The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cara cara berpantang bagi Ibu ibu yang bersalin secara pembedahan. Tips untuk memelihara badan supaya lebih anggun daripada sebelum mengandung.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by captahmadshaifuddin, 2019-06-22 10:58:44

15) Petua dan Rawatan - Kasih Ibu 2 - Pantang bersalin secara pembedahan

Cara cara berpantang bagi Ibu ibu yang bersalin secara pembedahan. Tips untuk memelihara badan supaya lebih anggun daripada sebelum mengandung.

Keywords: Berpantang selepas bersalin

NR Parit Buntar 15) KASIH IBU 2

(AMALAN BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN)

| Untuk edaran Ahli NR Parit Buntar sahaja |

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

" Jika Ibu Ibu mengamal dengan penuh disiplin, dedikasi dan tekun
mengikut cara cara yang di syorkan, Insya Allah, di jamin
kesegaran, kecantikan dan terpelihara kewanitaan ibu
keseluruhannya."

Kata kata mutiara dari Pakar perunding Nona Roguy Datin Sharifah Anisah.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 1

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Table of Contents

RANGKAIAN SET HERBANIKA BERSALIN NR ............................................................................................. 3

RAWATAN UNTUK BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN .............................................................................. 4

PERATURAN PERTAMA: ........................................................................................................................... 4

1. HARI 1 HINGGA HARI 7............................................................................................................... 4

1.I) "RESIPI MINUMAN AKAR HERBANIKA"............................................................................................... 4
1.II) UNTUK KEGUNAAN LUAR ................................................................................................................. 4

1.ii.a)Bahagian Perut. ........................................................................................................ 4
1.ii.bBahagian Sulit. ........................................................................................................... 4
1.ii.c)Bahagian Badan. ....................................................................................................... 5

PERATURAN KEDUA ................................................................................................................................. 6

2. PADA HARI KE 8 BERSALIN HINGGA HARI KE 14 BERTURUT TURUT. ........................................... 6

2.1PAGI SEBELUM SARAPAN:................................................................................................................... 6
2.2SELEPAS SARAPAN: ........................................................................................................................... 7

PERATURAN KETIGA: ............................................................................................................................... 8

3. PADA HARI KE 15 BERSALIN SEHINGGA HARI 30 BERTURUT TURUT. .......................................... 8

4. NASIHAT NASIHAT YANG MESTI DI PATUHI SEMASA AWAL 1 BULAN DALAM PANTANG
BERSALIN. .............................................................................................................................................. 10

PERATURAN KEEMPAT:.......................................................................................................................... 11

5. AMALAN SELEPAS 30 HARI ....................................................................................................... 11

6. RAWATAN SAMPINGAN ........................................................................................................... 12

PADA HARI 31 SEHINGGA HARI 37............................................................................................ 12

7. RAWATAN SAMPINGAN ........................................................................................................... 15

PADA HARI 38 SEHINGGA HARI 40............................................................................................ 15

8. RAWATAN SAMPINGAN ........................................................................................................... 16

PADA HARI 41 SEHINGGA HARI 44 .................................................................................................... 16

9. PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN.............................................. 17

10) RAWATAN SAMPINGAN NR UNTUK KECANTIKAN TUBUH BADAN WANITA SESUAI BAGI SEMUA
PERINQKAT UMUR................................................................................................................................. 19

10.1 BARRA GEL NR ........................................................................................................................... 19
10.2 HERBANIKA LULUR NR (BENTUK SERBUK)........................................................................................ 21
10.3KRIM HERBANIKA BARUT (BENTUK KRIM)......................................................................................... 21

10) NRPARITBUNTAR - TUNKU BESI................................................................................................ 23

12. SENARAI BARANGAN BAGI PERSEDIAAN IBU BERPANTANG BERSALIN .................................... 25

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 2

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Rangkaian Set Herbanika Bersalin NR

Sejak berkurun lamanya, perubatan herbanika bersalin telah
menjadi satu daripada rahsia khazanah warisan kesihatan dan
kecantikan dunia melayu khususnya bagi ibu ibu selepas bersalin.
Khasiat pembersihan, penyucian dan penyegaran ini adalah kunci
untuk melambatkan proses penuaan.

Rangkaian set perubatan herba untuk ibu bersalin NR digabungkan
lengkap dengan enam item utama:

 Phytonatal - pembersih dalaman yang ringan

dan perangsang sistem imuin

 Akar Herbanika - badan
minuman herba antioksidan untuk

 Herbanika Lulur - kesihatan dan kecantikan
serbuk herba perubatan sebagai

 Uncang Cuci Herbanika skrab
perubatan herba untuk mandi

 Krim Herbanika Barut - dan cucian bahagian sulit
krim untuk kegunaan luaran bagi

memudahkan kegunaan untuk

membantu merampingkan

badan.

Nota:

Herbanika Barut Serbuk - dirumus secara tradisi untuk kegunaan

luaran bagi membantu merampingkan badan sebagai pes lembut.

Ia perlu dimasak dengan air asam jawa terlebih dahulu sebelum

menggunakannya suam suam panas. Sapu perut dengan minyak

herbanika terlebih dahulu sebelum menggunakannya di perut untuk

keberkesanan yang lebih mujarab.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 3

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Rawatan untuk bersalin secara pembedahan

Peraturan Pertama:

1. Hari 1 hingga hari 7.

Minum 3 atau 4 cawan air Akar Herbanika pada waktu pagi
selepas sarapan, tengah hari, petang dan malam selepas
makan.

1.1) "Resipi Minuman Akar Herbanika"
(Minuman Antioksidan)
2 Uncang Akar Herbanika
3 - 4 cawan (1 teko) Air Panas Mendidih
1 - 2 sudu teh Madu Arab atau Madu Lebah Asli

Masukkan 2 Uncang Akar Herbanika ke dalam 1 teko (3 - 4
cawan) air panas mendidih dan biarkan ia terseduh sehingga
warna air bertukar kekuningan.
Ketika hendak minum, campurkan dengan Madu Arab atau
Madu Lebah Asli. Minum ia semasa suam-suam panas.

Jika berpenyakit kecing manis, minum tanpa madu. Uncang
itu boleh digunakan berulangkali sehingga tiada warna.

1.2) Untuk Kegunaan Luar

1.2.a) Bahagian Perut.
Gosok Minyak Herbanika di bahagian pinggang, perut, dan
celah peha kecuali bahagian yang telah di bedah. Khasiat
Minyak Herbanika ini adalah untuk melembutkan urat urat
yang tegang dan memecahkan angin yang berkumpul
disebabkan pembedahan.

1.2.b) Bahagian Sulit.

Resepi Uncang Cuci.
1 uncang Cuci Herbanika
1/2 pkt garam kasar
1/2 liter air panas mendidih

Rendam 1 uncang cuci herbanika di dalam air panas
mendidih. Biarkan seketika sehingga uncang cuci
mengeluarkan warna the pekat.
Isikan air panas mendidih kedalam besen dan masukkan
garam kasar. Tuang air uncang cuci kedalam besen tadi.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 4

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Apabila hendak berendam, anda boleh campurkan sedikit air
paip untuk mengurangkan panasnya. Air rendaman itu
biarlah tahap panas berasap, tetapi panas tidak melecurkan
kulit.

Selepas menyuci - ambil kapas yang lebar. Basahkan kapas
dengan Minyak Mustajab dan letakkan di atas tuala wanita
anda. Setiap kali buang air kecil anda dikehendaki
menggantikan kapas yang baru.

Amalan yang diberi ini, sangat mujarab dan baik untuk luka
jahitan di tempat sulit.

1.2.c) Bahagian Badan.
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur
seluruh badan:

"Resepi Herbanika Lulur"
1 atau 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air
panas suam serta sedikit air Florida.

Gosokkan ke atas kulit badan, kaki betis, tapak kaki, tangan
lengan dan belakang. (Alangkah baiknya jika suami dapat
membantu sapu dan lulur badan isterinya!)

Selepas lulur, disyorkan mandi dengan air herba seperti resepi
berikut;

"Resepi Daun Mandi"
Daun Serai
Daun Pandan
Daun Lengkuas
Daun Bunga Kantan
Daun Halia
Daun Cekur
Daun Kunyit
1 genggam Halba
1 genggam Jintan Hitam
1 genggam Garam Kasar
4 - 5 Uncang Cuci Herbanika.

Ambil satu helai kain nipis yang lebar, letakkan semua bahan
bahan di atas di atasnya dan ikat menjadi seperti bungkusan.
Rebus bahan bahan di atas didalam periuk atau cerek besar.
Biarkan air herba itu mendidih.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 5

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Nota:
1) Semua bahan bahan dan herba di atas boleh di beli di depan

pasar awam pusat bandar Parit Buntar.
2) Ibu boleh guna kain tudung kepala lama yang jarang untuk

membungkus bahan bahan di atas.

Cara mandi daun
1. Duduk diatas bangku atau kerusi rendah.
2. Basuh badan, rambut dan kulit kepala terlebih dahulu dengan

air biasa (suam suam kuku atau air paip)
3. Kesat kering rambut dan ikat sanggul tinggi (jika perlu).
4. Bilas badan dengan air Resepi Daun Mandi hingga bersih.
5. Sambil mandi lakukan bertuam. Ambil bungkusan yang telah

rebus tadi dan gunakan ia sebagai bahan bertuam.
Bertuamlah di bahagian tengkok, di celah celah peha, ulu
hati dan pinggang.
6. Selepas mandi, sapu kaki dan tapak kaki dengan air florida
dan pakai stokin yang nipis.
7. Sapu Minyak Herbanika ke pinggang, tulang pinggul dan ulu
hati.

Peraturan Kedua
2. Pada Hari ke 8 bersalin hingga hari ke 14 berturut turut.

2.1 Pagi sebelum sarapan:
"Resepi Air Gamat"
1 sudu teh Air Gamat
1 - 3 sudu teh Madu Lebah Asli
1 sudu besar Jus pati halia.

Gaul sehingga sebati dalam cawan. Amalkan minum sebelum

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 6

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

sarapan pagi selama 7 hari.

2.2 Selepas sarapan:
Amalkan minum 1 cawan Air Akar Herbanika yang telah
dicampur dengan Madu Lebah Asli bersama dengan 1 - 2
tablet Phytonatal.

Nota:
Bagi Ibu yang mengalami masalah sembelit, dinasihatkan untuk
mengamal phytonatal sehari dua kali ia itu sekali di sebelah pagi
dan sekali lagi pada waktu malam.
Bagi ibu yang menyusu bayi, boleh amal phytonatal.

2.3 Amal menyuci tempat sulit dengan:
i. Uncang cuci Herbanika.
ii. Minyak Mustajab.

2.4 Teruskan amalan menggunakanHerbanika Lulur sebelum
mandi.

2.5 Amalan mandi air herba "Resepi Daun Mandi" diteruskan.

2.6 Setiap kali selepas mandi sapu dibahagian peha, kaki, betis,
tapak kaki, belakang badan,dan lengan dengan air florida.

2.7 Semasa ini dinasihatkan ibu ibu didalam pantang bersalin
untuk mendapatkan urutan dan bertungku tradisional yang
professional.

2.8 Cara mengguna Barut atau bengkung dalam rawatan 1
minggu:

Lumurkan minyak Herbanika yang dicampur dengan Minyak
berubat Herba ke bahagian atas perut, ulu hati, pinggang
dan tulang pinggul. Gunakan bengkung. Barut atau Strap on
binder dengan ikatan yang longgar. Boleh dikejabkan di
bahagian atas perut iaitu di bawah buah dada ibu.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 7

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Peraturan Ketiga:

3. Pada hari ke 15 bersalin sehingga hari 30 berturut turut.

Pagi sebelum sarapan:
"Resepi Air Gamat"
1 sudu teh Air Gamat
1 - 3 sudu teh Madu Lebah Asli

Gaul sehingga sebati dalam cawan. Amalkan minum sebelum
sarapan pagi selama 16 hari.

Selepas sarapan:
Amalkan minum 1 cawan Air Akar Herbanika yang telah
dicampur dengan Madu Lebah Asli bersama dengan 1 - 2
tablet Phytonatal.

Nota:
Bagi Ibu yang mengalami masalah sembelit, dinasihatkan untuk
mengamal phytonatal sehari dua kali ia itu sekali di sebelah pagi
dan sekali lagi pada waktu malam.

3.1 Teruskan amalan menyuci bahagian sulit dengan Uncang
Cuci Herbanika dan Minyak Berubat Herba.

3.2 Teruskan juga menggunakan Herbanika Lulur sebelum mandi.

3.3 Teruskan amalan mandi dengan resepi Daun Mandi

3.4 Selepas mandi, sapu bahagian tapak kaki, kaki, betis, peha,
lengan dengan air florida.

3.5 Semasa ini di nasihatkan ibu ibu di dalam pantang bersalin

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 8

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

untuk mendapat urutan dan bertungku tradisional yang
professional.

3.6 Cara mengguna Barut atau bengkung dalam rawatan 16 hari:

Lumurkan minyak Herbanika yang dicampur dengan Minyak
berubat Herba ke bahagian atas perut, ulu hati, pinggang
dan tulang pinggul.

Gunakan bengkung, Barut atau Strap on binder dengan
ikatan yang longgar. Boleh dikejabkan di bahagian atas perut
iaitu di bawah buah dada ibu.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 9

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

4. Nasihat nasihat yang mesti di patuhi semasa awal 1 bulan
dalam pantang bersalin.

4.1 Jangan bertangas atau berganggang dibahagian tempat
sulit.

4.2 Jangan makan manjakani atau jamu jamu yang panas yang
boleh mengeringkan atau merapatkan saluran faraj semasa
dalam awal 1 bulan pantang bersalin. Kerana semasa inilah
ibu ibu dalam pantang perlu menyuci dan mengeluarkan
darah darah dan air busuk yang masih tertinggal di dalam
rahim dan celah celah pintu rahim. Semasa ini ibu dalam
pantang perlu buang air besar dan air kecil dengan lawas.

4.3 Jangan cuci rambut dengan air panas. Ini boleh
menyebabkan rambut akan keguguran. Cuci rambut
dengan air paip atau air suam suam kuku.

4.4 Disyorkan mengurut dan bertungku dengan pakar tradisional
(jikalau ada). Jika tidak dapat khidmat pakar tradisional,
janganah lakukan bertungku. Hanya lakukan urutan
tradisional sahaja. Jikalau hendak juga bertungku besi, hanya
bertungku di sekitar celah peha, betis dan sendi sendi sahaja.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 10

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Peraturan Keempat:
5. Amalan selepas 30 hari.

Pagi sebelum Minum suam suam panas air akar
sarapan Herbanika di campur dengan madu
lebah asli

Selepas sarapan Amalkan minum 1 cawan Air Akar
Herbanika yang telah dicampur dengan
Madu Lebah Asli bersama dengan 1 - 2
tablet Phytonatal

Tengahari 1cawan air akar herbanika

Petang 1cawan air akar herbanika

Malam 1 - 2 tablet Phytonatal di minum dengan
1 cawan air akar herbanika

Ulangi cara pemakanan di atas sehingga 100 hari.

Cara atur periuk bertangas Cara duduk ibu bertangas

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 11

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

6. Rawatan Sampingan
Pada hari 31 sehingga hari 37

Pagi antara jam 6 am - 1030 am. Ibu perlu bertangas kering.

"Resepi Tangas Kering"
3 pkt Mustajab Muda Mesra
1/2 cawan Ibu Kunyit
1/4 cawan Jus Limau Nipis
1 pkt Krim Tangas Herbanika

 Blender Ibu kunyit sehingga lumat. Campur bahan bahan di
atas di dalam mangkok dan gaul hingga sebati.

 Sementara itu, bakar batu tungku atau batu sungai sehingga
ia betul betul panas. Apabila sudah panas, angkat batu itu
dan letak ia ke dalam periuk tanah.

 Tuangkan campuran Resepi Tangas Kering ke atas batu panas
dan tutup supaya asap tidak keluar dari periuk. Apabila
sudah sedia, buka penutup periuk untuk bertangas atau
berwap.

 Amat penting bagi ibu untuk sapu Minyak Berubat Herba ke
seluruh tempat sulit dan saluran faraj.

 Periuk tanah diletakkan dibawah bangku plastik. Lapik periuk
tanah supaya ia tinggi dari lantai. Ibu boleh cari dalam u-tube
"V-Steam" untuk lihat cara cara bertangas kering.

 Duduk di atas bangku tadi dan tutup badan dengan tuala
atau selimut dari paras leher sehingga kaki. Sambil bertangas
ibu disyorkan melakukan senaman senaman urat untuk
menguatkan otot otot di bahagian rahim.

 Senaman otot yang dikenali sebagai "In and Out Breathing
Method" dilakukan secara menarik nafas sambil
mengemutkan tempat sulit (contoh seperti menahan buang
air kecil) kemudian dilepaskan nafas melalui mulut sambil
melepaskan kemutan tersebut. Ulang cara ini sebanyak lebih
10 kiraan.

 Bertangas kering selama 10 - 20 minit sahaja.

 Selepas itu kesat kering dan sapu tempat sulit dengan Minyak
Berubat Herba. Ambil sedikit Paradise Harmonis dan
campurkan dengan Minyak Berubat Herba supaya ia menjadi

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 12

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

seperti krim tipis. Ruangkan ke dalam saluran faraj sehingga
tersentuh pintu rahim.

Petang (Jam 5 - 7 pm)
Ibu perlu berendam dengan:

"Resepi Mustajab Uncang Cuci"
2 pkt Mustajab uncang Cuci
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar jintan hitam
1 sudu besar Minyak berubat herba
1 - 2 liter air

 Rebus bahan bahan ini di dalam periuk tanah kecuali
Mustajab uncang cuci dan Minyak berubat herba. Dua
bahan ini di masukkan selepas air rebusan mendidih.

 Apabilah hendak berendam, anda boleh campur sedikit air
paip untuk mengurangkan panasnya. Air rebusan itu biarlah
tahap panas berasap tetapi panas tidaklah melecurkan kulit.

 Berendam sambil meruang saluran faraj sehingga tersentuh
pintu rahim. Bersihkan tempat sulit sehingga terasa segar.
Berendam selama 5 - 10 minit sahaja.

 Kesat kering tempat sulit dan sapu Minyak berubat Herba.
Ambil sedikit Paradise Harmonis dan campurkan sedikit Minyak
berubat Herba seperti krim tipis dan ruangkan kedalam
saluran faraj sehingga tersentuh pintu rahim. Biarkan
semalaman dan di cuci keesokan harinya dengan air biasa
atau air suam sebelum bertangas kering.

Cara duduk dalam besen semasa berendam

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 13

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

PENGGUNAAN HERBANIKA BARUT UNTUK IBU IBU YANG BERSALIN
MELALUI PEMBEDAHAN.

Herbanika Barut boleh digunakan selepas 30 hari ia itu pada hari 31
sehingga 50 hari

Cara mengguna Herbanika Barut:

2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar
Asam Jawa di dalam periuk tanah, Masukan air secukupnya.
Seelok eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu
pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah
masak, biarkan ia hingga suhu menjadi suam.

Lumurkan minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari ari,
pinggang dan peha. Lumurkan bahan yang di masak tadi di
seluruh pinggang, perut dan bahagian ari ari. Tutup lumuran
tadi dengan kain dan ikat kejab diatasnya dengan barut.

Lakukan 2 kali sehari ia itu pada waktu pagi selepas mandi
dan pada waktu petang. Bukakan ikatan barut dan cuci
bahagian perut dan pinggang dengan minyak Herbanika.
Ulangi menggunakan Herbanika Barut suam suam panas dan
ikat semula barut. Biarkan berbarut sehingga pagi.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 14

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

7. Rawatan Sampingan
Pada hari 38 sehingga hari 40

Pagi antara jam 6 am - 1030 am. Ibu perlu bertangas herba.

"Resepi Mustajab Tangas Herba"
1 pkt Mustajab Tangas Herba
1 - 3 sudu besar Minyak Berubat Herba
1 liter air

 Rebus semua bahan resepi dalam periuk tanah yang
bertudung sehingga mendidih.

 Periuk tanah diletakkan dibawah bangku plastik. Lapik periuk
tanah supaya ia tinggi dari lantai. Ibu boleh cari dalam u-tube
"V-Steam" untuk lihat cara orang korea dan orang eropah
bertangas kering.

 Apabila hendak bertangas barulah buka tudung periuk untuk
mengeluarkan wapnya.

 Duduk tutup badan dengan tuala atau selimut dari paras
leher sehingga kaki.

 Sambil bertangas ibu disyorkan melakukan senaman senaman
urat. Ulang lebih dari 10 kali kiraan.

 Setiap kali selepas bertangas, perlu sapu Minyak berubat
herba dan Paradise Harmonis di saluran faraj.

Petang (Jam 5 - 7 pm)
Ibu perlu berendam dengan:

"Resepi Mustajab Uncang Cuci"
2 pkt Mustajab uncang Cuci
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar jintan hitam
1 sudu besar Minyak berubat herba
1 - 2 liter air

 Rebus bahan bahan ini di dalam periuk tanah kecuali
Mustajab uncang cuci dan Minyak berubat herba. Dua
bahan ini di masukkan selepas air rebusan mendidih. Biarkan
seketika sehingga air rebusan bertukar kepada warna teh
herba.

 Apabilah hendak berendam, tuang air rebusan ke dalam
besen. Ibu boleh campur sedikit air paip untuk

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 15

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

mengurangkan panasnya. Air rebusan itu biarlah tahap panas
berasap tetapi panas tidak melecurkan kulit.

 Rendam dan ruangkan saluran faraj sehingga terasa bersih.
Rendam selama 5 - 10 minit.

 Selepas berendam, kesat kering kemudian gunakan Minyak
berubat Herba dan Paradise Harmonis di saluran faraj.

8. Rawatan Sampingan

Pada hari 41 sehingga hari 44

Selepas melakukan rawatan bertangas kering dan bertangas
herba, tibalah masanya untuk ibu melakukan tangas wangi
khas untuk mengharumkan bahagian sulit.

"Resepi Tangas Wangi"
1 pkt Herba Tangas Wangi
1 genggam Bunga Mawar
1/2 liter air
1 botol air mawar (Rosewater)

 Rebus semua bahan resepi dalam periuk tanah yang
bertudung sehingga mendidih.

 Periuk tanah diletakkan dibawah bangku plastik. Lapik periuk
tanah supaya ia tinggi dari lantai. Ibu boleh cari dalam u-tube
"V-Steam" untuk lihat cara bertangas kering.

 Kemudian apabila hendak bertangas barulah buka tudung
periuk untuk mengeluarkan wap yang wangi. Cara untuk
bertangas wangi sama seperti bertangas herba.

 Selepas bertangas selama 5 - 10 minit, kesat kering tempat
sulit dan ruangkan saluran faraj dengan Paradise Harminise.
Sebelum tidur cuci saluran faraj dengan air paip. Jikalau di
dapati saluran faraj terlalu kesat, ruang dalaman faraj dengan
Minyak Berubat Herba.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 16

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

9. PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG
BERSALIN.

Diet yang disyorkan untuk ibu ibu dalam pantang bersalin:

Untuk diminum pada waktu pagi semasa sarapan.

"Resepi Susu Badam"
1 gelas susu rendah lemak
1 sudu teh madu lebah asli
1 biji telur ayam kampung (kuningnya sahaja)*
1 sudu teh serbuk kacang badam

 Blender semua bahan bahan di atas dan buatkan minuman
ini seperti milkshake.

 Untuk badan yang merasa lemah dan lesu, amal minum
resepi susu badam selama 2 minggu.

 Untuk menaikkan berat badan, amal minum Resepi susu
badam selama sebulan.

Makanan, buah buahan dan sayur sayuran yang boleh dimakan
semasa dalam pantang:

 Nasi panas sederhana lembut, sphagetti, pasta dan makaroni.
 Sayur sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang

merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga
kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun
kari, brokoli, lobak, sawi, dan serai.
 Ikan segar yang di syorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan,
jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal
putih dan senangin.
 Ayam** tanpa kulit, burung merpati dan burung
puyuh(disyorkan stim, rebus atau bakar). Daging tanpa lemak
(Lembu, Kambing, rusa).
 Makanan bijirin ia itu gandum, oats, empingan jagung / corn
flakes, bran muesli, beras merah, berah perang, kismis kuning
dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tohu),
kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti
putih, roti wholemeal / wholegrain, roti canai, capati, tosei, roti
puri dan kari.
 Buah buahan yang disyorkan ialah epal merah, oren manis,
limau manis, kurma, kurma merah / red dates, buah zaitun,
buah tin, delima, pir, pic, aprikot, strawberri, anggur, jus epal,
ribena dan sirap.
 Minuman berkhasiat yang di syorkan susu, soya, horlicks, milo
dan akar herbanika.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 17

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

 Gunakan pemanis ia itu stevia, madu lebah asli, gula merah,
gula perang dan raw sugar.

 Teruskan amalan memakan vitamin dan ubat doktor beri
sebagai suplimen ibu semasa menyusu bayi. (Makan
suplement dan ubat selepas makan tengahari supaya ada
jarak masa dengan makan herba bersalin phytonatal).

Perhatian:
* Pada peringkat awal, perlu pantang telur ayam sehingga luka

bedah pulih dan kering.
** Jikalau terasa gatal gatal dan infeksi di bahagian jahitan atau

tempat sulit, elakkan makan daging ayam.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 18

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

10) Rawatan Sampingan NR Untuk Kecantikan Tubuh Badan
Wanita sesuai bagi Semua Perinqkat Umur.

10.1 Barra Gel NR
Barra Gel NR (aroma terapi) diperbuat daripada pati sireh &
herba-herba berantiseptik berfungsi & berkhasiat sebagai:

 Pembersih rapi di seluruh kulit badan & bahagian sulit

 Penyegar kulit yang menghindari daripada bau badan yang
tidak menyenangkan

 Cucian pembersih & penyegar semasa haid, selepas haid &
waktu normal

 Cucian mandian penyegar selepas aktif bersukan sebagai
anti-stress & aromaterapi

 Membantu mengatasi masalah kegatalan di bahagian sulit

 Membantu mengatasi masalah bau di bahagian sulit

 Membantu menghindari daripada jangkitan fungus, kuman &
hama

 Membantu mengatasi masalah kegatalan & kelemumur di
kulit kepala

CARA MENGGUNA BARRA GEL NR
Untuk mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, berkelemumur &
keguguran rambut:

 Basahkan seluruh kulit kepala dengan air paip terlebih dahulu,
kemudian, tekankan 3 - 5 titis barra gel ke tapak tangan &
sapukan rata ke seluruh kulit kepala & rambut.

 Lakukan masaj yang lembut agar melancarkan perjalanan
darah dan untuk merangsangkan akar rambut tumbuh. Bilas
dengan air bersih. Boleh gunakan syampu & kondisioner
pilihan sendiri. Bilas & kesat kering.

 Sebelum tidur, tuangkan minyak berubat herba NR ke atas
kulit kepala. Lakukan masaj agar minyak meresapi liang
rambut di kulit kepala anda. Biarkan semalaman & cuci serta
syampu semula pada keesokan harinya. Ini akan membantu
mengatasi keguguran rambut dan masalah sakit kepala.

Untuk cucian harian di bahagian sulit sebagai pembersih & penyegar

 Cuci bahagian sulit dengan air paip terlebih dahulu.

 Tekankan 2-3 titis barra gel ke tapak tangan dan sapukan ke
bahagian sulit. Jadikan ia buih atau foam.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 19

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

 Untuk remaja wanita. Sapukan ke ruangan luaran bahagian
sulit anda dengan rata. Lakukan cucian sehingga terasa
bersih & segar.

 Cuci semula dengan air paip sehingga bersih. Lap kering.

 Semasa haid, lakukan cucian seperti di atas. Lap kering dan
sapukan minyak berubat mustajab ke bahagian sulit &
tuangkan sedikit ke atas tuala wanita atau pad anda untuk
kesegaran sepanjang hari. Ini akan membantu melancarkan
keluaran darah haid & mengatasi senggugut. Boleh juga
disapu di perut, ari-ari & pinggang anda.

Untuk gel mandian seluruh kulit tubuh badan seharian anda
 Basahkan seluruh badan dan tekankan 5-8 titis barra gel ke

tapak tangan & sapukan rata ke seluruh kulit badan anda
sehingga terasa bersih.

 Bilas. Kesat kering.

 Boleh gunakan bahan wangian & bedak pilihan anda selepas
mandi.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 20

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

Rawatan Sampingan NR Untuk Kecantikan Tubuh Badan Wanita
sesuai bagi Semua Perinqkat Umur.

10.2 Herbanika Lulur NR (Bentuk Serbuk)
Penjagaan Ke Arah Melanqsinqkan & Kemantapan Tubuh
Badan.

Ambil 2 - 3 sudu besar penuh Herbanika Lulur (Serbuk) dan
campurkan dengan sedikit air suam serta Minyak Mustajab
seperti krim atau pes.
Lulur atau sapu ke seluruh tubuh badan anda sambil lakukan
gosokan perlahan-lahan.
Kemudian, lakukan masaj atau urutan ke bahagian bahagian
yang perlu diberi perhatian seperti yang berlebihan lemak,
lembik atau selulit dan bahagian yang bermasalah. Lakukan
gosokan sambil urut selama 20 minit.
Biarkan lulur mengering seketika sebelum mandi atau bilas.
Gunakan teknik urutan atau masaj seperti cubitan agar dapat
membantu memecahkan lebihan lemak yang degil dan
mengurangkan selulit.
Kesat kering. Sapu Minyak Mustajab ke seluruh tubuh badan
anda sambil urut serta masaj selama 5 -10 minit. Biarkan
seharian atau semalaman.

Rawatan Sampingan menggunakan Herbanika Lulur
berbentuk serbuk adalah baik dan sesuai untuk yang
bermasalah Sakit Sendi, Teganq Otot Sakit Urat Saraf,
Benqkak Vena dan Sejuk-sejuk.

10.3 Krim Herbanika Barut (Bentuk Krim)
Penjagaan tubuh badan untuk menqempiskan perut &
mengecilkan bahagian anggota badan tertentu. Adalah
digalakkan menggunakan Krim Herbanika Barut selepas
berlulur dengan Herbanika Lulur.

Untuk Menqempiskan & Menegangkan Kulit Bahaqian Perut -
Cara Kequnaannya:

 Sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian perut, pinggang
& pinggul terlebih dahulu.

 Ambil anggaran yang secukupnya dari tiub Krim Herbanika
Barut dan sapu ke bahagian perut dan sekeliling pinggang
serta belakang pinggang dan pinggul.

 Adalah dinasihati supaya gunakan Bengkung atau Strap-On
Binder (dapatkan di Farmasi)

 Untuk bengkung bahagian perut, anda boleh gunakan seluar
dalam ketat atau Girdle yang mampu memberi sokongan di
bahagian perut agar kempis.

 Selain daripada itu, anda boleh gunakan seluar jenis

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 21

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

membakar lemak serta pakaian dalam khas untuk
membentuk tubuh badan. Senaman badan adalah amat
digalakkan semasa menggunakan Krim Herbanika Barut ini.

Untuk Mengecilkan & Memejalkan Anqqota Badan Yang Berlebihan Lemak.

Bahagian Lengan Yang Besar, Berlebihan Lemak atau Menggeleber:
 Sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian lengan.
 Ambil anggaran Krim Herbanika Barut yang diperlukan dari

tiub. Sapu ke seluruh bahagian lengan dengan rata.
 Gunakan Binder atau Bengkung ataupun Bandage /

Pembalut Khas yang elastik.
 Lakukan rawatan sampingan ini sehingga berjaya.

Bahagian Peha Yang Besar, Berlebihan Lemak, Berselulit, Lembik atau
Menggeleber.
 Sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian peha, celah

peha, bahagian punggung, bahagian bawah punggung,
belakang peha serta belakang lutut dan di bahagian betis
(jika perlu).
 Ambil anggaran Krim Herbanika Barut yang diperlukan dari
tiub. Sapu dengan rata ke bahagian-bahagian yang
diperlukan seperti di atas.
 Gunakan Seluar Panjang atau Paras Lutut jenis Lycra (seperti
Leotards Senaman) ataupun seluar khas untuk bakar lemak
ataupun Binder / Pembalut khas untuk bahagian peha.

Nota:
Krim Herbanika Barut boleh diamal semasa dalam pantang bersalin,
selepas pantang dan sebaqai amalan kecantikan Lelaki dan
Perempuan yang memerlukannya.

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 22

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

10) Nrparitbuntar - TUNKU BESI

Kelebihan Tungku Besi:

 Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg,
dengan ‘design’ yang mudah dipegang

 Dengan Tungku Besi ini, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’
dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.

 Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA,
LEBIH 1 JAM! Bolehlah ibu-ibu bertungku sepuasnya!

Cara-cara memanaskan tungku

 Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu
panas, balut tungku dengan daun herba dan kain terlebih
dahulu.

 Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan
anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan,
boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.

Cara cara bertungku.
AWAS - Hanya disyorkan di lakukan oleh pakar bidan tradiosional.
Jangan pandai pandai buat sendiri. Padahnya boleh mengakibat
pranakan terpusing dan tidak boleh hamil lagi.

 Mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu
hati. Tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan
sedikit tungku tersebut. Ini akan membantu melembutkan
bahagian hulu hati. Bahagian tersebut kerap mengeras
akibat gumpalan angin yang berpunca daripada
penyekatan lendir. Salah satu tanda pemecahan angin lendir
ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya
memudahkan rawatan bertungku.

 Dari hulu hati, tungku diletakkan ke sekeliling perut dan
melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA
berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.

 Letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum
melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan
perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim

 Lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah
jam dan teruskan ke bahagian paha, celahan paha , lutut,
bahagian kaki, serta tapak kaki.

 Tamatkan bertungku dengan meletakkannya di bawah
pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di
celahan paha berhampiran tundun. Kemudian bidan

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 23

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan
kepala ibu.

 Selepas sebulan menjalani rawatan, apabila tungku besi
boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian
yang ditungku iaitu hulu hati, perut, ari-ari serta peranakan,
ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke
tulang belakang. Ini menandakan rahim sudah mengecut
dan balik ke rumahnya dengan sempurna, dan ibu akan
terasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.

 **Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di
semua tempat kecuali bahagian pembedahan sahaja**

 Bertungku dilakukan selepas dua minggu, ia itu pada minggu
ketiga pantang bersalin sehingga tamat tempoh 44 hari.
Sebelum hari ke 45, selain dilarang menekan dan mencungkil
peranakan, turut dilarang mengurut dengan cara mengasak
di bahagian ari ari.

 Jika larangan ini di langgar, kesannya boleh mengakibatkan
peranakan tidak balik ke tempatnya atau lari dari tempat
asal. Kes yang biasa terjadi ialah mulut peranakan tidak
menghadap ke saluran faraj ataupun terpusing ke belakang.
Sekiranya ini berlaku, sukar bagi ibu untuk hamil lagi, atau
sekiranya hamil, sering pula menghadapi masalah keguguran.

 Oleh yang demikian, sangatlah ditekankan agar rawatan
bertungku atau bertuam mestilah dilaksanakan oleh pakar
perbidanan melayu. Jika sukar mendapatkan mereka, ibu ibu
dinasihatkan menggunakan bengkung atau barut sebagi
rawatan utama demi mengelakkan sebarang risiko yang
boleh merosakkan kesihatan.

Insya Allah, dengan izin Tuhan.

Harga TUNGKU BESI:
BERAT 4 ke 5 kati KATI (LEBIH KURANG 2 ke 2.4 KILOGRAM): RM24.00
Kos Pos laju: RM22.00

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 24

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

12. Senarai barangan untuk suami sediakan bagi persediaan ibu
berpantang bersalin

No Item Anggaran

Harga

1 Set bersalin NR yang terkandung: 300.00

 Phytonatal

 Akar Herbanika

 Herbanika Lulur

 Uncang Cuci Herbanika

 Krim Herbanika Barut

2 Minyak berubat herba NR 27.00

3 Tungku besi 2 kilo 25.00

4 Herbanika balm NR (Pilis) 12.00

5 Barra Gel NR 25.00

6 Herba untuk Daun Mandi: 10.00

 Daun Serai

 Daun Pandan

 Daun Lengkuas

 Daun Bunga Kantan

 Daun Halia

 Daun Cekur

 Daun Kunyit

 Halba

 Jintan Hitam

 Garam Kasar

(Boleh di beli dengan mudah di Pasar

Awam atau pasar tani Parit Buntar.

Cukup untuk guna seminggu).

7 Periok tanah 8.00

(boleh dibeli di kedai pasu bunga

kampung kedah)

8 Besen untuk berendam 12.00

(boleh dibeli di kedai tepi sungai)

9 Air Florida 2.50

10 Air Rose 2.50

11 Besen plastic tebal untuk berendam 24.00

12 Bangku plastik kuat untuk bertangas 10.00

TOTAL 458.00

Merancanglah lebih awal untuk persediaan ibu berpantang.
Alangkah indahnya jika bakal ibu dan bakal bapa dapat
bersama sama pergi membeli barang barang untuk persediaan
ibu berpantang. Jikalau ekonomi agak kurang, boleh lah mula
menyimpan terlebih awal. Anggaran menabung RM1.50 sehari
dari mula mengandung sudah cukup untuk menampung kos

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 25

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]

NR - Parit Buntar Kasih Ibu 2 - Amalan Berpantang Bersalin secara Pembedahan

berpantang. Bakal ibu akan tidak stress dan gembira jikalau
persiapan dilakukan awal dan barangan sudah siap ada di
depan mata.

NR Parit Buntar

NR-Parit Buntar|No 43, Jln Maharaja|Pusat Bandar Parit Buntar|34200 Parit Buntar| 26

Hp & Wassap:Pusat Jualan 018 2544 398 | Owner 019 3866 049 | Email [email protected]


Click to View FlipBook Version