NR Parit Buntar KASIH IBU 1
(KELAHIRAN SECARA NORMAL)
|Untuk edaran Ahli NR Parit Buntar sahaja |
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
" Jika Ibu Ibu mengamal dengan penuh disiplin, dedikasi dan tekun
mengikut cara cara yang di syorkan, Insya Allah, di jamin kesegaran,
kecantikan dan terpelihara kewanitaan ibu keseluruhannya."
Kata kata mutiara dari Pakar perunding Nona Roguy Datin Sharifah Anisah.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 1
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Contents
A) Rangkaian Set Herbanika Bersalin NR ...........................................................3
1. Rawatan untuk bersalin normal .........................................................................4
1.1 Peraturan Pertama: ............................................................................................4
1.1.1 Hari 1 sehingga hari 3. ............................................................................................................. 4
1.1.2 Resipi Minuman Akar Herbanika .......................................................................................... 4
1.1.3 Untuk Kegunaan Luar.........................................................................................4
1.1.4 Bahagian Perut. ........................................................................................................................ 4
1.1.5 Bahagian Sulit............................................................................................................................ 4
1.1.6 Resepi Uncang Cuci................................................................................................................ 4
1.1.8 "Resepi Herbanika Lulur" ......................................................................................................... 5
1.1.9 "Resepi Daun Mandi" ............................................................................................................... 5
1.2 Peraturan Kedua.................................................................................................6
1.2.1 Hari 4 sehingga hari 14............................................................................................................ 6
1.2.3 "Resepi Air Gamat" ................................................................................................................... 6
1.3 Peraturan Ketiga: ................................................................................................8
1.3.1 Hari 15 sehingga hari 30............................................................................................................ 8
2. Nasihat nasihat yang mesti di patuhi..............................................................10
2.1 Semasa awal 1 bulan dalam pantang bersalin...........................................10
3. PEMAKANAN SEIMBANG....................................................................................11
3.1.1 "Resepi Susu Badam" ............................................................................................................. 11
3.1.2 Makanan yang boleh dimakan ......................................................................................... 11
4. Rawatan Sampingan..........................................................................................13
4.1 Hari 31 sehingga hari 37 ..................................................................................13
4.1.1 "Resepi Tangas Kering" .......................................................................................................... 13
4.1.2 "Resepi Mustajab Uncang Cuci"......................................................................................... 14
4.2 Hari 38 sehingga hari 40 ..................................................................................14
4.2.1 "Resepi Mustajab Tangas Herba" ....................................................................................... 14
4.2.2 "Resepi Mustajab Uncang Cuci"......................................................................................... 15
4.3 Pada hari 41 sehingga hari 44 ........................................................................15
4.3.1 "Resepi Tangas Wangi".......................................................................................................... 15
5. Bertangas ...............................................................................................................17
6. Bertuam..................................................................................................................18
7. Berbengkong ..........................................................................................................19
8. Bertungku...............................................................................................................22
8.1 Kelebihan Tungku Besi: .........................................................................................22
9. Rawatan Sampingan NR Untuk Kecantikan Tubuh Badan ........................................26
9.1 Barra Gel NR .........................................................................................................26
9.2 Herbanika Lulur NR (Bentuk Serbuk)......................................................................27
9.3 Krim Herbanika Barut (Bentuk Krim)......................................................................28
10. Senarai barangan untuk suami sediakan. ............................................................29
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 2
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
A) Rangkaian Set Herbanika Bersalin NR
Sejak berkurun lamanya, perubatan herbanika bersalin telah menjadi satu
daripada rahsia khazanah warisan kesihatan dan kecantikan dunia melayu
khususnya bagi ibu ibu selepas bersalin. Khasiat pembersihan, penyucian
dan penyegaran ini adalah kunci untuk melambatkan proses penuaan.
Rangkain set perubatan herba untuk ibu bersalin NR digabungkan lengkap
dengan enam item utama:
Phytonatal- pembersih dalaman yang ringan dan
perangsang sistem imuin badan
Akar Herbanika- minuman herba antioksidan untuk kesihatan
dan kecantikan
Herbanika Lulur- serbuk herba perubatan sebagai skrab
Uncang Cuci Herbanika- perubatan herba untuk mandi dan cucian
bahagian sulit
Krim Herbanika Barut- krim untuk kegunaan luaran bagi
memudahkan kegunaan untuk membantu
merampingkan badan.
Nota:
Herbanika Barut Serbuk - dirumus secara tradisi untuk kegunaan luaran bagi
membantu merampingkan badan sebagai pes lembut. Ia perlu dimasak
dengan air asam jawa terlebih dahulu sebelum menggunakannya suam
suam panas.
Sapu perut dengan minyak herbanika terlebih dahulu sebelum
menggunakannya untuk keberkesanan yang lebih mujarab.
Rangkaian Herbanika Bersalin
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 3
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
1. Rawatan untuk bersalin normal
1.1 Peraturan Pertama:
1.1.1 Hari 1 sehingga hari 3.
Minum 3 atau 4 cawan air Akar Herbanika pada waktu pagi semasa,
tengah hari, petang dan malam selepas makan.
1.1.2 Resipi Minuman Akar Herbanika (Minuman Antioksidan)
2 Uncang Akar Herbanika
3 - 4 cawan (1 teko) Air Panas Mendidih
1 - 2 sudu teh Madu Arab atau Madu Lebah Asli
Masukkan 2 Uncang Akar Herbanika ke dalam 1 teko (3 - 4 cawan) air
panas mendidih dan biarkan ia terseduh sehingga warna air bertukar
kekuningan.
Ketika hendak minum, campurkan dengan Madu Arab atau Madu
Lebah Asli. Minum ia semasa suam-suam panas.
Jika berpenyakit kecing manis, minum tanpa madu. Uncang itu boleh
digunakan berulangkali sehingga tiada warna.
1.1.3 Untuk Kegunaan Luar
1.1.4 Bahagian Perut.
Gosok Minyak Herbanika di bahagian pinggang, perut, ari ari dan
celah peha. Disyorkan mengguna barut, bengkung atau "strap on
Binder". Ikat perut biar selesa. Jangan diikat terlalu kuat.
1.1.5 Bahagian Sulit.
1.1.6 Resepi Uncang Cuci.
1 uncang Cuci Herbanika
1/2 pkt garam kasar
1/2 liter air panas mendidih
Rendam 1 uncang cuci herbanika di dalam air panas mendidih.
Biarkan seketika sehingga uncang cuci mengeluarkan warna the
pekat.
Isikan air panas mendidih kedalam besen dan masukkan garam kasar.
Tuang air uncang cuci kedalam besen tadi.
Apabila hendak berendam, anda boleh campurkan sedikit air paip
untuk mengurangkan panasnya. Air rendaman itu biarlah tahap
panas berasap, tetapi panas tidak melecurkan kulit.
Selepas menyuci - ambil kapas yang lebar. Basahkan kapas dengan
Minyak Berubat Herba dan letakkan di atas tuala wanita anda. Setiap
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 4
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
kali buang air kecil anda dikehendaki menggantikan kapas yang
baru.
Amalan yang diberi ini, sangat mujarab dan baik untuk luka jahitan di
tempat sulit.
1.1.7 Bahagian Badan.
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh
badan:
1.1.8 "Resepi Herbanika Lulur"
1 atau 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam
serta sedikit air Florida. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki betis, tapak
kaki, tangan lengan dan belakang. (Alangkah baiknya jika suami
dapat membantu sapu dan lulur badan isterinya!)
Selepas lulur, disyorkan mandi dengan air herba seperti resepi berikut;
1.1.9 "Resepi Daun Mandi"
Daun Serai
Daun Pandan
Daun Lengkuas
Daun Bunga Kantan
Daun Halia
Daun Cekur
Daun Kunyit
1 genggam Halba
1 genggam Jintan Hitam
1 genggam Garam Kasar
4 - 5 Uncang Cuci Herbanika.
Ambil satu helai kain nipis yang lebar, letakkan semua bahan bahan
di atas di atasnya dan ikat menjadi seperti bungkusan. Rebus bahan
bahan di atas didalam periuk atau cerek besar. Biarkan air herba itu
mendidih.
Nota:
1) Semua bahan bahan dan herba di atas boleh di beli di depan pasar
awam pusat bandar Parit Buntar.
2) Ibu boleh guna kain tudung kepala lama untuk membungkus bahan
bahan di atas.
Cara mandi daun
1. Duduk diatas bangku atau kerusi rendah.
2. Basuh badan, rambut dan kulit kepala terlebih dahulu dengan air
biasa (suam suam kuku atau air paip)
3. Kesat kering rambut dan ikat sanggul tinggi (jika perlu).
4. Bilas badan dengan air Resepi Daun Mandi hingga bersih.
5. Sambil mandi lakukan bertuam. Ambil bungkusan yang telah rebus
tadi dan gunakan ia sebagai bahan bertuam. Bertuamlah di
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 5
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
bahagian tengkok, di celah celah peha, ari ari dan pinggang.
Jadual amalan untuk Hari 1 hingga Hari 3:
Hari 1 hingga hari 3:
Pagi: 1. Minum 1 Mug Air Akar Herbanika
2. Cuci dan berendam tempat sulit
3. Berlulur dengan resepi Herbanika Lulur
4. Mandi dengan resepi Daun Mandi
5. Gosok badan dengan minyak Herbanika
6. Berbengkong
5. Sarapan dan makan vitamin
Tengahari: Makan tengahhari bersama 1 Mug Air Akar
Herbanika.
Petang: Minum petang bersama 1 Mug Air Akar Herbanika.
Sebelum Malam: 1. Cuci dan berendam tempat sulit
2. Mandi dengan resepi Daun Mandi
3. Gosok badan dengan minyak Herbanika
6. Berbengkong
5. Makan malam bersama 1 Mug Air Akar
Herbanika.
1.2 Peraturan Kedua
1.2.1 Hari 4 sehingga hari 14.
1.2.2 Pagi sebelum sarapan:
1.2.3 "Resepi Air Gamat"
1 sudu teh Air Gamat
1 - 3 sudu teh Madu Lebah Asli
1 biji telur Ayam Kampung (kuningnya sahaja)
1 sudu besar Jus pati halia.
Gaul sehingga sebati dalam cawan.
Amalkan minum sebelum sarapan pagi selama 14 hari.
1.2.4 Selepas sarapan:
Amalkan minum 1 cawan Air Akar Herbanika yang telah dicampur
dengan Madu Lebah Asli bersama dengan 1 - 2 tablet Phytonatal.
Nota:
Bagi Ibu yang mengalami masalah sembelit, dinasihatkan untuk
mengamal phytonatal sehari dua kali ia itu sekali di sebelah pagi dan
sekali lagi pada waktu malam.
Amal menyuci tempat sulit dengan:
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 6
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
i. Uncang cuci Herbanika.
ii. Minyak Berubat Herba.
Teruskan amalan menggunakanHerbanika Lulur sebelum mandi.
Amalan mandi air herba "Resepi Daun Mandi" diteruskan.
Setiap kali selepas mandi sapu dibahagian peha, kaki, betis, tapak
kaki, belakang badan,dan lengan dengan air florida.
Semasa ini dinasihatkan ibu ibu didalam pantang bersalin untuk
mendapatkan urutan tradisional yang professiona.
Cara mengguna Herbanika Barut:
2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam
Jawa di dalam periuk tanah, Masukan air secukupnya. Seelok eloknya
biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga
sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia hingga suam.
Lumurkan minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari ari, pinggang
dan peha. Lumurkan bahan yang di masak tadi di seluruh pinggang,
perut dan bahagian ari ari. Tutup lumuran tadi dengan kain dan ikat
kejab diatasnya dengan barut.
Lakukan 2 kali sehari ia itu pada waktu pagi selepas mandi dan pada
waktu petang. Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan
pinggang dengan minyak Herbanika. Ulangi menggunakan
Herbanika Barut suam suam panas dan ikat semula barut. Biarkan
berbarut sehingga pagi.
Jadual amalan untuk Hari 4 hingga Hari 14:
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 7
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Hari 4 hingga hari 14:
Pagi: 1. Sebelum sarapan minum 1 Mug resepi Air
Gamat
2. Cuci dan berendam tempat sulit
3. Berlulur dengan resepi Herbanika Lulur
4. Mandi dengan resepi Daun Mandi
5. Gosok badan dengan minyak Herbanika
6. Sapu Herbanika Barut dan Berbengkong
7. Selepas Sarapan, telan 1 -2 tablet Phytonatal
bersama 1 Mug Air Akar Herbanika
Tengahari: Makan tengahhari bersama 1 Mug Air Akar
Herbanika.
Petang: Minum petang bersama 1 Mug Air Akar Herbanika.
Sebelum Malam: 1. Cuci dan berendam tempat sulit
2. Mandi dengan resepi Daun Mandi
3. Gosok badan dengan minyak Herbanika
4. Berbengkong
5. Makan malam bersama 1 Mug Air Akar
Herbanika.
6. Telan 1 -2 tablet Phytonatal
1.3 Peraturan Ketiga:
1.3.1 Hari 15 sehingga hari 30.
1.3.1 Minum air Herbanika bersama Phytonatal. Jika menyusu hanya ambil
Phytonatal sehari sekali. Akar Herbanika boleh diamalkan 3 - 4 kali
sehari.
1.3.2 Teruskan amalan menyuci bahagian sulit dengan Resepi Uncang
Cuci.
1.3.3 Teruskan juga menggunakan Herbanika Lulur sebelum mandi.
1.3.4 Teruskan amalan mandi dengan resepi Daun Mandi
1.3.5 Selepas mandi, sapu bahagian tapak kaki, kaki, betis, peha, lengan
dengan air florida.
1.3.6 Mula bertungku.
1.3.7 Teruskan amalan berbengkung dengan Herbanika Barut.
Jadual amalan untuk Hari 15 hingga Hari 30:
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 8
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Hari 15 hingga hari 30:
Pagi: 1. Sebelum sarapan minum 1 Mug Air Akar
Herbanika
2. Cuci dan berendam tempat sulit
3. Berlulur dengan resepi Herbanika Lulur
4. Mandi dengan resepi Daun Mandi
5. Sapu kaki dan lengan dengan air florida
6. Gosok badan dengan minyak Herbanika
7. Bertungku
8. Sapu Herbanika Barut dan Berbengkong
9. Selepas Sarapan, telan 1 -2 tablet Phytonatal
Tengahari: Makan tengahhari bersama 1 Mug Air Akar
Herbanika.
Petang: Minum petang bersama 1 Mug Air Akar Herbanika.
Sebelum Malam: 1. Cuci dan berendam tempat sulit
2. Mandi dengan resepi Daun Mandi
3. Gosok badan dengan minyak Herbanika
4. Berbengkong
5. Makan malam bersama 1 Mug Air Akar
Herbanika.
6. Telan 1 -2 tablet Phytonatal
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 9
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
2. Nasihat nasihat yang mesti di patuhi.
2.1 Semasa awal 1 bulan dalam pantang bersalin.
2.1.1 Jangan bertangas atau berganggang dibahagian tempat sulit.
2.1.2 Jangan makan manjakani atau jamu jamu yang panas yang boleh
mengeringkan atau merapatkan saluran faraj semasa dalam awal 1
bulan pantang bersalin. Kerana semasa inilah ibu ibu dalam pantang
perlu menyuci dan mengeluarkan darah darah dan ai air busuk yang
masih tertinggal di dalam rahim dan celah celah pintu rahim. Semasa
ini ibu dalam pantang perlu buang air besar dan air kecil dengan
lawas.
2.1.3 Jangan cuci rembut dengan air panas. Ini boleh menebabkan
rambut akan keguguran. Cuci rambut dengan air paip atau air suam
suam kuku.
2.1.4 Disyorkan mengurut dan bertungku dengan pakar tradisional (jikalau
ada). Jika tidak dapat khidmat pakar tradisional, janganah lakukan
bertungku. Hanya lakukan urutan tradisional sahaja.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 10
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
3. PEMAKANAN SEIMBANG
Semasa dalam pantang bersalin.
3.1 Diet yang disyorkan untuk ibu ibu dalam pantang bersalin:
Untuk diminum pada waktu pagi semasa sarapan.
3.1.1 "Resepi Susu Badam"
1 gelas susu rendah lemak
1 sudu teh madu lebah asli
1 biji telur ayam kampung (kuningnya sahaja)
1 sudu teh serbuk kacang badam
Blender semua bahan bahan di atas dan buatkan minuman ini seperti
milkshake.
3.1.2 Makanan yang boleh dimakan
Makanan, buah buahan dan sayur sayuran yang boleh dimakan
semasa dalam pantang:
Nasi panas sederhana lembut, sphagetti, pasta dan makaroni.
Sayur sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang
merah,bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit,
ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun kari,
brokoli, lobak, sawi, dan serai.
Ikan segar yang di syorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan,
jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal
putih dan senangin.
Ayam tanpa kulit, burung merpati dan burung puyuh(disyorkan
stim, rebus atau bakar). Daging tanpa lemak (Lembu, Kambing,
rusa).
Makanan bijirin ia itu gandum, oats, empingan jagung / corn
flakes, bran muesli, beras merah, berah perang, kismis kuning
dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tohu), kekacang
badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti
wholemeal / wholegrain, roti canai, capati, tosei, roti puri dan
kari.
Buah buahan yang disyorkan ialah epal merah, oren manis,
limau manis, kurma, kurma merah / red dates, buah zaitun,
buah tin, delima, pir, pic, aprikot, strawberri, anggur, jus epal,
ribena dan sirap.
Minuman berkhasiat yang di syorkan susu, soya, horlicks, milo
dan akar herbanika.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 11
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Gunakan pemanis ia itu stevia, madu lebah asli, gula merah,
gula perang dan raw sugar.
Teruskan amalan memakan vitamin sebagai suplimen ibu
semasa menyusu bayi.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 12
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
4. Rawatan Sampingan
4.1 Hari 31 sehingga hari 37
Pagi antara jam 6 am - 1030 am. Ibu perlu bertangas kering.
4.1.1 "Resepi Tangas Kering"
3 pkt Mustajab Muda Mesra
1/2 cawan Ibu Kunyit
1/4 cawan Jus Limau Nipis
1 pkt Krim Tangas Herbanika
Blender Ibu kunyit sehingga lumat. Campur bahan bahan di
atas di dalam mangkok dan gaul hingga sebati.
Sementara itu, bakar batu tungku atau batu sungai sehingga ia
betul betul panas. Apabila sudah panas, angkat batu itu dan
letak ia ke dalam periuk tanah.
Tuangkan campuran Resepi Tangas Kering ke atas batu panas
dan tutup supaya asap tidak keluar dari periuk. Apabila sudah
sedia, buka penutup periuk untuk bertangas atau berwap.
Amat penting bagi ibu untuk sapu Minyak Berubat Herba ke
seluruh tempat sulit dan saluran faraj.
Periuk tanah diletakkan di atas lantai. Ambil bangku plastik dan
letak di atas Periuk tanah tadi.
Duduk di atas bangku dan tutup badan dengan tuala atau
selimut dari paras leher sehingga kaki. Sambil bertangas ibu
disyorkan melakukan senaman senaman urat untuk
menguatkan otot otot di bahagian rahim.
Senaman otot yang dikenali sebagai "In and Out Breathing
Method" dilakukan secara menarik nafas sambil mengemutkan
tempat sulit (contoh seperti menahan buang air kecil)
kemudian dilepaskan nafas melalui mulut sambil melepaskan
kemutan tersebut. Ulang cara ini sebanyak lebih 10 kiraan.
Bertangas kering selama 10 - 20 minit sahaja.
Selepas itu kesat kering dan sapu tempat sulit dengan Minyak
Berubat Herba. Ambil sedikit Paradise Harmonis dan campurkan
dengan Minyak Berubat Herba supaya ia menjadi seperti krim
tipis. Ruangkan ke dalam saluran faraj sehingga tersentuh pintu
rahim.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 13
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Petang (Jam 5 - 7 pm)
Ibu perlu berendam dengan:
4.1.2 "Resepi Mustajab Uncang Cuci"
2 pkt Mustajab uncang Cuci
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar jintan hitam
1 sudu besar Minyak berubat herba
1 - 2 liter air
Rebus bahan bahan ini di dalam periuk tanah kecuali Mustajab
uncang cuci dan Minyak berubat herba. Dua bahan ini di
masukkan selepas air rebusan mendidih.
Apabilah hendak berendam, anda boleh campur sedikit air
paip untuk mengurangkan panasnya. Air rebusan itu biarlah
tahap panas berasap tetapi panas tidaklah melecurkan kulit.
Berendam sambil meruang saluran faraj sehingga tersentuh
pintu rahim. Bersihkan tempat sulit sehingga terasa segar.
Berendam selama 5 - 10 minit sahaja.
Kesat kering tempat sulit dan sapu Minyak berubat Herba. Ambil
sedikit Paradise Harminis dan campurkan sedikit Minyak berubat
Herba seperti krim tipis dan ruangkan kedalam saluran faraj
sehingga tersentuh pintu rahim. Biarkan semalaman dan di cuci
keesokan harinya dengan air biasa atau air suam sebelum
bertangas kering.
4.2 Hari 38 sehingga hari 40
Pagi antara jam 6 am - 1030 am. Ibu perlu bertangas herba.
4.2.1 "Resepi Mustajab Tangas Herba"
1 pkt Mustajab Tangas Herba
1 - 3 sudu besar Minyak Berubat Herba
1 liter air
Rebus semua bahan resepi dalam periuk tanah yang bertudung
sehingga mendidih.
Periuk tanah diletakkan ke dalam lubang tandas dengan di alas
papan tipis (supaya tidak terkena air tandas). Boleh juga guna
bangku plastik dan periuk tanah di letak dibawahnya.
Apabila hendak bertangas barulah buka tudung periuk untuk
mengeluarkan wapnya.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 14
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Duduk tutup badan dengan tuala atau selimut dari paras leher
sehingga kaki.
Sambil bertangas ibu disyorkan melakukan senaman senaman
urat. Ulang lebih dari 10 kali kiraan.
Setiap kali selepas bertangas, perlu sapu Minyak berubat herba
dan Paradise Harmonis di saluran faraj.
Petang (Jam 5 - 7 pm)
Ibu perlu berendam dengan:
4.2.2 "Resepi Mustajab Uncang Cuci"
2 pkt Mustajab uncang Cuci
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar jintan hitam
1 sudu besar Minyak berubat herba
1 - 2 liter air
Rebus bahan bahan ini di dalam periuk tanah kecuali Mustajab
uncang cuci dan Minyak berubat herba. Dua bahan ini di
masukkan selepas air rebusan mendidih. Biarkan seketika
sehingga air rebusan bertukar kepada warna teh herba.
Apabilah hendak berendam, tuang air rebusan ke dalam
besen. Ibu boleh campur sedikit air paip untuk mengurangkan
panasnya. Air rebusan itu biarlah tahap panas berasap tetapi
panas tidak melecurkan kulit.
Rendam dan ruangkan saluran faraj sehingga terasa bersih.
Rendam selama 5 - 10 minit.
Selepas berendam, kesat kering kemudian gunakan Minyak
berubat Herba dan Paradise Harmonis di saluran faraj.
4.3 Pada hari 41 sehingga hari 44
Selepas melakukan rawatan bertangas kering dan bertangas herba,
tibalah masanya untuk ibu melakukan tangas wangi khas untuk
mengharumkan bahagian sulit.
4.3.1 "Resepi Tangas Wangi"
1 pkt Herba Tangas Wangi
1 genggam Bunga Mawar
1/2 liter air
1 botol air mawar (Rosewater)
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 15
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Rebus semua bahan resepi dalam periuk tanah yang bertudung
sehingga mendidih.
Ambil bangku plastik dan periuk tanah di letak dibawahnya.
Kemudian apabila hendak bertangas barulah buka tudung
periuk untuk mengeluarkan wap yang wangi. Cara untuk
bertangas wangi sama seperti bertangas herba.
Selepas bertangas selama 5 - 10 minit, kesat kering tempat sulit
dan ruangkan saluran faraj dengan Paradise Harminise.
Sebelum tidur cuci saluran faraj dengan air paip. Jikalau di
dapati saluran faraj terlalu kesat, ruang dalaman faraj dengan
Minyak Berubat Herba.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 16
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Bertangas
5. Bertangas
Anda perlu bertangas dengan "Resepi Tangas
Kering" untuk mengering dan mengecutkan
urat urat saraf yang bengkak di sekitar rahim
dan saluran tempat sulit.
a. Sapu minyak berubat herba di bahagian
dalam dan luaran tempat sulit sebelum
anda duduk berstim wap atau
bertangas.
b. Buka tudung periuk tanah dan biarkan
wap herba keluar. Duduk di atas bangku
plastik tadi dan tutup badan dengan
tuala atau selimut dari paras leher
sehingga kaki supaya wap tidak keluar.
c. Sambil bertangas anda disyorkan
melakukan senaman senaman urat.
d. Senaman otot yang dikenali sebagai "In
and Out Breathing Method" dilakukan
secara menarik nafas sambil
mengemutkan tempat sulit (contoh
seperti menahan buang air kecil)
kemudian dilepaskan nafas melalui
mulut sambil melepaskan kemutan
tersebut perlahan lahan. Ulang cara ini
sebanyak lebih 10 kiraan.
e. Bertangas kering selama 10 - 20 minit
sahaja.
f. Peringatan: Semasa haid tidak boleh
bertangas
g. Selepas itu kesat kering dan sapu
tempat sulit dengan Minyak Berubat
Herba.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 17
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Bertuam
6. Bertuam
Rawatan bertuam ini sangat bagus untuk memanaskan
badan, melembutkan urat saraf, membuang angin,
melancarkan pengeluaran darah nifas, membantu
mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut.
Amallah bertuam disekitar perut, ari ari dan pinggang
dengan (4) "Resepi Bungkusan Tuam Kering"
Cara untuk bertuam:
Sebelum bertuam, sapukan minyak berubat herba pada
perut, ari ari dan pinggang.
Tuamkan Bungkusan Tuam Kering di atas pada bahagian
bahagian yang sakit dan juga sekitar perut, ari ari dan
pinggang secara perlahan lahan dan berulangkali sehingga
terasa puas atau selama 10 - 20 minit.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 18
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Bengkong
Bengkong Moden Bengkong Tradisional NR ZigZag
Bengkong lilit Jawa Bengkong Tali Mia
7. Berbengkong
Kaedah tradisional "Bengkong" ini terbukti mampu
mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita dan
di amal untuk menjaga kesihatan dalaman.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 19
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
“Bengkung” selalunya dipakai selepas rawatan mengurut,
bertungku atau bertangas.
Antara faedah memakai bengkung adalah:
1) Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut —
mengurangkan kesan regangan, menghilangkan
tompok hitam pada kulit perut.
2) Membuang angin dalam badan.
3) Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak
rahim jatuh.
4) Mengecutkan rahim yang bengkak.
5) Mempercepat proses pengeluaran darah kotor.
6) Mengelak badan dari ‘masuk angin‘.
7) Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh.
8) Membantu menghilangkan sakit belakang.
9) Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang.
10) Mengurangkan rasa sakit pada perut.
11) Mengetatkan otot perut yang longgar.
12) Memecahkan lemak dan selulit.
13) Menggalakkan postur badan yang baik.
14) Mencegah makan lebih banyak.
Anda dinasihatkan memakai bengkung bersama "Resepi
Herbanika Ramping Perut" terutamanya apabila perut anda
terasa keras, sakit dan bengkak.
Cara berbengkung yang betul:
Sapukan Minyak Herbanika di sekitar perut, ari ari dan
pinggang.
Sapu pes "Resepi Herbanika Ramping Perut" di bahagian
perut, belakang, ari ari dan pinggang terutama di bahagian
yang bengkak.
Lapik bengkong dengan kain lain agar tidak kotor.
Pakai bengkong dengan cara berdiri atau berbaring. Ikat
dengan kejab dan kemas.
Penting: Pakai bengkung sekurang-kurang selama 5 jam
sehari. Ikat bengkung dari bawah payudara hingga ke
bawah pinggul.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 20
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 21
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Bertungku
8. Bertungku
Bertungku dilakukan selepas dua minggu, ia itu pada minggu ketiga
pantang bersalin sehingga tamat tempoh 44 hari.
Sebelum hari ke 45, selain dilarang menekan dan mencungkil peranakan,
turut dilarang mengurut dengan cara mengasak di bahagian ari ari.
Jika larangan in di langgar, kesannya boleh mengakibatkan peranakan
tidak balik ke tempatnya atau lari dari tempat asal. Kes yang biasa terjadi
ialah mulut peranakan tidak menghadap ke saluran faraj ataupun terpusing
ke belakang. Sekiranya ini berlaku, sukar bagi ibu untuk hamil lagi, atau
sekiranya hamil, sering pula menghadapi masalah keguguran. Oleh yang
demikian, sangatlah ditekankan agar rawatan bertungku mestilah
dilaksanakan oleh pakar perbidanan melayu.
Jika sukar mendapatkan mereka, ibu ibu dinasihatkan menggunakan
bengkung atau barut sebagi rawatan utama demi mengelakkan sebarang
risiko yang boleh merosakkan kesihatan.
8.1 Kelebihan Tungku Besi:
Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg,
dengan ‘design’ yang mudah dipegang
Dengan Tungku Besi ini, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’
dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA, LEBIH
1 JAM! Bolehlah ibu-ibu bertungku sepuasnya!
Cara-cara memanaskan tungku
Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas, balut
tungku dengan daun herba dan kain terlebih dahulu.
Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika
masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau
duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 22
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Cara cara bertungku.
AWAS - Hanya disyorkan di lakukan oleh pakar bidan tradiosional.
Jangan pandai pandai buat sendiri. Padahnya boleh mengakibat
pranakan terpusing dan tidak boleh hamil lagi.
Mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu
hati. Tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan
sedikit tungku tersebut. Ini akan membantu melembutkan
bahagian hulu hati. Bahagian tersebut kerap mengeras akibat
gumpalan angin yang berpunca daripada penyekatan lendir.
Salah satu tanda pemecahan angin lendir ialah bunyi seperti
derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan
bertungku.
Dari hulu hati, tungku diletakkan ke sekeliling perut dan
melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran
kiri serta kanan bahagian ari-ari.
Letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum
melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan
perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim
Lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah
jam dan teruskan ke bahagian paha, celahan paha , lutut,
bahagian kaki, serta tapak kaki.
Tamatkan bertungku dengan meletakkannya di bawah
pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di
celahan paha berhampiran tundun. Kemudian bidan
menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan
kepala ibu.
Selepas sebulan menjalani rawatan, apabila tungku besi boleh
tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang
ditungku iaitu hulu hati, perut, ari-ari serta peranakan, ibu
bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang
belakang. Ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke
rumahnya dengan sempurna, dan ibu akan terasa seluruh
tubuh kemas rapi dan sihat.
**Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di semua tempat
kecuali bahagian pembedahan sahaja**
Harga Tungku besi:
BERAT 4 ke 5 kati KATI (LEBIH KURANG 2 ke 2.4 KILOGRAM): RM24.00
Kos Pos laju: RM22.00
Senarai daun daun yang boleh digunakan sebagai pelapik tungku. Daun
daun ini bertindak sebagai agen pemecah angin dan lemak.
1) Daun mengkudu. 6) Daun Lengkuas
2) Daun Sirih. 7) Daun serai Acheh
3) Daun kaduk. 8) Daun kapal terbang
4) Daun lemuni. 9) daun gandarusa
5) Daun Pandan
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 23
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Daun dan buah Mengkudu Pokok Mengkudu
Daun Kapal Terbang Pokok Kapal Terbang
Daun Sirih Pokok Sirih
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 24
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Daun Kaduk Perbedaaan daun sirih dengan Kaduk
Daun Lemuni Pokok Lemuni
Daun Lengkuas Daun Pandan
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 25
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
9. Rawatan Sampingan NR Untuk Kecantikan Tubuh Badan
Sesuai untuk semua peringkat Umur.
9.1 Barra Gel NR
Barra Gel NR (aroma terapi) diperbuat daripada pati sireh & herba-
herba berantiseptik berfungsi & berkhasiat sebagai:
Pembersih rapi di seluruh kulit badan & bahagian sulit
Penyegar kulit yang menghindari daripada bau badan yang
tidak menyenangkan
Cucian pembersih & penyegar semasa haid, selepas haid &
waktu normal
Cucian mandian penyegar selepas aktif bersukan sebagai anti-
stress & aromaterapi
Membantu mengatasi masalah kegatalan di bahagian sulit
Membantu mengatasi masalah bau di bahagian sulit
Membantu menghindari daripada jangkitan fungus, kuman &
hama
Membantu mengatasi masalah kegatalan & kelemumur di kulit
kepala
9.1.1 CARA MENGGUNA BARRA GEL NR
Untuk mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, berkelemumur &
keguguran rambut:
Basahkan seluruh kulit kepala dengan air paip terlebih dahulu,
kemudian, tekankan 3 - 5 titis barra gel ke tapak tangan &
sapukan rata ke seluruh kulit kepala & rambut.
Lakukan masaj yang lembut agar melancarkan perjalanan
darah dan untuk merangsangkan akar rambut tumbuh. Bilas
dengan air bersih. Boleh gunakan syampu & kondisioner pilihan
sendiri. Bilas & kesat kering.
Sebelum tidur, tuangkan minyak berubat herba NR ke atas kulit
kepala. Lakukan masaj agar minyak meresapi liang rambut di
kulit kepala anda. Biarkan semalaman & cuci serta syampu
semula pada keesokan harinya. Ini akan membantu mengatasi
keguguran rambut dan masalah sakit kepala.
Untuk cucian harian di bahagian sulit sebagai pembersih & penyegar
Cuci bahagian sulit dengan air paip terlebih dahulu.
Tekankan 2-3 titis barra gel ke tapak tangan dan sapukan ke
bahagian sulit. Jadikan ia buih atau foam.
Untuk remaja wanita. Sapukan ke ruangan luaran bahagian
sulit anda dengan rata. Lakukan cucian sehingga terasa bersih
& segar.
Cuci semula dengan air paip sehingga bersih. Lap kering.
Semasa haid, lakukan cucian seperti di atas. Lap kering dan
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 26
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
sapukan minyak berubat mustajab ke bahagian sulit &
tuangkan sedikit ke atas tuala wanita atau pad anda untuk
kesegaran sepanjang hari. Ini akan membantu melancarkan
keluaran darah haid & mengatasi senggugut. Boleh juga
disapu di perut, ari-ari & pinggang anda.
Untuk gel mandian seluruh kulit tubuh badan seharian anda
Basahkan seluruh badan dan tekankan 5-8 titis barra gel ke
tapak tangan & sapukan rata ke seluruh kulit badan anda
sehingga terasa bersih.
Bilas. Kesat kering.
Boleh gunakan bahan wangian & bedak pilihan anda selepas
mandi.
Rawatan Sampingan NR Untuk Kecantikan Tubuh Badan Wanita sesuai bagi
Semua Perinqkat Umur.
9.2 Herbanika Lulur NR (Bentuk Serbuk)
Penjagaan Ke Arah Melangsingkan & Kemantapan Tubuh Badan.
Ambil 2 - 3 sudu besar penuh Herbanika Lulur (Serbuk) dan
campurkan dengan sedikit air suam serta Minyak Mustajab
seperti krim atau pes.
Lulur atau sapu ke seluruh tubuh badan anda sambil lakukan
gosokan perlahan-lahan.
Kemudian, lakukan masaj atau urutan ke bahagian bahagian
yang perlu diberi perhatian seperti yang berlebihan lemak,
lembik atau selulit dan bahagian yang bermasalah. Lakukan
gosokan sambil urut selama 20 minit.
Biarkan lulur mengering seketika sebelum mandi atau bilas.
Gunakan teknik urutan atau masaj seperti cubitan agar dapat
membantu memecahkan lebihan lemak yang degil dan
mengurangkan selulit.
Kesat kering. Sapu Minyak Mustajab ke seluruh tubuh badan
anda sambil urut serta masaj selama 5 -10 minit. Biarkan
seharian atau semalaman.
Rawatan Sampingan menggunakan Herbanika Lulur berbentuk serbuk
adalah baik dan sesuai untuk yang bermasalah Sakit Sendi, Teganq
Otot Sakit Urat Saraf, Benqkak Vena dan Sejuk-sejuk.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 27
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
Rawatan Sampingan NR Untuk Kecantikan Tubuh Badan Wanita sesuai bagi
Semua Perinqkat Umur.
9.3 Krim Herbanika Barut (Bentuk Krim)
Penjagaan tubuh badan untuk menqempiskan perut & mengecilkan
bahagian anggota badan tertentu. Adalah digalakkan
menggunakan Krim Herbanika Barut selepas berlulur dengan
Herbanika Lulur.
Untuk Menqempiskan & Menegangkan Kulit Bahaqian Perut -
Cara Kequnaannya:
Sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian perut, pinggang &
pinggul terlebih dahulu.
Ambil anggaran yang secukupnya dari tiub Krim Herbanika
Barut dan sapu ke bahagian perut dan sekeliling pinggang serta
belakang pinggang dan pinggul.
Adalah dinasihati supaya gunakan Bengkung atau Strap-On
Binder (dapatkan di Farmasi)
Untuk bengkung bahagian perut, anda boleh gunakan seluar
dalam ketat atau Girdle yang mampu memberi sokongan di
bahagian perut agar kempis.
Selain daripada itu, anda boleh gunakan seluar jenis membakar
lemak serta pakaian dalam khas untuk membentuk tubuh
badan. Senaman badan adalah amat digalakkan semasa
menggunakan Krim Herbanika Barut ini.
Untuk Mengecilkan & Memejalkan Anqqota Badan Yang Berlebihan
Lemak.
Bahagian Lengan Yang Besar, Berlebihan Lemak atau Menggeleber:
Sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian lengan.
Ambil anggaran Krim Herbanika Barut yang diperlukan dari tiub.
Sapu ke seluruh bahagian lengan dengan rata.
Gunakan Binder atau Bengkung ataupun Bandage / Pembalut
Khas yang elastik.
Lakukan rawatan sampingan ini sehingga berjaya.
Bahagian Peha Yang Besar, Berlebihan Lemak, Berselulit, Lembik atau
Menggeleber.
Sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian peha, celah peha,
bahagian punggung, bahagian bawah punggung, belakang
peha serta belakang lutut dan di bahagian betis (jika perlu).
Ambil anggaran Krim Herbanika Barut yang diperlukan dari tiub.
Sapu dengan rata ke bahagian-bahagian yang diperlukan
seperti di atas.
Gunakan Seluar Panjang atau Paras Lutut jenis Lycra (seperti
Leotards Senaman) ataupun seluar khas untuk bakar lemak
ataupun Binder / Pembalut khas untuk bahagian peha.
Nota:
Krim Herbanika Barut boleh diamal semasa dalam pantang bersalin, selepas
pantang dan sebaqai amalan kecantikan Lelaki dan Perempuan yang
memerlukannya.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 28
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]
NR - Parit Buntar - Kasih Ibu 1 [Kelahiran secara Normal]
10. Senarai barangan untuk suami sediakan. Anggaran
Harga
Persediaan ibu berpantang bersalin 300.00
No Item
27.00
1 Set bersalin NR yang terkandung: 25.00
Phytonatal 12.00
Akar Herbanika 25.00
Herbanika Lulur 10.00
Uncang Cuci Herbanika
Krim Herbanika Barut 8.00
2 Minyak berubat herba NR 12.00
3 Tungku besi 2 kilo 2.50
4 Herbanika balm NR (Pilis) 2.50
5 Barra Gel NR
6 Herba untuk Daun Mandi: 24.00
10.00
Daun Serai 458.00
Daun Pandan
Daun Lengkuas
Daun Bunga Kantan
Daun Halia
Daun Cekur
Daun Kunyit
Halba
Jintan Hitam
Garam Kasar
(Boleh di beli dengan mudah di Pasar Awam
atau pasar tani Parit Buntar. Cukup untuk
guna seminggu).
7 Periok tanah
(boleh dibeli di kedai pasu bunga kampung
kedah)
8 Besen untuk berendam
(boleh dibeli di kedai tepi sungai)
9 Air Florida
10 Air Rose
11 Besen plastic tebal untuk berendam
12 Bangku plastik kuat untuk bertangas
TOTAL
Merancanglah lebih awal untuk persediaan ibu berpantang. Alangkah
nikmatnya jika bakal ibu dan bapa dapat bersama sama pergi membeli
barang barang untuk persediaan ibu berpantang. Jikalau ekonomi agak
kurang, boleh lah mula menyimpan terlebih awal. Anggaran menabung RM1.50
sehari dari mula mengandung sudah cukup untuk menampung kos
berpantang. Bakal ibu akan tidak stress dan gembira jikalau persiapan
dilakukan awal dan barangan sudah siap ada di depan mata.
Insya Allah, dengan izin Tuhan.
NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 29
Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]