagi wanita yang mengalami masalah darah tinggi , kencing manis
dan masalah penyakit puan yang serius, sila dapatkan terlebih
dahulu khidmat nasihat dari perunding kesihatan Nona Roguy
sebelum mengambil Madu Nona Harmonis untuk dosej / sukatan
yang betul.

36. Adakah terdapat sebarang produk khas untuk amalan wanita
selepas melahirkan ?
Ya ada !
Diikenali sebagai Rangakaian Herbanika Bersalin dirumus khas bagi
penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan ibu semasa
menjalani tempoh berpantang selepas bersalin . Ia terdiri dari:
tablet Mustajab PhytoNatal,
Akar Herbanika
Uncang Cuci Herbanika,
Herbanika Lulur,
Herbanika Barut dan
Minyak Herbanika (kegunaan luaran).

Antara khasiat Pengamalan harian tablet PhytoNatal dan minuman
Akar Herbanika :- dapat membantu mengeluardan membersihkan
penimbunan kotoran bertoksik, darah beku, air berlebihan,
lemak,dan kotoran hasilan air kencing.
Ia juga membantu menguat dan mempercepatkan proses
pengecutan rahim dengan mengaktifkan hormon yang
mengimbangi sistem tubuh dan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti
penghasilan susu ibu.

Telah diakui melalui pengamalan tablet PhytoNatal Nona Roguy
dapat membantu memelihara kesihatan ibu dengan mencegah dan
mengatasi masalah depressi (kemurungan perasaan ibu selepas
bersalin), tekanan dan lemah.

Rangkaian produk penjagaan luaran kesihatan dan kecantikan
Herbanika pula berupaya membantu melega masalah sejuk-sejuk,
kebas, mengurangkan pengeleberan dan memperkecilkan kesan

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 8

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

jaluran perengangan, pigmentasi mengejab, menyegarkan kembali
payudara, otot tubuh dan mengalakkkan kelangsingan tubuh yang
lebih berbentuk.

37. Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk
Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang
?
Amalan Minggu Pertama -
Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan
penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar
Herbanika bersama 1 liter air. Tuangkan kedalam flask atau termos
untuk mengekalkan kepanasannya.

Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum.
Minum suam panas.

Amalan PhytoNatal sepanjang tempoh berpantang -
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:-
Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau
seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya
sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman
Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:- Amalkan
1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang sehari bermula
hari ke 4 atau seminngu selepas melahirkan dan diteruskan sehingga
hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar
Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:-
Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan harian
atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Amalan
diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau dari hari ke
4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari. Untuk
mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman
Akar Herbanika.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 9

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40)
Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan dan
sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka
bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau
episiotomi. Untuk memperbaiki aliran darah , lumurkan secukupnya
kebahagian belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan
kaki dengan urutan lembut . Sapukan 2-3 x sehari.

Penjagaan harian peribadi.
Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan 1-
2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan lakukan cucian
secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang
basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum
memakainya dengan selesa.

Herba Pembersih harian tubuh.
Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari , bagi membantu
memberikan kesegaran pada tubuh , gunakan Barra Gel sebagai
pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara,
lakukan gosokan lembut. Mandi dengan air suam panas.Cuci rambut
dengan air paip dan kesat kering. Ini adalah bagi mencegah
kepanasan dan pening kepala.

Untuk pemeliharaan payudara.
Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan
picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi
pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakan,
rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-
lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakan.
Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakan surut. Kesat kering.
Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian
payudara.Sekiranya hendak menyusui bayi ,pastikan terlebih dahulu
membersihkan bahagian puting anda dari kesan minyak.

38. Bolehkah rangkaian Herbanika Bersalin turut diamal dan digunakan
oleh individu lain sebagai penjagaan kesihatan harian mereka?
Ya boleh !

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 10

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Oleh kerana herba PhytoNatal menjalankan tugasan pembersihan
secara lembut maka ia turut boleh diamalkan dengan selamatnya
oleh kaum wanita dan lelaki bagi membantu meningkatkan
kesihatan harian tubuh mereka yang telah lanjut usia, mengalami
masalah pembuangan air besar jenis normal atau terlalu sensitif, yang
mengalami masalah pengumpulan lebihan angin dalam tubuh,
mengalami inkontinansi pengencingan dan masalah kesakitan dan
sengal atau bisa otot dan sendi.
Herba-herba lain yang terdapat dalam rangkaian herbanika bersalin
juga turut boleh digunakan dengan selamatnya oleh semua individu
tanapa mengira usia dan jantina.

39. Apakah produk herba yang disyorkan untuk membantu menurunkan
tahap kolestrol ?
Pertama sekali untuk kekal sihat, seseorang itu hendaklah mempunyai
disiplin dan ketetapan mengamalkan pengambilan diet harian yang
betul dan selalu bersenam yang mana ia dapat membantu
menurunkan dan mengawal tahap kolestrol.

Kedua disyorkan untuk anda memulakan pengamalan harian herba
Pembersih Dalaman Rapi Nona Roguy iaitu Phyto Detox dan
minuman anti oksidan Akar Herbanika 3 x setiap hari selama 3 bulan.

Kedua-dua herba itu merupakan produk yang disyorkan dan telah
terbukti berupaya membantu mempercepatkan proses penurunan
dan pengawalan tahap kolestrol.

40. Mengapakah harga produk herba Nona Roguy mahal berbanding
dengan produk–produk herba lain di pasaran ?
Produk herba Nona Roguy mungkin agak mahal jika dibandingkan
dengan kebanyakkan formula herba tradisional yang terdapat
dipasaran masa kini akan tetapi perlu diingatkan bahawa kami
mengunakan hanya bahan mentah yang berkualiti tinggi dalam
formulasi herba kami. Kesan positif hasil pengamalan rangkaian
produk kami kebiasaannya dapat dirasai dan dilihat dalam
jangkamasa 1 minggu pengambilan dosej atau applikasi/pengunaan
herba.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 11

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Setiap individu yang mengunakan produk kami pada permulaan
perawatan ( 1-6 bulan) mungkin terpaksa melabur/membayar kos
yang lebih walau bagaimanapun untuk jangkamasa panjang ia akan
lebih menjimatkan wang mereka kerana produk Nona Roguy
berupaya menjalankan fungsi membantu tubuh dalam proses
penyembuhan secara lebih cepat dan selepas itu mereka hanya
perlu mengambil produk itu sekali sekala bagi tujuan penyelenggaran
pemeliharaan kesihatan.

41. Apakah produk yang disyorkan bagi wanita yang mengalami
masalah ketidaksuburan?
Terlebih dahulu, perlulah diketahui tidak ada sebarang ubatan
moden termasuklah herba tradisional yang dapat membantu
sekiranya ia melibatkan masalah struktural/rangka yang
menyebabkan ketidaksuburan atau faktor ketidaksuburan / infertiliti
yang berpunca dari masalah genetik yang serius . Oleh kerana itu
adalah mustahak untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan
pengesahan punca penyebab kegagalan seseorang itu untuk hamil
dari doktor perubatan (bahagian O & G). Ini untuk memastikan anda
menerima perawatan yang betul.

Pengamalan rangkaian produk herba Nona Roguy yang istimewa
khusus untuk diikuti dalam program kesuburan untuk jangkamasa 3-6
bulan terdiri dari pembersih dalaman Lawas Angin / Lawas Segar /
Lawas Kencang, Akar Herbanika , Mustajab Phytox dan herba
penyegar dan pelembap dalaman Madu Tenaga Segar dan Madu
Nona Harmonis berupaya membantu memulihkan fertiliti / kesuburan
di samping memastikan kesihatan sistem reproduktif wanita dalam
tahap yang baik bagi mempertingkatkan peluang mereka untuk
berjaya mengandung.

Selain dari pengamalan herba-herba di atas ,anda juga dinasihatkan
untuk mengamalkan 1 gelas setiap hari minuman "Resepi Susu
kamasutra" . Dengan mengikuti program rawatan kesuburan istimewa
ini di samping resepi istimewa minuman kamasutra, telah terbukti ia
juga dapat membantu memperbetulkan keseimbangan hormon di

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 12

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

samping mengawal proses ovulasi dan mengalakkan produksi
telur/ovum yang lebih sihat.

42. Apakah produk bagi merawati masalah Ketidak suburan bagi kaum
lelaki ?
Pertama sekali dapatkan terlebih dahulu diagnosis / pengesahan
yang betul dari doktor akan punca penyebab ketidaksuburan anda.
Sekiranya ia bukan berpunca dari masalah struktural / rangka dan
genetik maka peluang untuk mengatasi masalah ketidaksuburan itu
adalah lebih cerah.

Anda boleh memulakan terus pengamalan rangkaian herba istimewa
yang terpilih dalam program rawatan kesuburan untuk jangkamasa
3-6 bulan seperti herba Pembersih Dalaman yang terdiri dari Mustajab
Lawas Kencang, Lawas Angin, Lawas Segar atau dalam bentuk
tablet PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus, Phytox, Akar Herbanika
(minuman anti oksidan) dan juga herba pelembap Madu Tenaga
Segar. Amalan herba-herba di atas dalam program rawatan akan
membantu memulihkan kembali kesuburan dengan memastikan
kesihatan sistem reproduktif terutamanya berada pada tahap yang
baik.
Insya Allah.

Selain dari mengikuti pengamalan rangkaian herba di atas,anda turut
dinasihatkan untuk mengamalkan minuman "Resepi Susu kamasutra
Berhalba" bagi tujuan mengalakkan penghasilan kualiti dan kuantiti
sperma lelaki yang lebih sihat dan aktif.

43. Saya masih menyusukan bayi yang berusia 3 bulan, adakah selamat
untuk saya meneruskan susuan sekiranya saya mengamalkan herba
pembersih dalaman atau produk Herbanika. Adakah ia akan
mendatangkan kemudaratan terhadap bayi saya ?
Penerusan penyusuan badan kepada bayi oleh ibu–ibu yang masih
meneruskan pengamalan herba pembersih dalaman seperti
minuman Akar Herbanika, PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus,
PhytoNatal dan Madu Tenaga Segar sebagai supplemen harian
kesihatan adalah selamat. Sementara tablet Phytox dan Madu Nona

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 13

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar - Soalan Soalan Lazim NR (4 of 4)

Harmonis hanya boleh diamalkan 2 x seminggu seperti dosej yang
disarankan. Kesemua produk Nona Roguy kecuali dua yang disebut
di atas adalah selamat untuk diamalkan oleh semua individu tanpa
mengira usia dan jantina . oleh kerana resepi rahsia herba–herba itu
diformulasikan secara unik sebagai antidot / penawar dalam bentuk
makanan supplemen yang bukan sahaja membantu menyembuh
dan mengatasi pelbagai jenis masalah maka ia juga tidak akan
menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan malah berupaya
membantu meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang disusui .

Bagi ibu yang masih menyusukan bayi boleh memilih untuk
mengamalkan herba–herba di atas secara harian ataupun selang
sehari bergantung kepada keperluan setiap individu.

Sekiranya pada bila-bila masa tempoh pengambilan produk ,bayi
anda mengalami ketidakselesaan ataupun pengeluaran najis cair
melebihi 5-6 x sehari maka dinasihatkan untuk ibu-ibu menurun atau
mengurangkan dosej /sukatan ataupun menghentikan buat
sementara waktu penerusan pengamalan herba dan merujuk
masalah yang mereka hadapi bagi mendapatkan nasihat
selanjutnya dari konsultan Syarikat NR.

Insya Allah, dengan izin Tuhan.

NR Parit Buntar

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 14

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]


Click to View FlipBook Version